Friday, April 22, 2011

*** AKU MAHU TINGGALKAN DUNIA DALAM SUJUDKU *** FATIMAH AL-ZAHRA

“Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku” SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah...sudah la...ma tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit. Apabila aku mendongak tenampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ." Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehinggamemasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya.

Cahayanya bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar ditelinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?" Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah.

Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu." Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?" Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah.. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!" Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?" Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..." Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuh ku menggigil dan terasa takut yang amat sangat.

Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya. Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih.Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa. Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays.

Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka. Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda. Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh.

Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.. Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu keseluruh tubuhku.

Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku. Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!" Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

::: Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini? :::

*** WANITA MUDAH MENANGIS ****

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berla...ku sesuatu dalam perhubungan. Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. "Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Thursday, April 21, 2011

Panduan Solat & Bertayamum Bagi Pesakit Vol 01 - Ustaz Kazim Elias

Panduan Solat & Bertayamum Bagi Pesakit Vol 02 - Ustaz Kazim Elias

ustaz mohd kazim - panduan solat & tayammum bg pesakit 7.wmv

ustaz mohd kazim - panduan solat & tayammum bg pesakit 6.wmv

ustaz mohd kazim - panduan solat & tayammum bg pesakit 5.wmv

ustaz mohd kazim - panduan solat & tayammum bg pesakit 4.wmv

ustaz mohd kazim - panduan solat & tayammum bg pesakit 3.wmv

ustaz mohd kazim panduan solat & tayammum bg pesakit 2

ustaz mohd kazim - panduan solat & tayammum bg pesakit 1.wmv

Sunday, April 10, 2011

*** TALKIN DIRI DAN INGAT AKAN MATI TU PASTI***

Kubur Rindukan Anak Adam Yang Soleh



Sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.

Lalu baginda bersabda yang bermaksud :

"Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."





"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."





"Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, 'marhaban wa ahlan' (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu."





Sambung Nabi, "Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke Syurga.."





"Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, 'la marhaban wa la ahlan' (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).' Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu."





Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya, "Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya."





Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, " Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab)."





Nabi s.a.w bersabda lagi maksudnya :

"Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka."

(Hadis Riwayat Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

*** KEMANISAN IMAN ***

Jika disebut manis akan dikaitkan dengan penyakit. Begitu jugalah untuk mendapat kemanisan Iman memang ramai yang sakit. [Al-Iman]

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji dan syukur hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib, penghulu dan penutup segala Utusan Allah. Juga ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya, dan para pejuang Sunnah baginda s.a.w. sehingga ke hari kiamat.

Manisnya gula membawa penyakit. Manisnya iman menjadikan orang sakit. Mengapa sedemikian? Bagi membuang penyakit, mesti merasai sakit terlebih dahulu. Seperti sakitnya memakan ubat atau merawat luka. Begitu juga dengan iman. Untuk mencapai rasa manisnya iman, kita mesti melalui 'fasa sakit' itu dahulu.

Bagi buaya darat (maafkan saya kerana terpaksa pakai istilah ini) yang hendak pulang ke pangkal jalan, sudah tentu akan mengalami kesukaran dalam memberhentikan tabiatnya. Tentu sakit untuk menundukkan pandangan. Namun percayalah manfaat besar bagi mereka yang mengikut panduan agama. Dalam sebuah hadith Qudsi, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya pandangan mata (yang diharamkan) merupakan panahan beracun daripada panahan Iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya kerana takut kepada-Ku, akan Aku tukarkan (pandangan) dengan iman yang dapat dirasai kemanisannya dalam hati" (Hadith Riwayat Tabrani dan al-Hakim).

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda seperti yang diriwayatkan daripada Abi Umaimah r.a yang bermaksud:

"Tidaklah orang Islam itu apabila dia memandang pada kehormatan wanita kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan diberikan oleh Allah S.W.T. suatu ibadah yang terdapat padanya kemanisan (iman) dalam hatinya."

Manusia perlu mengorbankan kesukaan nafsunya seperti suka berfoya-foya, leka dengan cerita-cerita rekaan Barat dan Timur, hanyut dengan permainan video atau laman-laman sosial. Demi meraih kemanisan iman. Ketahuilah, kemanisan iman tiada taranya jika dibandingkan dengan kenikmatan dunia yang bersifat sementara. Antara kemanisan iman adalah terasa hanyut dan sebak mendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Rasa khusyuk dalam beribadah sehingga menitiskan air mata. MasyaAllah... Semoga kemanisan iman diperoleh kita semua. Amin.

*** SEBAGAI HAMBA***

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkan tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.


Hari ini tentang عۡبُدُ ('abdun atau hamba) seperti dalam iyyaaka tidak iyyaahu. Perkataan ini maknanya pelbagai:

Kuat/ kukuh seperti besi sehingga dalam bahasa 'Arab bermaksud yang lebar lagi pendekpun disebut 'abdun sebab kuat. Jika panjang tetapi kecil benda tu (mungkin) dah tak kuat.

Ada makna yang berlawanan daripada kuat iaitu lembut.

Tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan aroma harumpun disebut 'abdun.

Jadi jika dirangkaikan kesemua makna di atas iaitu kuat, kukuh, lembut, aroma wangi ini boleh memberi maksud bahawa seorang HAMBA itu mestilah kuat, sentiasa mahu membuat apa sahaja yang disuruh dengan lemah lembut/ ikhlas dan hasil perbuatannya pula mengeluarkan aroma wangi.



Menurut seorang ahlul bait iaitu al-Imam Jaafar as-ssadiq, menyatakan bahawasanya seseorang itu layak disebut hamba Allah apabila memenuhi TIGA SYARAT:



1) TIDAK menganggap segala sesuatu yang ada pada dirinya sebagai hak miliknya (kesannya bila apa-apa sahaja yang ada pada dirinya diambil semula dia tidak berasa kehilangan). Hamba perlu sabar, qanaah dan syukur. Nabi bersabda: "Sebaik-baik kekayaan adalah kaya hati". Sebab bila hati dah terpaut dengan kekayaan, hati akan jadi mati.



Untuk mengubatinya kita kena hayati ayat yang selalu kita baca selepas solat supaya kita menyedari bahawa segala yang ada di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.



Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:284)



2) Segala usaha atau perbuatan hanya tertumpu kepada perintahNya. Maksudnya apa-apa sahaja yang ingin dilakukan kena tanya dulu kepada diri adakah perbuatan itu sesuai dengan perintah Allah atau adakah itu larangan Allah. Jika sesuai dengan perintah Allah teruskanlah tetapi sekiranya tidak sesuai jangan teruskan. Ini selari dengan ayat:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)


3) Tidak memastikan sesuatu perbuatan untuk dilaksanakan melainkan dengan mengaitkannya dengan keizinan Allah (Umpanya kita kata 'esok nak bangun awal, esok nak pergi rumah si polan,). Jangan pastikannya sebab manusia sebenaranya tak mampu buat apapun tanpa kehendak dan izinNya. Dengan memahami maksud insyaAllah, seseorang itu akan jadi hamba Allah yang patuh kerana menyedari la hawla wala quwwata illa billah.


Sebelum ini dalam مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ Maaliki yaumiddin dinyatakan bahawa Allah pemilik segala yang maujud, Allah pemilik dunia dan akhirat maknanya kita dah serahkan kepemilikan kepada Allah, bukankah hamba ini tidak ada hak memiliki? Hatta dirinya, serta untuk mengatur hidupnya pun dia tidak berhak. Jika hamba kepada manusia dia dijual beli, jika ingin berkahwin pun kena minta izin dan bila dah diizinkanpun dia kena minta kebenaran pula sekiranya ingin berpindah. Menjadi hamba kepada Allah lebihlah lagi, jadi apabila kita dah berserah kepada Allah apapun yang Allah buat kita tak boleh mempersoalkan. Jika memohon tak dapat janganlah susah hati atau merajuk. Kita tidak ada hak sedikitpun untuk menyoal sebaliknya kitalah yang akan disoal. (Al-Anbiyaa' [21] : 23). Sebagai hamba kita tak boleh soal tentang nikmat, tentang qadar dan qadha' Allah SWT, sebaliknya jika kita buat apa yang Allah larang kitalah yang akan dipertanggungjawabkan.


Jadi bila dah sedar semua ini, kita akan rasa kehadiran Allah SWT dan sedar betaPA kecil dan lemahnya kita di hadapan Allah SWT.


