Sunday, April 10, 2011

*** TALKIN DIRI DAN INGAT AKAN MATI TU PASTI***

Kubur Rindukan Anak Adam Yang Soleh



Sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong.

Lalu baginda bersabda yang bermaksud :

"Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian."





"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, 'aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing."





"Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya, 'marhaban wa ahlan' (ucapan selamat datang), kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, lihatlah apa aku akan lakukan kepada kamu."





Sambung Nabi, "Maka kubur pun menjadi luas sejauh pandangan matanya dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke Syurga.."





"Dan apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir, maka kubur berkata kepadanya, 'la marhaban wa la ahlan' (yakni tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya).' Engkaulah antara mereka yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini. Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu."





Sabda Nabi s.a.w yang maksudnya, "Maka kubur pun sedikit demi sedikit mula menghimpit tubuhnya hingga bertemu rapatlah segala tulang belulangnya."





Rasulullah mengepal jari-jarinya lalu menyambung, " Dihantarkan kepadanya tujuh puluh ular besar lagi berbisa, jika seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi ini, nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apa pun. Selama mana baki dunia ini, maka selama itulah dia akan dibelit dan dipagut ular-ular itu hinggalah tiba hari perhitungan (Yaumul Hisab)."





Nabi s.a.w bersabda lagi maksudnya :

"Kubur itu samaada sebuah taman Syurga ataupun sebuah lubuk api Neraka."

(Hadis Riwayat Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

*** KEMANISAN IMAN ***

Jika disebut manis akan dikaitkan dengan penyakit. Begitu jugalah untuk mendapat kemanisan Iman memang ramai yang sakit. [Al-Iman]

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji dan syukur hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib, penghulu dan penutup segala Utusan Allah. Juga ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya, dan para pejuang Sunnah baginda s.a.w. sehingga ke hari kiamat.

Manisnya gula membawa penyakit. Manisnya iman menjadikan orang sakit. Mengapa sedemikian? Bagi membuang penyakit, mesti merasai sakit terlebih dahulu. Seperti sakitnya memakan ubat atau merawat luka. Begitu juga dengan iman. Untuk mencapai rasa manisnya iman, kita mesti melalui 'fasa sakit' itu dahulu.

Bagi buaya darat (maafkan saya kerana terpaksa pakai istilah ini) yang hendak pulang ke pangkal jalan, sudah tentu akan mengalami kesukaran dalam memberhentikan tabiatnya. Tentu sakit untuk menundukkan pandangan. Namun percayalah manfaat besar bagi mereka yang mengikut panduan agama. Dalam sebuah hadith Qudsi, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya pandangan mata (yang diharamkan) merupakan panahan beracun daripada panahan Iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya kerana takut kepada-Ku, akan Aku tukarkan (pandangan) dengan iman yang dapat dirasai kemanisannya dalam hati" (Hadith Riwayat Tabrani dan al-Hakim).

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda seperti yang diriwayatkan daripada Abi Umaimah r.a yang bermaksud:

"Tidaklah orang Islam itu apabila dia memandang pada kehormatan wanita kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan diberikan oleh Allah S.W.T. suatu ibadah yang terdapat padanya kemanisan (iman) dalam hatinya."

Manusia perlu mengorbankan kesukaan nafsunya seperti suka berfoya-foya, leka dengan cerita-cerita rekaan Barat dan Timur, hanyut dengan permainan video atau laman-laman sosial. Demi meraih kemanisan iman. Ketahuilah, kemanisan iman tiada taranya jika dibandingkan dengan kenikmatan dunia yang bersifat sementara. Antara kemanisan iman adalah terasa hanyut dan sebak mendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Rasa khusyuk dalam beribadah sehingga menitiskan air mata. MasyaAllah... Semoga kemanisan iman diperoleh kita semua. Amin.

*** SEBAGAI HAMBA***

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkan tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat.


