Wednesday, June 1, 2011

*** MENGINSAFI DIRI ***

Salam'alaik..

Alhamdulillah dpt share ilmu lgi :) Ade sesuatu yg menarik perhatian diri untuk berkongsi bersama sahabat tentang taubat. Ramai antara kita kurang peka tentang ni.. sering kali terleka dan lalai dgn duniawi. Sering kali terdengar kata-kata

•''Esok² dah tua barulah taubat''

•"Muda lagi relax dulu sekarang time nak enjoy nanti dah tua taubatlah"

•"Mcm esok nak mati je kena taubat awal²''

Astaghfirullahalhazim...kalau tak sempat nak tua mcm mane??? Kalau jodoh dgn ajal tu dtg dulu sebelum hari tua tiba?? Ya Allah tak dpt nak bygkan meninggal dlm keadaan terkandas tanpa mujahaddah.. ingatan buat diri juga ni. Masih byk kesilapan yg berulang. Terasa sayu kalau dikenang dosa sebagai hamba. Ya Allah terlalu byk dosa yg dilakukan dlm keadaan sedar mahu pun tidak. Tiada manusia yg dpt lari dari dosa, cuma sebagai hamba kita seharusnya menyedari kesilapan kita dan memohon keampunanNya...perbaiki kesilapan dan menuju kearah yg lebih baik agar tidak terus melakukan dosa yg serupa. Semoga hati terdidik dan iman terjaga..jum same² bace artikel ni, semoga memberi keinsafan buat kita, insyaAllah..

Selagi nafas kita masih ada, pintu ampunan Tuhan dibuka seluas langit dan bumi. Allah Swt berfirman,

"Bersegeralah memohon ampunan dari Tuhanmu, dan mohon surga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang yang bertaqwa". (QS Ali Imran: 133)

"Kepunyaan Allah apa saja yang ada di langit dan di bumi. Diampuni-Nya siapa yang dikehendaki-Nya, dan disiksa siapa saja yang dikehendaki-Nya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (QS Ali Imran: 129)

Memohon ampun dan bertaubat hendaknya tidak dilakukan dengan main-main atau setengah-setengah. Setengahnya insaf, setengahnya lagi ingin kembali ke pekerjaan lamanya. Ini sama halnya dengan membiarkan benih penyakit jahat tumbuh kembali dalam diri. Bagi orang yang bertaubat mesti menanamkan niat yang kuat dalam dirinya untuk meninggalkan pekerjaan keliru sejauh-jauhnya. Tutup rapat-rapat lembaran hitam itu dan jangan cuba membukanya kembali.

Taubat nasuha (taubat yang baik) laksana seseorang membuang kotoran yang keluar dari perutnya sendiri. Kendati dia tahu persis asal muasal kotoran itu berasal dari makanan yang enak, tetapi setelah berbentuk kotoran ia tidak akan mau melihatnya lagi apalagi disuruh untuk (maaf) memeganginya. Ia bahkan berusaha menjauhi sejauh-jauhnya. Menengok pun tak sudi lagi.

Di samping itu, harus benar-benar bersih, ingin kembali ke jalan lurus yang diridhai Allah. Tidak terpengaruh unsur-unsur lingkungan atau fisik. Seorang pelacur yang sudah renta, kemampuan badaniahnya lemah, wajah tidak lagi menarik, yang ingin bertaubat tetapi dalam hatinya masih tertanam keinginan ke sana, taubat yang seperti ini masih dinodai oleh kotoran. Ibaratnya, kaki kanan ingin melangkah ke surga sedang kaki kirinya tetap berdiam di neraka. Taubat seperti ini adalah taubat yang menggantung, yang urusannya hanya Allah Yang Maha tahu. Agar kita selamat, Rasululah menuntun kita untuk selalu mengoreksi diri dengan beristighfar setiap saat. Baginda saw mengajarkan :

"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tak ada Tuhan kecuali Engkau yang telah menjadikan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku tidak punya kemampuan untuk melaksanakan janji-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan/kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui kepada-Mu atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku, dan aku mengakui pula terhadap dosa-dosaku. Maka ampunilah aku (ya Allah), sesungguhnya tak ada yang dapat memberi ampunan kecuali Engkau". (HR Bukhari dari Syaddad bin Aus ra)

Syekh Imam Nawawi berkata :


" Siapa yang mengucapkan sayyidul istighfar ini di waktu siang dengan yakin, bila dia mati pada hari itu sebelum waktu sore, maka dia adalah ahli surga. Siapa yang mengucapkannya di waktu malam sebelum waktu Shubuh, lalu meninggal dunia pada malam itu, maka dia adalah ahli surga."

Wallahu a'lam bish-shawab.*


Marilah sama² kita merenung dan semoga keampunan yg dipinta dari Allah itu tulus ikhlas..taubatlah sebelum terlambat..jgnlah terlalu lagho dgn dunia sehingga alpa dlm mengejar keampunan Allah..bermuhasabah dirilah..Kalau kita benar² bertaubat dhn ikhlasnya insyaAllah diampunkan Allah, Allah itu maha pengampun dosa² kecil dan besar.. *ingatan buat diri,sahabat juga umat Muhammad*..insyaAllah..

"Andainya kamu berbuat dosa sehingga mencapai langit,kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah memberikan keampunan kepada kamu" (Riwayat Ibnu Majah)

Sama² hayati bait kata² erti taubat sebenar ini, semoga dpt menginsafkan diri..insyaAllah..Ighfirli Ya Allah...

Sabda Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam :

“Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).

wassalam

*** MENCARI ALLAH MELALUI CIOTAANYA ***

Allah tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Allah hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Allah ini. Ia adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Allah. lah sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Allah.

Demikian juga di antara sebab Allah mencipta sekelian alam. Bukan sahaja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Allah. Segala apa yang Allah cipta itu ialah alam. Alam itu ialah apa sahaja selain Allah. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Allah dan satu alam. Allah adalah Khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan.

Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang di sebalik ciptaan Tuhan itu. Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab. Sama sahaja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan mahu memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia mahu memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.

Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka dia akan nampak balak dan kayu-kayan yang boleh dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Allah dan hikmah yang terkandung di dalam ciptaan hutan tersebut. Terasa di hatinya betapa hebatnya Allah.


Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang boleh ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Allah.

Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah sahaja yang dia nampak iaitu tanah dan batu-batan. Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Allah yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Allah. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Allah.

Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Allah di sebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Allah.

Hati mereka buta kerana jiwa mereka mati. jiwa mereka sudah tidak boleh berfungsi lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan Akhirat. Mereka tidak ingin kepada Syurga. Mereka tidak takut kepada Neraka. Mereka tidak merasakan peranan Allah dalam hidup mereka. Mereka tidak rasa bahawa Tuhan itu wujud. Kalaupun mereka tahu yang Allah itu wujud, tetapi setakat tahu sahaja. Ia belum menjadi suatu keyakinan atau satu pegangan. Justeru itu, soal Tuhan diambil ringan.

Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba. Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itulah mereka akan hanyut di alam dunia mengikut arus yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan.

Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Allah berkenan mencampakkan hidayah. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan yang, tulin yang layak menjadi hamba dan khalifah Allah. Selepas hidayah barulah datang ilmu. Selepas ilmu baru boleh yakin dan faham. Setelah faham, barulah boleh beramal.

Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. Ketika itu, kita akan nampak apa-apa yang tersembunyi selama ini. Allah akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan datang tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan. Segalagalanya akan mudah difaham.

Tuhan ada berfirman di dalam Al Quran, maksudnya:

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" (Al-Qamar: 17,22,32,40)


"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur." (Al-Furqaan:50)

"l-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar."( Saad : 29)


"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Ar-R'ad : 19)

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Az-Zumar : 9)


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayatayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raaf: 179)

"Wallahu A'alam "

*** FADHILAT BERZIKIR ***

Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha

* Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* Zikir menggembirakan hati

* Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* Zikir memurahkan rezeki

* Zikir adalah sinaran hati dan muka

* Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

* Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

***WAJAH MEREKA BERCAHAYA ***

Bagaimanakah ciri-ciri orang yang bakal masuk Surga atau masuk Neraka? Salah satunya digambarkan Allah lewat idiom cahaya. Orang-orang yang beriman dan banyak amal salehnya, kata Allah, akan memancarkan cahaya di wajahnya. Sebaliknya, orang-orang yang kafir dan banyak dosanya akan 'memancarkan' kegelapan. Hal itu dikemukakan olehNya di ayat-ayat berikut ini:



QS Al Hadiid (57) : 12

"Pada hari dimana kalian melihat orang-orang beriman laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanannya."



QS. Yunus (10) : 27

“… seakan-akan wajah mereka ditutupi oleh kepingan-kepingan malam yang gelap gulita, mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.”



Kenapakah orang-orang yang beriman dan banyak pahalanya memancarkan cahaya, sedangkan yang banyak dosa 'memancarkan' kegelapan alias kehilangan cahaya?



