Thursday, November 10, 2011

RAHSIA NO 7 DISISI ALLAH SWT


RAHSIA NO 7 DISISI ALLAH SWT


Ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang... sangat besar kekuasaanNya, dan sangat tinggi kalimatNya serta bersinambungan nikmatNya, telah menghiasi TUJUH perkara dengan TUJUH perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang TUJUH perkara itu dengan TUJUH perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya angka TUJUH itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Maharaja dan Pemimpin yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.


••► 1. Pertama Allah swt. telah menghiasi udara dengan TUJUH lapis langit. Firman Allah swt. di dalam Surah An-Naba’ ayat 12 “Dan Kami telah membina di atas kamu TUJUH petala (langit) yang kuat kukuh”. Kemudian Allah swt. menghiasi langit dengan bintang TUJUH. Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Hijr ayat 16 “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya”



••► 2. Kedua Allah swt. telah menghiasi padang yang lapang dengan TUJUH lapis bumi. Firman Allah swt. di dalam Surah At-Talaaq ayat 12; Allah yang menciptakan TUJUH petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu Kemudian Allah swt menghiasi bumi itu dengan TUJUH lautan. Sebagaimana firmanNya di dalam Surah Luqman ayat 27; Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya TUJUH lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



••► 3. Ketiga Allah swt. telah menghiasi neraka dengan TUJUH tingkat iaitu Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan TUJUH pintu, sebagaimana firmanNya yang di dalam Surah Al-Hijr ayat 44. “Ia mempunyai TUJUH pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)”



••► 4. Keempat Allah swt. telah menghiasi Al-Quran dengan TUJUH surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan TUJUH ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). FirmanNya di dalam Surah Al-Hijr ayat 87 [87] “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) TUJUH ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya”



••► 5. Kelima Allah swt. menghiasi manusia dengan TUJUH angggota badan iaitu, dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian Allah swt. menghiasinya dengan TUJUH peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. FirmanNya di dalam Surah Al-’Alaq ayat 19 Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!



••► 6. Keenam Allah swt. menghiasi umur manusia dengan TUJUH peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Dan menghiasi TUJUH peringkat umur ini dengan TUJUH kalimat iaitu Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Fath ayat 26 (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada “Kalimah Taqwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan “kalimah Taqwa” itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



••► 7. Ketujuh Allah swt. menghiasi dunia dengan TUJUH negeri yang besar iaitu pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga: Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat: Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam: Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh: China dan Turkistan Kemudian Allah swt. menghiasi TUJUH negeri itu dengan TUJUH hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.



Dan Allah swt. memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para Nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa as. dengan hari Sabtu, Nabi Isa bin Maryam as. dengan hari Ahad, Nabi Daud as. dan Nabi Syith as. dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman as. dengan hari Selasa, Nabi Salleh as. dengan hari Rabu, Nabi Ya’kub as. dan Nabi Ibrahim as. dengan hari Khamis dan Nabi Muhammad saw. dan umatnya dengan hari Jumaat.

‎40 NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

‎40 NASIHAT SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

Berikut adalah 40 nasihat Sayyidina Ali... Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.:

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.
.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

‎10 ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERHARGA


‎10 ANUGERAH ALLAH YANG PALING BERHARGA
PENDAPAT ABU BAKAR AS-SIDDIQ:

1) Sentiasa bersikap jujur dengan disetai hati yang bersifat Qannah.

... 2) Sabar yang sempurna disertai dengan selalu bersyukur. Rasulullah bersabda:
Iman yang paling Utama adalah sabar dan pemurah – H.R. Dailami.

3) Sentiasa bersifat fakir dan zuhud kepada Allah SWT.

4) Sentiasa berfikir kepada Allah berserta dengan perut yang kosong.

5) Sentiasa bersedih disertai dengan sifat takut yang berterusan. Rasulullah SAW bersabda: Mencukupi bagi seseorang dengan ilmunya,bila ia takut kepada Allah dan mencukupilah bagi seseorang kebodohannya,bila dia berbangga dengan dirinya. H.R. Baihaqi.

6) Sentiasa zuhud yang disertai dengan sifat Tawaduk.

