Saturday, October 15, 2011
~ GEMGAMILAH 6 ~
GEMGAMILAH 6 PRINSIP :
[1] Deen hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.
Ruh penghayatan Islam benar-benar dirasai kemanisannya bagi yang melalui proses demi proses dalam pembentukan sahsiah muslim. Ianya, bukan berbentuk konsep, teori, berfalsafah atau slogan-slogan kosong tetapi, proses jelmaan dalam keperibadian diri.
[2] Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.
Kata kunci kebahagiaan itu terletak kepada tiga iaitu yakin, benar dan adil. Ketiga-tiganya didasari dengan akar yang kukuh, kuat dan padu ialah keimanan yang tulen kepada Allah SWT. Kita berhak untuk memilih kebahagiaan, kerana itu pilihlah kebahagiaan yang asli.
[3] Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.
Janji Allah SWT memberikan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang melalui liku-liku perjuangan yang panjang dengan bibit kesabaran yang sangat dalam. Sabarnya terbukti dalam sanggup pengorbanan, bertahan dengan penderitaan dan redha dengan kepapaan. Pengorbanan adalah salah satu kunci membuka potensi untuk menjadi pejuang atau rijal yang tinggi ruhaninya dan menjulang himmahnya.
[4] Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
Mukmin yang jiwa dan hatinya sentiasa terikat dengan Allah SWT adalah lambang titik mula kejayaan dalam perjuangannya. Buah kesabaran itu berbenih daripada kebersihan, kesucian dan kejernihan yang suci dalam beriman kepada Allah SWT.
[5] Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak kepada keyakinan dan perjuangan.
Kehidupan tanpa sebuah keyakinan dan genggaman perjuangan adalah kehidupan yang kosong, hambar dan tiada harapan. Manusia yang punyai perjuangan, adalah manusia yang terarah.
[6] Belajarlah menfanakan diri untuk kepentingan cita-cita dan Islam.
Meleburkan hayat dalam menggapai dan memenuhi cita-cita Islam adalah suatu bentuk kemuliaan pemberian Allah SWT. Menjadi manusia yang terpilih untuk menegakan syiar Islam adalah suatu bentuk kehidupan yang mendekatkan jiwa kepada Allah SWT. Itulah kenikmatan dan kemanisan yang tertinggi dalam menjadi hamba Allah SWT.
~ TAZKIRAH ~
TAZKIRAH :
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.
...
Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman
Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT
Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati
Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.See More
~ SURAT DARI HAWA UNTUK HAWA ~ :)
Assalamualaikum..
Ada surat untuk kaum hawa dari seorang hawa ,
dulu waktu zaman jahiliah , hak kita di cerobohi , antara kita sudah di tanam hidup - hidup , dulu kita hanya sampah di mata lelaki .. tiada nilai , sedih ! kadang - kadang jadi hamba nafsu sahaja ..tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam darjat kita di angkat , kita kian di hargai dan seakan dunia ini hanya tempat untuk wanit...a solehah ..
kaum hawa ,
kenapa seringkali kita tidak menghargai islam yg menghargai kita , kenapa kita masih kaku untuk ikuti ikutanNYA , kenapa kita masih segan mengamalkan isi kandunganNYA , kenapa hawa ~ kenapa masih was-was dalam mematuhi peraturanNYA..
kaum hawa yang di sayangi ,
jangan kau goncang keimanan lelaki dengan lembut pertuturanmu , dengan alunan gerak tubuhmu , dengan keayuan wajahmu .. jangan kau hentak-hentak kakimu untuk menarik perhatian kaum adam , jangan kaum hawa ~ jangan kau buat begitu kerna aku takut ia mengundang kebencian Allah s.w.t
kaum hawa ....
andai kau masih remaja jadi lah anak solehah kepada kedua orang tua
andai kau sudah bersuami jadilah insan yg meringankan beban suami mu
andai engkau seorang ibu didiklan anak mu agar tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah
hawa ...
andai kau masih belum bertemu jodoh , jangan pernah risau , ingatlah hawa akan janji2 Allah wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik ,, jangan gadaikan maruahmu hanya untuk seorang lelaki , jangan memakai pakaian yg menjolok mata hanya kerana ingin perhatian dari kaum adam , kerna kamu bukan memikat hatinya tapi kamu merangsang nafsunya ..