Ini memang rahasia yang sangat menarik. Allah sangat sering menggunakan istilah cahaya di dalam Al Qur’an. Dia mengatakan bahwa Allah adalah cahaya langit dan Bumi (QS. 24:35). Firman firmanNya juga berupa cahaya (Qur’an QS. 4:174; Taurat QS. 5:44; Injil QS. 5:46). Malaikat sebagai hamba-hamba utusanNya juga terbuat dari badan cahaya. Dan pahala adalah juga cahaya (QS. 57:19). Karena itu orang-orang yang banyak pahalanya memancarkan cahaya di wajahnya (QS. 57:12).



Kunci pemahamannya adalah di Al Qur’an Surat An Nuur: 35. Di ayat itu Allah membuat perumpamaan bahwa DzaNya bagaikan sebuah pelita besar yang menerangi alam semesta. Pelita itu berada di dalam sebuah lubang yang tidak tembus. Tetap di salah satu bagian yang terbuka, ditutupi oleh tabir kaca



Dari tabir kaca itulah memancar cahaya ke seluruh penjuru dunia, bagaikan sebuah mutiara. Pelita itu dinyalakan dengan menggunakan minyak Zaitun yang banyak berkahnya, yang sinarnya memancar dengan sendirinya tanpa disentuh api. Cahaya yang dipancarkan pelita itu berlapis-lapis, mulai dari yang paling rendah frekuensinya sampai yang tertinggi menuju cahaya Allah.



Ayat tersebut memberikan perumpamaan yang sangat misterius tetapi sangat menarik. Dia mengatakan bahwa hubungan antara Allah dengan makhlukNya adalah seperti hubungan antara Pelita (sumber cahaya) dengan cahayanya. Artinya makhluk Allah ini sebenarnya semu saja. Yang sesungguhnya ADA adalah DIA. Kita hanya 'pancaran atau pantulan' saja dari eksistensiNya.



Nah, cahaya yang dipancarkan oleh Allah itu berlapis-lapis mulai dari yang paling jelek (Kegelapan) sampai yang paling baik (Cahaya Putih Terang). Allah telah menetapkan dalam seluruh ciptaanNya itu bahwa Kegelapan mewakili Kejahatan dan Keburukan. Sedangkan Cahaya Terang mewakili Kebaikan.



Maka, kalau kita ingin memperoleh kebaikan dan keberuntungan, kita harus memperoleh cahaya terang. Dan sebaliknya kalau kita mempoleh kegelapan berarti kita masuk ke dalam lingkaran kejahatan dan kerugian.



Yang menarik, ternyata 'cahaya' dan 'kegelapan' itu digunakan oleh Allah di dalam firmannya sebagai ungkapan yang sesungguhnya. Misalnya ayat-ayat yang saya kutipkan di atas. Bahwa orang-orang yang beriman, kelak di hari kiamat, benar-benar akan memancarkan cahaya di wajahnya. Sedangkan orang-orang kafir, justru kehilangan cahaya alias wajahnya gelap gulita.



Dari manakah cahaya di wajah orang beriman itu muncul? Ternyata berasal dari berbagai ibadah yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Setiap ibadah yang diajarkan rasulullah kepada kita selalu mengandung dua unsur, yaitu ingat kepada Allah (dzikrullah) dan membaca firmanNya yang berasal dari KitabNya. Baik ketika kita membaca syahadat, melakukan shalat, mengadakan puasa, berzakat, maupun melaksanakan ibadah haji.



Nah, dari kedua kedua unsur itulah cahaya Allah muncul. Bagaimanakah mekanismenya? Sebagaimana dikatakan di atas, bahwa Allah adalah sumber cahaya langit dan Bumi. Maka ketika kita berdzikir kepada Allah, kita sama saja dengan memproduksi getaran getaran cahaya. Asalkan berdzikirnya khusyuk dan menggetarkan hati. Kuncinya adalah pada 'hati yang bergetar.’



Hati adalah tempat terjadinya getaran yang bersumber dari kehendak jiwa. Ketika seseorang marah, maka hatinya akan berdegup keras. Semakin marah ia, semakin kencang juga getarannya. Demikian pula ketika seseorang sedang sedih, gembira, berduka, tertawa, dan lain sebagainya.



Getaran yang kasar akan dihasilkan jika kita sedang dalam keadaan emosional. Sebaliknya getaran yang lembut akan muncul ketika kita sedang sabar, tenteram dan damai.



Ketika sedang berdzikir, hati kita akan bergetar lembut. Hal ini dikemukan oleh Allah, bahwa orang yang berdzikir hatinya akan tenang dan tenteram.



QS. Ar Ra’d (13) : 28

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”



Ketika seseorang dalam keadaan tenteram, getaran hatinya demikian lembut. Amplitudonya kecil, tetapi frekuensinya sangat tinggi. Semakin tenteram dan damai hati seseorang maka semakin tinggi pula frekuensinya. Dan pada, suatu ketika, pada frekuensi 10 pangkat 13 sampai pangkat 15, akan menghasilkan frekuensi cahaya.



Jadi, ketika kita berdzikir menyebut nama Allah itu, tiba-tiba hati kita bisa bercahaya. Cahaya itu muncul disebabkan terkena resonansi kalimat dzikir yang kita baca. lbaratnya, hati kita adalah sebuah batang besi biasa, ketika kita gesek dengan besi magnet maka ia akan berubah menjadi besi magnetik juga. Semakin sering besi itu kita gesek maka semakin kuat kemagnetan yang muncul daripadanya.



Demikianlah dengan hati kita. Dzikrullah itu menghasilkan getaran-getaran gelombag elektromagnetik dengan frekuensi cahaya yang terus menerus menggesek hati kita. Maka, hati kita pun akan memancarkan cahaya. Kuncinya, sekali lagi, hati harus khusyuk dan tergetar oleh bacaan itu. Bahkan, kalau sampai meneteskan air mata.



Unsur yang kedua adalah ayat-ayat Qur’an. Dengan sangat gamblang Allah mengatakan bahwa Al Qur'an ada cahaya. Bahkan, bukan hanya Al Qur’an, melainkan seluruh kitab-kitab yang pernah diturunkan kepada para rasul itu mengandung cahaya.



QS. An Nisaa' (4) : 174

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur’an).”



QS. Al Maa’idah (5 ) : 44

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya …”



QS Al Maa’idah (5 ) : 46

"Dan Kami telah memberikan kepadanya kitab Injil, sedang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya . . . "



Artinya, ketika kita membaca kalimat-kalimat Allah itu kita juga sedang mengucapkan getaran-getaran cahaya yang meresonansi hati kita. Asalkan kita membacanya dengan pengertian dan pemahaman. Kuncinya, hati sampai bergetar. Jika tidak mengetarkan hati, maka proses dzikir atau baca Al Qur’an itu tidak memberikan efek apa-apa kepada jiwa kita. Yang demikian itu tidak akan menghasilkan cahaya di hati kita.



Apakah perlunya menghasilkan cahaya di hati kita lewat kegiatan dzikir, shalat dan ibadah-ibadah lainnya itu? Supaya, pancaran cahaya di hati kita mengimbas ke seluruh bio elektron di tubuh kita. Ketika cahaya tersebut mengimbas ke miliaran bio elektron di tubuh kita, maka tiba-tiba badan kita akan memancarkan cahaya tipis yang disebut 'Aura'. Termasuk akan terpancar di wajah kita.



Cahaya itulah yang terlihat di wajah orang-orang beriman pada hari kiamat nanti. Aura yang muncul akibat praktek peribadatan yang panjang selama hidupnya, dalam kekhusyukan yang sangat intens. Maka Allah menyejajarkan atau bahkan menyamakan antara pahala dan cahaya, sebagaimana firman berikut ini.



QS. Al Hadiid (57) : 19

“... bagi mereka pahala dan cahaya mereka…”



Dan ternyata cahaya itu dibutuhkan agar kita tidak tersesat di Akhirat nanti. Orang-orang yang memililki cahaya tersebut dapat berjalan dengan mudah, serta memperoleh petunjuk dan ampunan Allah. Akan tetapi orang-orang yang tidak memiliki cahaya, kebingungan dan berusaha mendapatkan cahaya untuk menerangi jalannya.



QS. Al Hadiid (57) : 28

“…dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu.”



QS. Al Hadiid (57) 13

"Pada hati ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman : "Tunggulah kami, supaya kami bisa mengambil cahayamu."

Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah sendiri cahaya (untukmu). "Lalu diadakanlah di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya ada siksa."



QS. Ali lmraan (3) : 106 - 107

"Pada hari yang di waktu itu ada muka yang menjadi putih berseri dan ada Pula yang menjadi hitam muram. 'Ada pun orang-orang yang hitam muram mukanya, (dikatakan kepada mereka) : kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.



"Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada di dalam rahmat Allah, mereka kekal di dalamnya.”



Jadi, selain wajah yang memancarkan cahaya, Allah juga memberikan informasi tentang orang-orang kafir yang berwajah hitam muram. Bahkan di QS. 10 : 27 dikatakan Allah, wajah mereka gelap gulita seperti tertutup oleh potongan¬-potongan malam.



