Monday, October 17, 2011

~~~ SEJAUH MANA CINTA KITA KEPADA BAGINDA SAW? ~~~







SEJAUH MANA CINTA KITA KEPADA BAGINDA SAW?

Kita mengaku bahawa Muhammad saw itu pesuruh Allah, tapi sejauh manakah cinta kita kepada baginda? Adakah kita MENGAMALKAN SUNNAH baginda?


1. Solat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


6. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa; ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah”.


7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

~~~ MEMILIH IBU UNTUK ANAK-ANAKMU ~~~






Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal IBU kepada anaknya.

Pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang menga...du bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya.

“ Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: "Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?"
Jawab Umar: "Bahkan ada!"
Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin?"
Berkata Umar: "MEMILIH IBU yang BAIK, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran.

Berkata si anak: "Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu."

Teguran Umar itu bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi keluarga. Agama diiktiraf sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak. Perkahwinan beginilah yang mampu membuahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Lihat sahaja perkahwinan Rasulullah dengan isterinya yang tercinta Ummul Mikminin Saidatina Khadijah.

Demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak. Jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah.

Jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar:


“ Kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...”

~~~ SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA ~~~


Seorang cendikiawan berkata: "Kehidupan hati itu dengan empat ilmu iaitu:

•Ilmu

•Ridho
...
•Qana'ah

•Zuhud

Maka ilmu iaitu yang menimbulkan ridho dan ridho menyampaikan kepada qana'ah (teriman) dan qana'ah itu menyampaikan kepada zuhud bererti meremehkan dunia (tidak rakus kepada dunia). Dan zuhud ada tiga tingkat iaitu:

•Mengenal dunia dan meninggalkannya

•Ibadat kepada Allah s.w.t. dengan adab

•Rindu kepada akhirat dan berusaha mencapainya

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Hikmat itu turun dari langit masuk kedalam semua hati kecuali hati yang ada empat macam iaitu:

•Yang condong kepada dunia

•Risau untuk hari esok

•Hasud kepada saudara

•Ingin kepada pangkat kedudukan

Yahya juga berkata: "Seorang yang sempurna akal iaitu yang berbuat tiga perkara iaitu:

•Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkannya

•Membangun kubur sebelum dimasukkannya

•Mengerjakan apa yang diridhoi Allah s.w.t. sebelum menghadap kepadaNya

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Siapa yang menghimpunkan enam macam maka bererti telah benar-benar berusaha untuk mendapatkan syurga dan lari dari api neraka iaitu:

•Mengenal Allah s.w.t. lalu mentaatiNya dan mengenal syaitan laknatullah lalu menentangnya

•Mengenal hak lalu mengikutinya dan mengenal bathil lalu menghindarinya

•Mengenal dunia lalu mengabaikannya dan mengenal akhirat lalu berusaha untuk mencapainya

Ja'far Assadiq dari Muhammad Albaaqir dari Ali Zainul Abidin dari Alhusain bin Ali r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Ali, empat macam tanda celaka iaitu:

•Kering air mata

•Keras hati

•Cinta dunia

•Jauh angan-angan

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Andaikan dunia ini disisi Allah s.w.t. menyamai nilai satu sayap nyamuk maka tidak akan diberikan kepada orang kafir walau seteguk air."

~~~ TIGA HAL YG MEMBINASAKAN, MENINGGIKAN DARJAT & MENGHAPUSKAN DOSA ~~~


.....TIGA HAL YG MEMBINASAKAN, MENINGGIKAN DARJAT & MENGHAPUSKAN DOSA.....

Abu Hurairah radhiyallahu Anhu berkata bahwa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

"Ada 3 perkara yang dapat menyelamatkan manusia (dari siksa Allah); ada 3 perkara yang dapat membinasakan manusia; ada 3 perkara yang dapat meninggikan darjat manusia; dan ada 3 perkara yang dapat menghapus dosa."
...
3 hal yang dapat menyelamatkan manusia (dari siksa Allah) adalah:

-Takut kepada Allah Ta’ala, baik ketika berada di tempat sepi maupun ketika berada di tempat ramai;
-Berpola hidup hemat dan sederhana, baik saat tidak punya maupun saat kecukupan;
-Selalu berlaku adil, baik saat senang maupun marah.

3 hal yang dapat membinasakan manusia adalah :

-Sangat bakhil;
-Senantiasa memperturutkan hawa nafsunya; dan
-Membanggakan diri sendiri.

Kriteria sangat bakhil/kikir ialah tidak mau menunaikan hak Allah atau hak orang lain. Dalam riwayat lain disebutkan: "Kikir yang ditaati." Meskipun pada wataknya manusia itu kikir, tetapi jika tidak ditaati tidak akan membinasakan pelakunya.

3 hal yang dapat meninggikan derajat manusia ialah:

-Membudayakan ucapan salam (di kalangan kaum muslim);
-Suka memberi makan kepada tamu dan orang yang lapar; dan
-Shalat tahajjud pada tengah malam saat orang-orang sedang tidur nyenyak.

Adapun 3 hal yang dapat menghapuskan dosa adalah :

-Menyempurnakan wudhu’ meskipun cuaca sangat dingin;
-Melangkahkan kaki untuk melakukan shalat berjama’ah; dan
-Menunggu tibanya waktu solat yang kedua usai mengerjakan shalat yang pertama."

Yang dimaksud dengan adil, baik saat senang maupun saat marah, adalah orang yang yang bersangkutan tetap berpegang teguh pada prinsip keadilan dan tidak mudah terpengaruh oleh emosinya, yang semuanya itu dilakukannya demi mengharap ridha Allah semata.

~~~ MUHASABAH ~~~~




MUHASABAH...
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sam...a ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

...................................................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~See More
nak copy pic? silakan je. Nak copy nota, nak post kat akaun sendiri? pown ok je..semoga bermanfaat..


~~~ TUJUH MACAM ~~~







‎7 MACAM

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran a...ku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..