kaum hawa ,
lelaki yang baik tidak melihat rupamu , lelaki yg soleh tidak melihat keseksian mu , lelaki yg warak tidak menilai melalui keayuan wajahmu .. tetapi hawa , lelaki yg baik melihat akhlakmu ,peribadimu , ad-din mu . ingat hawa ..lelaki yg baik tidak menginginkan pertemuan dari kamu kerna takut syaitan menggodanya , lelaki yg warak tidak bermain cinta kerna dia tahu matlamat dlm antara lelaki dan perempuan .
hati berbicara :
duhai hawa ..
andai kata tiada cinta dari Adam untuk mu cukup lah cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu ,cukuplah cinta ke dua ibu bapa mu memberi kehangatan bahagia , cukuplah cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu .Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga...........
~ AKU KAH ~
Akulah Aisyahmu
Yang selalu ceria dalam pandanganmu...
Yang tak akan pernah bosan beri senyum terindahku untukmu...
Simpanan bagi ilmu-ilmumu...
Akulah Fatimahmu
Yang selalu redha dengan segala pemberianmu...
Sahabat dalam tiap pedih dan kesulitanmu...
Akulah kekasihmu...
Ibu dari anak-anakmu...
Yang akan memberi warna berbeza dalam hidupmu...
Melakar jutaan hari bersamamu...
Namun,
Sedarkah kau akan semua itu..
Mengapa masih ada ragu dihatimu...
Tak bisakah engkau ajarkanku mengeja kalam-NYA...
Atau nikmati malam berdua tuk bercinta dengan-NYA...
Menangis haru dalam tafakur syukur...
Dalam sujud yang penuh khusyuk
Dalam munajad cinta yang hanya pada-NYA...
Apapun kamu..
Akulah bidadarimu..
Meski takkan pernah sempurna...
Ya...
Akulah bidadarimu...
Yg tak lelah mencintaimu...
Kerana cintaku padamu adalah cinta kerana-
Hasil Nukilan dari Sahabat Audra - Face Hawa .... :)
Syukran Jazilan My Dear Hawa ...
~ Hanya Mampu Ukirkan Senyuman ~ :)
Semalam ia berbisik indah..
hari ini ia berlagu syahdu...
mengusik sekeping hati yg kukuhnya umpama batu..
Rindu bertandang mengusik kalbu..
Timbul persoalan di benak fikiran..
masih kukuhkah iman,dan teguh pendirian??
Ya Allah...
dgn terusiknya sekeping hati..
jgn dibiarkan ia mengusik iman di dada.
jgn biarkan ia runtuhkan pendirian hatiku..
Andai takdirnya diusir rindu itu yg terbaik..
maka hilangkanlah ia dari hati ini..
jgnlah ia terus berlagu merdu menipu sekeping hati
yg kian tergoda dgn kesyahduannya..
siapalah diri ini merindukan sesuatu yg belum pasti..
menunggu dia yg tidak ku ketahui..
Sabarkanlah aku dlm mencari hakikat diri..
dan sabarkan hati dlm menanti...
amin...
~ YOU ~
You ask, He gives
You cry, He listens
You sin, He forgives
You repent, He forgets
You knock, He opens
You attend, He welcomes
You nag, He hears
You request, He accepts
You question, He solves
You plea, He resolves
You take, He provides
You insist, He grants
Everything you do is about you
and everything He does is about you..
so, which of Allah's favours can you deny???
He loves you..
You cry, He listens
You sin, He forgives
You repent, He forgets
You knock, He opens
You attend, He welcomes
You nag, He hears
You request, He accepts
You question, He solves
You plea, He resolves
You take, He provides
You insist, He grants
Everything you do is about you
and everything He does is about you..
so, which of Allah's favours can you deny???
He loves you..
~ Refresh Jiwa kita ~
Ya Allah, Aku memohon ampunkanlah diri ini atas kekhilafanku, sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yg lemah, yg sering melakukan kesilapan berulang kali. Aku memohon kekuatan diri agar terus berdiri teguh dan kukuh dari kelemahanku. Kau hindarkanlah jiwa ku dari kehampaan, peliharalah ia dan salutilah ia dgn keimanan. Ya Rabbul Izzati, diri ini terlalu malu untuk berhdpn dgnMu, terlampau byk kekhilaf...an diri.Aku tahu terlalu byk yg ku pinta,terlalu byk yg ku mohon.. aku hanyalah hambaMu yg sering meminta pada tiada yg lain selain dariMu Ya Allah, yg maha pemurah lagi maha mengasihani. Semoga diri ini sering bermuhasabah diri agar tidak lagho dgn duniawi dan tidak terus lemas dlm kelemahan sehingga lemah dgn kelemahan sendiri..Kau teguhkanlah diri ini dlm pencarian hakikat diri dlm mengejar cinta yg hakiki...ighfirli Ya Allah..amin."