Dalam al-Quran didapati setelah pakar al-Quran membuat kajian ditemui ayat-ayat yang Allah panggil hambaKu, hamba kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah jika diberi kekuatan akan sambung kepada siapa Allah panggil hambaKu atau hamba yang dinisbahkan kepadaNya.. apa yang baik daripada Allah dan segala yang tidak baik daripada kelemahan diri ini.



"Ya Allah! Perlihatkan kepadaku (kami) yang benar itu benar dan berilah aku (kami) kemampuan supaya aku (kami) dapat mengikutinya. Ya Allah! Tunjukkan kepadaku (kami) yang batil itu batil dan berilah kekuatan bagiku (kami) menjauhinya".


Mudah2an memberi manfaat..amiin

*** Tips Kecantikkan cara Islam Dan Sesungguhannya Islam itu CANTIK ***

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

( surah al-Tin )

-Alhamdulillah-


so, cantik cantik di luar sana yang sedang membaca entri kurang cantik cik nurussalwa ni, percayalah bahawa anda semua cantik..


so, persoalannya disini.. adakah kita perlu melakukan sesuatu agar kita bertambah cantik? kosmetik? kostemik? kosmik? komik? opss, sorry termerapu pulak..


saya bukannye apa, saja je terfikir.. sedarkah kita catik-cantik sekalian yang kosmetik ni semua merosakkan :: NaTuRaL BeAuTy :: anugerah Allah pada kita?


korang, kosmetik tu semua propaganda je.. kalau korang tengok iklan, wah~ cantiknya model-model tu kan? trust me.. edit je semua tu..and kalau dulu ada rambut palsu, sekarang ada bulu mata palsu pulak.. palsu?? see~ dah tak asli dah tu..


Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari]
secara teorinya, orang perempuan atau wanita ni fitrahnya suka akan kecantikan.. betul? ketahuilah oleh kita.. fitrah kita yang satu ni telah diekspoitasi oleh orang-orang yang mencari keuntungan.


kita suka benda-benda cantik.. kalau jadi cantik lagilah kita suka..kan? tapi.. dengan kosmetik ni semua.. hilanglah :: NaTuRaL BeAuTy :: kita.. takut nanti ada yang sampai taksub sehingga mengubah ciptaanNYA..

fikir-fikirkanlah..

nak cantik tak salah..



"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan suka akan kecantikan"

api kenalah berpada-pada.. jangan sampai menarik perhatian.. dan jangan berlebih-lebihan.

~Tips Kecantikan Dalam Islam, cubalah.....

• Bedakkanlah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya diakhirat
• Oleskan lipstick kejujuran pada bibir anda. Anda akan kelihatan lebih jelita
• Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang hanya berada di salun keimanan kerana malu adalah sebahagian daripada iman
• Lakarkan mata anda dengan celak yang menghindari diri anda daripada pandangan kemaksiatan kerana mata adalah permulaan segala perkara.
• Rawatilah rambut anda dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur daripada pandangan lelaki yang merberhayakan
• Sebaik-baiknya kalunglah diri anda dengan kalung kesuciaan. Ia akan sentiasa bercahaya
• Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari anda dengan cincin ukhuwah
• Pakailah sabun istigafar yang menghapuskan segala dosa dan kesalahan yang dilakukan
• Hiasilah kuku anda dengan inai semulajadi ciptaan allah swt
• Peliharalah anggota badan anda dengan fabric keanggunan islam. Sesungguhnya orang yang menutup aurat itu terhindar daripada fitnah
• Sarunglah kaki anda dengan sepatu yang sesuai supaya mudah untuk kejalan yang diredhai allah swt
• Terangilah hati anda dengan ayat suci al-quran. Nescaya hilang bintik-bintik hitam yang mengaburi nurani anda
• Amalkan tips yang diberikan dan kita akan kelihatan cantik disisi allah, sesungguhnya wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

.. selamat mencantikkan diri ye cantik-cantik sekalian.. "_"

Saturday, April 9, 2011

*** FAHAMI MAKSUD PERBUATAN TUHAN ***

Fahamilah Maksud Perbuatan Tuhan
Orang yang tidak kenal Tuhan,
Orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu
Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
...Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya

Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasa-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahguna kuasanya

Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaan-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana

Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu
Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya
Orang itu menganggap dialah yang punya ilmu,
Dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan
Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu

Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya
Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya
Ingin dipuji dan disanjung selalu


Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu,
Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepada-Nya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah, kecewa dan putus asa
Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan

Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya
Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu mungkin putus asa
Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu
Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung
Kemegahan dan kekuasaan tidak selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud
Lagi kecewa, menderita, putus asa

Oleh itu kenalilah Tuhan,
Fahamilah maksud perbuatan Tuhan
Bukan maksud seperti yang kita fahamiSee More

Friday, April 8, 2011

*** DOSA ???? ***

Sesuatu dosa yang kita tahu itu adalah dosa, tetapi kita lakukan juga maka tunggulah balasan yang akan diterima dari Allah.
[Al-Iman]
Islam membawa mesej yang sangat jelas buat kita. Buat yang wajib. Tinggal yang haram (perbuatan dosa). Oleh itu, sebagai seorang yang beriman, beliau mesti mengambil tahu apakah dia Suruhan2 Allah dan ap...akah pula Larangan2 Allah itu? Inilah yang dinamakan ilmu-ilmu agama.



Ilmu agama mestilah dicari dengan sungguh2 sejak usia muda jangan sampai nikmat mata dah jadi kabur, nikmat telinga dah mula tuli, nikmat akal turun RAMnya, baru rasa menyesal kerana tidak belajar ilmu agama dengan serius dahulu.


Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.,
Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."


Apabila sudah faham tentang agama, maka mudahlah bagi seorang mukmin itu melayari bahtera kehidupan dengan yakin bersuluhkan petunjuk Islam. Berbeza dengan seorang kafir (menolak agama Islam) atau musyrik yang tidak memiliki sebarang petunjuk dalam hidupnya. Dia teraba-raba dalam perjalanan hidupnya. Bahtera kehidupannya terumbang-ambing dek dipukul ombak dunia yang mengganas tanpa belas kasihan.


Orang kafir dan musyrik berbuat sesuatu perkara sekehendak hatinya. Tanpa guidance. Halal dan haram dipukul sama rata. Janji habuan dunia dapat dibolot semahu-mahunya. Sebaliknya, orang beriman memilih yang halal dan menjauhi yang haram.


Namun begitu, timbul persoalan, bagaimana bagi seseorang yang tahu tentang dosa tapi tetap membuatnya? Ketahuilah wahai saudaraku bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda mafhumnya(maksudnya):
"SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU" Riwayat Muslim


Tidak menjadi kejanggalan apabila dia tahu perkara itu dosa tapi dia melanggari larangan Allah itu. Ini kerana sudah ditetapkan oleh Allah bahawa jalan-jalan ke Neraka (perbuatan dosa) itu memang dihiasi dengan perkara-perkara yang menyenangkan kita. Yang memuaskan hawa nafsu kita.
Sungguhpun demikian, AWAS! Jika kita terus bersikap tak ambil endah dengan amalan dosa kita dan tidak bertaubat, maka tunggulah bahawa di sana kelak(AKHIRAT), suatu azab yang tiada terperi sakitnya lagi berpanjangan menunggu kita iaitu API NERAKA!!!!

Tuesday, April 5, 2011

KUHARAP CINTA nowsweetheart toAVI




best lagu ni... Audra suka sangat lagu ni... Namun harus di fikirkan secara positif.... just muziknya audra suka hhehehe...selamat mendengar ..... :)

*** DI ATAS SEJADAH CINTA ***

“Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Maha tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menetes-netes dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau ridhai. Aku serahkan hidup matiku untuk-Mu.” Isak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.

Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya ia pingsan.

Menjelang subuh, ia terbangun. Ia tersentak kaget. Ia belom shalat tahajjud. Beberapa orang tampak tengah asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam shalatnya.

“Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia. Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!”

Ia lalu bangkit, wudhu, dan shalat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa,

“Ilahi, hamba mohon ridha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba dari murkamu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hamba terlalu lemah untuk menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-Mu, cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin.”.....

Monday, April 4, 2011

*** 99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN***

‎99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Selalulah bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

“Sebarkanlah walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)See More

Sunday, April 3, 2011

***CINTA @ LOVE *** :)

Bila sebut cinta Allah pasti ada hubungkait antara kita (manusia) dengan Allah; bagaimana sikap seorang hamba kepada Allah.





Jika kita bercinta sesama manusia kita berusaha mencari titik keserasian antara kita tetapi adakah kita berusaha mencari titik pertemuan dalam semua perkara supaya serasi dengan perintah Allah?





Apakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencintai apa-apa yang Allah cintai dan membenci apa-apa yg Allah benci?





Adakah bersesuaian sikap kita dengan apa yang Allah suka dan apa yang Allah benci?





Dalam al-Quran banyak menyebutkan bahawa hanya orang-orang yang membawa hati yang sejahtera sahaja yang akan menemui Allah atau diterima Allah.





Oleh itu proses takhalli, tahalli dan tajalli perlu ditempoh (dengan berusaha bersungguh-sungguh) oleh setiap orang bagi memastikan mendapat hati yang sejahtera.





Banyak sifat-sifat mahmudah yang perlu disemaikan dalam jiwa kita untuk mendapatkan hati yang sejahtera yang akhirnya diterima oleh Allah.





Sifat pertama yang perlu ada pada kita ialah:





CINTA KEPADA ALLAH atau HUBBULLAH atau MAHABBATULLAH.





Dalam dunia akhlak, CINTA KEPADA ALLAH merupakan tempat persinggahan bagi sesiapa yang berjalan menuju Allah, menjadi santapan hati, makanan roh; ertinya hati sentiasa sihat dan kenyang apabila ada rasa cinta kepada Allah; CINTA KEPADA ALLAH merupakan kehidupan sehingga orang yang memilikinya tidak pernah mati, CINTA KEPADA ALLAH ialah cahaya/ nur, sesiapa yang memiliki cinta ini tidak akan merasai kegelapan. Cinta adalah kelazatan, sesiapa yang memilikinya pasti tidak merasai kesengsaraan. Cinta pasti menghantar seseorang ke tempat tujuan yang hendak dicapai, bahkan sesiapa yang ADA PADA HATINYA CINTA KEPADA ALLAH digambarkan oleh Allah hamba yang paling ideal. DIA MENCINTAI ALLAH DAN ALLAH MENCINTAINYA. Ini digambarkan oleh Allah dalam surah Al-Maaidah ayat 54











Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah daripada agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maaidah [5] : 54)





Dalam ayat di atas Allah beritahu ciri-ciri manusia yang paling ideal yang memenuhi syarat CINTA KEPADA ALLAH, MANUSIA YANG PALING DEKAT DENGAN ALLAH; iaitu kecintaan mereka kepada Allah sehingga Allah juga cinta kepada mereka, mereka merendah diri kepada orang-orang mukmin, kerana Allah mencintai orang-orang Mukmin: mereka bersifat tegas kepada orang-orang kafir kerana Allah juga bersikap keras terhadap orang-orang kafir; mereka sanggup berkorban dan berjuang bersungguh-sungguh menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang. Mereka tidak rasa terhina apabila dihina oleh orang asalkan kekasihnya melihatnya mulia, sebaliknya mereka rasa terhina jika kekasihnya (Allah) menghinanya walaupun seluruh dunia memujinya. Jika kita cinta sesama pasanggan kita kita sanggup berkorban apa sahaja. Jadi untuk cinta Allah dan Allah membalas cinta kita syarat-syarat di atas perlu ada. Apalah erti CINTA jika tidak sanggup berkorban lebih-lebih lagi kepada Allah.





Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah dalam bukunya berkenaan 'IYYAKA NA'BUDU WAIYYAKA NASTA'IIN' menghuraikan tentang kecintaan kepada Allah. Harus diingat Allah amat mencintai alam dan segala isinya. Allah mencipta makhluknya dengan penuh rasa cinta, lebih-lebih lagi kepada khalifahnya iaitu manusia. Allah menyayangi makhluknya 70 kali lebih ibu menyayangi anaknya.





Menurut Imam Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ini ada 10 tahap kecintaan kepada Allah:





Tahap Pertama: 'Alaqah.





Tahap yang paling rendah, Secara harfiah maksudnya ada hubungan, kebergantungan, kaitan (connection). Kita dah berusaha mengingat Allah bukan sahaja ketika kita susah atau senang malah setiap saat kita mengingatiNya (tak pernah lupa walaupun sesaat dan tidak pernah jauh walaupun seinci) yakni kita berhubung dengan Allah. (Seringkali manusia lupa Allah bila senang, sihat atau kaya tapi ingat (berhubung dengan Allah) ketika susah, sakit atau jatuh miskin). Bila dah agak senang kita agak renggang dengan Allah sebab kita rasa dah boleh berdikari. Jika yang asas inipun tidak kuat agak susah nak naik ke tahap yang lebih tinggi.





Jadi cubalah usaha menyatukan hati kita dengan Allah dengan mencuba menyukai apa yang Allah suka dan membenci apa yg Allah tak suka, maknanya buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tak bagi buat.





Ingatlah akan sabda Nabi tentang 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat, salah satunya ialah dua orang bani Adam yang saling menyintai kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana Allah.. Jika hati sudah terpaut dengan ciptaan Allah, peraturan Allah, redha dengan ketentuanNya, mensyukuri nikmatNya bermakna kita sudah ada CINTA ALLAH tahap pertama ini. Bila dah ada CINTA tahap ini alhamdulillah, ini dinamakan buih-buih cinta/ benih-benih cinta, bila ada tanda-tanda ini maknanya kita sudah meresapkan sifat-sifat Allah ke dalam diri kita. Kita akan suka apa Yang Allah suka dan benci apa yang Allah benci. Kita buat semua ini kerana cinta, kita takkan berputus asa/tidak sabar sebagaimana semasa kita mendidik anak-anak kita sabar menegur berkali-kali.





Tahap Kedua: Iradah.





Maknanya kehendak, kecenderungan untuk mencari/menemui orang yang dicintai/yang dicari.





Bila hati dah tergerak mencintai iaitu sudah ada benih-benih cinta, sudah terpaut kita mesti berkehendak atau cenderung untuk mencari, jika yang kita cintai itu adalah manusia kita akan cari alamat rumah, bila dah jumpa tentu kita jumpa kekasih kita. Mustahil jika kita dah ada rasa cinta kita tak mahu mencari, kita akan cari alamat dan akan cari rumahnya (jika kita dah tahu alamat tapi tak nak cari maknanya tak berertilah cinta). Lalu di mana nak cari Allah? Carilah Allah melalui ciptaan Allah.. Carilah sebagaimana Nabi Ibrahim mencari Allah swt melalui bulan, bintang dan matahari serta semua ciptaan Allah, selalu orang sebut Zikir dan Fikir (Tazakkur dan tafakkur).





Tahap Ketiga: Sobaabah.





Maknanya; Mencurahkan/menumpahkan/menuangkan (cuba bayangkan tuang atau curah air daripada satu baldi penuh jika guna baldi, bukan menyiram sedikit-sedikt).





Ini bermaksud mencurahkan sepenuh hati rasa cinta. Cinta yang tak dapat dibendung lagi, bukankah dikatakan mencurahkan air yang banyak, bila dicurahkan air yang banyak tentu melimpah. Bila rasa kasih seperti ini tentulah bila kekasih panggil dia segera datang, orang lain panggil tak dengar dah, bila kekasih buat temujanji, temujanji yang lain-lain batal. Bila seruan Haiyya 'alas solah, Haiyya 'alal falah tinggalkan segera kerja-kerja lain tanpa tangguh seminitpun kerana panggilan kekasih lebih penting daripada yang lain-lain. Itulah cinta pada tahap ini. CINTA dicurahkan hanya kepada Allah.





Tahap Keempat: Gharab





Maksudnya menyala-nyala/ berkobar-kobar. Cinta yang tak boleh dipisahkan lagi sebagaimana Laila dan Majnun, tatkala ini panas terik atau hujan lebat dan guruh berdentumpun tak terasa.





Cinta peringkat ini semuanya indah belaka, tersangat puas ( perasaan yang sangat sukar nak digambarkan, seumpama nak terangkan pedas cili kepada orang yang belum pernah makan cili) setiap orang yang bercinta pasti pernah merasai ini, alangkah baiknya jika cinta seumpama ini ditujukan kepada Allah, sebagaimana bahagianya Ashabul Kahfi di dalam gua padahal apalah yang ada dalam gua.





