Thursday, December 1, 2011
PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA
PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA
1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Nota dari penyusun :
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumah tangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allahlah akan datang. Rumah tangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat di tempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Di samping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan di mana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah SWT Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan contohnya masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dan sebagainya.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat seperti menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumah tangga kita (Insya Allah Audra juga jika Allah temukan dgn hamba Allah) secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah SWT akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat Islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah. Waallahu'alam.
... BERDZIKIR DAPAT MELAPANGKAN HATI ...
... BERDZIKIR DAPAT MELAPANGKAN HATI ...
Bismillahir-Rahmanir-Rahim ... Memang sifat ikhlas adalah yang dicintai ALLAH, tetapi tidak ada perbuatan yang dapat menjadikan hati lebih lapang dan berdampak pada pahala yang lebih besar melebihi perbuatan dzikir kepada ALLAH.
Ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-...Ku. (QS. Al-Baqarah [2]: 152)
Berdzikir kepada ALLAH merupakan surganya dunia. Barangsiapa yang tidak memasuki surga dunia itu, maka dia tidak akan masuk ke dalam surga akhirat. Dzikir dapat menyelamatkan jiwa dari berbagai musibah, beban dan bahaya yang mengancamnya. Bahkan, dzikir juga dapat dijadikan jalan yang mudah dan ringkas untuk memperoleh kebahagiaan dan kemenangan.
Berdzikir kepada ALLAH dapat menghilangkan awan ketakutan, kegelisahan, kegundahan dan kesedihan. Berdzikir juga dapat mengusir berbagai bencana, musibah dan putus asa yang memuncak.
Jadi tidak heran jika orang-orang yang berdzikir itu merasa tenang, karena memang itulah manfaat asal dari berdzikir. Namun yang lebih mengherankan lagi adalah bagaimana orang-orang yang lupa berdzikir kepada ALLAH dapat hidup?
(Berhala-berhala itu) benda mati tidak hidup, dan berhala-berhala tidak mengetahui bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan. (QS. An-Nahl [16]: 21)
Wahai orang-orang yang mengadu karena tidak bisa tidur. Wahai orang-orang yang menangis karena rasa sakit yang tak terkira. Wahai orang yang terkejut karena melihat kejadian yang mencengangkan sehingga menimbulkan kegelisahan (karena takut akan menimpa dirinya). Marilah bersama-sama kita kumandangkan nama-Nya yang suci. Marilah bersama-sama kita agungkan Dzat yang Maha Tinggi lagi Maha Luhur.
Dengan banyak berdzikir, jiwa Anda akan lapang, hati akan merasa tenang, diri pun akan merasa bahagia dan hati nurani pun akan merasa nyaman. Sebab dalam dzikir itu terkandung makna tawakkal dan percaya kepada-Nya. Berdzikir juga berarti menganggap-Nya sebagai tempat kembali. Dalam dzikir juga terkandung arti husnuzhon (persangkaan yang baik) kepada-Nya. ALLAH adalah Dzat yang Maha Dekat untuk dimintai pertolongan.
Dia juga Dzat yang Maha Mendengar jika dipanggil, Maha Memberi jika dimintai sesuatu. Karena itu rendahkanlah diri Anda di hadapan-Nya, tundukkan wajah Anda dan khusyuklah dalam berdo’a kepada-Nya. Ucapkan nama-Nya yang baik (Asmaul Husna) secara terus menerus dan berulang-ulang dengan penuh pengharapan, pujian dan permohonan untuk dikabulkan. Dengan begitu, Anda akan menemukan perasaan bahagia, aman, tenang dan indah.
Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. (QS. Ali-’Imran [3]: 148)
=====Oleh : ‘Aidh Al-Qarni======
#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
Berkata Benarlah Kerana Allah
TIADALAH manfaat bagi manusia yang takut untuk berkata benar hanya kerana bimbang akan terlepas nikmat dunia yang fana ini (yakni tidak kekal), yang dijanjikan oleh makhluk tertentu dengan sembahan-sembahan selain Allah.
Mereka mengambil TUHAN-TUHAN seperti berhala dan juga makhluk, maupun manusia yang diketahui kekuasaan mereka di bumi sebagai pemberi manfaat palsu buat mereka di atas dunia yang... sementara ini. Maka, merugilah mereka kerana tidak berkata benar tatkala mereka sebenarnya berilmu.
Mereka jelas nyata 'terpedaya' dengan imbuhan dunia yang 'haram' melalui jalan memperdaya sistem kewangan yang dikuasai mereka, 'kononnya' dengan memiliki harta 'haram' itulah maka mereka dipandang mulia oleh manusia lain. MALANGNYA, di sisi Allah, mereka yang berbuat aniaya itu pasti akan di azab di akhirat kelak.
Firman Allah surah AZ ZUMAR:AYAT 43 & 44:
(43) Bahkan mereka mengambil pemberi manfaat selain Allah. Katakanlah: "Dan apakah (kamu mengambilnya juga sebagai sembahan atau pemberi manfaat) meskipun mereka itu (sebenarnya) tidak memiliki sesuatu apa pun dan tidak pula berakal?."
(44) Katakanlah: "Hanya kepunyaan Allah-lah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. Kemudian, kepada-Nya lah kamu akan dikembalikan".
NIKMAT MAKSIAT AKAN HILANG TETAPI DOSANYA BERKEKALAN.