Kekuatan diri tak dtg dgn sendiri kita harus berusaha memupuk dan mencari, kekuatan itu ada dlm diri setiap hamba..ianya terletak pada hati cuma kadang² kerana terlalu leka dan alpa kita tidak menyedari kekuatan iman dlm diri dek kerana itulah kelemahan yg sering kali menguasai diri kita. Ingatlah Allah tatkala kesepian, solat apabila diri terasa ingin rebah tanpa isyarat dan jdkan zikrullah sebagai peneman tatkala diri dihanyut arus kelemahan insyaAllah kekuatan akan dtg sebagai penyelamat. Sama²lah kita bermuhasabah diri merenung dan mencari kelemahan diri agar tidak terus hanyut dlm kelemahan..insyaAllah.
"....jadikan sabar dan solat sebagai peneman, sesungguhnya amatlah berat kecuali bagi org² yg khusyuk.." (Al-Baqarah 2:45)
~ YA ALLAH ~
Terbentang sudah apa yg tersurat..
Yang tersirat jua kian terserlah..
Apa esok akan seindah hari ini??
Seperti mana hari ini tenangnya seperti semalam.??..
... Ya Allah..
Andai telah Engkau takdirkan permulaannya begini..
jgnlah biarkan kesudahannya begitu..
kalau awalnya tidak seindah laut yg biru..
biarlah penamatnya secantik bintang dilangit..
walau ku tahu ianya mungkin hanya mimpi..
Walau setiap permintaanku belum terkabul..
walau setiap doaku belum dijawab..
aku tahu pasti ada hikmah disebaliknya...
insyaAllah cepat atau lambat terhurai juga persoalannya..
Ya Allah..
Sekian lama diri ini terbiar dlm kehidupan yg terabai..
Keperitan hidup mengajar aku supaya lebih kuat
harungi ujian yg melanda diri..
Kepayahan hidup memberi ruang mengenal erti cinta..
aku memohon jgnlah diri ini mempersoalkan
mengapa aku diuji...
kerana ku tahu ini bukti tanda cintaMu buatku...
Ya Allah...
Sering aku tertanya-tanya bilakah semua akan berakhir..
esok? lusa? atau mungkin 10 thn akn dtg??
yg pasti ku yakin harinya pastikan tiba jua..
ku mohon tetapkanlah kesabaran yg tinggi dihati ini..
agar cintaku padaMu tidak luntur walaupun sedikit..
Ya Allah..
Izinkanlah diri ini merasai apa yg erti cinta..
izinkanlah ia merasa apa itu gembira..
izinkanlah ia fahami erti kebahagiaan..
walaupun ia dtg hanya buat sesaat..
Ya Allah..
Andai tiada kebahagiaan buat diriku..
ku mohon Kau tabahkan jiwaku..
agar ia setenang Siti Khadijah
sekuat Fatimah Al-Zahra..
dan seikhlas Aisyah Humaira.
Kau berikanlah kekuatan buat hati ini..
agar ia sentiasa redha dan qada' dan qadarMu..
Ya Allah..
Ampunkan aku kerana terlalu meminta-minta..
Maafkan aku kerana terlalu byk memohon..
aku hanyalah hambaMu yg lemah..
hambaMu yg tidak lari dari perasaan itu..
Ya Allah..
Andai ini yg dinamakan pengorbanan..
aku rela korbankan kegembiraan hidupku..
walau tidak sehebat pengorbanan Rasulullah..
kerana ku tahu ini maharnya bagi kebahagiaan
disana kelak...
mahar yg dibayar dgn jihad Fisabilillah..
Andai selamanya harus derita..
aku rela hadapinya..
kerana ku tahu ia tidak sehebat penderitaan
baginda Rasulullah..
biar derita sekarang jgn merana disana
kerana hidup tanpa mujahadah..
biar menangis kerana terseksa didunia..
aku sedia harungi ia..
kerana ku tahu Kau menjanjikan kebahagiaan
jannah yg kekal abadi disana..
insyaAllah..janji Allah itu pasti..
Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)