Tahap Kelima: Widad





Widad iaitu menyatakan cinta/kasih sayang dengan perbuatan; atau kasih sayang yang diterjemahkan melalui perbuatan; rela berkorban apa sahaja; ini boleh dikaitkan dengan mawaddatan wa rahmah yang Allah kurniakan kepada pasangan suami isteri. Apakah yang dapat kita fahami daripada dua perkataan ini? Dua-dua perkataan ini maksudnya sama iaitu kasih sayang dan belas kasihan. Mawaddah bermaksud kasih sayang dan belas kasihan yang ditunjukkan melalui perbuatan manakala rahmah tidak melalui perbuatan. Contoh: Pasangan ketika muda, masih bertenaga, mereka boleh menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan dan juga melalui luahan perasaan dan sebagainya tetapi apabila pasangan ini sudah tua, katakanlah seorang usianya sudah 95 manakala pasangannya pula 85, tak mampu lagi keduanya saling melayan sesama mereka, nak menyuap makanan ke mulut masing-masingpun mungkin sudah tak berdaya lagi tetapi perasaan mereka masih kuat saling menyayangi, yang ini rahmah.





Dalam Surah Ar-Rum Ayat 21 Allah SWT berfirman:











Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untukmu (wahai golongan lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum [30] : 21)

Ramai yang mengaku cinta Allah tetapi ramai yang tidak dapat tunjuk. Sebab itulah Allah bagi petunjuk dalam ayat 31 Surah Ali-Imran:











"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (A-li'Imraan [3[ : 31)



Allah menyuruh Nabi memberitahu kita dengan berkata: "Wahai manusia yang mendakwa cinta kepada Allah! Kamu kena tunjuk dengan perbuatan, kamu kena ikut apa yang aku suruh. Bila kamu dah buat seperti aku barulah Allah mengasihi/mencintai kamu dan mengampunkan dosa kamu". Begitulah yang dinamakan widad - kena buat/kena amal.



Jika tak ada syarat ini tiadalah istilah pengorbanan. Pengorbanan di sini ialah ikulah rasul jika mahu cinta dibalas oleh Allah.





Tahap Keenam: Shaghaf





Maksudnya memujuk/ merayu kerana cinta yg mendalam menusuk /meresap ke lubuk hati sebagaimana cinta Zulaikha kepada Nabi Yusof seperti dalam surah Yusof ayat 30 di bawah:











Maksudnya: "Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Yusuf [2] : 30)





Boleh baca kisah cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf as klik





Cinta pada tahap ini meresap ke dalam hati, tak kisah apa orang nak kata, biarpun Zulaikha itu isteri kepada penguasa Mesir (al-Aziz) dia tak kisah mencintai Yusof yang entah daripada mana asalnya, hamba pula kepada al-Aziz. (tentulah kita tak disuruh berakhlak seperti Zulaikha ini - kisah dalam al-Quran adalah sebagai teladan dan sempadan buat kita) tapi kisah ini nak tunjukkan tahap cinta peringkat shaghaf ni dia tak kisah apa orang nak kata.





Ini samalah dengan ayat Al-Maaidah 54 tadi. Nabi Muhammad saw pun ketika orang-orang kafir mencela, Nabi tetap CINTA ALLAH. Kalau kita berada pada tahap ini kita berdakwah kita tak takut orang-orang sekeliling menyindir kita. Samalah juga seperti Nabi Ibrahim ketika nak menyembelih Nabi Ismail tentu jika orang melihat orang akan mencelanya (bukankah perkara gila nak sembelih anak sendiri?) tetapi kerana Cinta Allah melebihi segala-galanya Nabi Ibrahim as tak peduli apa orang nak kata.





Dalam hal ini jika kita buat yang betul biarlah orang menghina kita. Contohnya jika kita ke Mekah mengerjakan haji kita terpaksa pilih pakej termurah, berjalan kaki, tidur beralaskan lengan bertilamkan tanah berbumbungkan langit pun tak mengapa asal kita CINTA ALLAH; inilah shaghaf. Dalam keadaan apapun kita, ketika sakit, bila kita bergerak sedikitpun kita rasa sakit kita tetap buat perintah Allah; inilah SHAQAF.





Tahap Ketujuh: 'Isqun atau 'asyik (bukan Khayal)





Makna mendapat kepuasan, ketenangan, kebahagiaan. Ketika pada tahap shaghaf tadi, mula-mula rasa tertekan tetapi akhirnya walaupun dikutuk dia mendapat kenikmatan, nikmat sabar, nikmat syukur dan nikmat ridha. Kenapa Nabi Muhammad saw berdoa: Ya Allah jadikan hambaMu ini sehari kenyang dan sehari lapar? Sebabnya ialah kerana Nabi ingin jadi hamba Allah yang bersyukur, dan sabar, baginda ingin mendapatkan kepuasan / nikmat syukur selepas kenyang dan nikmat sabar ketika lapar.





Bagi orang-orang yang 'isqun; sabar itu pahit. Pepatah Arab mengatakan "Kesabaran itu seperti bakawali, pahit rasanya tetapi akibat/kesudahannya lebih manis daripada madu". Orang-orang yang 'isqun ini merasai kemanisan bersabar dan kenikmatan dalam berjihad. Cuba kita kaitkan dengan perasaan kita ketika kita ada anak yang masih bayi, masa tu kita masih lagi belum sihat (ibu-ibu dalam pantang) bila bayi terjaga kita yang mengantukpun tak terasa; itulah namanya asyik jaga bayi, tak terasa sakit, mengantuk ataupun penat. Walaupun sebenarnya kita sedang sakit, mengantuk dan penat tapi kita puas jaga bayi kecil kita, itulah kenikmatan yang dirasakan. Cuba buat seperti ini kepada Allah, tetapi biasanya orang asyik kepada umpamanya berkayak, bermain golf, jungle tracking, bernang selat Inggeris, mendaki gunung, cuba tanya kepada mereka ini sama ada mereka penat atau tidak? Tentu jawapannya penat tetapi puas.





Tahap Kelapan: Tataiyyum





Berasal daripada perkataan anyutmu, mufradnya yutmun maksudnya sendirian umpama anak yatim yang ditinggalkan (kematian) ibu bapanya/ keseorangan.





Peringkat cinta seperti ini ialah merendahkan diri/bersendirian. Jika cinta Allah dia merendahkan diri kepada Allah swt, merasa sendirian sama seperti anak yatim, dia merasai tak punya apa-apa kecuali ALLAH SWT, walaupun dia berada di tengah-tengah keramaian selagi dia tak merasa berada di sisi kekasihnya dia rasa sepi. Setelah dia berasa berada di sisi kekasihnya dia rasa kaya. Nabi bersabda dalam hadis Qudsi : Allah swt berfirman: "Wahai anak adam! carilah oleh kamu akan Aku pasti kamu mendapatkan Aku dan jika engkau telah berjaya mendapatkan Aku, engkau telah mendapat segala-galanya jika kamu gagal mendapatkan Aku, kamu akan kehilangan segala-galanya".





Orang yang berada pada tahap ini dia tak perlu takut, jika dia miskin dia tak perlu takut kerana Allah Pemberi rezeki, jika dia sakit dia tak perlu khuatir kerana Allah Maha Penyembuh, jika dia dianiayai kenapa perlu bersedih, ALLAH Maha Pelindung dan seterusnya, seterusnya. Seorang solufussalih pernah berkata: "Saya adalah hamba kepada Allah yang Maha Kaya, aku tidak takut miskin, bagaimana aku takut miskin sedangkan aku hamba kepada Allah Yang Maha Kaya". Biasanya kita bila ada kawan kita tak rasa kesunyian, bila ada segala2-galanya kita rasa aman, tetapi bagi orang mukmin wajib merasai memiliki ketenangan bila ada Yang Mencipta bukan yang dicipta.





Tahap Kesembilan: Ta'abbud





Berasal daripada perkataan 'abdun (hamba) - memperhambakan Telah tulis tentang (hamba di sini)





Orang yang ada Cinta pada tahap ini mempunyai 3 tanda:





1. Dia tidak melihat segala apa yg ada pada tangannya sebagai miliknya kerana pemilik sebenarnya ialah Allah. Dia datang ke dunia tak bawa apa-apa bahkan dirinyapun milik Allah (Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raaji'uun).





2. Oleh sebab segala yang ada pada dirinya bukan miliknya, dia memastikan segala apa yang dilakukannya sesuai/selari dengan kehendak pemilik sebenar. Umur, tenaga, anggota, masa, ilmu, kesihatan, rezeki dan segala-galanya adalah milik Allah.





