FLIGHT FREE : jangan
terlepas
Tawaran terhebat! Peluang untuk melancong seumur hidup secara
percuma! Anda berminat? Teruskan membaca.
Berikut adalah garis panduan
yang perlu dipenuhi dan wajib dipatuhi. Sila baca baik-baik.
1.
penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2.
bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan
berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.
3.
bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih
cotton.
4. pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.
5. pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.
6. visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
7.
pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
8.
layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain
yang diwangikan.
9. destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau
Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10. ruang menunggunya bukan
lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir.
Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan
Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
12. tidak
perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. lapangan terbang transit adalah
Al-Barzakh.
14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di
bawahnya atau Neraka Jahannam.
15.Penerbangan ini tidak dinyatakan
nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.
Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah
alergi atau halal-haram makanan.
17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini
sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
18.Jangan
fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera
bersuka-ria.
19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah
sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
1. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh!
'sekiranya' anda boleh!
2. Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa
'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk
penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Anda
takut?
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat
penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya
tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan
Al-Hadith.
Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak
dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin
kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi.
Malangnya,
kemudian kita terleka kembali dengan dunia.
Tersebut di dalam Unbar
(Hadis) 5 perkara racun yang membunuh dan 5 perkara penawar sebagai
ubatnya:
1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
2. Harta itu
racunnya dan zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan
zikir Allah itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu
ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda
Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5
perkara:
1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
2. Kasih
mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
3. Kasih mereka kepada
mahligai — lupa mereka kepada kubur.
4. Kasih mereka kepada dunia — lupa
mereka kepada akhirat.
5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada
Allah.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia
kepada 5 bahagian
1. hartanya untuk warisnya.
2. nyawanya untuk Malaikal
Maut.
3. dagingnya untuk ulat-ulat.
4. tulangnya untuk tanah.
5. amalan
dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.
Apabila bercerailah nyawa
dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
1. Hai anak Adam,
adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
2. Hai anak Adam,
adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
3. Hai anak Adam,
adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke
tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
1. Hai anak Adam, di
manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
2. Hai anak Adam, di
manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
3. hai anak adam di
manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa
ke atas kain kapan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:
1. Hai anak
Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
2. Hai
anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali
selama-lamanya?
3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada
engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru
hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah
suara dari langit tiga kali:
1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah)
kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
2. Hai anak Adam amat
beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
3. Hai anak Adam amat
beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat
rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai
Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah
suara dari langit tiga kali:
1. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah
kamu lakukan akan kamu lihat.
2. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu
akan lihat baik.
3. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan
lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi
setiap hari berkata:
1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan
kembali ke dalam perut ku (kubur).
2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan
dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
3. Kamu
bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku
(kubur).
"Janji Allah pada manusia bahawa mati itu benar, alam barzakh
itu benar,
dibangkitkan di padang masyhar itu benar".
p/s :
1.
Saban hari, hampir 10 post di FB mengkhabarkan tentang kematian si fulan bin
fulan. Soalnya,
- adakah kita terasa dengan pengkhabaran tersebut?
-
bagaimana dengan penerimaan hati kita?
- adakah setakat menyedekahkan surah
al-fatehah?
- cukupkah amalan kita selama ini?
Sebenarnya, kita TAK
TAKUT MATI tapi TAKUT PROSES KEMATIAN. Jika amalan baik lebih tinggi daripada
amalan buruk, maka senanglah proses nyawa dicabut. Berserilah wajah ketika
dimandikan.
tetapi, jika di sebaliknya? itu yang kita risaukan,
disebabkan statistik kemorosotan amalan semakin merundum saban tahun, saban
bulan, saban hari.
"susurilah kehidupan, dunia sekarang sudah semakin
'jahat' lantaran tangan-tangan yg mengingkari perintah Allah..yang salah
dikatakan betul, yang betul dikatakan salah..cukuplah Al-qur'an dan hadis
sebagai jawapan dan sebagai perisai keimanan seorang hamba. Moga hati ini tidak
mati".