7) Sentiasa bersifat ramah yang disertai dengan kasih sayang.

8) Sentiasa Cinta kepada Allah Azzawajal yang dihiasi dengan sifat malu.

9) Memiliki ilmu yang bermanfaat yang disertai dengan amalan yang berterusan.

10) Sentiasa beriman dengan Allah SWT yang disertai dengan akal yang sempurna dan tetap.

Situation & Saying


Situation & Saying

-starting to do something > Bismillahirahmanirrahim

-intending to do something > InsyaAllah

-when something is being praised > Subhanallah

-in pain or distress > Ya Allah

-When expressing appreciation > MasyaAllah

-thanking someone > Jazakallah

-when awakening from sleep > Lailahaillallah

-when sneezing > Alhamdulilah

-when someone else is sneezing > Yarhamukallah

-when repenting of a sin > Astagfirullah

-when taking oath > Wallahi-Wabillahi

-when giving to charity > Fisabilillah

-when having love for someone > Lihubbillah

-when parting from someone > Fi Amanillah

-when a problem appears > Tawakkaltualallah

-when pleasantness appears > Fatabaarokallah

-when unpleasantness occurs > Na Uzu Billah

-when participating in du'a or prayer > Ameen

-when getting married > Aman-Tu-Billah

-when death message is received > InnaLillahiWaInnaIlaihiRajiun...

Ciri-ciri Orang Jatuh Cinta Kepada Allah SWT...


Ciri-ciri Orang Jatuh Cinta Kepada Allah SWT...

1-Matanya Selalu Memandang Sesu...atu yang Dicintai:- Pandangan ini menjadi ciri orang yang jatuh cinta, karena mata adalah pintu hati.Matalah yang mengungkapkan isi hati dan yang menyingkap rahasia yang ditutupinya...

2-Menundukkan Pandangan Apabila Dipandang Sang Kekasih:- Pandangan seseorang ditundukkan bila dilihat kekasihnya karena adanya perasaan segan, malu, dan hormat yang menyelimuti hati kepada sang kekasih...

3-Selalu Ingat pada Sang Kekasih:- Seseorang yang mencintai kekasihnya, hati dan lisannya akan senantiasa menyebut dan mengingatnya...

4-Mengikuti Kata Hati Sang Kekasih:- Seseorang akan mematuhi tutur kata kekasih yang ditujukan kepadanya dan lebih memprioritaskannya daripada keinginannya sendiri, bahkan boleh jadi keinginannya (tujuannya) akan selaras dengan keinginan kekasihnya...

5-Memperhatikan Ucapan Sang Kekasih:- Seseorang yang Mencintai kekasihnya senantiasa memperhatikan secara seksama pembicaraan kekasihnya dengan memusatkan hati dan pendengaran kepadanya. Hatinya senantiasa tertambat pada kekasihnya...

6-Mencintai Kediaman Sang Kekasih:- Bahkan sampai tempat kekasihnya berpijak. Mereka yang jatuh cinta rela berkorban demi mencapai tempat dimana kekasih berdiam dan mereka merasa nikmat menjalani perjalanan untuk sampai ke tempat sang kekasih...

7-Segera Menghampiri Sang Kekasih:- Seseorang yang mencintai kekasihnya, dia akan menghampirinya, menyendiri bersamanya, menerobos segala rintangan yang menghalangi, menyingkirkan segala yang melalaikan dirinya dari sang kekasih, membenci segala yang menghalangi dan merintangi, merendahkan segala yang menimbulkan amarahnya, dan menyukai segala hal dicintainya meskipun menyulitkannya...

8-Mencintai Orang-orang yang Dekat dengan Kekasih:- Seseorang yang mencintai kekasihnya, mencintai segala yang berhubungan dengan kekasihnya, seperti keluarganya, pekerjaannya, karyanya, wadahnya, makanannya dan pakaiannya...



9-Perjalanan Menuju Sang Kekasih Terasa Ringan:- Seseorang yang mencintai kekasihnya akan merasa ringan ketika ia melakukan perjalanan guna mengunjunginya sekalipun itu sangat jauh. Kekasihnya seakan-akan ada di depan mata. Dan, dia merasa sangat jauh bila dia pulang menjauh darinya...