Hari ini tentang عۡبُدُ ('abdun atau hamba) seperti dalam iyyaaka tidak iyyaahu. Perkataan ini maknanya pelbagai:

Kuat/ kukuh seperti besi sehingga dalam bahasa 'Arab bermaksud yang lebar lagi pendekpun disebut 'abdun sebab kuat. Jika panjang tetapi kecil benda tu (mungkin) dah tak kuat.

Ada makna yang berlawanan daripada kuat iaitu lembut.

Tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan aroma harumpun disebut 'abdun.

Jadi jika dirangkaikan kesemua makna di atas iaitu kuat, kukuh, lembut, aroma wangi ini boleh memberi maksud bahawa seorang HAMBA itu mestilah kuat, sentiasa mahu membuat apa sahaja yang disuruh dengan lemah lembut/ ikhlas dan hasil perbuatannya pula mengeluarkan aroma wangi.



Menurut seorang ahlul bait iaitu al-Imam Jaafar as-ssadiq, menyatakan bahawasanya seseorang itu layak disebut hamba Allah apabila memenuhi TIGA SYARAT:



1) TIDAK menganggap segala sesuatu yang ada pada dirinya sebagai hak miliknya (kesannya bila apa-apa sahaja yang ada pada dirinya diambil semula dia tidak berasa kehilangan). Hamba perlu sabar, qanaah dan syukur. Nabi bersabda: "Sebaik-baik kekayaan adalah kaya hati". Sebab bila hati dah terpaut dengan kekayaan, hati akan jadi mati.



Untuk mengubatinya kita kena hayati ayat yang selalu kita baca selepas solat supaya kita menyedari bahawa segala yang ada di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.



Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:284)



2) Segala usaha atau perbuatan hanya tertumpu kepada perintahNya. Maksudnya apa-apa sahaja yang ingin dilakukan kena tanya dulu kepada diri adakah perbuatan itu sesuai dengan perintah Allah atau adakah itu larangan Allah. Jika sesuai dengan perintah Allah teruskanlah tetapi sekiranya tidak sesuai jangan teruskan. Ini selari dengan ayat:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)


3) Tidak memastikan sesuatu perbuatan untuk dilaksanakan melainkan dengan mengaitkannya dengan keizinan Allah (Umpanya kita kata 'esok nak bangun awal, esok nak pergi rumah si polan,). Jangan pastikannya sebab manusia sebenaranya tak mampu buat apapun tanpa kehendak dan izinNya. Dengan memahami maksud insyaAllah, seseorang itu akan jadi hamba Allah yang patuh kerana menyedari la hawla wala quwwata illa billah.


Sebelum ini dalam مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ Maaliki yaumiddin dinyatakan bahawa Allah pemilik segala yang maujud, Allah pemilik dunia dan akhirat maknanya kita dah serahkan kepemilikan kepada Allah, bukankah hamba ini tidak ada hak memiliki? Hatta dirinya, serta untuk mengatur hidupnya pun dia tidak berhak. Jika hamba kepada manusia dia dijual beli, jika ingin berkahwin pun kena minta izin dan bila dah diizinkanpun dia kena minta kebenaran pula sekiranya ingin berpindah. Menjadi hamba kepada Allah lebihlah lagi, jadi apabila kita dah berserah kepada Allah apapun yang Allah buat kita tak boleh mempersoalkan. Jika memohon tak dapat janganlah susah hati atau merajuk. Kita tidak ada hak sedikitpun untuk menyoal sebaliknya kitalah yang akan disoal. (Al-Anbiyaa' [21] : 23). Sebagai hamba kita tak boleh soal tentang nikmat, tentang qadar dan qadha' Allah SWT, sebaliknya jika kita buat apa yang Allah larang kitalah yang akan dipertanggungjawabkan.


Jadi bila dah sedar semua ini, kita akan rasa kehadiran Allah SWT dan sedar betaPA kecil dan lemahnya kita di hadapan Allah SWT.


