Bila sebut cinta Allah pasti ada hubungkait antara kita (manusia) dengan Allah; bagaimana sikap seorang hamba kepada Allah.
Jika kita bercinta sesama manusia kita berusaha mencari titik keserasian antara kita tetapi adakah kita berusaha mencari titik pertemuan dalam semua perkara supaya serasi dengan perintah Allah?
Apakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencintai apa-apa yang Allah cintai dan membenci apa-apa yg Allah benci?
Adakah bersesuaian sikap kita dengan apa yang Allah suka dan apa yang Allah benci?
Dalam al-Quran banyak menyebutkan bahawa hanya orang-orang yang membawa hati yang sejahtera sahaja yang akan menemui Allah atau diterima Allah.
Oleh itu proses takhalli, tahalli dan tajalli perlu ditempoh (dengan berusaha bersungguh-sungguh) oleh setiap orang bagi memastikan mendapat hati yang sejahtera.
Banyak sifat-sifat mahmudah yang perlu disemaikan dalam jiwa kita untuk mendapatkan hati yang sejahtera yang akhirnya diterima oleh Allah.
Sifat pertama yang perlu ada pada kita ialah:
CINTA KEPADA ALLAH atau HUBBULLAH atau MAHABBATULLAH.
Dalam dunia akhlak, CINTA KEPADA ALLAH merupakan tempat persinggahan bagi sesiapa yang berjalan menuju Allah, menjadi santapan hati, makanan roh; ertinya hati sentiasa sihat dan kenyang apabila ada rasa cinta kepada Allah; CINTA KEPADA ALLAH merupakan kehidupan sehingga orang yang memilikinya tidak pernah mati, CINTA KEPADA ALLAH ialah cahaya/ nur, sesiapa yang memiliki cinta ini tidak akan merasai kegelapan. Cinta adalah kelazatan, sesiapa yang memilikinya pasti tidak merasai kesengsaraan. Cinta pasti menghantar seseorang ke tempat tujuan yang hendak dicapai, bahkan sesiapa yang ADA PADA HATINYA CINTA KEPADA ALLAH digambarkan oleh Allah hamba yang paling ideal. DIA MENCINTAI ALLAH DAN ALLAH MENCINTAINYA. Ini digambarkan oleh Allah dalam surah Al-Maaidah ayat 54
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah daripada agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maaidah [5] : 54)
Dalam ayat di atas Allah beritahu ciri-ciri manusia yang paling ideal yang memenuhi syarat CINTA KEPADA ALLAH, MANUSIA YANG PALING DEKAT DENGAN ALLAH; iaitu kecintaan mereka kepada Allah sehingga Allah juga cinta kepada mereka, mereka merendah diri kepada orang-orang mukmin, kerana Allah mencintai orang-orang Mukmin: mereka bersifat tegas kepada orang-orang kafir kerana Allah juga bersikap keras terhadap orang-orang kafir; mereka sanggup berkorban dan berjuang bersungguh-sungguh menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang. Mereka tidak rasa terhina apabila dihina oleh orang asalkan kekasihnya melihatnya mulia, sebaliknya mereka rasa terhina jika kekasihnya (Allah) menghinanya walaupun seluruh dunia memujinya. Jika kita cinta sesama pasanggan kita kita sanggup berkorban apa sahaja. Jadi untuk cinta Allah dan Allah membalas cinta kita syarat-syarat di atas perlu ada. Apalah erti CINTA jika tidak sanggup berkorban lebih-lebih lagi kepada Allah.
Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah dalam bukunya berkenaan 'IYYAKA NA'BUDU WAIYYAKA NASTA'IIN' menghuraikan tentang kecintaan kepada Allah. Harus diingat Allah amat mencintai alam dan segala isinya. Allah mencipta makhluknya dengan penuh rasa cinta, lebih-lebih lagi kepada khalifahnya iaitu manusia. Allah menyayangi makhluknya 70 kali lebih ibu menyayangi anaknya.
Menurut Imam Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ini ada 10 tahap kecintaan kepada Allah:
Tahap Pertama: 'Alaqah.
