Wednesday, December 7, 2011
YAKIN DGN ALLAH
Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan...Yakin pada ALLAH adalah meletakkan KEREDHAAN pada KETENTUANNYA,rasa BAHAGIA dengan UJIAN walaupun PERIT,di situ AIR MATA yang MENITIS terasa BERNILAI buat MENYIRAM API NERAKA...Indahnya TARBIAH ALLAH,tersirat RAHMAT & HIKMAH...Diuji kita sebagai tanda SAYANGNYA...BAHAGIANYA kekasih ALLAH dihadiahi UJIAN yang amat HEBAT sebagai tanda ...KASIHNYA...Begitulah rupanya BERKASIH dengan ALLAH...Tidak akan dibiarkan TERLENA dalam KENIKMATAN yang melimpah tapi DILINDUNGI dengan UJIAN & CUBAAN yang tidak berkesudahan...Panjatkan KESYUKURAN kerana itu tHanda SAYANG ALLAH kepada HAMBANYA...ALLAH maha tahu apa yang terbaik bagi hambaNYA... "YA ALLAH,sentuhkanlah HATI hambaMu ini,saat dia jauh dariMu,peluklah HATINYA..saat dia mencintai sesiapa lebih dariMu,peliharalah IMANNYA selalu,jadikan dia hamba yang banyak BERDOA,BERISTIGHFAR DAN MENANGIS di hadapanMu agar diberi KEKUATAN DAN KESABARAN kerana setiap sesuatu datang dariMu.." Semoga ALLAH memberikanmu PELANGI untuk setiap HUJAN,SENYUMAN untuk setiap TANGISAN,RAHMAT untuk setiap CUBAAN,KEKUATAN untuk setiap DUGAAN & MAKBUL untuk setiap DOA..♥
Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya
Kesakitan
Kesakitan itu mengajar erti kesabaran,
Kesakitan itu mengajar erti ketenangan,
Kesakitan itu mengajar erti kemaafan,
Kesakitan itu adalah guru pada yang mahu memahamkan,
Juga kesakitan itu MENGINGATKAN,
Kita ini HANYA seorang INSAN,
Yang pastinya punya banyak KELEMAHAN.. .
Hidup bukan untuk merintih sedih berpanjangan
Hidup bukan untuk mengeluh sepanjang jalan
Hidup bukan untuk mencari salah silap teman-teman
Hidup bukan untuk bersangkaburuk dengan tuhan
Hidup bukan untuk menyalahkan takdir dan ketentuan
Hidup adalah untuk berbakti , untuk memberi, untuk mensyukuri
Hidup adalah untuk taat Perintah Allah dan ikut Sunnah Rasulullah s.a.w......
Ya akhi wa ukhti fillah,
Ya akhi wa ukhti fillah,
Tunjukkan selalu cinta mu pada saudara mu, berikan senyum terindah, jabat erat tangannya, peluk dengan penuh cinta bagaikan cintanya seorang ibunda kepada ananda serta katakan, "Inniy uhibbuka fillahi ta'ala, aku mencintai mu kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala," dan balas cinta saudara mu dengan senyum bahagia, jabat tangan erat, raih pelukannya seraya mengatakan, "Uhibbukal ladzi ahbabtani lahuu, aku mencintai mu sebagaimana engkau mencintai ku kerana-Nya."
Kejernihan wajahmu, sempurna bagai intan permata, di sanjung serta di hormati, bagai seorang permaisuri, kesederhanaanmu, lebih dari segala kekayaan dunia, ketakwaan dirimu, itu yang membelenggu hatinya, diammu, bagai emas bertaburan dalam setiap senyumnya.
Ya ALLAH…
... Dijalanmu kami berjalan, wanita sholehah sebagai tujuan
Memperbaiki diri sampai menemukan tambatan
Rencanakan dari semua perencanaan yang akan Engkau berikan
Dalam sujud kami selalu memohon ampunan
Untaian doa kami mengucap syukur yang tak dapat kami ungkapkan..
Dalam shalatku kami memohon keteladanan..
Ya ALLAH..
Semoga Hamba & para Wanita yang lainnya
Dapat Menjadi seorang Wanita Sholehah
Yang Dipagari dengan duri yang Tak Mudah Dipetik
Dan Kami selalu dapat mempercantik Akhlak Kami
Serta Menjaga Aurat Kami dg Baik
Aamiin Allahumma Aamiin Yaa Robbal'Alamiin.
BERCINTA DALAM ISLAM :-
1.) Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.) Menghormati maruah dan harga diri m...asing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.) Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.) Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
ANTARA SETH DAN NORA ELENA
ANTARA SETH DAN NORA ELENA
Seth : Hai awak.. maaf sebab lambat.. Nora Elena : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa? Seth : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun.. Nora Elena : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau.. Seth : Awak... Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita… Nora Elena : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak.. Seth : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni? Nora Elena : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin.. Seth : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas.. Nora Elena : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..
Seth : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak. Nora Elena : Hmmm.. Yelaa... Seth : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni.. Nora Elena : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti.. Seth : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke? Nora Elena : Ermmm....
Seth : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni? Nora Elena : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot.. Seth : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je. Nora Elena : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok! Seth : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye? Nora Elena : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!
Seth : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah. Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.
Nora Elena : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy! Seth : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya.. Saya sayangkan awak, tapi.. Nora Elena : Tak payah nak tipu! (Nora terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Seth pada dirinya…) Seth : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…
Nora Elena : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Nora mula menitis di pipinya..) Seth : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini. Nora Elena : Saya sayang sangat kat awak.. (Nora mula mengesat air matanya…) Seth : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita… Nora Elena : Awak... Tak kesian kat saya ke? Seth : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum...
(Seth melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Nora yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Seth akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT)... Sekadar renungan kita bersama. Moga Allah berikan kita kekuatan dalam menghadapi pelbagai dugaan dan ujian darinya dgn penuh KESABARAN+KEYAKINAN+KETABAHAN+KEKUATAN dalam hati kita.Moga Allah pertemukan kita dgn sape yg DIA telah tentukan utk kita di LAUH MAHFUZ lagi Amin . Mohon doakan Audra juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)