Dalam al-Quran didapati setelah pakar al-Quran membuat kajian ditemui ayat-ayat yang Allah panggil hambaKu, hamba kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah jika diberi kekuatan akan sambung kepada siapa Allah panggil hambaKu atau hamba yang dinisbahkan kepadaNya.. apa yang baik daripada Allah dan segala yang tidak baik daripada kelemahan diri ini.



"Ya Allah! Perlihatkan kepadaku (kami) yang benar itu benar dan berilah aku (kami) kemampuan supaya aku (kami) dapat mengikutinya. Ya Allah! Tunjukkan kepadaku (kami) yang batil itu batil dan berilah kekuatan bagiku (kami) menjauhinya".


Mudah2an memberi manfaat..amiin

*** Tips Kecantikkan cara Islam Dan Sesungguhannya Islam itu CANTIK ***

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

( surah al-Tin )

-Alhamdulillah-


so, cantik cantik di luar sana yang sedang membaca entri kurang cantik cik nurussalwa ni, percayalah bahawa anda semua cantik..


so, persoalannya disini.. adakah kita perlu melakukan sesuatu agar kita bertambah cantik? kosmetik? kostemik? kosmik? komik? opss, sorry termerapu pulak..


saya bukannye apa, saja je terfikir.. sedarkah kita catik-cantik sekalian yang kosmetik ni semua merosakkan :: NaTuRaL BeAuTy :: anugerah Allah pada kita?


korang, kosmetik tu semua propaganda je.. kalau korang tengok iklan, wah~ cantiknya model-model tu kan? trust me.. edit je semua tu..and kalau dulu ada rambut palsu, sekarang ada bulu mata palsu pulak.. palsu?? see~ dah tak asli dah tu..


Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari]
secara teorinya, orang perempuan atau wanita ni fitrahnya suka akan kecantikan.. betul? ketahuilah oleh kita.. fitrah kita yang satu ni telah diekspoitasi oleh orang-orang yang mencari keuntungan.


kita suka benda-benda cantik.. kalau jadi cantik lagilah kita suka..kan? tapi.. dengan kosmetik ni semua.. hilanglah :: NaTuRaL BeAuTy :: kita.. takut nanti ada yang sampai taksub sehingga mengubah ciptaanNYA..

fikir-fikirkanlah..

nak cantik tak salah..



"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan suka akan kecantikan"

api kenalah berpada-pada.. jangan sampai menarik perhatian.. dan jangan berlebih-lebihan.

~Tips Kecantikan Dalam Islam, cubalah.....

• Bedakkanlah wajah anda dengan air wuduk nescaya akan bercahaya diakhirat
• Oleskan lipstick kejujuran pada bibir anda. Anda akan kelihatan lebih jelita
• Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang hanya berada di salun keimanan kerana malu adalah sebahagian daripada iman
• Lakarkan mata anda dengan celak yang menghindari diri anda daripada pandangan kemaksiatan kerana mata adalah permulaan segala perkara.
• Rawatilah rambut anda dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur daripada pandangan lelaki yang merberhayakan
• Sebaik-baiknya kalunglah diri anda dengan kalung kesuciaan. Ia akan sentiasa bercahaya
• Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari anda dengan cincin ukhuwah
• Pakailah sabun istigafar yang menghapuskan segala dosa dan kesalahan yang dilakukan
• Hiasilah kuku anda dengan inai semulajadi ciptaan allah swt
• Peliharalah anggota badan anda dengan fabric keanggunan islam. Sesungguhnya orang yang menutup aurat itu terhindar daripada fitnah
• Sarunglah kaki anda dengan sepatu yang sesuai supaya mudah untuk kejalan yang diredhai allah swt
• Terangilah hati anda dengan ayat suci al-quran. Nescaya hilang bintik-bintik hitam yang mengaburi nurani anda
• Amalkan tips yang diberikan dan kita akan kelihatan cantik disisi allah, sesungguhnya wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

.. selamat mencantikkan diri ye cantik-cantik sekalian.. "_"