Dalam konteks ini memang bisa dimengerti bahwa orang -orang kafir yang tidak pernah beribadah kepada Allah itu wajahnya tidak memancarkan aura. Sebab hatinya memang tidak pernah bergetar lembut. Yang ada ialah getaran-getaran kasar.



Semakin kasar getaran hati seseorang, maka semakin rendah pula frekuensi yang dihasilkan. Dan semakin rendah frekuensi itu, maka ia tidak bisa menghasilkan cahaya.



Bahkan kata Allah, di dalam berbagai firmanNya, hati yang semakin jelek adalah hati yang semakin keras, tidak bisa bergetar. Seperti yang pernah saya singgung sebelumnya, tingkatan hati yang jelek itu ada 5, yaitu : 1. Hati yang berpenyakit (suka bohong, menipu, marah, dendam, iri, dengki disb), 2. Hati yang mengeras. 3. hati yang membatu. 4. Hati yang tertutup. dan 5. Hati yang dikunci mati oleh Allah.



Maka, semakin kafir seseorang, ia akan semakin keras hatinya. Dan akhirnya tidak bisa bergetar lagi, dikunci mati oleh Allah. Naudzu billahi min dzalik. Hati yang:seperti itulah yang tidak bisa memancarkan aura. Wajah mereka gelap dan muram.



QS. Az Zumaar (39) : 60

"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta kepada Allah, mukanya menjadi hitam."



QS. Al An’aam (6) : 39

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gulita…”



Seperti yang telah saya kemukakan di depan, bahwa ternyata kegelapan itu ada kaitannya dengan kemampuan indera seseorang ketika dibangkitkan. Di sini kelihatan bahwa orang-orang kafir itu dibangkitkan dala keaaan tuli, bisu, buta, dan sekaligus berada di dalam kegelapan. Sehingga mereka kebingungan. Dan kalau kita simpulkan semua itu disebabkan oleh hati mereka yang tertutup dari petunjuk-petunjuk Allah swt.



QS. Al Hajj (22) : 8

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang bercahaya."



QS. Al Maa’idah (5 ) : 16

“…dan (dengan kitab itu) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya.”



QS. Al A’raaf (7) : 157

“…dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.”



QS. An Nuur (24) : 40

“…dan barangsiapa tidak diberi cahaya oleh Allah, tidaklah ia memiliki cahaya sedikit pun.”



QS. At Tahriim (66) : 8

"Hai orang-orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah, dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan para nabi dan orang-orang beriman yang bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

*** KESEDIHAN TEMAN PALING BERERTI***

Setiap orang ada masa sedih dan gembira. Semua orang tahu itu lumrah kehidupan. Saya sendiri sering ditimpa kesedihan. Kesedihan itu ada kalanya membuatkan saya seperti terperangkap dalam sebuah lembah yang dalam dan terasing. Jiwa pun menjadi resah, fikiran bercelaru, kepala berserabut dan segala macam simptom yang mengharu-birukan pun menyerang.



Ketika itulah hilangnya semangat atau istilah popularnya ‘down’ terjadi . Lebih memburukkan keadaan badan turut menanggung beban sehingga mengakibatkan demam, hilang selera makan dan tidur pun tidak lagi lena. Semua itu pernah saya lalui. Namun, sebagai seorang mukmin, kesedihan seperti itu tidak boleh dibiarkan berpanjangkan. Kita mesti berbuat sesuatu demi mengusirnya sebelum ia bertambah parah yang seterusnya merencatkan kebangkitan semula.



Berhenti Bersedih





Ketika ditimpa kesedihan, ambilah sedikit masa untuk bermuhasabah. Muhasabah akan menjadi langkah pertama untuk meredakan rasa sedih itu. Bersedih hanya akan memadamkan api semangat, melemahkankan tekad dan membekukan jiwa. Kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuatkan tubuh tidak berdaya. Mengapa demikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Ia sama sekali tidak bermanfaat bagi hati. Bahkan, kesedihan merupakan suatu yang paling disukai musuh kita, tidak lain syaitan. Musuh itu selalu berusaha membuatkan seorang hamba bersedih untuk menghentikan setiap langkah dan niat baiknya.



“Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah daripada syaitan supaya orang-orang mukmin berdukacita.” (al-Mujadilah: 10)



Bersedih juga tidak diajarkan syariat dan tidak bermanfaat. Kesedihan dapat membuat hidup terasa seperti hilang arah dan membinggungkan.



“Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) bersedih hati.” (Ali Imran: 139)



Kesedihan ibarat racun berbisa bagi jiwa yang dapat menyebabkan melemah, krisis ghirah dan galau dalam menghadapi hidup. Semua itu akan menjurus kepada sikap acuh tidak acuh kepada kebaikan, ketidakpedulian kepada kebajikan, kehilangan semangat untuk meraih kebahagiaan dan kemudian akan berakhir dengan kebinasaan. Rasulullah s.a.w sendiri selalu memohon perlindungan daripada Allah Taala agar dijauhkan daripada kesedihan dengan berdoa,



“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa sedih dan dukacita.”





Hakikatnya, menjadi suatu kewajipan kita untuk berdoa dan meminta kepadaNya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dalam keadaan senang mahupun susah. Berdoa tidak boleh bermusim, mesti berterusan setiap hari.



“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesusahan apabila dia berdoa kepadaNya.” (An-Naml: 62)





Berzikir (ingat) kepada Allah adalah syurgaNya di bumi. Maka, sesiapa yang tidak pernah memasukinya di dunia, dia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa daripada pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan kekecewaan. Ia merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagian hakiki. Cubalah mengamalkannya, nescaya akan mendapatkan kesembuhan daripada macam-macam penyakit hati.



Cuba hayati pepatah Arab yang berbunyi, “Jika seutas tali sudah sangat meregang, nescaya ia akan segera putus! Bermaksud: Jika masalah sudah kritikal, maka tunggulah jalan keluar.



Juga Syair Arab yang berbunyi,



Betapa banyak jalan keluar yang datang setelah rasa putus asa



dan betapa banyak kegembiraan datang setelah kesusahan.



Siapa yang berbaik sangka pada Pemilik ‘Arasy dia akan memetik



manisnya buah yang dipetik di tengah-tengah pohon berduri.





Kesedihan Yang Tidak Dapat Dielakkan



Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dielakkan dan seseorang dipaksa bersedih kerana suatu kenyataan. Berkenaan hal ini, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata,



“Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita daripada kami.” (Fathir: 34)





Dalil ini menunjukkan ketika di dunia mereka pernah bersedih kerana mereka tentu saja pernah ditimpa musibah yang terjadi di luar kawalan mereka. Ketika kesedihan itu terjadi dan hati tidak lagi mampu melawannya, maka kesedihan itu sebenarnya akan mendatangkan pahala. Hal itu terjadi disebabkan kesedihan seperti itu merupakan sebahagian daripada musibah atau ujian. Maka, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah dia berusaha melawannya dengan doa-doa dan cara-cara lain yang memungkinkan untuk mengusirnya.



Kesedihan yang terpuji adalah kesedihan yang disebabkan oleh kegagalan menjalankan suatu ketaatan atau disebabkan tersungkur dalam jurang kemaksiatan. Kesedihan seorang hamba yang disebabkan oleh kesedaran bahawa ketaatan dirinya kepada Allah Taala sangat kurang. Kesedihan itu menandakan bahawa hatinya hidup dan terbuka untuk menerima hidayah dan cahayaNya.





Teruskan Kehidupan





Marilah kita belajar daripada mereka yang dipilih Allah taala untuk diteladani. Mereka ini juga tidak terlepas ditimpa kesedihan. Namun, perhatikanlah bagaimana kesedihan itu dihadapi. Mereka tidak lemah kerana mereka telah benar-benar faham apa itu kesedihan yang sebenar.





Ketika bersembunyi daripada buruan musyrikin Mekah di dalam sebuah gua, Rasulullah s.a.w memberitahu Abu Bakar r.a bahawa Allah Taala bersama mereka. Serta-merta rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimutinya.



Nabi Ibrahim a.s dilempar ke dalam api besar, baginda mengucapkan, ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’, lalu Allah Taala pun menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Baginda pun tidak terbakar. Demikian halnya yang dilakukan Rasulullah dan para sahabatnya tatkala mendapat ancaman pasukan musyrikin dan penyembah berhala, mereka juga mengucapkan, ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil.’



Imam Ahmad bin Hanbal pernah dipenjara dan diseksa, tetapi beliau kemudian menjadi imam salah satu madzhab fiqh yang muktabar. Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi di penjara itulah beliau banyak menghasilkan karya-karya agung. As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar sumur selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah beliau mengarang buku sebanyak dua puluh jilid.



Ketika Ibnu Atsir dipecat daripada jawatannya, beliau berjaya menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami’ul Ushul dan an-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam ilmu hadis. Begitu juga dengan Ibnu Jauzi, ketika beliau pernah diusir dari Baghdad beliau menguasai qiraah sab’ah. Malik ibn ar-Raib menderita penyakit kritikal, namun beliau mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan setanding dengan karya-karya para penyair besar zaman Abbasiyah.



