Wednesday, November 23, 2011

‎10 Nasihat Penyejuk Hati...




1-Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya.
Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat.
Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan.
...
2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka.
Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.

3-Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa.
Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempunan daripada Allah SWT untuk anda.
Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.

4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT, Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.

5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada menusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.

6- Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala ketinggian, tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah tamar yang manis kepada anda.

7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu,?
Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan kecewa ?

8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.

9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti anda.

10- Mandi dari segala kekotoran,berwuduk, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah.

SAHABAT SAMPAI SYURGA


SAHABAT SAMPAI SYURGA

ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ

♥ Jika bersahabat kerana Allah, jagalah keaibannya dan jangan merendahkan dirinya. Jika bersahabat kerana Allah, nasihatilah dia dan bersedia menerima nasihatnya. Jika bersahabat kerana Allah, maafkanlah dirinya. Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah kelemahan dan sikapnya, seperti dia bersedia m...enerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.”

♥ Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaiban mu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari..."

ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ ~ ℒℴνℯ

Kita hanya mengetahui dan merasakan sesuatu pada saat ia berlaku.. Tapi ALLAH terlebih dahulu mengetahui apa yang perlu dan harus berlaku.. Seiring dengan kehebatan NYA yang tidak akan mampu ditandingi.. Maka redhalah dan relalah dengan apa yang telah diaturkan ALLAH.. Walaupun pada hakikat hati kita ia sepahit dan sepedihnya.. Tapi ALLAH tahu akan kemampuan stiap hambaNya dalam menerima ujian-uji...anNya.

Hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah AlMulk : Ayat 2)

iktibar kita bersama

Allah SWT berfirman yg bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(QS. At Tahrim : 6)

Mari kita sama2 renungkan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah SAW semasa dalam perjalan Isra’ Mi’raj sebagai iktibar kita bersama.

Golongan perempuan yang diseksa dalam neraka “Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa N...abi s.a.w. bersabda :

“Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang surya akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya.”
(H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : Saya bersama-sama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra'kan ke langit, aku melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.”

Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Baginda bersabda:

1. Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak.

2. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya serta tangan terikat kebelakang dan Qathan (air yang menggelegak) dicurahkan/dituangkan ke dlm halkumnya.

3. Aku lihat perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.

4. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya diikat, tangannya ke arah ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

5. Aku lihat perempuan memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.

6. Aku lihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka.

7. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

8. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi kedalam peti yang diperbuat daripada neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta.

9. Aku lihat perempuan kepalanya seperti babi, badannya seperti keldai, beribu-ribu kesengsaraan yg dirasainya.

10. Aku lihat perempuan rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya atau kemulutnya dan keluar di duburnya, malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka.

Fatimah berdiri dan bertanya kepada ayahnya. "Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda apakah kesalahan yang dilakukan perempuan-perempuan itu?

Rasulullah SAW menjawab:

Fatimah,
1. Adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah, perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya.


‎2. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahkan untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : “Perempuan yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata akan memb...uat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya.”

3. Adapun perempuan yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

5. Adapun perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.

6. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain.

7. Perempuan diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah ubun-ubun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang, juga tidak mahu mandi janabah.

8. Perempuan yang kepalanya itu seperti kepala babi dan badannya berupa keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.

9. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda : empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan baginda menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga adalah :
1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak sedia berkahwin kerana khuatir anak-anaknya akan sia-sia (terlantar).

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka adalah :

1. Perempuan yang buruk (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
Mereka adalah wanita-wanita yang hobi menampakkan perhiasan mereka, padahal Allah SWT telah melarang hal ini dalam firman-Nya yg bermaksud :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.”
(QS. An Nur : 31)

4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, Rasul dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu berkata : “Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu”. Baginda berkata : “Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan sholatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan solatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di masjidku”. (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di masjid)

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya”.
Diceritakan dari Aisyah r.a. : “Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid”. Maka Rasulullah S.A.W. bersabda : “Wahai suami laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid”.

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda : “Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka.”
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud :

“Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya.”

Isteri tidak wajib taat perintah dan arahan suami, apabila perintah dan arahan itu bertentangan dengan hukum Allah S.W.T.

Imam Al-Ghazali menegaskan : “Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat.”