Tahap yang paling rendah, Secara harfiah maksudnya ada hubungan, kebergantungan, kaitan (connection). Kita dah berusaha mengingat Allah bukan sahaja ketika kita susah atau senang malah setiap saat kita mengingatiNya (tak pernah lupa walaupun sesaat dan tidak pernah jauh walaupun seinci) yakni kita berhubung dengan Allah. (Seringkali manusia lupa Allah bila senang, sihat atau kaya tapi ingat (berhubung dengan Allah) ketika susah, sakit atau jatuh miskin). Bila dah agak senang kita agak renggang dengan Allah sebab kita rasa dah boleh berdikari. Jika yang asas inipun tidak kuat agak susah nak naik ke tahap yang lebih tinggi.
Jadi cubalah usaha menyatukan hati kita dengan Allah dengan mencuba menyukai apa yang Allah suka dan membenci apa yg Allah tak suka, maknanya buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tak bagi buat.
Ingatlah akan sabda Nabi tentang 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari akhirat, salah satunya ialah dua orang bani Adam yang saling menyintai kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana Allah.. Jika hati sudah terpaut dengan ciptaan Allah, peraturan Allah, redha dengan ketentuanNya, mensyukuri nikmatNya bermakna kita sudah ada CINTA ALLAH tahap pertama ini. Bila dah ada CINTA tahap ini alhamdulillah, ini dinamakan buih-buih cinta/ benih-benih cinta, bila ada tanda-tanda ini maknanya kita sudah meresapkan sifat-sifat Allah ke dalam diri kita. Kita akan suka apa Yang Allah suka dan benci apa yang Allah benci. Kita buat semua ini kerana cinta, kita takkan berputus asa/tidak sabar sebagaimana semasa kita mendidik anak-anak kita sabar menegur berkali-kali.
Tahap Kedua: Iradah.
Maknanya kehendak, kecenderungan untuk mencari/menemui orang yang dicintai/yang dicari.
Bila hati dah tergerak mencintai iaitu sudah ada benih-benih cinta, sudah terpaut kita mesti berkehendak atau cenderung untuk mencari, jika yang kita cintai itu adalah manusia kita akan cari alamat rumah, bila dah jumpa tentu kita jumpa kekasih kita. Mustahil jika kita dah ada rasa cinta kita tak mahu mencari, kita akan cari alamat dan akan cari rumahnya (jika kita dah tahu alamat tapi tak nak cari maknanya tak berertilah cinta). Lalu di mana nak cari Allah? Carilah Allah melalui ciptaan Allah.. Carilah sebagaimana Nabi Ibrahim mencari Allah swt melalui bulan, bintang dan matahari serta semua ciptaan Allah, selalu orang sebut Zikir dan Fikir (Tazakkur dan tafakkur).
Tahap Ketiga: Sobaabah.
Maknanya; Mencurahkan/menumpahkan/menuangkan (cuba bayangkan tuang atau curah air daripada satu baldi penuh jika guna baldi, bukan menyiram sedikit-sedikt).
Ini bermaksud mencurahkan sepenuh hati rasa cinta. Cinta yang tak dapat dibendung lagi, bukankah dikatakan mencurahkan air yang banyak, bila dicurahkan air yang banyak tentu melimpah. Bila rasa kasih seperti ini tentulah bila kekasih panggil dia segera datang, orang lain panggil tak dengar dah, bila kekasih buat temujanji, temujanji yang lain-lain batal. Bila seruan Haiyya 'alas solah, Haiyya 'alal falah tinggalkan segera kerja-kerja lain tanpa tangguh seminitpun kerana panggilan kekasih lebih penting daripada yang lain-lain. Itulah cinta pada tahap ini. CINTA dicurahkan hanya kepada Allah.
Tahap Keempat: Gharab
Maksudnya menyala-nyala/ berkobar-kobar. Cinta yang tak boleh dipisahkan lagi sebagaimana Laila dan Majnun, tatkala ini panas terik atau hujan lebat dan guruh berdentumpun tak terasa.
Cinta peringkat ini semuanya indah belaka, tersangat puas ( perasaan yang sangat sukar nak digambarkan, seumpama nak terangkan pedas cili kepada orang yang belum pernah makan cili) setiap orang yang bercinta pasti pernah merasai ini, alangkah baiknya jika cinta seumpama ini ditujukan kepada Allah, sebagaimana bahagianya Ashabul Kahfi di dalam gua padahal apalah yang ada dalam gua.