Sebagian besar ulama salafus soleh dan generasi awal umat ini adalah orang-orang yang jika dinilai dari sudut harta benda, termasuk dalam golongan fakir miskin. Mereka tidak memiliki harta yang berlimpah, rumah yang mewah, kenderaan yang hebat dan sebagainya. Walaupun demikian, mereka mampu menjadikan kehidupan ini lebih bermakna dan membuat diri mereka serta masyarakat lebih bahagia. Hal ini tidak lain adalah disebabkan mereka sentiasa memanfaatkan setiap kurniaan Allah di jalan yang benar. Dengan itu pula umur, waktu, dan kemampuan mereka menjadi penuh berkat.



Sibukkan Diri



Sebenarnya, seseorang mudah diserang kesedihan apabila dia hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Ketika itu, fikiran akan menerawang entah ke mana-mana tanpa dapat dikawal. Oleh itu, bunuhlah setiap waktu kosong dengan ‘senjata’ kesibukan. Bangkitlah sekarang juga. Buatlah sesuatu yang bermanfaat bagi diri dan orang lain untuk mengusir kekosongan itu.



Terhentinya seorang mukmin daripada melakukan pekerjaan adalah kelalaian. Kekosongan adalah musuh yang membunuh dan kelapangan adalah sebuah kemalasan. Kebanyakan orang yang selalu gundah dan hidup dalam kerisauan adalah mereka yang terlalu banyak waktu lapang dan sedikit pekerjaan.



Oleh sebab itu, kita mesti sentiasa bergerak, bekerja, mencari, membaca, menulis, bertasbih atau mengunjungi sahabat. Gunakan waktu sebaik-baiknya dan jangan biarkan ada seminit pun yang terbuang sia-sia! Ingat, sehari saja yang kosong tanpa bergerak, nescaya kegundahan, keresahan, godaan dan bisikan syaitan akan mudah menyelinap ke dalam tubuh! Apabila sudah demikian, maka kita akan menjadi lapangan permainan para syaitan.



Kesimpulannya, Jangan mudah bersedih. Apabila kita bersedih gara-gara satu musibah, maka musibah yang satu itu akan menjadi berlipat ganda. Kalau bersedih kerana kesengsaraan yang kita alami, bukankah kesedihan itu hanya menambah kesusahan kita saja? Atau ketika kita bimbang terjadinya sesuatu yang tidak disukai, ia akan mudah terjadi pada kita. Akhir kalam, saya ingin tinggalkan pembaca dengan firman Allah Taala untuk renungan bersama.



“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang hilang daripadamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.” (al Hadid: 22-23)





Waallahua’lam

***MATINYA HATI ***

“Dosa demi dosa membuat hati seseorang menjadi mati.”



Oleh kerana itu, ketika seseorang berkata kepada Said Ibnul Musayyab bahwa Abdul malik bin Marwan berkata, “Saat ini, aku tak lagi merasakan kebahagiaan kerana kebajikan yang aku lakukan.Aku juga tidak merasakan kegelisahan kerana dosa yang aku perbuat.”



Maka Said Ibnul Musayyab berkata, “ saat itulah hatinya telah mati.”



Contoh diatas bukanlah satu-satunya pertanda matinya hati, melainkan masih banyak indikasi lainnya, seperti yang tertera di bawah ini.



1. Merasa senang dengan perbuatan dosa dan berusaha menampakkannya.



2. Keinginan yang membara untuk berkumpul dengan orang-orang yang selalu berbuat maksiat.



3. Merasa tertekan ketika melihat orang-orang yang taat.



4. Senantiasa berbuat dosa dan tidak segera bertaubat.



5. Tidak lagi merasa sedih dengan hilangnya perbuatan taat.



6. Tidak lagi menolak kemungkaran, baik itu dengan tangan, lisan, maupun hatinya.





Wahai Saudaraku, aku senantiasa mengingatkanmu dan aku katakan :



Ingatlah selalu hati mu dari tidur harian mu



Kerana orang yang mendapat taufik adalah yang sentiasa waspada



Jika aku tidak sadar akan nasihat yang akan diberikan kepadaku



Maka jadikanlah dirimu sadar akan nasihat itu.



Ibnul Jauzi mengingatkan, “Jangan kamu remehkan dosa walaupun ringan.Kerana rumput yang lemah jika dianyam bisa menjadi tali yang kuat, hingga mampu mencekik unta yang gemuk.”



Semoga yang sedikit ini bermanfaat.Marilah kita untuk sentiasa Mengajak Dan Menebar Kebaikan bagi para sesama.



Kami beristighfar kepada Allah.Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan selawat,salam dan keberkatan kepada Nabi kita Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya serta seluruh pengikut beliau.

***AKU INGIN MENJADI SITI KHADIJAH RA..ISTERI NABI..TERIMALAH TAUBAT KU YA RABB..***

Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?





Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..

Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?





Kita tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Kita sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Kita juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mengucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.





Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya…..mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah… tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya. Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya. Dekatkanlah diri kita denganNya…..rendahkanlah diri dihadapanNya dalam beribadah, basahilah pipi ini dengan air mata taubat yang sebenar-benar taubat, sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, bersihkan dan sucikan hati yang selama ini dikotori dosa-dosa dengan wangian keikhlasan dalam segala amal kebaikan dan…pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang utuh dan kukuh dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun dalam suka mahupun duka.





Bagiku, dunia ini ibarat sebuah neraka kerana di dalamnya dipenuhi banyak orang yang melakukan maksiat, terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari manusia sendiri, terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia. Tidakkah kita semua menyedarinya? Dan…berada disamping orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik para alim ulama atau insan yang baru hendak mendekatkan diri kepadaNya, asalkan dihatinya ada keinsafan untuk mencari jalan yang dapat menuju ke syurgaNya, hanya itulah yang dapat membahagiakan dan mententeramkan jiwaku. Mudah-mudahan aku juga dapat menjadi seperti mereka dan dapat menjadi seorang ‘Abid di sisiNya suatu masa nanti, InsyaAllah.





“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.





Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerana kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu menghampiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.





Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

***LIFE IS A JOURNEY..menuju kehidupan abadi!***

“Untuk apa dunia ini bagiku? Aku di dunia tidak lebih dari seorang penggembara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya” (HR. Tirmidzi)



“Jadilah kamu di dunia ini umpama seorang penggembara atau perantau di jalanan” (HR. Bukhari)



Kita perlu bersikap menjauhkan diri terhadap dunia melainkan pada perkara yang diperlukan untuk tujuan bermusafir ke destinasi yang dituju. Destinasi bagi kehidupan ini ialah kubur. Sesungguhnya mati sekalipun terasa jauh sebenarnya ia adalah dekat.

Hidup di dunia tidak lama dan bersifat sementara. Kita umpama penggembara, maka bawalah watak kita di dunia ini sebagai penggembara yang mencari kebaikan untuk dimanfaatkan kepada diri dan orang lain. Sedarlah akan singkatnya waktu yang kita miliki. Marilah bermuhasabah sebagai seorang pengembara!



Pengajaran utama petikan hadis itu adalah anjuran untuk bersegera mengerjakan amal soleh dan ibadah kepada Allah Taala sebagai persiapan untuk hari akhirat sebab akhirat itulah yang merupakan tempat abadi.



“Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui .” (al-Ankabut: 64)







Saya terkesan dengan peringatan seorang ulama,“Jadilah engkau di dunia ini seperti seorang asing yang hendak menunaikan keperluannya. Di mana setelah menyelesaikan keperluannya dia pun segera kembali ke kampung halamannya. Bahkan jadilah engkau di dunia ini seperti orang yang sedang menyusuri suatu jalan, di mana tidak belama-lama menyusurinya, melainkan melaluinya hanya sekadar untuk sampai kepada tempat tujuan. Janganlah engkau lupa bahawa dirimu itu adalah mayat. Engkau tidak mengetahui bila ajal itu menjemputmu. Dan tidaklah seseorang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari dan juga tidaklah seseorang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Oleh sebab itu, hitunglah dirimu dalam barisan orang-orang yang mati.”



Satu Penggembaraan



“Manusia diciptakan untuk selama-lamanya” kata Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. Mendalam sekali maksudnya. Inilah perkataan yang lahir daripada pemikiran yang memandang masa depan melampaui masa depan dunia.





Sebagai umat Islam, kita juga mesti mempunyai pemikiran seperti itu dan sememangnya Islam mengajar umat begitu. Masa depan kita tidak hanya terbatas sebagaimana terbatasnya usia dunia kerana hakikatnya kita sekarang baru berada sebahagian daripada penggembaraan merentasi beberapa alam yang telah dilalui dan yang bakal ditempuhi.



Manusia menggembara bermula dari alam roh sampailah ke alam akhirat. Mati bukan bermakna tamat segala cerita, tetapi ia adalah cerita perpindahan dari satu alam ke alam yang lain.



Kehidupan manusia merupakan perjalanan panjang, melelahkan, penuh liku dan melalui tahap demi tahap. Bermula dari alam arwah, alam rahim, alam dunia, alam barzakh, sampai pada alam akhirat yang berujung pada destinasi terakhir bagi manusia sama ada syurga atau neraka.



