DARIPADA Aisyah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.” (Surah Al-Waaqiah, ayat 77-80)
Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran perlu dititikberatkan kerana melalui al-Quran Allah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mencapai keredaan dan keselamatan. Dan kerana al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran seperti sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi)
Kebaikan membaca al-Quran amat banyak antaranya, bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah menghafalnya.
Orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca al-Quran.
Ibnu Abbas menceritakan Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.
Monday, July 25, 2011
*** Wanita Banyak Berjasa Kepada Rasulullah ***
Oleh Amran Zakaria
Sejarah buktikan kelembutan semula jadi tak halang serikandi Islam tabur bakti
ISLAM tidak sesekali bersikap diskriminasi antara gender dengan melebihkan dan mengurangkan peranan yang lain walaupun ada pihak menafikan sumbangan wanita dalam sejarah kebangkitan Islam sejak zaman Rasulullah SAW.
Ada beranggapan wanita hanya layak tinggal di rumah bagi menguruskan rumah tangga dan melayan suami saja. Mereka tidak dibenarkan menjenguk keluar dari jendela kehidupan. Alasannya mudah, Islam tidak menggalakkan mereka berbuat begitu demi memelihara kedudukan wanita.
Golongan wanita dijaga dengan baik oleh agama. Islam sama sekali tidak membenarkan sebarang penghinaan dilakukan terhadap mereka sama ada bertujuan menghina atau menzalimi mereka. Islam menuntut supaya wanita dilindungi, diberi pendidikan sehingga menguruskan perkahwinannya.
Daripada Abu Said Al-Khudri, Baginda Nabi bersabda yang bermaksud: "Jika seseorang membesarkan tiga anak perempuan, mendidik mereka, mengahwinkan mereka dan berbuat baik terhadap mereka, dia akan masuk syurga." (Hadis riwayat Abu Daud)
Yusuf al-Qardhawi, ulama dan tokoh pemikir Islam yang terkemuka, telah menulis mengenai kedudukan wanita dalam Islam dengan menyebut, Islam menghormati wanita, mengiktiraf keinsanan serta keupayaannya memikul tuntutan agama, tanggungjawab, kesaksamaan hukuman dan peluang memasuki syurga.
Sebenarnya sifat kehalusan, kelembutan dan ketajaman perasaan mereka amat bernilai dan tiada tandingannya hingga ke akhir zaman dengan mengambil contoh peranan dimainkan oleh Ummu Salamah.
Ummu Salamah dibawa Nabi saat perjanjian Hudaibiyah dibuat. Banyak sahabat tidak berpuas hati dengan perjanjian yang mereka rasa berat sebelah dan merugikan umat Islam. Namun Baginda tetap melaksanakan perjanjian itu.
Melihat maklum balas sahabat, Rasulullah SAW berasa susah hati. Baginda menemui Ummu Salamah dan memberitahu sikap sahabat yang tidak mahu mencukur rambut dan kembali ke Madinah. Maka jawab Ummu Salamah, masalah itu boleh diatasi dengan mencadangkan Baginda Rasul memulakannya.
Ummu Salamah yakin dan percaya sahabat Baginda yang lain akan mencontohi Nabi. Benar sekali, sahabat mencontohi Baginda Nabi dengan mencukur kepalanya lalu balik semula ke Madinah. Allah mengurniakan kelebihan terhadap wanita iaitu ketajaman firasatnya.
Peranan dan sumbangan Siti Khadijah sebagai isteri dan wanita pertama juga tiada bandingannya hingga ke hari ini. Sebagai orang pertama menerima Islam, secara langsung menjadi teras kekuatan semangat kepada Rasulullah SAW.
Siti Khadijah berperanan besar di sebalik kejayaan Rasulullah SAW menyebarkan Islam kepada puak Quraisy. Sebagai seorang isteri yang patuh dan setia, Siti Khadijah sentiasa di sisi Nabi dalam membantu Baginda hingga ke akhir hayatnya.
Begitu juga dengan Barakah binti Tsa’labah bin Amru bin Hishan bin Malik bin Salmah bin Amru bin Nu’man al-Habasyiyah yang kemudian dikenali sebagai Ummu Aiman, wanita sentiasa bersama Nabi sejak dilahirkan hingga Baginda wafat.
Jasa Ummu Aiman sangat besar kepada Baginda. Wanita inilah yang menjadi pengasuh Nabi dan sangat rapat dengan Baginda. Tidak harian Baginda menyebut Ummu Aiman sebagai ibu kedua setelah ibu kandung Baginda, Aminah binti Wahab.
Walaupun Islam tidak menyamakan antara lelaki dan perempuan namun Islam tetap menghormati wanita dan mengangkatnya kedudukannya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain." (Surah Ali-Imran, ayat 195)
Sejarah merakamkan pembabitan wanita dalam melaksanakan tanggung jawab kebajikan, khidmat sewaktu perang, membantu keluarga serta perkhidmatan lain yang bersesuaian dengan imej dan keterampilan wanita Islam itu sendiri.
Pembabitan wanita pada zaman Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang menolak tanggapan bahawa wanita Muslim tidak perlu terbabit dengan aktiviti luar melainkan untuk tetap dan setia bersama keluarga sepenuh masa. Saidina Ali berkata: "Dada orang berakal itu adalah peti rahsianya."

Subscribe to:
Posts (Atom)