Sunday, December 4, 2011
Beberapa Persoalan utk menyedarkan hati kita...
Beberapa persoalan untuk menyedarkan Hati :
1.Sudahkah anda membaca Al-Quran hari ini?
2.Sudahkan anda solat 5 waktu pada waktunya?
3.Sudahkah anda membaca maksurat dan doanya?
... 4.Adakah anda menyuruh pada yang Makruf?
5.Sudahkah anda mencegah yang Mungkar?
6.Adakah anda bangun solat malam (Qiamullail)?
7.Adakah anda solat rawatib?
8.Sudahkah anda bersedekah?
9.Adakah anda faham, sedar dan yakin dengan Islam?
10.Adakah anda membaca sesuatu berkenaan dengan Islam?
11.Adakah anda merasa anda sentiasa dalam perhatian Allah?
12.Adakah anda sudah betul-betul berazam untuk beristiqamah secara syumul dengan Islam?
13.Adakah anda telah berdoa?
14.Sudahkah anda menziarahi jiran, sahabat dan keluarga?
15.Sudahkah anda menghafal beberapa surah Al-Quran?
16.Sudahkan anda bersenam untuk hak tubuh anda?
17.Sudahkan anda berusaha menyebarkan fikrah Islam?
18.Adakah anda telah mengingatkan diri untuk berjihad?
19.Adakah anda merasa Izzah ( Bangga ) menjadi seorang Islam dan pendakwah?
20.sudahkah anda menjaga aurat dengan sempurna...?
21.adakah anda menyebokkan hati anda dgn mencintai kekasih atau kepada Allah s.w.t ?
22.adakah anda berasa riak dgn kecantikan yg Allah s.w.t berikan kpd anda?
23.adakah anda rasa bahawa diri anda cukup sempurna...?
Ikhwah yang di kasihi…yang pastinya semua bentuk persoalan ini hanya akan mampu dijawab dengan AMALAN. Wallahualam…
“HASIBUU ANFUSAKUM QABLA AN TUHASIBUU”
“Hisablah diri kamu sebelum diri kamu dihisab”
FADILAT BACA 10 AYAT SURAH AL-BAQARAH
"Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan Dia menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan benda yang haram." (Riwayat Abu Daud)
FADILAT BACA 10 AYAT SURAH AL-BAQARAH
... DIRIWAYATKAN daripada Ibn Mas’ud r.a, katanya: “Sesiapa membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang.
Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya,” (Riwayat al-Darimi, al-Bhaihaqi di dalam kisah Syu’ab al-Iman).
Ibn Mas’ud r a, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca 10 ayat: Empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kurysi, dua ayat selepasnya dan ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi,” (Riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir dan riwayat al-Hakim, kata hadis dinilai Sahih).
Kenapa Anak Jadi Derhaka? ...
Kenapa Anak Jadi Derhaka?.
Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… buka...n muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”, inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita..
Mangkuk Yang Cantik, Madu Dan Sehelai Rambut
Mangkuk Yang Cantik, Madu Dan Sehelai Rambut
Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan ‘Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut ttertinggal di d...alam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abu bakar r.a. berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.
Umar r.a. berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Utsman r.a. berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
‘Ali r.a. berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Fatimah r.ha.berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Rasulullah SAW berkata, “seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat ‘amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Malaikat Jibril AS berkata, “menegakkan tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Allah SWT berfirman, ” Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
KITA
Aneh kan?
Wang RM2000 kelihatan begitu besar nilainya bila dibawa ke kotak amal masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket..
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
... tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton perlawanan bola..
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati wayang bersama kekasih..
Susahnya merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa,
tapi betapa mudahnya cari bahan gosip bila berjumpa teman..
Betapa soraknya berpanjangan sewaktu mnonton perlawanan bola kesukaan kita,
tapi betapa bosannya bila bacaan imam panjang sewaktu solat Tarawih..
Betapa susah nak baca Al-Quran 1 juzuk je,
tapi bila baca novel 1000 halaman pon habis sekejap je(siap khatam g)..
Orang2 pakat berebut nak duduk paling depan untuk mnonton bola atau konsert,
tapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat agar dapat cepat keluar..
Susahnya turut serta bila diajak berkumpul untuk berdakwah,
tapi mudahnya bila diajak berkumpul untuk bergosip..
Kita begitu senang percaya pada yang dikatakan infotainment,
tapi kita sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran..
Kita sanggup kunci jam untuk menonton world cup,
tapi nak kunci jam semata2 nak bermunajat di sepertiga malam tak sanggup lak..
Kita sanggup berhabis wang smata2 ingin mencuba pakaian trend terkini,
tapi kain telekung dah 10 tahun tak bertukar ganti tak amek tahu pon..
Kita sanggup download subtitle semata2 nak paham tengok movie,
tapi tak berusaha pon untuk mencari tafsir2 untuk memahami ayat2 Al-Quran..
Kita begitu mudah membazir airmata kerana putus cinta atau layan movie,
tapi begitu susah untuk mengalirkan airmata kerana Allah..
Kita sering berusaha untuk mendapatkan 'bekal' yang terbaik untuk masa depan kita,
tapi kita terlupa untuk menyediakan 'bekal' untuk menghadapi masa akhirat kita kelak..
Yakinlah bahwa ALLAH swt itu Maha Pengampun,
Sujud lah MengadapNYA,mohonlah Keampunan,
rayulah dan munajat lah kepadaNYA..
kerna susungguhnya DIA maha Mendengar doa hamba2NYA...
~Semoga ALLAH swt Merahmatimu~
Kedudukan Kita Di sisi Allah ????
Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya.
Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)
Cintai lah Allah dengan cara tunduk pada perintah-Nya, menjauhi segala larangan-Nya dengan berpedoman pada Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, maka nisca...ya Dia akan mencintai kita jauh melebihi cinta kita itu. Tahukah kita bagaimana Allah mencintai hamba-Nya?
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda dalam sebuah Hadits Qudsi, bahwa Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
"Hamba-hamba-Ku di samping melaksanakan kewajiban-kewajiban yang Aku perintahkan, juga melaksanakan amalan-amalan sunnah demi mencapai keridhaan-Ku, hingga Aku mencintainya, dan ketahuilah bilaman Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadi: telinga baginya yang dengannya ia mendengar, mata baginya yang dengannya ia melihat, tangan baginya yang dengannya ia memegang, kaki baginya yang dengannya ia melangkah, serta penolong baginya di manapun dan kapan pun ia berada."
Subhanallah, sesungguhnya tiada lagi yang akan kita butuhkan selain cinta Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)