Islam menolak teori-teori penggembaraan manusia (rihlatul insan) yang bersasaskan logik akal semata-mata. Pertama, teori yang menyatakan manusia ada dengan sendirinya, dibantah al-Qur’an dengan hujjah yang kukuh bahawa manusia wujud kerana dicipta oleh Allah Taala. Kedua, teori yang menyatakan manusia wujud akibat proses evolusi panjang, bermula daripada sebangsa kera kemudian berubah menjadi manusia. Teori ini pun dibantah dengan sangat konkrit bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. Kemudian diteruskan generasi anak cucu Adam a.s. yang diciptakan Allah Taala daripada jenis manusia itu sendiri. Berasal daripada percampuran antara sperma lelaki dengan ovum wanita, maka lahirlah manusia.



Alam Roh



“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab, “Betul, kami bersaksi,” (al-A’raf:172)



Alam Rahim





“Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.” (Al-Hajj: 5)



“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya untuk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya” (al-Kahfi: 7)



Alam Kubur





“Dan di hadapan mereka terdapat barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (al-Mu’minun: 100)





Alam Akhirat





“(sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) ketika melihatnya, seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau pagi sahaja.” (an-Nazi’at: 46)



Muhasabah Sebagai Penggembara



Saya ingin mengajak diri saya dan pembaca memperbanyakkan muhasabah sama ada pada waktu senang mahupun payah. Muhasabah mengingatkan kita akan kesenangan mahupun kepayahan adalah ujian Allah ke atas hambaNya. Ia akan menguatkan kita melalui ujian itu terutamanya ketika kita tiada siapa-siapa kecuali Allah Taala.



“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan). Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.” (al-Hasyr:18)



Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas menyatakan, “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pada hari yang dijanjikan dan ketika kamu dihadapkan di hadapan Tuhanmu.”



Rasulullah s.a.w berpesan, “Orang yang bijak ialah orang yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari selepas mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan sesuatu di sisi Allah” (Riwayat Ibnu Majah, katanya hadith hasan). Maksud “menundukkan hawa nafsu” ialah menghitung diri di dunia.



Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”.

***ERTI CINTA***

Apabila berbicara tentang cinta, maka akan segera terbayang hubungan pasangan kekasih yang rindu merindui, mengambil berat antara satu sama lain, saling menyayangi dan bermacam-macam lagi perasaan yang menyeronokan. Semua itu dirasakan terlalu indah sehingga mengakibatkan terabai banyak perkara, terbuai dengan angan-angan, malah tidak lagi berpijak di bumi yang nyata. Hakikat ini memang berlaku dek kerana bahana cinta yang tidak terkawal.

Dalam sesetengah kes, kita melihat orang yang dikatakan dilamun cinta hidup dalam dunia yang dicipta sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Dalam dunia itu hanya ada dia dan pasangannya. Dunia itu dipenuhi khayalan-khayalan mempesonakan lantas membuat penghuninya terleka sama sekali. Kelekaan itu lazimnya datang bersama kekacauan jiwa, rasa tidak tenteram atau dalam istilah popular dikatakan makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Adakah benar itu cinta?



Fenomena ini dapat dilihat di mana-mana sahaja terutama di tempat-tempat yang mudah berlaku pergaulan ala-ala bebas antara si teruna dengan si dara seperti universiti, kolej dan termasuklah sekolah. Saya sendiri mempunyai agak ramai teman yang ikut tenggelam dalam fenomena ini. Sejak di bangku sekolah sampailah ke universiti budaya yang cukup popular disebut ‘couple’ begitu berleluasa.



Bagaimana agaknya sikap yang perlu diambil untuk berhadapan dengan fenomena ini? Berkenaan dengan hukum syarak rasanya ramai telah sedia maklum. Tetapi reaksi kebanyakan mereka yang terjebak juga turut tersedia maklum apalagi ‘couple’ tegar yang seolah-olah tak makan saman.



Agak sukar untuk menjelaskan hakikat sebenar kepada mereka yang mabuk dalam dunia cinta kononnya.Tetapi apabila difikirkan peranan menyampaikan kebenaran, maka tidak dapat tidak mseti disampaikan juga sekalipun pahit. Sememangnya begitulah tugas kita kerana yang dituntut bukanlah sama ada orang itu berjaya diubah atau tidak, tetapi dituntut supaya kita berusaha merubahnya apabila perlu.



Memang sukar hendak membayangkan kehangatan perasaan cinta yang melanda tetapi itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan alasan. Perasaan yang tentunya menghadirkan resah gelisah sehingga adakalanya gagal dikawal. Ada ketika hendak menangis menanggung beban cinta, ada ketika tersenyum sendiri. Namun, apalagi yang dapat dikatakan selain bersabar terhadap dorongan perasaan itu?



Bersabar daripada melakukan dosa adalah satu mujahadah yang dijanjikan pahala atasnya. Oleh itu, bersabarlah walaupun hati menjerit mahu berjumpa dengannya, walau batin berteriak mahu menghubunginya, walau akal sempit mengatakan dialah cinta sejati, walau diri amat mencintainya dan tidak dapat melupakannya walau sesaat pun, bersabarlah!.



Mohonlah kepada Allah Taala agar Dia tidak membolak balikkan hati, agar ditunjukkan jalan yang benar, landasan yang lurus dan hati yang mampu melihat jalan kebenaran dan dapat membezakan antara yang baik dengan buruk.



Daripada Kekasih Kepada Kekasih



Bukti cinta adalah menginginkan kebaikan kepada orang yang dicintai. Kalau boleh kita ingin menjadi penyelamatnya daripada segala malapetaka dan bahaya. Setujukah? Jika ya, dimanakah cinta ketika si dia mengajak kepada maksiat seperti keluar berdua, makan berdua dan segala macam yang dilakukan berdua-duaan? Padahal semua maksiat itu mengundang celaka di dunia dan neraka di akhirat? Adakah si kekasih sanggup menjerumuskan kekasihnya ke dalam neraka?



Sungguh ramai yang terperangkap dalam jerat ini. Dia merasakan cintanya agung dan suci. Tetapi dia tidak sedar, sebenarnya ketika itu dia tidak mencintai. Hakikatnya, dia pun tidak dicintai. Dia menghumban pasangannya ke neraka sementara pasangannya juga menghumbannya ke neraka. Cinta yang bagaimanakah itu?



Mungkinkah ada yang beralasan sekadar untuk membahagiakan pasangan sebagai tanda pengorbanan? Semua itu rekaan nafsu sahaja. Dia berkorban supaya dia dicintai. Bukankah itu mementingkan diri? Dia mencintai pasangan untuk memuaskan hatinya. Itukah cinta?



Cinta yang sebenar adalah cinta yang sampai ke akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, kemudian di akhirat bermusuhan. Masing-masing saling menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa.



Mak & ayah akan menyalahkan anak-anak kerana dosa anak-anak terpalit pada diri mereka. Anak-anak pula akan mendakwa mak & ayah kerana tidak menjaga dan mendidik mereka dengar benar. Suami akan menyalahkan isteri kerana tidak taat kepada Allah Taala. Isteri pula akan mendakwa suami kerana meninggalkan amanah mentarbiyah keluarga. Di sana, tidak bermakna langsung cinta yang sering diperkatakan manusia. Cinta mereka tidak sampai ke akhirat. Tertinggal di tepian kubur, kemudian lenyap begitu sahaja.



Daifnya cinta sedemikian. Syaitan menghiasi cinta daif itu kelihatan agung. Tinggi melangit, bulan bintang menjadi saksi, sanggup mendaki gunung tinggi, merentas lautan api kononnya. Hendak mengharungi neraka bersamakah?



Analogi cinta sebagaimana iman, tersembunyi dalam hati, terbukti dengan kata dan perbuatan. Cinta perlu difahami sebagai rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Sebagaimana kita memahami istilah cinta kepada Allah, nabiNya dan ibu bapa, maka begitu juga cinta kepada si dia walaupun kriteria cinta2 tersebut berbeza. Adalah sesuatu yang tidak wajar jika kita memahami cinta kepada si dia dengan pemahaman yang songsang.



Bagaimana mungkin kita mengatakan cinta kepada Allah/ nabiNya/ ibu bapa adalah sekian-sekian, sementara cinta kepada si dia berada di sisi yang bertentangan sama sekali. Jika demikian begitu adakah ia masih layak diistilahkan cinta?



Pandulah Dengan Iman & Ilmu



Sesungguhnya Allah Taala telah menganugerahi manusia dengan beberapa naluri (ghara’iz) antaranya gharizah al-baqa’ (naluri untuk meneruskan/ mempertahankan kehidupan), gharizah al-tadayyun (naluri untuk menyembah/ beragama) dan gharizah an-nau’ (naluri berpasangan). Dengan naluri-naluri tersebut manusia menjalani kehidupan di muka bumi dengan sebahagiannya berjaya menggunakan naluri-naluri itu pada jalan yang benar sesuai dengan fitrah manakala sebahagian yang lain ada yang tersesat.



