Thursday, May 21, 2015

RENUNGAN YANG BERGELAR AYAH



UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.

ANDAI SUAMI TAHU DAN PARA KAUM ADAM.

ANDAI SUAMI TAHU...BETAPA SAYANGNYA ISTERI KEPADA MEREKA...
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
✔ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
✔ ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
* Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Tuesday, May 19, 2015

AMALAN HARIAN YANG SEPATUTNYA KITA BUAT

Dari : Ustaz Dato Ismail Kamus.
Amalan harian yg sepatutnya kita buat:
1. Bangun malam 
(sekitar jam 3 pg)
- mandi dn ambil wuduk.
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat
(minta Allah swt makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta)
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfr 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. tasbih 40x
11. Solat sunat fajar
12. Solat subuh.
13. Baca Yaasiin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
16.Solat Asar
-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
-solat sunat selepas
18. Solat Isya'
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur
baca :
- Al-Quran
- Surah Al-Mulk
- Surah Sajjadah
- Surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Di dunia bukan tempat utk berehat, tetapi tempat utk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]
*jika tak dapat buat semua, lakukanlah yg termampu sebaiknya.
sebarkan..
Kita pakat2 buat amal..
Insyaa Allah.

Tuesday, May 12, 2015

SIAPAKAH?

Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

Monday, May 11, 2015

TADAHKAN TANGAN ANDA KE LANGIT, BERDOALAH DAN YAKINLAH

"TADAHKAN TANGAN ANDA KE LANGIT, BERDOALAH DAN YAKINLAH"
Silakan semak beberapa pertanyaan berikut yang mesti dijawab agar pemahaman kita akan doa menjadi jelas: Adakah di antara kita yang tidak mempunyai masalah sama sekali? Adakah di antara kita yang kehidupannya teratur dengan sempurna? Adakah di antara kita yang selamanya santai penuh sepanjang hidupnya? Adakah di antara kita yang tidak memiliki harapan-harapan besar yang sulit diraih? Adakah di antara kita yang merasa tenang dan yakin bahawa dosa-dosa tidak akan membuatkan dia memasuki ke neraka? Adakah di antara kita yang sama sekali tidak memerlukan Allah SWT?
Kita semua memiliki terlalu banyak tuntutan. Baik dari segi harta, pasangan, pekerjaan, pelajaran, anak-anak, dan sebagainya. Setiap kita juga mengharapkan keredhaan, petunjuk dan kurnia dari Allah. Setiap kita juga mempunyai beragam persoalan yang ingin diselesaikan.
Sekian banyak masalah dan persoalan yang diberikan kepada kita ini, agar kita kembali kepada Allah; seolah-olah segala keinginan dan cita-cita kita ini ditunda, agar kita sentiasa mengadah kepada Allah SWT; dan seolah-olah ampunan Allah SWT tidak boleh diketahui, apakah telah diberikan atau belum, agar kedua tangan kita tetap rajin mengadah ke langit.
Apabila kita mampu untuk mengadah tangan, mengarahkan pandangan, dan meggerakkan kedua bibir kita kepada Rabb penguasa alam. Pada saat itu berbahagialah kita, kerana hati kita telah bergantung kepada selain kita. Tujuan dari ibadah doa ini adalah untuk kita selalu mengadah ke atas memohon kepada Allah, dan agar kita memiliki keyakinan kuat bahawa Allah SWT akan mengabulkan permintaan kita bila kita berdoa kepada-Nya. Ke mana lagi tempat untuk kita berdoa jika bukan Allah?
Sedarlah wahai hati, dan segeralah berdoa kepada Allah. Pintalah kepada-Nya dan ajarkanlah tanganmu menengadah! Ayuh, gunalah kesempatan yang masih ada ini untuk kita merendahkan diri kita dan berdoa kepada Allah pada saat ini juga. Masihkah kita tidak percaya bahawa Allah akan memberi dan mengabulkan doa anda? Tidakkah kita percaya bahawa kurnia Allah amat luas tidak terbatas? Maka jawablah, “Aku percaya!”
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada yang lebih mulia di sisi Allah selain doa.” [HR At-Tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad].
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu Maha Malu dan Maha Pemurah, Allah malu jika ada seseorang yang menadahkan kedua tangan kepada-Nya, tapi kemudian menolaknya dengan tangan hampa” [HR Abu Daud, At-Tirmidhi, dan Ibn Majah]
Masya-Allah! Ubahlah garis kehidupan anda dengan menjadikan doa sebagai teras. Berbual-lah dengan Allah selalu. Ingat! Allah malu untuk tidak mengabulkan doa hambanya.
"Tadahlah tangan anda ke langit. Berdoalah. Dan yakinlah."