10-Resah dan Gelisah Sirna Saat Mengunjungi Sang Kekasih:- Seorang pecinta akan merasa sangat gembira, senang, dan bahagia bila dirinya bersama kekasihnya, maka segala resah dan gelisahnya seketika itu pun sirna...

11-Panik dan Terharu ketika Berjumpa dengan Sang Kekasih:- Ketika seseorang bertemu dengan kekasihnya atau mendengar perihalnya, dia kan merasa terharu, panik, dan bimbang, terutama bila dia melihatnya secara tiba-tiba...

12-Cemburu terhadap Sang Kekasih:- Sikap cemburu seseorang untuk dan kepada kekasihnya adalah bukti bahwa dia mencintainya. Cemburu untuk kekasihnya adalah membenci sesuatu yang dibencinya. Selain itu, dia cemburu jika kekasihnya didzalimi, haknya dirampas, dan masalahnya diabaikan...

13-Berkorban Demi Sang Kekasih...

14-Bergembira karena Sang Kekasih Bahagia:- Seorang pecinta akan merasa senang bila kekasihnya bahagia, meskipun faktor yang membuatnya bahagia adalah sesuatu yang dia benci. Ketika itu, kebahagiaan sang kekasih telah berubah menjadi obat yang pahit untuknya. Secara alamiah dia tidak menyukai obat itu, tetapi dia mau meminumnya karena di dalamnya mengandung kesembuhan untuknya...

15-Senang Menyendiri Bersama Sang Kekasih:- Tiada sesuatu yang lebih menyenangkan bagi seorang pecinta daripada menyendiri bersama sang kekasih.
Dia akan sangat benci ketika ada orang lain yang datang nimbrung bersamanya...

16-Merendahkan Diri di Hadapan Sang Kekasih:- Seorang pecinta tak akan pernah merasa hina dihadapan kekasihnya sebab dia merendahkan diri di hadapannya. Dia tidak menganggap sikapnya itu sebagai suatu aib, bahkan dia menganggap sebagai suatu kehormatan...

17-Meninggalkan Semua yang Dibenci Sang Kekasih:- Seorang pecinta alkan menjauhkan segala yang dibenci kekasihnya sebagai bukti bahwa dirinya mencintainya. Dia akan merasa senang dengan segala yang bisa mendekatkan dirinya kepada kekasihnya, dan hal itu dianggap baik olehnya jika boleh menyampaikan maksudnya pada sang kekasih. Cukup banyak di antara para pecinta meninggalkan makanan, pakaian, tempat tinggal, pekerjaan, atau segala hal yang dibenci kekasihnya meskipun dia menyukainya...

18-Keselarasan antara Pecinta dengan Sang Kekasih:- Keselarasan merupakan bukti bahwa Pencinta mencintai kekasihnya...

Sekiranya kita mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan keseharian kita sehubungan dengan Cinta kita kepada Allah, tentulah kita akan berada pada jalan menuju satu harapan akan menjadi "Kekasih Allah"...

Anak syaitan


‎9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
... Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

KETIKA



“Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …

Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …

Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …

Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …

Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …

Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …

Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..

Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …

Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …

Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …

Ketika aku menjaga rahsiamu …

Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …

Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…

Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?

Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Ameen......

Jodoh itu urusan Allah


Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”


“Jika takdirnya pahit untuk kita, terima...lah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”


ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.


Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.


Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!


HMMMMM


Cinta adalah anugrah yg terindah , yang pernah diterima manusia,dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu bisa kita buang bila kita tidak menyukainya.

Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, juga tak kalah menyakitkan ketika orang yang dulu mencintaimu berubah memalingkan diri darimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakaN.

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang. Bukan kerana kita ingin berhenti mencintainya. Melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.Namun apabila kau benar-benar ...mencintai seseorang, jangan percaya bahwa melepaskan beerti kau benar-benar mencintai melainkan berjuanglah demi cintamu!.

Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang . Tapi ketika cinta itu T U L U S, meskipun kalah, kamu tetap menang, hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang Lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.

Tolong Pesan Dan sebar ok ... :)


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang MahaKuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…