Tahap Kelima: Widad
Widad iaitu menyatakan cinta/kasih sayang dengan perbuatan; atau kasih sayang yang diterjemahkan melalui perbuatan; rela berkorban apa sahaja; ini boleh dikaitkan dengan mawaddatan wa rahmah yang Allah kurniakan kepada pasangan suami isteri. Apakah yang dapat kita fahami daripada dua perkataan ini? Dua-dua perkataan ini maksudnya sama iaitu kasih sayang dan belas kasihan. Mawaddah bermaksud kasih sayang dan belas kasihan yang ditunjukkan melalui perbuatan manakala rahmah tidak melalui perbuatan. Contoh: Pasangan ketika muda, masih bertenaga, mereka boleh menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan dan juga melalui luahan perasaan dan sebagainya tetapi apabila pasangan ini sudah tua, katakanlah seorang usianya sudah 95 manakala pasangannya pula 85, tak mampu lagi keduanya saling melayan sesama mereka, nak menyuap makanan ke mulut masing-masingpun mungkin sudah tak berdaya lagi tetapi perasaan mereka masih kuat saling menyayangi, yang ini rahmah.
Dalam Surah Ar-Rum Ayat 21 Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untukmu (wahai golongan lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum [30] : 21)
Ramai yang mengaku cinta Allah tetapi ramai yang tidak dapat tunjuk. Sebab itulah Allah bagi petunjuk dalam ayat 31 Surah Ali-Imran:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (A-li'Imraan [3[ : 31)
Allah menyuruh Nabi memberitahu kita dengan berkata: "Wahai manusia yang mendakwa cinta kepada Allah! Kamu kena tunjuk dengan perbuatan, kamu kena ikut apa yang aku suruh. Bila kamu dah buat seperti aku barulah Allah mengasihi/mencintai kamu dan mengampunkan dosa kamu". Begitulah yang dinamakan widad - kena buat/kena amal.
Jika tak ada syarat ini tiadalah istilah pengorbanan. Pengorbanan di sini ialah ikulah rasul jika mahu cinta dibalas oleh Allah.
Tahap Keenam: Shaghaf
Maksudnya memujuk/ merayu kerana cinta yg mendalam menusuk /meresap ke lubuk hati sebagaimana cinta Zulaikha kepada Nabi Yusof seperti dalam surah Yusof ayat 30 di bawah:
Maksudnya: "Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Yusuf [2] : 30)
Boleh baca kisah cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf as klik
Cinta pada tahap ini meresap ke dalam hati, tak kisah apa orang nak kata, biarpun Zulaikha itu isteri kepada penguasa Mesir (al-Aziz) dia tak kisah mencintai Yusof yang entah daripada mana asalnya, hamba pula kepada al-Aziz. (tentulah kita tak disuruh berakhlak seperti Zulaikha ini - kisah dalam al-Quran adalah sebagai teladan dan sempadan buat kita) tapi kisah ini nak tunjukkan tahap cinta peringkat shaghaf ni dia tak kisah apa orang nak kata.
Ini samalah dengan ayat Al-Maaidah 54 tadi. Nabi Muhammad saw pun ketika orang-orang kafir mencela, Nabi tetap CINTA ALLAH. Kalau kita berada pada tahap ini kita berdakwah kita tak takut orang-orang sekeliling menyindir kita. Samalah juga seperti Nabi Ibrahim ketika nak menyembelih Nabi Ismail tentu jika orang melihat orang akan mencelanya (bukankah perkara gila nak sembelih anak sendiri?) tetapi kerana Cinta Allah melebihi segala-galanya Nabi Ibrahim as tak peduli apa orang nak kata.
Dalam hal ini jika kita buat yang betul biarlah orang menghina kita. Contohnya jika kita ke Mekah mengerjakan haji kita terpaksa pilih pakej termurah, berjalan kaki, tidur beralaskan lengan bertilamkan tanah berbumbungkan langit pun tak mengapa asal kita CINTA ALLAH; inilah shaghaf. Dalam keadaan apapun kita, ketika sakit, bila kita bergerak sedikitpun kita rasa sakit kita tetap buat perintah Allah; inilah SHAQAF.