As Sheikh Taqiyuddin An Nabhany dalam buku Sistem Pergaulan Dalam Islam menyatakan pemahaman mengenai gharizah an-nau’ dan tujuan penciptaannya mesti difahami setiap lelaki dan wanita. Perkara tersebut memberi kefahaman yang betul mengenai gharizah yang telah diciptakan Allah iaitu membataskan naluri tersebut pada hubungan lelaki dan wanita atau sebaliknya serta memfokuskan hubungan itu pada tujuan penciptaan gharizah an-nau’ iaitu untuk melahirkan keturunan manusia. Kefahaman inilah yang akan dapat mewujudkan pemuasan naluri dan mewujudkan tujuan diciptakan naluri itu seterusnya mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat.



Islam menyediakan jalan penyelesaian dalam segala perkara, maka merujuklah padanya. Bukankah kita orang yang menyakini Islam sebagai cara hidup? Tidaklah patut kita mengambil Islam dalam sebahagian perkara sementara meninggalkannya pada sebahagian yang lain. Sikap kita adalah ‘kami dengar & kami taat’ terhadap semua perkara yang datang daripada Allah dan rasulNya. Tidak ada pilihan lain. Masalah cinta kepada si dia juga tidak terkecuali.



Janganlah dibiarkan jiwa menjadi lemah kerana cinta. Tidak dinafikan cinta itu kadangkadang datang tanpa diundang. Maka persiapkanlah diri dengan iman & ilmu secukupnya agar diri tidak hanyut dibuai angan & mimpi indah padahal semua itu langsung tidak menjanjikan kebahagiaan. Jika tersilap, perbaikilah diri dan ajaklah orang yang dicintai itu untuk kembali muhasabah. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada Ilahi. Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul dan bercintalah dengan matlamat yang betul.



Saya mahu mengajak kita berfikir dan menilai cinta melalui kaca mata yang benar dan ini hanya dapat dilakukan melalui iman dan ilmu yang juga benar. Saya tidak ingin menghalang cinta yang berputik daripada berkembang mekar tetapi yang diingini adalah meletakkan cinta itu pada tempat yang benar dan hak. Bertanyalah kenapa kita bercinta? Untuk apa kita bercinta? Bagaimana kita bercinta? Persoalan-persoalan ini menagih jawapan yang jujur. Semoga kita dapat menjadikan hak yang halal itu halal dan kekalkanlah hak yang haram itu haram.



Wallahua’lam bisshawab.

*** RENUNGAN***

Hari ini kekuatan iman dan hatiku benar-benar teruji. Sehingga lemah rasanya kedua lutut menyokong tubuh badan nan satu. Tiada apa yang mampu ku lakukan selain menangis dan terus menangis sambil bibirku tegar menyebut Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Allah.

Jiwa ini terus mencari dahan berpaut agar tidak terus rebah terguling. Kekuatan yang dib...ina selama ini dengan amalan yang tak seberapa dan tak seistiqamah mana dengan izin Allah mampu berpaut pada tali Allah walaupun dengan genggaman lemah sebelah tangan. Kerana adanya tali Allah yang kukuh memaut kembali tangan ini.

Jiwa yang hancur lumat ini Allah tidak biarkan lama bersendirian dengan menghantarkan tiupan semangat dihembuskan dengan nasihat-nasihat dan harapan-harapan yang dihantar melalui jiwa-jiwa yang murni dan benar-benar ikhlas dengan ukhuwwah. Berbisik lembut dan indah di telinga. Ibarat ucapan-ucapan salam dari ahli syurga.

Ya Allah hambaMu ini masih rapuh ya Allah. Kuatkanlah hati ini dengan kekuatanMu dan ke Mahaan Mu ya Allah dengan teguhnya jamaah ini dengan simpulan ukhuwwah ini. Dakwah ini terlalu mahal untuk digadaikan... lebih mahal daripada jiwa nan satu ini.

Ya Allah berikanlah iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain dari Engkau sendiri. Jangan ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah).See More

***SALAM'ALAIK***

Pernah suatu masa ia terguris..
pernah jua suatu ketika ia terluka..
pernah ia kecewa ditinggalkan tanpa kata..
...pernah ia kemurungan dibiarkan sendiri..


Kalau dahulunya ia menangis kerana peritnya gurisan itu
kalau dahulunya ia merintih kepedihan kerana luka itu..
Hari ini ia menangis bahagia kerana pernah terguris..
hari ini ia merintih kesyukuran kerana pernah terluka..

Ya Allah..
Besarnya rahmatMu buat hamba yg kerdil ini..

kalau dahulu ia kecewa ditinggalkan bersama kebisuan..
kalau dahulu ia pernah dilanda kemurungan kerana bersendiri..
hari ini kekecewaan itulah semangatnya utk terus berdiri..
kerana kemurungan itulah dia mampu tersenyum hari ini...

pernah ia mengharap waktu itu kembali..
utk mengubah hakikat ia ditinggalkan..
menahan hati dari terluka dan terguris..

tapi hari ini..
ia mengharap agar waktu itu kembali..
agar dpt mengubah apa yg terjadi pada awalnya..
mengubah sesuatu kesilapan kecil yg tidak sepatutnya
berlaku pada awalnya..
kerana kesilapan kecil itulah ia terluka..
kerana kesilapan kecil itulah ia kecewa..

Tetapi...
Andai dahulu ia tidak pernah terluka..
pasti ia tidak tahu apa itu bahagia..
andai dahulu ia tidak pernah kecewa..
pasti ia tidak tahu apa itu gembira..

Syukran Ya Allah..
kerana dia aku terluka..
kerana dia aku kecewa..
kerana dia aku mengenal apa itu kekuatan..
semangat,ketabahan..dan..
KEBAHAGIAAN mengejar cintaMu...

***TERIMALAH TAUBAT KU YA ALLAH ***

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan

Oh Tuhan Yg Maha Kuasa

Terima taubat hamba berdosa…
...

Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ku kesali kejahilan ini

terimalah…

Taubatku ini…


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan…


Maafkanlah segala kekuranganku, Ya Allah


Engkau Maha tidak memerlukan dari menyiksaku.


Kerana sesungguhnya semua dosa-dosa ku

tidak merugikan-Mu.

begitu pula semua ketaatanku

tidak menguntungkan-Mu

“Wahai Tuhan, pindahkan aku dari hinanya maksiat kepada kemuliaan Taat!”


Ya Allah, Walaupun aku begitu jauh

dari hamba-hamba Mulia Pilihan-Mu,

Hamba Mohon…

kukuhkanlah kakiku untuk melangkah dijalan-Mu…

teguhkan Jiwa dan hati-ku

untuk menggapai Redha-Mu,

Teguhkan Iman-ku sampai akhir nanti…


YA ALLAH Yang Maha Mulia,

muliakanlah aku dengan ketakwaan…

Ya Rabb…Aku bersimpuh dihadapan-Mu

Aku memohon dengan kemulian-Mu atas kehinaanku

agar Engkau mengasihiku


Aku memohon dengan kekuatan-Mu atas kelemahanku

Ketidakperluan-Mu atas ku dan Keperluanku atas-Mu

Inilah wajah yang pembohong dan pendosa dihadapan zat-Mu

Hamba-MU selainku banyak,

sedang aku tidak memiliki Tuhan selain-Mu

Tak ada tempat kembali

Tak ada yang dpt menyelamatkan ku

Selain penyelamatan dari MU


Aku memohon dengan permohonan orang daif

Aku berzikir kepada-Mu dengan zikir orang yang rendah hati dan Hina

Aku memohon kepada-Mu

dengan permohonan orang yang takut dan sakit

Sebuah permintaan dari orang yang dirinya merendahkan diri pada-Mu


Saat ini aku mengadu pada-Mu

Merintih di ribaan-Mu

Untuk hatiku yang kelam…

Untuk Jiwaku yang sakit…

Untuk dosa-dosaku dimasa lalu,

sekarang dan yang akan datang


Ya Rabb…Ampuni dosa-dosaku

Bersihkan hati ini…. Sucikan jiwa ini…

Tenteramkan batin ini…

Singkapkan tabir antara Engkau dan Aku ..

Ya Allah…Aku takut…. Aku ngeri …

tentang masa depanku…

Aku tidak kuat akn azab-Mu

Bila kelak hari perhitungan itu datang


Saat Engkau menegakkan keadilan-MU

Bagaimana aku menghadap-MU?


Bahu ini tidak akan sanggup memikul dosa-dosa

Akibat kezalimanku


Yaa Rabb…

Andai waktu masih ada


Di sisa usia ini ….Aku bertaubat pada-Mu

Agar ringan kaki melangkah Menghadap-Mu


Aku ingin Engkau tersenyum Menyambutku…

Merangkulku dengan kasih-Mu …

Membelaiku dengan Cinta-Mu

Merindukanku seperti saat ini aku Merindukan-Mu

Senyuman dari Sang Maha Pengasih…

Ya Rabb Hamba kembali….

Hamba kembali ke jalan-Mu


YA ALLAH… Tuhanku, sungguh dosa-dosaku hari ini

dan hari yang telah lalu berlimpah.