3. Dia tak memastikan dirinya melakukan sesuatu amalan pada masa hadapan melainkan dengan izin Allah. Contoh dia nak pergi ke satu tempat esok pagi, dia kena kata InsyaAlah, tak pernah kata pasti saya akan pergi. Tentang InsyaAllah ni boleh baca di SINI. Ini untuk menunjukkan satu bentuk kenyataan bahawa kita manusia ini lemah, nak pastikan kita bangun pagi pun kita tak dapat, nak pastikan sihat ke dan macam-macam lagi semuanya boleh dilakukan dengan pertolongan Allah semata-mata. Tanpa pertolonganNya segalanya tidak berlaku.





Tahap ke sepuluh: Khullatun (khullah),





Makna asalnya kosong. Sesorang hamba Allah yang mempunyai cinta tahap ini dipanggil Khalilullah kerana cintanya peringkat tertinggi.





Dalam al-Quran Allah panggil Nabi Ibrahim Khalilullah kerana cintanya peringkat tertinggi. Dalam hatinya kosong, yang ada hanya Allah swt. Dia tak rela ada penghalang antara dia dengan Allah. Sekuat mana kasihnya kepada puteranya Ismail, disembelihnya kerana semata-mata menurut arahan Allah. Walaupun hakikatnya tidaklah disembelihnya Ismail itu tetapi Nabi Ibrahim telahpun melakukan perintah Allah dan olehkerana Nabi Ibrahim Dengar dan Taat Allah gantikan dengan seekor kibas. Nabi Ibrahim diberi isteri bernama Siti Hajar yang juga Khullah.





Selepas membaca tahap-tahap kecintaan ini, kita bolehlah menilai diri kita pada tahap manakah CINTA KITA KEPADA ALLAH.. jika ada pada tahap PERTAMA berusahalah untuk naik ke tingkat KEDUA dan seterusnya.. hingga ke peringkat tertinggi yang sama seperti yang dicapai oleh Nabi Ibrahim as.





Semoga kita dapat membina hubungan CINTA kepada Allah supaya cinta kita berbalas. Pasti ada syarat-syaratnya untuk Allah membalas cinta kita.

*** ADA 4 GOLONGAN MANUSIA....anda yang mana satu ..????? ***

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah; berdasarkan Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'iin manusia diketegorikan kepada 4 golongan:





GOLONGAN PERTAMA: Ahli ibadah dan ahli isti'anah.





Mereka merupakan golongan yang paling ideal. Mereka ini paling kuat beribadah serta paling kuat berdoa. Inilah yang paling menepati gaya hidup seperti dalam ayat tersebut:





Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)





Orang-orang seperti ini menjadikan ibadah kepada Allah sebagai tujuan hidup mereka yakni untuk mendapatkan keredhaan Allah, dan mereka sentiasa berdoa memohon agar Allah menolong dan memberikan taufik, sehingga mereka dapat melaksanakan ibadah itu.





Contoh orang seperti ini dalam al-Quran; selepas ibadah tak kira kecil atau besar ialah nabi Ibrahim as:





Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Al-Baqarah 2:127)





Nabi Ibrahim as melakukan kerja-kerja menyusun batu-bata semata-mata menunaikan hak Allah, melaksanakan suruhan Allah untuk kepentingan manusia lain, selepas selesi melakukannya baginda berdoa.





Jadi kita jangan sekali-kali meninggalkan doa; kerana doa merupakan satu usaha supaya Allah mengambil peduli atau supaya Allah sentiasa memerhatikan kita, supaya Allah ambil berat akan kita. Allah berfirman:





Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan memerhati / peduli/ menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak /melihat/ peduli/ menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu". (Al-Furqaan 25:77)





Mintalah upah daripada Allah, Allah suka bila kita minta. Jangan minta kepada orang/ manusia lain atau kepada jin. Namun kita kena faham bahawa kita mesti minta tapi Allah tak wajib bagi apa yang kita minta. Jangan pula merajuk tak mahu minta jika tak diberi. Nabi Muhammad SAW ketika tali kasutnya putuspun baginda berdoa.





Allah juga berfirman:

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghaafir 40:60)





GOLONGAN KEDUA: Lawan yang di atas tadi iaitu orang-orang yang tidak mahu beribadah dan tidak mahu memohon pertolongan kepada-Nya.





Golongan ini tidak mengenal ibadah dan isti'anah. Tidak beribadah maknanya kufur manakala mereka tak berdoa kerana mereka merasakan boleh berbuat sesuatu tanpa pertolongan Allah SWT. Mereka menafikan kekuasaan Allah. Mereka fikir apa yang berlaku bukan kehendak Allah dan setiap apa yang mereka rancang pasti akan terjadi. Na'uzubillahi min zaalik.





Mari kita renungi apa yang Allah firmankan kepada Nabi Musa as : "Wahai Musa, engkau berkehendak dan Aku ada kehendak dan tidak akan berlaku kecuali apa yang Aku kehendaki dan jika kamu tidak berserah kepada apa yang Aku kehendaki Aku akan jadikan engkau penat, letih dengan sebab apa yang kamu kehendaki sedangkan tidak akan berlaku melainkan apa yang Aku kehendaki".





Jadi janganlah menafikan peranan Allah, hendaklah kita mengaku lemah, tidak boleh hidup tanpa Allah.





GOLONGAN KETIGA: Golongan orang yang mahu beribadah tapi tak mahu isti'anah (tak mahu berdoa).





Ada dua golongan yang terkenal dalam Islam iaitu Qadariyah dan Jabariyah (Kedua-dua golongan ini ditolak oleh kebanyakan ulama' Islam sejak dulu hingga kini):





Golongan Qadariyah percaya bahawa 100% manusia mempunyai kebebasan memilih dan kekuatan untuk menentukan nasib mereka baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Mereka percaya bahawa Allah menyerahkan segala-galanya kepada mereka. Mereka mengagongkan pemberian aqal oleh Allah sehingga mereka percaya apa perlunya berdoa. Mereka hanya perlu menyembah. Mereka berfikir Allah dah beri segala-galanya jadi buat apa mereka berdoa. Dengan lain perkataan; mereka percaya bahawa Allah telah melakukan apa yang ditetapkanNya kepada hamba dan Allah tidak perlu lagi memberikan pertolongan kepada hamba, kerana Allah telah menolong dengan menciptakan alat baginya sehingga dengan adanya pertolongan ini, hamba tidak perlu lagi memohon kepadaNya sebab Allah dah bagi. Mereka juga yakin jika Allah tak utuskan para Rasulpun mereka boleh berfikir amalan apa yang harus mereka lakukan untuk masuk syurga. Mereka ini lupa bahawa penjagaan Allah kepada makhlukNya melalui dua cara iaitu sunnatullah dan juga inayatullah. Bagi mereka jika sakit makanlah ubat tak perlu berdoa.





Jika golongan Qadariyah tadi mempercayai bahawa manusia diberikan aqal untuk menentukan untung nasib mereka, golongan Jabariyah pula percaya berlawanan daripada kumpulan Qadariyah. Mereka percaya bahawa semua gerak geri mereka dipaksa/ terpaksa. Allah telah setkan seperti itu sehingga disetkan apa yang akan berlaku kepada mereka di dunia dan di akhirat - tak ada pilihan. Jadi tak perlu minta, sebab Allah dah tahu apa yang diminta. Lagi pula Allah dah tetapkan pengakhiran hidup jadi tak perlulah minta. Bukankah tak perlu minta jika Allah dah bagi, lagi pula jika berdoa bermakna tak yakin bahawa Allah tahu apa yang kita kehendaki. Subhanallah!





GOLONGAN KEEMPAT: Orang-orang yang tak mahu beribadah tapi rajin berdoa.





Tidak satupun permintaan atau suruhan Allah mereka buat tetapi mereka rajin / asyik mohon itu dan ini daripada Allah SWT. Ini tak betul. Doa mereka panjang-panjang, mereka cintakan Allah kerana mereka perlukan pertolongan Allah. Bila mereka diberikan nikmat mereka rasa dimuliakan jika tidak mereka rasa dihinakan. Mereka marah bila Allah tak tunaikan permohonan mereka.





(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" (Al-Fajr 89:15) Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" (Al-Fajr 89:16)





Kemuliaan dan kehinaan tidak berkisar kepada harta dan sebagainya. Allah membenarkan pemilikan harta seluas-luasnya kepada orang kafir, bukan kerana mereka mulia, dan membatasi harta kepada orang Mukmin, bukan kerana mereka hina. Segala puji bagi Allah atas semua ini, dan Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Jadi kebahagiaan dunia dan akhirat tetap kembali kepada iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in.







