Wednesday, July 11, 2012

RENUNG-RENUNGKAN. *_*


  1. R E N U N G-RENUNGK A N:

    1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

    2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

    3) Badminton ----- Golf ----

    4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

    ... 5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

    6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

    7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

    8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

    9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
    laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

    ..... T E T A P I...

    KITA JUGA LUPA....
    SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
    KITA....

    DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
    ADALAH
    PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

    SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
    KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

    Umpamanya:

    1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

    2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

    3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

    4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

    5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

    6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

    7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
    khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

    8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

    Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
    improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
    AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

    Contohnya:

    Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

    Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

    gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
    pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
    jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
    BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

    Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
    yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
    kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

    dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
    kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

    ......infiniti. ......

    Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

    3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
    kehendak mereka.

    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
    dan tidak di langit sampai hari kiamat.

    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
    misik..

    7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
    diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

    Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

    'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
    pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

    1. Orang-orang yang mati syahid.

    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

    3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

    Sekian untuk ingatan kita bersama.

    Wassalam.





    P/S - ‎'Allah'..jawapan untuk segala kesulitan........bersabarla hati berjalan di dunia ye shbt2 smua...sbr... teruskn mncari ilmu (tahu) ttg alam dn hikmah dari-Nya... setiap kesulitan insyaAllah diiringi kesenangan.. sbrlah untuk hati TERAKHIR.......sbr lah untuk sampai ke garisan PENAMAT....ALLAH...SUBHAANALLAH.....teruskan perjuangan..ingatlah bukan kita pemula pjuangan dan bukan kita yang akan mengakhirinya...kita hanya mata rantai pjuangan Baginda....sunnah ini 'dirangkul' kemas kerana jiwa-jiwa kita rindukan janji dan syurga Ilahi..kerana mulianya insan pilihan Allah itu andai matinya adalah mati syahid... hidupnya bagai hidup seorang ulama'.. dan amalannya itu adalah amalan orang yang ikhlas.. Allah.. (walaupun xdpt buat banyak..tapi janganlah kt tinggalkn smuanya...)

KEHADIRANMU KU NANTIKAN. ^_^


  • KEHADIRANMU KU NANTI...

    Ku mengharapkan Ramadhan

    Kali ini penuh makna
    Agar dapat kulalui
    Dengan sempurna

    Selangkah demi selangkah

    Setahun sudah pun berlalu
    Masa yang pantas berlalu
    Hingga tak terasa ku berada


    Di bulan Ramadhan semula
    Puasa satu amalan

    Sebagaimana yang diperintah
    NyaMoga dapat ku lenturkan
    Nafsu yang selalu membelenggu diri
    Tiada henti-henti

    Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

    Tuhan pimpinlah daku yang lemah
    Mengharungi segalanya dengan sabarKita memohon pada 
    Tuhan diberikan kekuatanKu merayu pada Tuhan diterima amalan

    Selangkah demi selangkah…

    Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
    Ku tempuh jua...

    "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183
    Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan


    1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

    2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
    3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

    Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.


    Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..1433H