Hamba tidak kuasa menghitung

dan menjumlahkannya


Hamba tidaklah kuat untuk menerima azab neraka

Juga tidak mampu bersabar

dan tidak pula tabah atasnya.

Maka lihatlah wahai TUHANKU pada kelemahan hamba dan kehinaan hamba

Jangan biarkan hamba merasakan panasnya neraka pada esok hari (kiamat)


“Ya Tuhanku , tak layak bagiku

menghuni syurga Firdaus-Mu,

namun aku tak kuat bila menempati neraka Jahim.


Maafkanlah semua kesalahanku

dan ampunilah semua dosaku

kerana hanya Engkaulah yang mengampuni dosa-dosa yang besar dan yang kecil.

Ya Allah Seandainya ini adalah hari terakhir hidupku..

maka terimalah taubatku ini kerana begitu banyak dosa yang telah kulakukan...


Ya Allah…ampunilah hambaMu ini…amiin...

***YA ALLAH***

Ya Allah.. Aku bersyukur pada-Mu... Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku.. Kau pelihara diriku, imanku dan agamaku... Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu.. Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu.. Ya Allah... Aku hanya...lah hamba-Mu... Hamba yang senantiasa menzalimi diri... Hamba yang kufur pada nikmat-Mu... Hamba yang mengikut hawa nafsu.. Ya Allah.. Aku mohon pada-Mu.. Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku.. Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku.. Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku.. Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan.. Ya Allah.. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang... Lindungilah aku, payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu... Peliharalah pandanganku Ya Allah.. Peliharalah hatiku Ya Rabbi.. Peliharalah diriku Ya Rahim.. Ya Allah... Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu.. Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu... Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu.. Cinta dan rindu pada kematian.. Ya Allah... Andai aku ditakdirkan mati.. Matikanlah aku dalam iman.. Matikanlah aku dalam Islam.. Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu... Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu.. Ya Allah.. Terimalah taubatku ini... Kerana aku.. Aku takut dengan azab-Mu.. Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu.. Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu.. Aku takut Ya Allah

***CINTA ALLAH YANG PALING UTAMA***

❤ Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

❤ Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN......
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

❤ Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

❤ Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yg pling dalam saat kau membiarkannya.Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

❤ Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

❤ Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

❤ Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu.Dan cinta yang paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

❤ Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak.Biarkan dia b'lalu pergi dan lupakanlah dia.

~► Cinta memang indah namun byk onak berduri didlmnye.....

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dpt membawa kalian ke SYURGA Allah..InsyaAllah,Amin Ya Allah..

***Aku hanya sebutir bintang kecil yang redup di samudra langit Mu yang tanpa batas ***

Ya Allah...ya Tuhanku
Hamba yang hina ini menyedari tiada ertinya diri ini di hadapanMU
...Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi ...
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU


Ya Allah...ya Tuhanku
Baktiku tiada erti, ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU
Betapa sedar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini
Hati yang telah terkotori oleh noda ini memiliki keinginan setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???

Ya Allah...ya Tuhanku
Kami semua fakir di hadapan MU
tapi juga kikir dalam mengabdi kepada MU
Semua makhlukMU meminta kepada MU dan pintaku...
Ampunilah aku dan sudara-saudaraku yang telah memberi erti dalam hidupku
Permudahkanlah urusann mereka...


Mungkin tanpa kami sedari , kami pernah melanggar aturanMU
Melanggar aturan qiyadah kami, bahkan terlena dan tak mahu tahu akan amanah
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami...
Ampunilah kami...
Pertemukan kami dalam syurga MU dalam bingkai kecintaan kepadaMU


Ya Allah...ya Tuhanku
Siangku tak selalu dalam iman yang teguh
Malamku tak sentiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh zikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu
Atau....dalam maksiat kepada


Ya Allah, ya Tuhanku
Tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!
Dan kita tidak punya pilihan lain selain mengakuinya. Lalu Ia mengatakan,”Wahai hambaKU, sungguh Aku telah menutupi dosamu itu ketika engkau masih di dunia, maka hari inipun Aku tutupi dan Aku ampuni ia.” ( hadist riwayat bukhari )


Dariku untuk saudara2ku yg dikasihi kerana Allah...Perbaiki diri dan serulah orang lain..
".....saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
(QS. Al-‘Asr[103]: 3)

*** wanita SoleHah***

Ciri-Ciri Wanita Solehah Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah? Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang.

Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah. (

Cerita ini d...iubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis) Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut... Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?" Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu. "Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata.

Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik." Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim) Si ayah terus menyambung. "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran." Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir) "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32) Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu. "Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu. "Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan." "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31) "Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi) Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?" Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti.

INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh." Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

*** Itu Sebenarnya Mudah Bagi Orang Dimudahkan Oleh Allah ***

Imam Abdullah bin Mubarak telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Zuhd dengan sanad beliau dari seorang pria yaitu Khalid bin Maadan yang pernah berkata kepada Muaz: "Wahai Muaz, Ceritakanlah kepadaku sebuah hadits yang pernah Engkau dengar dari Rasulul...lah saw .." Berkata rawi hadits tersebut yaitu Khalid bin Maadan, lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti dari tangisannya kemudian lalu Muaza bersabda: Aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku: "Wahai Muaz! Sebenarya aku ingin menceritakan kepada kamu sebuah hadits jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau disisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan TUHAN pada hari kiamat nanti.

Lalu naiklah malaikat Hafazdah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang.Amalan tersebut memiliki nur bagaikan cahaya matahari, sehingga bila malaikat hafadzah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit pertama.Mereka menganggap bahwa praktek itu baik dan sangat banyak, lalu berkata malaikat penjaga langit itu bagi malaikat Hafadzhah: "Pukullah dengan praktek ini akan muka orang yang mengerjakannya.Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat).

Allah telah menyuruhku untuk aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas." Kemudian datang pula malaikat Hafadzah membawa amalan seseorang hamba.Mereka menganggap bahwa praktek itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berhasil melintasi langit pertama karena orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa ghibah) sehingga mereka sampai ke langit kedua lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu: "Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya karena ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia.Allah telah menyuruhku untuk aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas.

Selain dari itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan.Akulah malaikat penjaga kebesaran " Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinar dan cahaya dari pahala sedekah, shalat, puasa.

Para malaikat Hafadzah merasa heran melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu: "Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya.Akulah malaikat takbur.Allah menyuruhku untuk tidak membiarkan amalan orang yang diri dapat melintasiku.

Orang banyak itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai" Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amal seseorang hamba.Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkedip-kelip.Baginya suara tasbih, shalat, puasa, haji dan umrah.

Para Malaikat hafadzah berhasil membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat. Maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu: "Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya.

Akulah malaikat ujub.Allah menyuruhku untuk tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku.Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya" Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berhasil sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah praktek itu pengantin yang dikirim (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima: "Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan jatuhkanlah di atas tengkoknya.

Akulah malaikat hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.Ia hasud akan orang lain yang melakukan apapun kelebihan dalam ibadah ia juga mencela mereka .

Allah menyuruhku untuk aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku " Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amaln seseorang hamba.Baginya cahaya seperti bulan purnama dari salat, zakat.umrah, jihad dan puasa.

Malaikat Hafadzah berhasil membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut: "Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya karena ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian, Akulah malaikat rahmat.Allah menyuruhku untuk tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku " Kemudian naiklah pula malaikat Hafadzah membawa amalan seseorang hamba.

Amalan itu adalah shalat, puasa, nafkah, jihad dan warak.Baginya suara (maksudnya suara zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat.

Mereka telah berhasil membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut: "Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula seluruh anggota badannya dan tutuokan ke atas hatinya.Akulah malaikat zikir (zikir disini berarti: mencari sebutan, yaitu seseorang beramal dengan tujuan agar disebut-sebut orang lain). Aku mencegah praktek orang yang riya 'dari sampai ke Tuhanku.

Ia beramal bkan karena mencari keridhaan Allah tetapi hanya bertujuan agar mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut dikalangan para ulama dan agar terkenal namanya di seluruh tempat.

Allah menyuruhku untuk tidak membiarkan praktek orang yang riya 'itu melintasi aku, karena setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riya' dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riya '" Kemudian naik pula malaikat Hafadzah dengan amalan seseorang hamba.Amalan itu berupa shalat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (dari hal yang tidak berguna) dan banyak berzikir.

Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petaja langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai ke Allah.Para malaikat itu berhenti dihadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikat: "Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya.

Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut.Ia hanya menghendaki sesuatu selain oleh karena itu maka AKU turunkan ke atasnya akan laknatKU." Lalu para malaikat tadi berkata: "Ke atasnya laknatMU dan juga laknat kami".

Lalu melaknat akan dia oleh tujuh langit dan seisinya. Mendengar sabda Rasulullah saw ini lalu Muaz menangis seraya berkata: "Engkau adalah Rasulullah saw sedangkan aku adalah Hafidz (hamba Allah yang bukan rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera?. Lalu Rasulullah saw menjawab: "Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan.

Wahai Hafidz jaga lidahmu baik-baik dari mencela saudaramu yang membaca Alquran (kaum ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau pertanggungkan dosamu ke atas mereka dan janganlah kamu menganggap dirimu bersih dan tidak usah mencela orang lain dan jangan kamu campurkan urusan dunia dalam urusan akhirat.