Tahap Ketujuh: 'Isqun atau 'asyik (bukan Khayal)
Makna mendapat kepuasan, ketenangan, kebahagiaan. Ketika pada tahap shaghaf tadi, mula-mula rasa tertekan tetapi akhirnya walaupun dikutuk dia mendapat kenikmatan, nikmat sabar, nikmat syukur dan nikmat ridha. Kenapa Nabi Muhammad saw berdoa: Ya Allah jadikan hambaMu ini sehari kenyang dan sehari lapar? Sebabnya ialah kerana Nabi ingin jadi hamba Allah yang bersyukur, dan sabar, baginda ingin mendapatkan kepuasan / nikmat syukur selepas kenyang dan nikmat sabar ketika lapar.
Bagi orang-orang yang 'isqun; sabar itu pahit. Pepatah Arab mengatakan "Kesabaran itu seperti bakawali, pahit rasanya tetapi akibat/kesudahannya lebih manis daripada madu". Orang-orang yang 'isqun ini merasai kemanisan bersabar dan kenikmatan dalam berjihad. Cuba kita kaitkan dengan perasaan kita ketika kita ada anak yang masih bayi, masa tu kita masih lagi belum sihat (ibu-ibu dalam pantang) bila bayi terjaga kita yang mengantukpun tak terasa; itulah namanya asyik jaga bayi, tak terasa sakit, mengantuk ataupun penat. Walaupun sebenarnya kita sedang sakit, mengantuk dan penat tapi kita puas jaga bayi kecil kita, itulah kenikmatan yang dirasakan. Cuba buat seperti ini kepada Allah, tetapi biasanya orang asyik kepada umpamanya berkayak, bermain golf, jungle tracking, bernang selat Inggeris, mendaki gunung, cuba tanya kepada mereka ini sama ada mereka penat atau tidak? Tentu jawapannya penat tetapi puas.
Tahap Kelapan: Tataiyyum
Berasal daripada perkataan anyutmu, mufradnya yutmun maksudnya sendirian umpama anak yatim yang ditinggalkan (kematian) ibu bapanya/ keseorangan.
Peringkat cinta seperti ini ialah merendahkan diri/bersendirian. Jika cinta Allah dia merendahkan diri kepada Allah swt, merasa sendirian sama seperti anak yatim, dia merasai tak punya apa-apa kecuali ALLAH SWT, walaupun dia berada di tengah-tengah keramaian selagi dia tak merasa berada di sisi kekasihnya dia rasa sepi. Setelah dia berasa berada di sisi kekasihnya dia rasa kaya. Nabi bersabda dalam hadis Qudsi : Allah swt berfirman: "Wahai anak adam! carilah oleh kamu akan Aku pasti kamu mendapatkan Aku dan jika engkau telah berjaya mendapatkan Aku, engkau telah mendapat segala-galanya jika kamu gagal mendapatkan Aku, kamu akan kehilangan segala-galanya".
Orang yang berada pada tahap ini dia tak perlu takut, jika dia miskin dia tak perlu takut kerana Allah Pemberi rezeki, jika dia sakit dia tak perlu khuatir kerana Allah Maha Penyembuh, jika dia dianiayai kenapa perlu bersedih, ALLAH Maha Pelindung dan seterusnya, seterusnya. Seorang solufussalih pernah berkata: "Saya adalah hamba kepada Allah yang Maha Kaya, aku tidak takut miskin, bagaimana aku takut miskin sedangkan aku hamba kepada Allah Yang Maha Kaya". Biasanya kita bila ada kawan kita tak rasa kesunyian, bila ada segala2-galanya kita rasa aman, tetapi bagi orang mukmin wajib merasai memiliki ketenangan bila ada Yang Mencipta bukan yang dicipta.
Tahap Kesembilan: Ta'abbud
Berasal daripada perkataan 'abdun (hamba) - memperhambakan Telah tulis tentang (hamba di sini)
Orang yang ada Cinta pada tahap ini mempunyai 3 tanda:
1. Dia tidak melihat segala apa yg ada pada tangannya sebagai miliknya kerana pemilik sebenarnya ialah Allah. Dia datang ke dunia tak bawa apa-apa bahkan dirinyapun milik Allah (Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raaji'uun).
