Thursday, July 26, 2012

PERISTIWA WANITA KE NERAKA PADA MALAM MIKRAJ.


  • PERISTIWA WANITA KE NERAKA PADA MALAM MIKRAJ


    Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:

    “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
    Baginda SAW menjawab:

    “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
    Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:

    “Apakah yang ayahanda lihat di sana?”

    Rasulullah SAW menjawab:

    “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.

    Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
    Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala.

    Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

    Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
    Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya.

    Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

    Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:

    “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

    Rasulullah SAW menjawab:

    “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
    Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
    Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
    Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
    Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
    Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
    Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

    Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

    Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
    Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

    Rasulullah SAW ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”

    Baginda SAW menjawab:

    “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
    PERTAMBAHAN...

    • Melihatkan kerosakan akhlak dan budaya luar biasa mendedahkan aurat di kalangan gadis beragama Islam sangat menggerunkan dengan peringatan yang telah Nabi sebutkan tatkala di angkat ke langit pada malam Israk Mikraj.

      “Aku lihat api neraka,... tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.” (HR.AL Bukhari)

      Malah lebih membimbangkan bagi mereka yang sudah berumahtangga. Berhati-hatilah!

      Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
      Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”
      Rasulullah SAW bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
      Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “
      Rasulullah SAW bersabda : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

      Hati terlalu bimbang hidayah yang telah Allah beri ditarik balik. Masakan tidak. Hakikat yang perlu diterima adalah alam universiti sangat berbeza dengan alam pekerjaan kerana, tidak dapat tidak, setiap individu pasti tidak dapat lari dengan serangan faktor persekitaran.

      Budaya menggila berfesyen zaman moden bagai menunggu panggilan terakhir si Hari Kiamat.

      "E'ehhh...tengok tu. Dulu pakai tudung bulat, skang pakai tudung lilit je"
      "Tak sangka Kak Nur boleh berubah. Mane perginye tudung labuh akak? Dah makin pendek tudung akak. Dengan jeans ketat, mekap-mekap lagi."

      Jika anda seorang pelajar, mahupun budak sekolah agama. Anda tidak perlu bangga dengan diri anda!
      Jika anda adalah aktivis dakwah di kampus. Anda jangan pandang lekeh pada perubahan senior yang sudah bekerja!

      Iman manusia seperti ombak. Pasang surutnya hanya ditentukan oleh Allah SWT. Kita hanya hamba yang hina lagi kerdil, sentiasalah berdoa kepadaNya.

      Usah mengeluh ataupun mepersoalkan keburukan kejadian setiap ciptaan Allah SWT. Lihat dan fikirlah dengan mata hati hikmah di sebalik penciptaanNya.

      • "Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta bersilih, gantinya malam dengan siang i...tu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang suka berfikir. Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi. Mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api neraka." (Ali-lmran: 190-191)See More