Saturday, May 9, 2015

DARI FUAD FUAD LATIP

Dari Dr Fuad Latip.
MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.
Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.
1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.
2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.
3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.
4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.
5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.
6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.
7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya
Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.
8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)
Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.
9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.
10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.
11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.
12. Bangunlah dgn perlahan, dengan h
ormat dlm setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdk memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.
13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita
mengharapkan redha Allah semata2.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sgt memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tdk
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tdk tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lbh berserah kita padaNya.
****
Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tdk pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hga sekrg. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah
sentiasa menunggu2 waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2..t itu sering ditunggu.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Thursday, May 7, 2015

PROPERTY UNTUK DIMILIKI

Tawaran property utk memilikinya:-
PERUMAHAN EKSKLUSIF "FIRDAUS RESIDENCY". HUNIAN INDAH, NYAMAN, AMAN, DAMAI LAGI BERKAH.
🏤
Tersedia 4 JENIS KEDIAMAN UNTUK DIREBUT :
1. Jannatun Na'i'm
2. Jannatul Ma'wa
3. Jannatul Firdaus
4. Jannatun 'Adn
(Semua Type Ready Stock)
FASILITI & LANDSKAP :
-Sungai susu Salsabila
-Danau indah Kautsar
-Pasif income bg semua penghuni
-View Tak Terbatas
-Akses Masuk 8 Pintu
-Taman Main Anak2 Sholeh/Shalihah
-Taman Jutaan Hektar dgn buah, Nikmat & Siap utk dinikmati dll.
-Bonus Bidadari & Bidadara
-Hak milik Selama2nya (Abadi)
SYARAT TEMPAHAN :
1. Taubat & Kembali kpd Jln-Nya.
2. Berpegang Teguh Agama-Nya.
3. Melaksanakan Syari'at-Nya.
4. Rezeki yang Halal & Thoyib.
DEPOSIT :
-100% Sholat Fardu & Sunat
- 2,5% Sisihkan harta utk Zakat,
- 100% Rajin bersedekah & Infaq,
- 100% Sempatkan wkt utk membaca Alquran, Menuntut Ilmu
- Usaha Beramal sholeh
- Penghubung Silaturahim
- Mendoakan ke-2 Org tua
- Berdakwah
- Jauh diri dari maksiat & khurafat.
Waktu sangat terbatas !
Stock Penghuni Tak Terbatas!
Di jamin dlm Al-Quran !
Alamat :
Usaha Solat Tahajud disetiap malam.
Alamat Kunjungi kami:
Masjid2, Musholla,Pondok Madrasah, Majlis 'ilmu, Majlis Dzikir.
Inilah sebaik2 tempat tinggal. Tempah skrg juga, tua atau muda, miskin atau kaya layak memohon.
Mari kita sama2 rebut peluang ini sebelum terlambat....Tawaran property utk memilikinya:-
PERUMAHAN EKSKLUSIF "FIRDAUS RESIDENCY". HUNIAN INDAH, NYAMAN, AMAN, DAMAI LAGI BERKAH.
🏤
Tersedia 4 JENIS KEDIAMAN UNTUK DIREBUT :
1. Jannatun Na'i'm
2. Jannatul Ma'wa
3. Jannatul Firdaus
4. Jannatun 'Adn
(Semua Type Ready Stock)
FASILITI & LANDSKAP :
-Sungai susu Salsabila
-Danau indah Kautsar
-Pasif income bg semua penghuni
-View Tak Terbatas
-Akses Masuk 8 Pintu
-Taman Main Anak2 Sholeh/Shalihah
-Taman Jutaan Hektar dgn buah, Nikmat & Siap utk dinikmati dll.
-Bonus Bidadari & Bidadara
-Hak milik Selama2nya (Abadi)
SYARAT TEMPAHAN :
1. Taubat & Kembali kpd Jln-Nya.
2. Berpegang Teguh Agama-Nya.
3. Melaksanakan Syari'at-Nya.
4. Rezeki yang Halal & Thoyib.
DEPOSIT :
-100% Sholat Fardu & Sunat
- 2,5% Sisihkan harta utk Zakat,
- 100% Rajin bersedekah & Infaq,
- 100% Sempatkan wkt utk membaca Alquran, Menuntut Ilmu
- Usaha Beramal sholeh
- Penghubung Silaturahim
- Mendoakan ke-2 Org tua
- Berdakwah
- Jauh diri dari maksiat & khurafat.
Waktu sangat terbatas !
Stock Penghuni Tak Terbatas!
Di jamin dlm Al-Quran !
Alamat :
Usaha Solat Tahajud disetiap malam.
Alamat Kunjungi kami:
Masjid2, Musholla,Pondok Madrasah, Majlis 'ilmu, Majlis Dzikir.
Inilah sebaik2 tempat tinggal. Tempah skrg juga, tua atau muda, miskin atau kaya layak memohon.
Mari kita sama2 rebut peluang ini sebelum terlambat....

Share : From My Friend hawa.