2. Oleh sebab segala yang ada pada dirinya bukan miliknya, dia memastikan segala apa yang dilakukannya sesuai/selari dengan kehendak pemilik sebenar. Umur, tenaga, anggota, masa, ilmu, kesihatan, rezeki dan segala-galanya adalah milik Allah.
3. Dia tak memastikan dirinya melakukan sesuatu amalan pada masa hadapan melainkan dengan izin Allah. Contoh dia nak pergi ke satu tempat esok pagi, dia kena kata InsyaAlah, tak pernah kata pasti saya akan pergi. Tentang InsyaAllah ni boleh baca di SINI. Ini untuk menunjukkan satu bentuk kenyataan bahawa kita manusia ini lemah, nak pastikan kita bangun pagi pun kita tak dapat, nak pastikan sihat ke dan macam-macam lagi semuanya boleh dilakukan dengan pertolongan Allah semata-mata. Tanpa pertolonganNya segalanya tidak berlaku.
Tahap ke sepuluh: Khullatun (khullah),
Makna asalnya kosong. Sesorang hamba Allah yang mempunyai cinta tahap ini dipanggil Khalilullah kerana cintanya peringkat tertinggi.
Dalam al-Quran Allah panggil Nabi Ibrahim Khalilullah kerana cintanya peringkat tertinggi. Dalam hatinya kosong, yang ada hanya Allah swt. Dia tak rela ada penghalang antara dia dengan Allah. Sekuat mana kasihnya kepada puteranya Ismail, disembelihnya kerana semata-mata menurut arahan Allah. Walaupun hakikatnya tidaklah disembelihnya Ismail itu tetapi Nabi Ibrahim telahpun melakukan perintah Allah dan olehkerana Nabi Ibrahim Dengar dan Taat Allah gantikan dengan seekor kibas. Nabi Ibrahim diberi isteri bernama Siti Hajar yang juga Khullah.
Selepas membaca tahap-tahap kecintaan ini, kita bolehlah menilai diri kita pada tahap manakah CINTA KITA KEPADA ALLAH.. jika ada pada tahap PERTAMA berusahalah untuk naik ke tingkat KEDUA dan seterusnya.. hingga ke peringkat tertinggi yang sama seperti yang dicapai oleh Nabi Ibrahim as.
Semoga kita dapat membina hubungan CINTA kepada Allah supaya cinta kita berbalas. Pasti ada syarat-syaratnya untuk Allah membalas cinta kita.
Sunday, April 3, 2011
*** ADA 4 GOLONGAN MANUSIA....anda yang mana satu ..????? ***
Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah; berdasarkan Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'iin manusia diketegorikan kepada 4 golongan:
GOLONGAN PERTAMA: Ahli ibadah dan ahli isti'anah.
Mereka merupakan golongan yang paling ideal. Mereka ini paling kuat beribadah serta paling kuat berdoa. Inilah yang paling menepati gaya hidup seperti dalam ayat tersebut:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)
Orang-orang seperti ini menjadikan ibadah kepada Allah sebagai tujuan hidup mereka yakni untuk mendapatkan keredhaan Allah, dan mereka sentiasa berdoa memohon agar Allah menolong dan memberikan taufik, sehingga mereka dapat melaksanakan ibadah itu.
Contoh orang seperti ini dalam al-Quran; selepas ibadah tak kira kecil atau besar ialah nabi Ibrahim as:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Al-Baqarah 2:127)
Nabi Ibrahim as melakukan kerja-kerja menyusun batu-bata semata-mata menunaikan hak Allah, melaksanakan suruhan Allah untuk kepentingan manusia lain, selepas selesi melakukannya baginda berdoa.