Orang-orang yang beribadah ada dua golongan iaitu PERTAMA : Ahli 'ibadah terpaksa ('Abid Karhun) KEDUA: Ahli ibadah secara sukarela ('Abid Tau'un) - boleh baca di SINI





Al-'ibadah didahulukan daripada isti'anah adalah untuk menunjukkan bahawa manusia kena beramal kerana Allah, untuk Allah dan bagi Allah. Itu jauh lebih utama daripada mengharapkan sangat upah daripada Allah SWT, walaupun Allah bersedia memberi upah dan membuka kurniaNya yang luas kepada manusia. Ini adalah peringkat ibadah yang paling tinggi. Mari kita lihat contoh di bawah:





Ada 3 orang Pembantu Rumah, A, B dan C. Ketiga-tiga Pembantu Rumah ini sangat rajin.





A - Sangat rajin kerana dia tahu itu tugasnya. Dia mesti tunaikan tanggugjawab dan memberikan hak kepada majikannya. Majikannya ada ke tak ada ke dia tetap menjalankan tanggungjawabnya. Dia menunaikan hak majikannya. Dia melaksanakannya lebih-lebih lagi bila diberitahu bahawa dia akan dinaikkan gaji jika rajin.





B - Sangat rajin, tetapi B ini rajin kerana dia takut kena marah oleh majikan, takut tak dinaikkan gaji.





C - Sangat rajin lebih-lebih lagi dekat nak raya, sebab nak bonus, dan lebih rajin lagi jika di hadapan majikan, lain pula jika di belakang majikan.





Antara 3 ini tentulah A yang lebih baik. Dia menunaikan hak dan tanggungjawab sebab dia tahu itu tanggungjawabnya.





Samalah juga jika orang beramal kerana Allah, dia takut renggang dengan Allah. Dia tak fikir apa yang Allah akan bagi kepadanya. Dia hanya tahu bahawa tanggungjawabnya ialah melakukan ibadah kerana Allah.

***AIR MATA TAKUT KAN ALLAH SWT DAPAT PADAMKAN API NERAKA***

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati Allah,

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)



Berdasarkan hadis di atas 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penyesalan :



1. Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.



2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.



3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.



Huraiannya :



Pertama : Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.



Terlalu banyak maksiat dilakukan oleh manusia melalui mata. Mata ini akan menjadi saksi di hari akhirat nanti kerana manusia menyalahgunakan nikmat mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan melihat perkara yang haram. Dosa-dosa yang dilakukan oleh mata adalah seperti berikut :



1. mengekori aurat wanita/ lelaki.



2. melihat gambar/ dvd/ internet lucah.



3. menggunakan ilmu sihir melalui mata dan membaca mentera-mentera sihir untuk melakukan sihir kepada orang lain.



4. menulis, mengarang dan mencari bahan-bahan fitnah dan menyebarkan fitnah tersebut kepada orang lain.



5. mengintip rahsia dan mengambil gambar dan mendedahkan keaiban seseorang.



Apabila seseorang menggunakan matanya untuk melakukan apa saja perkara maksiat , sebenarnya matanya telah melakukan dosa. Tetapi apabila mata digunakan untuk solat, membaca al-Quran, menulis dan mengarang ilmu yang bermanfaat, melihat alam ciptaan Allah dan merasai keagungan-Nya dan perkara-perkara yang bermanfaat yang lain maka Allah S.W.T. akan mengurniakan pahala dan mata ini nanti akan merasai gembira di hari akhirat.



Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)



Kedua : Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.



Jihad dijalan Allah adalah sebaik-baik amalan dilakukan semata-mata untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah. Tanpa jihad dan pengorbanan Islam tidak mampu ditegakkan dan dihayati dalam kehidupan bermasyarakat. Jika seseorang mati ketika berjihad mempertahankan daulah Islam, mempertahankan negaraIslam daripada diceroboh oleh orang kafir atau penyebaran dakwah Islam disekat oleh musuh Islam maka mati tersebut adalah mati syahid. Mati yang mulia dan akan dimasukkan oleh Allah S.W.T kedalam syurga tanpa hisab.



Mata yang berjaga malam ketika berjihad dijalan Allah S.W.T. untuk menjaga kepentingan Islam daripada diserang musuh adalah mata yang dirahmati Allah S.W.T. di hari akhirat nanti mata ini tidak akan menangis kesedihan. Mata yang mulia ini akan memberitahu Allah S.W.T. bahawa dia digunakan untuk mencari reda-Nya semasa di dunia dahulu.



Dalam realiti kita sekarang ini kita juga boleh qiyaskan bahawa kita berjaga malam untuk mengawal kawasan progrem-progrem dakwah, tarbiah, motivasi, muqayam, tamrin dan rehlah dikawasan hutan atau tepi pantai adalah dikira sama dengan mengawal semasa jihad fisabilillah. Jihad untuk memberi kesedaran dan kefahaman ilmu Islam adalah juga dikira sebagai kerja-kerja jihad dijalan Allah S.W.T.



Ketiga : Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.



Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w. yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendak."



Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?"



Baginda S.A.W menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."



Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)



Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."



Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Bahawa tidak akan masuk Neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."



Di dalam kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seseorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka, maka salah satu daripada rambut-rambut matanya pun berkata : "Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."



Akhirnya Allah S.W.T. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka, dengan berkata sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail a.s. mengumumkan : "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut"



Dalam sebuah kitab Bidayatul- Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan di datangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.



Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat di seru kepada buku amalannya (di katakan padanya). Pada hari ini kamu di balas menurut apa-apa yang telah di kerjakan"

(Surah Al-Jatsiyah ayat 28)



Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengarkan kegeramannya api neraka dengan nyalaan apinya, dan di terangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat di dengar sejauh 500 tahun perjalanan.



Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga para Nabi-nabi dengan ucapan :



"Diriku, diriku" (selamatkan diriku ya Allah), hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata : "Umatku, umatku," baginda ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.



Pada masa itu akan keluarlah api Neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat-umat Nabi Muhammad S.A.W. berusaha menghalanginya dengan berkata : "Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat. Demi hak orang-orang yang ahli bersedekah. Demi hak orang-orang yang kyusuk. Dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali !



Walaupun dikatakan demikian api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata : Sesungguhnya api neraka itu menuju pada umat Muhammad S.A.W."



Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya, dan berkata Jibrail a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah padanya."



Lalu baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.



Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail a.s. :



"Wahai Jibrail! air apa itu?"



Maka berkata Jibrail, "Itulah air mata-air mata orang derhaka yang terdiri dari umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya padamu agar engkau menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. "



Telah bersabda Rasulullah S.W.T. yang bermaksud : "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata."



Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita kita beramal soleh dengan mengikhlaskan hati kita kepada Allah S.W.T. Gunakanlah semua pancaindera kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.



Tanda kita bersyukur dengan nikmat kaki, tangan, hidung, mulut, telinga dan mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. maka kita gunakan pancaindera ini untuk mentaati-Nya. Nikmat mata kurniaan Allah S.W.T. adalah satu kurniaan yang besar, jika mata melihat yang halal dan mata menangis mengalirkan air mata kerana takutkan-Nya maka air mata ini akan dapat memadapkan kemarakkan api neraka. Salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy adalah seorang yang berdoa seorang diri menitiskan air mata penyesalan dan bertaubat kepada Allah S.W.T.

Saturday, April 2, 2011

***SIFAT API NERAKA DAN AHLINYA***

Sifat Api Neraka dan Ahlinya



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanatnya dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Api Neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga hitam gelap, bagaikan malam gelap kelam."



Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : " Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli Neraka iaitu seorang yang bersandal (selipar) dari api Neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah di telinganya ada api, dan giginya berapi dan di bibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli Neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli Neraka."



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata : "Jibril datang kepada Nabi s.a.w. pada saat yang tiada biasa datang dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w. : 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'



Jawabnya : 'Ya Muhammad aku datang kepadamu pada sa'at di mana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api Neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.'



Lalu Nabi s.a.w. bersabda : 'Ya Jibril jelaskan kepadaku sifat Jahannam!'



Jawabnya, 'Ya ketika Allah menjadikan Jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli Neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.'



'Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasan besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potong-potongan api. Api Neraka itu ada mempunyai TUJUH pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.'



Nabi s.a.w. bertanya : 'Apakah pintu-pintu bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?'



Jawabnya : " Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dari bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali lipat ganda, maka digiring ke sana musuh-musuh Allah sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh Malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu di masukkan ke dalam mulut mereka hingga tembus ke dubur, dan diikat tangan kirinya ke lehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus ke bahunya, dan tiap manusia diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sampai dipukul oleh para Malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau maka ditanam ke dalamnya, kemudian Nabi s.a.w bertanya : 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'



Jawabnya :

'Pintu yang terbawah (pertama) untuk orang-orang Munafik, dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Alhawiyah.



Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.



Pintu ketiga, tempat orang-orang Shobi'in bernama Saqar.



Pintu keempat, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.



Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah.



Pintu keenam, tempat orang Kristian (Nashara) bernama Sa'ier.



Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga Nabi s.a.w. tanya : "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'



Jawabnya : 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat'. Maka Nabi s.a.w jatuh pingsan ketiaka mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sadar Nabi s.a.w bersabda ; "Ya Jibril sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam Neraka?



Jawabnya ; 'Ya , iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.'



(Di petik dari Kitab Tanbihul Ghafilin Jelid 1&2 )

***APA ITU TAUBAT***

Taubat adalah suatu perkara yang berkait rapat dengan dosa, samada dosa kecil mahupun dosa besar, dan sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dari Sunan Tirmizi, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:





كل إبن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون





Maksudnya: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan (dosa), dan sebaik-baik kesilapan adalah disertai dengan taubat kepada Allah." Bahkan Allah s.w.t. sendiri memerintahkan kita selaku orang yang beriman agar bertaubat kepada Allah, sebagaimana yang dirakamkan dalam Al-Quran di dalam surah An-Nur ayat 31:





{وتوبوا إلى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون}





Maksudnya: "Bertaubatlah kepada Allah semuanya, wahai orang2 yang beriman, moga2 kamu beroleh kemenangan (di akhirat yaitu pelepasan daripada api neraka)." Telah menyebut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya yang masyhur "Riadhus Solehin", di antara syarat taubat ada 3, sekiranya ia tidak bersangkut paut dengan manusia, cuma dengan Allah sahaja:-





1) Hendaklah dia meninggalkan maksiat tersebut

2) Menyesali apa yang telah dia lakukan dahulu

3) Berazam untuk tidak mengerjakannya lagi buat selama-lamanya

*Sekiranya gugur salah satu daripada ketiga syarat tersebut, taubatnya tidak sah dan tidak diterima Allah.





Namun, sekiranya dosa dia itu bersangkut-paut dengan manusia, seperti ambil barang atau hak orang lain, maka wajib dia mengembalikannya atau memohon maaf kepada orang tersebut, sekiranya telah mati, hendaklah memohon maaf kepada keluarganya yang terdekat. Dan inilah syarat ke-4 yang disebut oleh Imam Nawawi.





Oleh itu, apa yang penting dalam bab taubat adalah keazaman untuk berubah dan meninggalkan maksiat, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat Hamba2Nya. Yang penting keazaman itu ada dalam diri kita, tataplah sirah seorang hamba Allah yang telah membunuh 100 jiwa, sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadith bukhari dalam kitab Ahadith Anbiya' dan juga hadith Muslim dalam kitab At-Taubat.





Di sana mungkin timbul persoalan, apakah Allah akan menerima taubat saya sedangkan dosa saya terlalu banyak? Jawapan yang mudah, lihatlah peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Musa a.s. Suatu hari, baginda didatangi oleh seorang hamba yang menanyakan soalan seperti di atas, apa jawab Musa, apakah dosa kamu lebih besar atau keampunan Allah itu lebih besar? Ya, ternyata keampunan Allah itu lebih besar. Buktinya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Anas bin Malik:

لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم إستغفرتني غفرت لك

Maksudnya: "Sekiranya dosa2 kamu bertimbun sampai ke puncak lagit (kerana banyaknya), kemudian kamu memohon keampunan kepadaku (sebelum mati atau kiamat), nescaya aku akan mengampunimu." Ya Salam, Wa Subhanallah, Maha Pegampun Allah lagi Maha Menyayangi Hamba2Nya. Satu lagi persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita, apakah pantas kita melakukan taubat, padahal setelah itu kita kembali kepada maksiat (kerana lemahnya iman), sepertinya bermain-main dengan taubat, lebih baik tak perlu taubat?





Jawapan yang mudah kata para alim ulama', kalau tak taubat lagi bahaya, macam mana kalau mati sebelum sempat bertaubat, satu lagi, bertaubat setelah itu buat dosa, setelah taubat lagi setelah buat dosa, bukankah dikira main2, apakah perlu diteruskan juga taubat? Sudah tentu, teruskan bertaubat, meskipun kita buat lagi dosa itu setelah taubat, kemudian kita sedar, taubatlah lagi, kerna kita tidak tahu bila kita akan mati.





Kata Ulama' moga2 dengan perbuatan tersebut, kita mati dalam keadaan kita bertaubat dan bukan ketika kita buat maksiat, oleh itu, teruskanlah taubat, bahkan Nabi sendiri pernah ditanya, soalan yang sama seperti tadi, jawab Nabi teruskanlah bertaubat, moga2 roh kamu diambil saat kamu taubat.

***SILATURAHIM***

Silaturrahim adalah hubungan dengan orang yang terdekat iaitu kaum kerabat. Apa yang dimaksudkan adalah mereka yang ada pertalian darah. Bahawasanya Allah memuji orang yang menjaga hubungan silaturrahim kerana takut pada perhitungan yang bu...ruk di akhirat kelak. Menghubungkan silaturrahim juga merupakan perintah Allah sebagaimana yang terdapat pada ayat yang banyaknya.

Orang yang memutuskan silaturrahim adalah dilaknat oleh Allah sebagimana dalil daripada Al-Quran surah Ar-Ra’du ayat 25.(boleh rujuk). Allah menyuruh kita menghubungkan silaturrahim dan bukannya memutuskan hubungan silaturrahim. Telah berkata Ali bin Hussain ketika menasihati sebahagian anak2nya: “Janganlah engkau putuskan hubungan silaturrahim kerana aku dapati yang demikian perbuatan tersebut telah Allah laknat pada 3 tempat.

Dalilnya:

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.” (Riwayat Baihaqi).

Nabi juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulannya

Maka, adalah rahmat Allah tidak akan turun terhadap satu2 kaum yang padanya ada orang yang memutuskan hubungan silaturrahim. Agaknya macam mana keadaan orang yang putuskan hubungan silaturrahim? Kita kena ingat, bila kita ditimpa masalah pasti kita rujuk kepada seseorang(keluarga), jadi tidak rugi kalau kita menghubungkan silaturrahim. Sebaik-baik silaturrahim adalah kita mengalah dengan mereka.

Maka wajib bagi kamu menghubungkan silaturrahim dan jangan memutuskannya kerana yang demikian itu sebesar-besar dosa dan balasannya akan disegerakan di dunia, kalau tidak, Allah pasti simpan balasan bagi orang yang putuskan silaturrahim di akhirat dengan azab yang sangat pedih.See More

Friday, April 1, 2011

***INGIN BAHAGIA DAN DICINTAI???***

SIAPA di antara yang ingin menjadi manusia yang dicintai dan diredhai Allah SWT? Inginkah kita menjadi insan yang bersegera pergi ke masjid dan menunggu waktu solat berikutnya setelah menunaikan solat sebelumnya?



Insan yang bangun ditengah malam untuk bermunajat dan menumpahkan air mata. Insan yang bersedekah dengan tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri; insan yang ikhlas bersedekah. Insan yang khusyuk dalam solatnya dan mengadap Tuhan dengan sepenuh hati. Insan yang banyak berdoa dan berzikir. Insan yang tidak mengejar dunia melainkan mencari kebahagiaan akhirat. Insan redha dengan qada dan qadar Allah SWT. Insan yang bersedia melakukan kebaikan, selalu membantu yang memerlukan dan berusaha membela yang teraniaya. Insan yang menyambung tali silaturrahim dengan yang memutuskannya, memberi kepada yang tidak mahu memberi dan memaafkan yang menzalimi.





Ya, kita semua mengiginkannya. Akan tetapi sulit bagi kita merealisasikannya. Tatkala memulakan solat, suasana dunia muncul dalam pemikiran kita. Ketika memulakan bacaan al-Quran, hati-hati kita berlarian menuju lembah-lembah kehidupan. Ketika membaca dan mendengarkan hal-hal yang wajib dilakukan, kita pun terpengaruh untuk melakukannya. Kita merasa sedih atas keadaan kita ini. Namun, kita masih tidak berubah, masih lagi jauh dari menjadi insan yang dicintai dan diredhai Allah SWT. Kita berusaha untuk membaiki dan melakukan muhasabah diri, akan tetapi kita tidak mampu untuk meningkatkan diri kita.