ORANG YANG MELAKUKAN DOSA akan RESAH kerana sentiasa diburu rasa bersalah, bukan sahaja kepada Allah tetapi kepada DIRI SENDIRI. Ingatlah...NIKMAT MAKSIAT AKAN HILANG TETAPI DOSANYA BERKEKALAN.
dosa dan maksiat tidak boleh dipandang ringan kerana setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan daripada Allah Subhanahu Wata’ala sama ada di dunia atau di akhirat. Dan ingatlah bahawa balasan dan kesan daripada dosa itu... boleh saja Allah Subhanahu Wata’ala timpakan bila-bila masa dan tanpa kita sedari.
Adapun di antara kesan-kesan akibat dari perilaku dosa dan maksiat itu ialah,
Pertama : Menggelapkan hati kerana kegelapan dan kekerasan hati membuat manusia itu semakin jauh dari kebenaran dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Oleh itu hati perlu dijaga dan digilap selalu dengan zikir dan melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala serta menjauhi larangan-Nya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
“Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin jika ia melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam”. (Riwayat Imam Ibnu Majah).
Kesan yang kedua pula ialah terhalang dari mendapat rezeki. Perkara ini telah disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, maksudnya :
“Dari Sayuba ia berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Tiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Dan tiada suatu yang dapat menolak takdir kecuali doa. Dan sesungguhnya seorang itu diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya”.
Adapun kesan yang ketiga pula ialah hawa nafsu akan menguasai diri. Bila hawa nafsu telah menguasai diri manusia, sudah setentunya mereka tidak akan dapat menilai tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Mereka juga akan terus hanyut dibuai keseronokan yang akhirnya membawa padah yang buruk dan mendapat kemurkaan daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Jaatsiyah, ayat 23 tafsirnya :
“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu wahai Muhammad terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya : Tuhan yang dipatuhinya dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah menjadikan dia berkeadaan demikian? Oleh itu, mengapa kamu wahai orang-orang yang ingkar tidak mahu beringat dan berinsaf?”.
Kesan yang keempat pula ialah mendapat azab dari Allah Subhanahu Wata’ala. Setiap pelaku dosa atau maksiat perlu menyedari bahawa dosa dan maksiat yang dilakukan akan mendapat kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Asy Syuura ayat 30, tafsirnya :
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu”.
Dari kesan-kesan dosa dan maksiat yang dijelaskan tadi, apakah tidak timbul kesedaran di dalam diri kita untuk menginsafi segala perbuatan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Apa yang penting ialah kita hendaklah sentiasa muhasabah diri, bertaubat, berdoa dan seterusnya berazam untuk kembali ke jalan yang benar dan lurus serta diredai Allah Subhanahu Wata’ala. Semoga dengan demikian, Allah Subhanahu Wata’ala Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang akan sentiasa melimpahkan rahmat dan belas kasihan-Nya kepada kita semua sehingga dengannya kita dapat hidup aman bahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah An Nuur, ayat 31 tafsirnya :
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya”.
Nasi Ayam Sarawak.
Bahan-bahan ( 4 org )
BAHAN NASI
500 gram beras (basuh dan toskan)
1 inci halia (mayang halus)
2 ulas bawang putih (mayang halus)
2 ulas bawang merah (mayang halus)
2 cawan santan pekat
1/2 cawan stock ayam maggi
Garam, gula dan MSG secukup rasa
Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi
3 sudu besar marjerin
2 helai daun pandan (simpulkan)
BAHAN AYAM
1 ekor ayam (potong 8)
4 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
2 ketul kiub ayam maggi
2 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (mayang)
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos cili
Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya
BAHAN ACAR
1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
1 batang lobak merah ( potong lidi)
2 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1/2 inci halia (mayang)
1/2 cawan gula
1/4 cawan cuka
Garam secukup rasa
BAHAN SOS
1 cawan sos cili
2 ulas bawang putih (cincang)
1/2 inci halia (mayang halus)
1/2 cawan air
Gula secukup rasa
BAHAN KICAP
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan kicap masin
1/2 cawan air
5 biji cili padi (belah 2)
Cara-cara
NASI
Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.
AYAM
Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi. NOTE : air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam.
Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.
ACAR
Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat. NOTE : Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.
SOS
Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.
KICAP
Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.
Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.
selamat menjamu selera buat seisi keluarga hehehe,.... Makanan kegemaran ni hehe...
ASAM PEDAS yummmmy
ASAM PEDAS :
( 3org makan)
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh)
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
2.masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
3.masukkan garam dan gula, biar hingga masak.
Hidangkan dan selamat menjamu selera.
Audra nak Masak utk juadah buka puasa nnt Insya Allah ... :)
Azam kita
Apakah keinginan dan azam kita setiap hari?
1) Mahu menjadi baik...
2) Mahu menjadi soleh dan solehah...
3) Mahu menjadi lebih baik dari semalam...
4) Mahu mencari amalan untuk saham akhirat...
5) Mahu hidup penuh keberkatan
6) Mahu mencapai segala keinginan dengan Redha Allah...
7) Mahu jadikan setiap amalan baik dapat menebus dosa2 kita...
MAKA...
Firman Allah, maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(al-Ankabut: 45)
Kepentingan Menjaga Solat
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”
Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
(Riwayat at-Tirmidzi)
Insyaallah...Aamiin
Subscribe to:
Posts (Atom)