Tuesday, July 10, 2012

HAMBA YANG DICINTAI ALLAH .


  • HAMBA YANG DICINTAI ALLAH,

    Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Aslam: "Pada suatu hari, Umar bin al-Khattab melihat Mu'az bin Jabal sedang menangis di sisi kubur Nabi SAW. Beliau lalu bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu menangis?"
    ...
    Mu'az menjawab: "Aku teringat sesuatu yang aku dengar daripada penghuni kubur ini. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 'Sesungguhnya sedikit riyak ialah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali ALLAH, maka dia telah menyatakan perang kepadaNYA. Sesungguhnya ALLAH mencintai hamba-hamba yang berbakti, bertaqwa dan tersembunyi. Jika mereka tidak hadir, tidak ada yang mencari. Jika mereka hadir, tidak ada yang mengenalinya. Hati mereka ialah lantera-lantera petunjuk."

    Kekasih ALLAH tidak menyukai kemahsyuran. Mereka selalu khuatir andai amal ibadahnya ditolak, meskipun telah melakukannya dengan sempurna. Kesibukannya dengan ALLAH tidak meninggalkan baki masa baginya untuk mendengar pujian atau celaan orang lain.

    Berkata Syeikh Abdul Qadir Dastutui: "Seseorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu, harta dan jabatan yang dimilikinya sebelum ia selamat melintasi titian sirat. Apa gunanya pujian jika ia tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?

    Semoga ALLAH memberikan keikhlasan di hati-hati kita, mengampuni dosa-dosa kita dan menerima amal ibadah kita.

    Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin

    ~ 21 Syaaban 1433H ~

KORBAN CINTA UNTUK ALLAH


  • Korban Cinta untuk Allah…

    Kecintaan itu letaknya dalam seketul daging yang namanya hati, ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, tetapi ia hanya dapat dirasa oleh pemilik hati itu. Sukar untuk diterjemahkan tetapi dapat dibuktikan dengan perbuatan yang menterjemahkan rasa cinta itu. Dan sesungguhnya, kecintaan yang tertinggi hanyalah CINTA AKAN ALLAH. Kenapa saya berbicara soal korban c...inta ini? kerana pada hakikat dunia akhir zaman manusia sering tersilap dalam mentafsirkan apakah itu cinta, dan sehinggakan lahirnya bayi-bayi suci hasil perbuatan hina insan yang menyalah tafsirkan anugerah cinta yang Allah kurniakan kepada mereka. Apakah dosa bayi yang baru lahir ke dunia ini sehingga mereka sanggup mengotori cinta suci yang Allah kurniakan itu…Inilah hakikat manusia dina abad ini…Nauzubillahminzalik..

    Insan, ingatlah…

    Apabila kita mencintai Allah sepenuh jiwa dan raga kita, pasti cinta itu dibalas dan kita akan merasai cinta kita berbalas. Dan Allah akan mengarahkan semua makhluk-makhluknya untuk mencintai kita…Indah bukan ?

    Mencintai akhirat tanpa meminggirkan dunia, itulah korban cinta untuk Allah…Dunia ini ladang untuk akhirat, yang mana kita bercucuk tanam di dunia dan akan tiba masa menuainya di akhirat sana nanti. ‘ Dunia ini dicipta untuk manusia, dan manusia dicipta unuk akhirat’ dalam maksud yang tersirat ayat ini dan inilah yang sepatutnya. Cinta Allah dan Cinta Akhirat sangat penting untuk kita selama kita hidup di dunia ini. Dengan cinta-cinta inilah kita akan mendapat kekuatan untuk membuat kebaikan di dunia dan meninggalkan segala kejahatan dan kemaksiatan dalam mengejar keseronokan dunia yang hanya penuh dengan kepalsuan. Dengan Cinta Allah dan Cinta Akhirat ini, kita akan membuat kebaikan walaupun tidak mendapat pujian dan penghargaan dari manusia, yang lebih utama adalah ganjaran dari sisi Allah SWT.
     
    Syurga itu dipagari dengan kesusahan, Neraka itu dipagari dengan kesenangan dan tipu daya, Janganlah kita tertipu dengan dunia dan seisinya…‘Tiada kehidupan tanpa cinta, Cinta itu suci sifatnya, Hanya kita yang mengotori kesucian itu. Jangan salah sangka dengan cinta, kelak kita jua yang merana’