Apakah penyebab semua ini?



Bukankah dalam hati kita terdapat iman?



Lalu mengapa iman itu tidak mampu mendorong kita untuk melakukan amal soleh? Mengapa selama berabad-abad, amalan para sahabat, kalangan salaf dan orang-orang soleh dari ummat ini, sesuai dengan ucapan mereka; sedangkan kita hanya berbicara, berangan-angan dan bermimpi, tetapi tidak mampu untuk menunaikannya?



Hal ini tentunya kerana ada jurang antara akal dan hati kita. Akal yang memiliki fungsi membaca, mendengar dan merasa yakin, serta memberi isyarat kepada hati. Sementara hati yang dipengaruhi oleh isyarat akal, sering kali tidak mampu memerintah anggota tubuh untuk menunaikannya.



Tahukah anda mengapa?



Kerana ia tertawan oleh Hawa nafsu dan cinta dunia, serta terikat di bumi dan terkekang oleh syahwatnya.



Benar dalam hati terdapat iman kepada Allah SWT dan Hari akhirat. Hal ini kelihatan dalan perbuatan baik yang kita lakukan. Kita juga dapat mengetahui dengan jelas kadar dunia di dalam hati kita, yakni melalui berbagai perbuatan yang memperlihatkan sejauh mana keterikatan kita dengan dunia.



Berdasarkan hal ini, saya katakan bahawa kita tidak akan mampu melakukan apa yang kita inginkan dan diredhai Allah SWT, kecuali kita dapat membebaskan kehendak kita dan mebersihkan hati dari belenggu kekuasaan hawa nafsu serta menyerahkannya kepada ALLAH SWT semata dan sepenuh hati.



~ petikan dari buku: Peribadi yang dicintai Allah. Menjadi hamba Rabbani ~



Moga bermanfaat dan Allah redha.

***UKHUWAH FILLAH- Senyuman Sejati***

Bagaimana kita mengenali sahabat kita? Adakah kita benar-benar merenungi wajah-wajah mereka dan cuba menjelajah pelusuk jiwanya hingga kita benar-benar mengenali hati budinya.



Mempertahankan ukhuwah yang terbina memerlukan kepekaan jiwa. Bagaimana seorang ibu yang begitu peka pada perubahan air muka anaknya, begitulah juga ukhuwah yang sejati; kita begitu peka dengan riak senyumannya, perubahan air mukanya, ayunan langkahnya dan sebagainya yang memantulkan segala keresahan atau keadaan jiwanya.



Ya, memang tidak semua manusia peka kepada semua ini tetapi kita yang benar-benar ingin merealisasikan ukhuwah sebenar seharusnya cuba untuk benar-benar mengenali jiwa dan hati budi teman kita. "Adalah menjadi satu keaiban mukmin apabila sahabatnya terpaksa menebalkan muka untuk meminta pertolongan". Kita seharusnya lebih peka dan mampu menyerap kegelisahan hatinya lalu menghulurkan bantuan sebelum diminta. Kita boleh membezakan senyumannya sejati yang lahir dari jiwanya atau senyuman yang dibuat-buat untuk melupakan segala keresahan jiwa yang ditanggung. Saya mungkin ada kelebihannya dalam hal ini kerana memang sejak kecil, hobi saya ialah melihat dan memerhati tingkah laku manusia. Saya sanggup habiskan masa berjam-jam hanya untuk meneliti air muka dan tingkah laku sekelompok manusia di stesyen bas sambil cuba menerka perasaan dan memahami bagaimana tingkah laku dan air muka memantulkan perasaan dan tingkah laku jiwa. Saya juga suka membaca dan melihat dokumentari atau filem yang memberi penekanan aspek ini.



Mungkin sedikit yang saya dapat kongsikan untuk membantu kita mempertahankan ukhuwah, berdakwah dan mendidik manusia untuk mengenali Allah SWT.



Senyuman manusia sebenarnya menggambarkan banyak tingkahlaku jiwa. Ada yang senyum tapi marah, ada yang menyindir, ada yang cuba menyembunyikan kesedihannya dan sebagainya. Seorang saintis dari Perancis Guillaume Duchenne de Boulogne pernah membuat kajian berkaitan hal ini, iaitu mengkaji otot-otot muka yang terlibat ketika seseorang itu senyum. Menurut kajiannya, senyuman manusia dikawal oleh 2 set otot. Iaitu set otot Zygomatic dan Orbicularis oculi. Pergerakan mulut dikawal oleh otot Zygomatic yang bertindak menarik mulut hingga menampakkan gigi, dagu bahkan telinga; mungkin kita pernah dengar orang senyum sampai ke telinga. Otot orbicularis pula mengawal mata; setiapkali manusia tersenyum matanya akan mengecil; ada juga yang ketawa sampai keluar air mata. Perkara yang paling penting untuk kita fahami disini ialah pergerakan Zygomatic dikawal secara sedar manakala Orbicularis adalah tindakan reflek (tanpa sedar). Jadi senyuman buatan hanya melibatkan mulut dan paling jauh sampai ketelinga. Secanggih mana senyuman sahabat kita tetapi jika tidak memberi kesan pada matanya menggambarkan senyuman itu bukan asli. Renunglah matanya dalam-dalam dan abaikan pergerakan mulutnya insyaAllah kita boleh merasai keresahannya jika jiwanya sedang tertekan atau bersedih. Matanya akan menceritakan segala-galanya..samada jiwanya tersenyum atau sedang bersedih.



Renunglah teman anda hari ini dan cuba kenalinya dengan lebih mendalam. Jika kita seorang pendidik atau pendakwah...renungilah wajah mereka dan selamilah segala keresahan dan keperluan mereka kepada hidayah Allah SWT.

***HATI INI MILIK SIAPA?***

Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.



Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.



Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.



Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.



Mungkin tidak selalu kita tanyakan soalan-soalan begini pada diri kita. Dibulan dan saat yang mulia ini, marilah kita tanyakan soalan-soalan tadi pada diri kita supaya kita tahu hati kita ini milik siapa. Tangisan dan tawa kita untuk siapa? Marah dan dendam kita milik siapa?



Marilah kita mencari pemilik hati ini agar disaat kita kembali kepada Allah SWT nanti kita tidak menangis kecewa kerana kita baru tersedar, rupa-rupanya hati yang berada di dalam jiwa kita ini, hati yang selalu kita kisahkan hingga kadang-kadang kita tidak lena tidur dan thilang selera makan serta hati yang kita belai, kita pupuk dan kita sayangi ini sebenarnya bukan milik Allah SWT.



Saya teringatkan kata-kata murabbi saya “ketika kita melihat begitu ramai manusia di Pudu Raya, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang dihati mereka ada Allah.” Mungkin kita boleh ubahsuai soalan ini untuk diri kita; Ketika kita sibuk menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT. Bahkan kalau disemak-semak, mungkin ketika solahpun kita tidak benar-benar ingatkan Allah SWT.



Ada satu penyataannya yang membuatkan saya menangis “Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir untuk solah lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya. Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain.” Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solatpun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan kehidupan kita.


“Marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak harapkan kita berpuasa sekiranya kita masih lagi berdusta. Marilah kita berkata benar pada diri kita. Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada diri kita. Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram ‘Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci hati dan penuh ketundukan’ tetapi hati sedang tertumpu kepada selain Allah SWT. Allah memandang kearah kita ketika mendengar panggilan kita tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke arah lain. Tidak takutkah kita dengan teguran Allah SWT diawal surah Al Baqarah; “Dan diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa” Bukankah ayat ini menggambarkan golongan Munafiq.? Jadi berapa lama lagi kita nak menipu Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?”

***SYUKUR KITA ALLAH JADIKAN KITA WANITA***

Semoga kalian sentiasa mendapat perlindungan Allah Ta'ala..saya singgah di sini sebentar utk berkongsi dengan kalian sedikit info..mungkin ada yang sudah mengetahui terutama kepada golongan wanita..tapi tidak salah kita memperingatkan kembali ingatan kita sekaligus menambah amalan demi mendapat title 'wanita solehah' yang diidamkan..



Semoga dengan sedikit perkongsian ini sedikit sebanyak mendekatkan kita lagi dengan Allah...Amiin..



Kelebihan seorang wanita solehah



-Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali



-Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh



-Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,



-2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,



-Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.



-Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.



-Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.



-Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.



-Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.



-Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.



-Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.



-Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.



-Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.



-Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.



-Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.



-Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.



-Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.



-Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.



-Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.



-Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



-Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



-Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.



-Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.



-Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



-Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.