Jadi kita jangan sekali-kali meninggalkan doa; kerana doa merupakan satu usaha supaya Allah mengambil peduli atau supaya Allah sentiasa memerhatikan kita, supaya Allah ambil berat akan kita. Allah berfirman:
Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan memerhati / peduli/ menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak /melihat/ peduli/ menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu". (Al-Furqaan 25:77)
Mintalah upah daripada Allah, Allah suka bila kita minta. Jangan minta kepada orang/ manusia lain atau kepada jin. Namun kita kena faham bahawa kita mesti minta tapi Allah tak wajib bagi apa yang kita minta. Jangan pula merajuk tak mahu minta jika tak diberi. Nabi Muhammad SAW ketika tali kasutnya putuspun baginda berdoa.
Allah juga berfirman:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Ghaafir 40:60)
GOLONGAN KEDUA: Lawan yang di atas tadi iaitu orang-orang yang tidak mahu beribadah dan tidak mahu memohon pertolongan kepada-Nya.
Golongan ini tidak mengenal ibadah dan isti'anah. Tidak beribadah maknanya kufur manakala mereka tak berdoa kerana mereka merasakan boleh berbuat sesuatu tanpa pertolongan Allah SWT. Mereka menafikan kekuasaan Allah. Mereka fikir apa yang berlaku bukan kehendak Allah dan setiap apa yang mereka rancang pasti akan terjadi. Na'uzubillahi min zaalik.
Mari kita renungi apa yang Allah firmankan kepada Nabi Musa as : "Wahai Musa, engkau berkehendak dan Aku ada kehendak dan tidak akan berlaku kecuali apa yang Aku kehendaki dan jika kamu tidak berserah kepada apa yang Aku kehendaki Aku akan jadikan engkau penat, letih dengan sebab apa yang kamu kehendaki sedangkan tidak akan berlaku melainkan apa yang Aku kehendaki".
Jadi janganlah menafikan peranan Allah, hendaklah kita mengaku lemah, tidak boleh hidup tanpa Allah.
GOLONGAN KETIGA: Golongan orang yang mahu beribadah tapi tak mahu isti'anah (tak mahu berdoa).
Ada dua golongan yang terkenal dalam Islam iaitu Qadariyah dan Jabariyah (Kedua-dua golongan ini ditolak oleh kebanyakan ulama' Islam sejak dulu hingga kini):
Golongan Qadariyah percaya bahawa 100% manusia mempunyai kebebasan memilih dan kekuatan untuk menentukan nasib mereka baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Mereka percaya bahawa Allah menyerahkan segala-galanya kepada mereka. Mereka mengagongkan pemberian aqal oleh Allah sehingga mereka percaya apa perlunya berdoa. Mereka hanya perlu menyembah. Mereka berfikir Allah dah beri segala-galanya jadi buat apa mereka berdoa. Dengan lain perkataan; mereka percaya bahawa Allah telah melakukan apa yang ditetapkanNya kepada hamba dan Allah tidak perlu lagi memberikan pertolongan kepada hamba, kerana Allah telah menolong dengan menciptakan alat baginya sehingga dengan adanya pertolongan ini, hamba tidak perlu lagi memohon kepadaNya sebab Allah dah bagi. Mereka juga yakin jika Allah tak utuskan para Rasulpun mereka boleh berfikir amalan apa yang harus mereka lakukan untuk masuk syurga. Mereka ini lupa bahawa penjagaan Allah kepada makhlukNya melalui dua cara iaitu sunnatullah dan juga inayatullah. Bagi mereka jika sakit makanlah ubat tak perlu berdoa.
Jika golongan Qadariyah tadi mempercayai bahawa manusia diberikan aqal untuk menentukan untung nasib mereka, golongan Jabariyah pula percaya berlawanan daripada kumpulan Qadariyah. Mereka percaya bahawa semua gerak geri mereka dipaksa/ terpaksa. Allah telah setkan seperti itu sehingga disetkan apa yang akan berlaku kepada mereka di dunia dan di akhirat - tak ada pilihan. Jadi tak perlu minta, sebab Allah dah tahu apa yang diminta. Lagi pula Allah dah tetapkan pengakhiran hidup jadi tak perlulah minta. Bukankah tak perlu minta jika Allah dah bagi, lagi pula jika berdoa bermakna tak yakin bahawa Allah tahu apa yang kita kehendaki. Subhanallah!
GOLONGAN KEEMPAT: Orang-orang yang tak mahu beribadah tapi rajin berdoa.