Dan jangan engkau menyombongkan diri di dalam majlis nanti orang akan takut kepadamu karena kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada disisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus dari kamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Dan jangan engkau carikkan (pecah-belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing neraka pada hari kiamat nanti.Allah telah berfirman: "Demi yang mencari akan carikkan" (surat An-Nazia't: 2) Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang merobek itu? Muaz bertanya: "Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?" Lalu Nabi saw menjawab: "Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sampai ke tulang" Muaz berkata: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang mampu melaksanakan segala hal yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat dari siksaan itu? " Nabi saw menjawab: "Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah" Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: "maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al-Quranul Karim lebih dari Hafidz karena beliau faham terhadap hadits yang besar ini" -Hadits ini riwayat Ibnul Mubarakdi dalam kitab Ai-Zuhd dan riwayat Ibnul Jauzi di dalam kitab Al-Maudhu'at (lihat Takhrij Al Iraqi, Ihya Ulumuddin 3 / 295)

*** Zina - Dosanya - Hukumannya Di dunia Di Dalam Sya'riat ALLAH dan Azabnya di Akhirat Kelak ***

Zina adalah dosa yang sangat besar dan sangat keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
“Artinya : Dan janganlah kamu mend...ekati zina, karena sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” (Al-Israa 17 : 32)

Para ulama menjelaskan bahwa firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam dari perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang artinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga dari pada zina

[1]. Yakni : Janganlah kamu mendekati yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina.

[2] Faahisah adalah = maksiat yang sangat buruk dan jelek Wa saa’a sabiila = karena akan membawa orang yang melakukannya ke dalam neraka.

Tidak ada perselisihan di antara para ulama bahwa zina termasuk Al-Kabaa’ir (dosa-dosa besar) berdasarkan ayat di atas dan sabda Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Artinya : Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman

[3] darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” [Hadits shahih riwayat Abu Dawud no. 4690dari jalan Abu Hurairah] Berkata Ibnu Abbas. : “Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina” [Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud, Fathul Bari 12:58-59] Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Artinya : Dari Abi Hurairah, ia berkata : Telah bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin.

Dan tidak akan meminum khamr ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin. Dan tidak akan merampas barang yang manusia (orang banyak) melihat kepadanya dengan mata-mata mereka ketika dia merampas barang tersebut pada dia seorang mukmin” [Hadits shahih riwayat Bukhari no. 2475, 5578, 6772, 6810 dan Muslim 1/54-55] Maksud dari hadits yang mulia ini ialah : Pertama : Bahwa sifat seorang mukmin tidak berzina dan seterusnya. Kedua : Apabila seorang mukmin itu berzina dan seterusnya maka hilanglah kesempurnaan iman dari dirinya”

[4] Di antara sifat “ibaadur Rahman”

[5] ialah : ‘tidak berzina’. Maka apabila seorang itu melakukan zina, niscaya hilanglah sifat-sifat mulia dari dirinya bersama hilangnya kesempurnaan iman dan nur keimannya.

[6] Setelah kita mengetahui berdasarkan nur Al-Qur’an dan Sunnah Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa zina termasuk ke dalam Al-Kabaair (dosa-dosa besar) maka akan lebih besar lagi dosanya apabila kita melihat siapa yang melakukannya dan kepada siapa? Kalau zina itu dilakukan oleh orang yang telah tua, maka dosanya akan lebih besar lagi berdasarkan sabda Nabi yang mulia Shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Artinya : Ada tiga golongan (manusia) yang Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan tidak melihat kepada mereka, dan bagi mereka siksa yang sangat pedih, yaitu ; Orang tua yang berzina, raja yang pendusta (pembohong) dan orang miskin yang sombong” [Hadits shahih riwayat Muslim 1/72 dari jalan Abu Hurairah, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti diatas] Demikian juga apabila dilakukan oleh orang yang telah nikah atau pernah merasakan nikah yang shahih baik sekarang ini sebagai suami atau istri atau duda atau janda, sama saja, dosanya sangat besar dan hukumannya sangat berat yang setimpal dengan perbuatan mereka, yaitu didera sebanyak seratus kali kemudian di rajam sampai mati atau cukup di rajam saja.

Adapun bagi laki-laki yang masih bujang atau dan anak gadis hukumnya didera seratus kali kemudian diasingkan (dibuang) selama satu tahun. Dengan melihat kepada perbedaan hukuman dunia maka para ulama memutuskan berbeda juga besarnya dosa zina itu dari dosa besar kepada yang lebih besar dan sebesar-besar dosa besar. Mereka melihat siapa yang melakukannya dan kepada siapa dilakukannya.

Kemudian, kalau kita melihat kepada siapa dilakukannya, maka apabila seorang itu berzina dengan isteri tetangganya, masuklah dia kedalam sebesar-besar dosa besar (baca kembali haditsnya di fasal kedua dari jalan Ibnu Mas’ud). Dan lebih membinasakan lagi apabila zina itu dilakukan kepada mahramnya seperti kepada ibu kandung, ibu tiri, anak, saudara kandung, keponakan, bibinya dan lain-lain yang ada hubungan mahram, maka hukumannya adalah bunuh.

[7] Sumber : Disalin dari kitab Menanti Buah Hati Dan Hadiah Untuk Yang Dinanti, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam Jakarta, Cetakan I – Th 1423H/2002M Waulahualam moga bermanfaat insyaAllah.. ^_^ __________ Foote Note

[1]. Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253
[2]. Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68 Al-Imam Al-Aluwsiy Al-Baghdadi. Tafsir Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33.
[3]. Yang dimaksud “kesempurnaan iman dan cahayanya” baca syarah hadits ini di Faidlul Qadir Syarah Jami’ush Shagir 1/367 no. 660
[4]. Lihat syarah hadits ini di Fathul Bari no. 6772 Syarah Muslim Juz.2 hal.41-45 Imam An-Nawawi. Kitabul Iman oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah hal.239, 240
[5]. Tafsir Ibnu Katsir surat Al-Furqan ayat 68
[6]. Lihatlah tentang permasalahan zina, kerusakannya, hukumannya, dosanya, siksanya di kitab Jawaaabul Kaafiy, hal. 223 -239 dan 240 – 249 oleh Al-Imam Ibnul Qayyim [7]. Tafsir Ibnu Katsir surat An-Nisaa ayat 22
[8]. Keluasan masalah zina dapat dibaca dan diteliti di kitab-kitab fiqih dan syarah hadits.

*** Maaf Saya tidak Bersalam dengan Lelaki ***

Hadis Yang berkaitan dengan berjabat tangan.

Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berp...isah.”
(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: ”Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.”
(HR Bukhari)
Anjuran berjabat dan mencium tangan

Yang Boleh (dianjurkan)

Mencium tangan berkaitan dengan agama

■Islam menganjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.
Yang Tidak Boleh (Makruh)

Mencium Tangan Sebab Keduniaan

■Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.
Membongkokkan badan

■Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang. Dari Anas r.a., katanya:
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?” Baginda menjawa: “Ya.” (HR al-Tarmizi)
Bersalaman Dengan Mahram

Definisi Mahram : Mahram bermaksud yang diharamkan. Definisi 'yang diharamkan' didalam istilah ini ialah wanita yang diharamkan berkahwin dengan seorang lelaki.

Terdapat dua (2) bahagian mahram :
1. Haram Muaabad (Haram kekal)
2. Haram Muaqat (Haram Sementara).

Haram Muaabad

■Golongan yang dikategorikan di dalam golongan Haram Muabbad (kekal) ini telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam surah Nisa' ayat 22-23.■Haram Muaabad pula terbahagi kepada tiga (3)Pertalian Darah
1.Ibu
2.Anak
3.Adik Beradik
4.Ibu saudara sebelah bapa
5.Ibu saudara sebelah ibu
6.Anak saudara Lelaki
7.Anak saudara Perempuan
Susuan
1.Ibu & Ayah susuan
2.Saudara saudara perempuan susuan
Mushaharah
1.Ibu Mertua
2.Isteri Bapa (Ibu tiri)
3.Menantu
4.Anak perempuan daripada suami yang lain
Hukum yang berkaitan dengan Mahram Muaabad

Yang Boleh
■Boleh berjabat tangan atau bersentuhan tangan
■Boleh bermusafir dengan mahramnya
■Aurat bagi mahram ini ialah ;
■Bagi lelaki ; Antara pusat ke lutut (lelaki)
■Bagi Wanita ; Sesuatu yang zahir seperti rambut, tangan, leher, kaki dsb.
Haram Muaqqat (haram sementara)

■Adik atau Abang Ipar
■Isteri Bapa Saudara
Hukum yang berkaitan dengan haram muaaqat

Sama seperti wanita ajnabi (wanita yang boleh dikahwini*) iaitu :

Yang Tidak boleh

■Tidak boleh melihat aurat.
■Haram berjabat tangan atau bersentuhan.
■Tidak boleh bermusafir tanpa ditemani.
■*Tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan masih wujud.
Wallahu'alam.

07-01-2011 dr asri zainul abidin tafsir surah yusuf, mukadimah