Friday, October 14, 2011

~ BIODATA IBLIS ~


BIODATA IBLIS

Nama: Iblis Laknatullah
Tarikh Lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah SWT
Status: Fasiq kelas pertama(first class)
Agama: Kafir
Tempat Tinggal: Di dalam hati manusia yang lalai
Kawasan Jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah SWT
Tempat tinggal: Neraka Jahanam Hobi: Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran: Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai: Homoseksual dan Lesbian
Hiburan: 18 SX

Status Perniagaan

Modal perniagaan: Angan-angan yang kuat
Pesaing yang paling hebat: Umat Islam
Moto :"HIPOKRASI ASAS AKHLAK"
Kelemahan: Istighfar
Kroni: Golongan MUNAFIK
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat-tempat kotor lagi menjijikkan
Gaji: Dosa

~ Hargailah Makhluk Bernama Lelaki ~


Hargailah Makhluk Bnama LELAKI

Steruk Mana Perangai mrk Ini

dr Tulang Rusuk Mereka kita Di Lahirkn

Ditakdirkan kita Utk M'lengkapkn

Jgnlah P'mainkan Hati Mereka

Ibarat kita Melukakan Diri Sendiri

Jika kita Mendendami mrk ini

Bagai kita Membenci Diri Sendiri

Wlpun mrk X Ssempurna Yg kita Impikn

Wlpun mrk X Sebaik Yg kita Harapkn

Wpun mrk X Skacak Yg kita Inginkn

Hargailah Insan yg B'nama LELAKI

Klu X Krn ADAM Ini

Tidaklah Wujud Insan B'nama HAWA Di Muka Bumi

الله Jadikan Mereka pelengkap HAWA ! ♥

tetapi...jangan lah lelaki mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita.....

kerana wanita diciptakan dari rusuk lelaki......bukan dari kaki untuk dialasi,ditindas@ditengking.......bukan jua dari kepala untuk disanjung..tp dekat dibahu untuk DILINDUNG,dan dekat jua di HATI untuk diKASIHI... =)..

MAKA KITA(MUSLIMIN DAN MUSLIMAT) SALING MEMERLUKAN......JAGA IKHTILAT SESAMA KITA......

JANGAN PANDANG2,JANGAN PEGANG2,DUDUK RENGGANG2,HAI B'TAMBAH SYG,BIAR MALU2,BIAR SEGAN2,KERNA MALU ITU PERISAI ORANG BERIMAN.... :) ..



~ Setiap Wanita itu CANTIK dan MULIA ~



:
Allah s.w.t. berfirman:

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

""Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

""Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

""Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

""Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

"" Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

""Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.



Kecantikan lelaki dan wanita Islam


Kecantikan lelaki dan wanita Islam

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

~~Kenali Wanita~~



~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.





WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah



** Audra Air ... Audra mudah menangis ye ke??? .. hehe

*** Amalan Islam dan kesihatan ***




Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wallahualam..
Sama2lah kita mengamalkannya.......
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

~ TIPS PERKAHWINAN ~


TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengsia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.




** sEKADAR KONGSI SESUATU YANG BAIK KEPADA SEMUA ... :) UNTUK DIRI AUDRA JUGA.. :( INSYA ALLAH .

~ CANTIKNYA WANITA ~





.:: Cantiknya Wanita ::.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan semula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir mekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan di mata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi di bawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya seorang wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang akidah solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana.

Sesungguhnya hakikat sebenarnya adalah kecantikan itu tiada yang kekal. Betapa dijaga sekalipun dan diperlihara, bila tiba masanya kulit akan berkedut, bibir akan kecut dan wajah itu akan suram dan sayu. Benarlah tidak ada yang kekal kerana segala-galanya akan di mamah usia ditelan masa. Dan hanya satu yang tidak akan dimakan usia dan sentiasa kekal selama-lamanya iaitu sopan santun dan budi bahasa. Dengan keayuan yang berseri apabila bertudung dan sopan menutup auratnya, itulah kecantikan asli seorang wanita yang sebenar-benarnya. Begitulah istimewanya wanita.

“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.” (HR. Ahmad)
credit:
~Nurmujahidah Solehah~

*** UJIAN ALLAH ***




Hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana – mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita.
Sesungguhnya hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat – amat membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat.
Hidup didunia bak bola diatas padang, seperti tayar basikal yang bulat. Hari ini kita seronok dan kita selesa kerana berada diatas, TETAPI jangan alpa dan bongkak! Satu hari nanti, kita akan kembali berada dibawah jika tidak dapat hendak me...njaga segala – galanya yang kita telah peroleh sekarang.Berfikirlah sepuluh kali sebelum kita melakukan sesuatu itu dan andai mendapat jawapannya renungkan sejenak andai ia baik bagi kita fikirkan adakah ia baik buat generasi selepas kita.........jangan kita pentingkan diri kerana hidup kita terlalu singkat....fikirkan generasi kita nanti.................


Nukilan dari Seorang Hamba Allah dan Sahabat Audra - Face Hawa ... :)