Tidak satupun permintaan atau suruhan Allah mereka buat tetapi mereka rajin / asyik mohon itu dan ini daripada Allah SWT. Ini tak betul. Doa mereka panjang-panjang, mereka cintakan Allah kerana mereka perlukan pertolongan Allah. Bila mereka diberikan nikmat mereka rasa dimuliakan jika tidak mereka rasa dihinakan. Mereka marah bila Allah tak tunaikan permohonan mereka.
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" (Al-Fajr 89:15) Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" (Al-Fajr 89:16)
Kemuliaan dan kehinaan tidak berkisar kepada harta dan sebagainya. Allah membenarkan pemilikan harta seluas-luasnya kepada orang kafir, bukan kerana mereka mulia, dan membatasi harta kepada orang Mukmin, bukan kerana mereka hina. Segala puji bagi Allah atas semua ini, dan Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Jadi kebahagiaan dunia dan akhirat tetap kembali kepada iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in.
Orang-orang yang beribadah ada dua golongan iaitu PERTAMA : Ahli 'ibadah terpaksa ('Abid Karhun) KEDUA: Ahli ibadah secara sukarela ('Abid Tau'un) - boleh baca di SINI
Al-'ibadah didahulukan daripada isti'anah adalah untuk menunjukkan bahawa manusia kena beramal kerana Allah, untuk Allah dan bagi Allah. Itu jauh lebih utama daripada mengharapkan sangat upah daripada Allah SWT, walaupun Allah bersedia memberi upah dan membuka kurniaNya yang luas kepada manusia. Ini adalah peringkat ibadah yang paling tinggi. Mari kita lihat contoh di bawah:
Ada 3 orang Pembantu Rumah, A, B dan C. Ketiga-tiga Pembantu Rumah ini sangat rajin.
A - Sangat rajin kerana dia tahu itu tugasnya. Dia mesti tunaikan tanggugjawab dan memberikan hak kepada majikannya. Majikannya ada ke tak ada ke dia tetap menjalankan tanggungjawabnya. Dia menunaikan hak majikannya. Dia melaksanakannya lebih-lebih lagi bila diberitahu bahawa dia akan dinaikkan gaji jika rajin.
B - Sangat rajin, tetapi B ini rajin kerana dia takut kena marah oleh majikan, takut tak dinaikkan gaji.
C - Sangat rajin lebih-lebih lagi dekat nak raya, sebab nak bonus, dan lebih rajin lagi jika di hadapan majikan, lain pula jika di belakang majikan.
Antara 3 ini tentulah A yang lebih baik. Dia menunaikan hak dan tanggungjawab sebab dia tahu itu tanggungjawabnya.
Samalah juga jika orang beramal kerana Allah, dia takut renggang dengan Allah. Dia tak fikir apa yang Allah akan bagi kepadanya. Dia hanya tahu bahawa tanggungjawabnya ialah melakukan ibadah kerana Allah.

***AIR MATA TAKUT KAN ALLAH SWT DAPAT PADAMKAN API NERAKA***
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
Berdasarkan hadis di atas 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penyesalan :
1. Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.
2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.
3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.
Huraiannya :
Pertama : Mata yang dipejamkan dari segala yang haram.
Terlalu banyak maksiat dilakukan oleh manusia melalui mata. Mata ini akan menjadi saksi di hari akhirat nanti kerana manusia menyalahgunakan nikmat mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan melihat perkara yang haram. Dosa-dosa yang dilakukan oleh mata adalah seperti berikut :
1. mengekori aurat wanita/ lelaki.
2. melihat gambar/ dvd/ internet lucah.
3. menggunakan ilmu sihir melalui mata dan membaca mentera-mentera sihir untuk melakukan sihir kepada orang lain.
4. menulis, mengarang dan mencari bahan-bahan fitnah dan menyebarkan fitnah tersebut kepada orang lain.
5. mengintip rahsia dan mengambil gambar dan mendedahkan keaiban seseorang.
