Tuesday, April 3, 2012

Nabi Muhammad Memuji 7 Orang VIP Sekaligus.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم

Peristiwa dan pengetahuan am tentang sejarah sahabat2 Nabi Muhammmad s.a.w. Nabi Muhammad Memuji 7 Orang VIP Sekaligus Anas bin Malik melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata, "Orang yang paling penyayang kepada umatku adalah Abu Bakar. Orang yang paling tegas dalam urusan Allah adalah Umar. Orang yang paling jujur sifat malunya adalah Uthman. Orang yang paling tahu berkenaan halal dan haram adal...ah Mu'az bin Jabal. Orang yang paling tahu berkenaan ilmu faraid adalah Zaid bin Thabit. Orang yang paling tahu bacaan al-Quran adalah Ubay bin Ka'ab, dan setiap umat ada seorang yang amanah, orang yang amanah bagi umat ini adalah Abu 'Ubaidah al-Jarrah." - Hadith ini direkodkan dalam buku Sunan At-Tirmizi dan buku Musnad Imam Ahmad. Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan cara bagaimana Nabi Muhammad memuji 7 orang VIP (very important persons) serentak. Mereka adalah orang-orang yang memainkan peranan penting dalam sejarah perkembangan Islam: i. Abu Bakar - Orang yang paling penyayang kepada umatku. ii. Umar - Orang yang paling tegas dalam urusan Allah. iii. Uthman - Orang yang paling jujur sifat malunya. iv. Mu'az bin Jabal - Orang yang paling tahu berkenaan halal dan haram. v. Zaid bin Thabit - Orang yang paling tahu berkenaan ilmu faraid. vi. Ubay bin Ka'ab - Orang yang paling tahu bacaan al-Quran. vii. Abu 'Ubaidah al-Jarrah - Orang yang amanah Individu-individu yang sangat cemerlang agamanya, imannya dan prestasinya tetap berhak diberi pujian secara terbuka oleh ketua mereka. Pujian diberikan sama ada ke atas kelebihan pada sifat mereka, mahupun ke atas pencapaian mereka. Daripada tujuh orang yang dipuji itu, 4 orang dipuji atas sifat dan peribadi mereka, manakala 3 orang lagi dipuji atas pencapaian ilmu mereka: i. Abu Bakar - Sifat penyayang. Ciri peribadi. Bukan akademik ii. Umar - Sifat tegas. Ciri peribadi. Bukan akademik iii. Uthman - Sifat pemalu. Ciri peribadi. Bukan akademik iv. Mu'az bin Jabal - Tahu halal haram. Penguasaan ilmu. Akademik v. Zaid bin Thabit - Tahu faraid. Penguasaan ilmu. Akademik vi. Ubay bin Ka'ab - Tahu bacaan Quran. Penguasaan ilmu. Akademik vii. Abu 'Ubaidah al-Jarrah - Sifat amanah. Ciri peribadi. Bukan akademik Tiga orang yang dipuji atas prestasi akademik mereka adalah (a) Mu'az bin Jabal, (b) Zaid bin Thabit dan (c) Ubay bin Ka'ab. Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad menerangkan satu kelebihan sahaja bagi setiap orang yang dipuji