Apabila seseorang menggunakan matanya untuk melakukan apa saja perkara maksiat , sebenarnya matanya telah melakukan dosa. Tetapi apabila mata digunakan untuk solat, membaca al-Quran, menulis dan mengarang ilmu yang bermanfaat, melihat alam ciptaan Allah dan merasai keagungan-Nya dan perkara-perkara yang bermanfaat yang lain maka Allah S.W.T. akan mengurniakan pahala dan mata ini nanti akan merasai gembira di hari akhirat.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kedua : Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.
Jihad dijalan Allah adalah sebaik-baik amalan dilakukan semata-mata untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah. Tanpa jihad dan pengorbanan Islam tidak mampu ditegakkan dan dihayati dalam kehidupan bermasyarakat. Jika seseorang mati ketika berjihad mempertahankan daulah Islam, mempertahankan negaraIslam daripada diceroboh oleh orang kafir atau penyebaran dakwah Islam disekat oleh musuh Islam maka mati tersebut adalah mati syahid. Mati yang mulia dan akan dimasukkan oleh Allah S.W.T kedalam syurga tanpa hisab.
Mata yang berjaga malam ketika berjihad dijalan Allah S.W.T. untuk menjaga kepentingan Islam daripada diserang musuh adalah mata yang dirahmati Allah S.W.T. di hari akhirat nanti mata ini tidak akan menangis kesedihan. Mata yang mulia ini akan memberitahu Allah S.W.T. bahawa dia digunakan untuk mencari reda-Nya semasa di dunia dahulu.
Dalam realiti kita sekarang ini kita juga boleh qiyaskan bahawa kita berjaga malam untuk mengawal kawasan progrem-progrem dakwah, tarbiah, motivasi, muqayam, tamrin dan rehlah dikawasan hutan atau tepi pantai adalah dikira sama dengan mengawal semasa jihad fisabilillah. Jihad untuk memberi kesedaran dan kefahaman ilmu Islam adalah juga dikira sebagai kerja-kerja jihad dijalan Allah S.W.T.
Ketiga : Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.
Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w. yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendak."
Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?"
Baginda S.A.W menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Bahawa tidak akan masuk Neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Di dalam kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seseorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka, maka salah satu daripada rambut-rambut matanya pun berkata : "Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka, dengan berkata sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail a.s. mengumumkan : "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut"
Dalam sebuah kitab Bidayatul- Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan di datangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat di seru kepada buku amalannya (di katakan padanya). Pada hari ini kamu di balas menurut apa-apa yang telah di kerjakan"
(Surah Al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengarkan kegeramannya api neraka dengan nyalaan apinya, dan di terangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat di dengar sejauh 500 tahun perjalanan.
Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga para Nabi-nabi dengan ucapan :
"Diriku, diriku" (selamatkan diriku ya Allah), hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata : "Umatku, umatku," baginda ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa itu akan keluarlah api Neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat-umat Nabi Muhammad S.A.W. berusaha menghalanginya dengan berkata : "Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat. Demi hak orang-orang yang ahli bersedekah. Demi hak orang-orang yang kyusuk. Dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali !
Walaupun dikatakan demikian api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata : Sesungguhnya api neraka itu menuju pada umat Muhammad S.A.W."
Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W. meraihnya, dan berkata Jibrail a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah padanya."
Lalu baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail a.s. :
"Wahai Jibrail! air apa itu?"
Maka berkata Jibrail, "Itulah air mata-air mata orang derhaka yang terdiri dari umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya padamu agar engkau menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T. "
Telah bersabda Rasulullah S.W.T. yang bermaksud : "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemukannya air mata."
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita kita beramal soleh dengan mengikhlaskan hati kita kepada Allah S.W.T. Gunakanlah semua pancaindera kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.
Tanda kita bersyukur dengan nikmat kaki, tangan, hidung, mulut, telinga dan mata yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. maka kita gunakan pancaindera ini untuk mentaati-Nya. Nikmat mata kurniaan Allah S.W.T. adalah satu kurniaan yang besar, jika mata melihat yang halal dan mata menangis mengalirkan air mata kerana takutkan-Nya maka air mata ini akan dapat memadapkan kemarakkan api neraka. Salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy adalah seorang yang berdoa seorang diri menitiskan air mata penyesalan dan bertaubat kepada Allah S.W.T.

Subscribe to:
Posts (Atom)