Saturday, April 11, 2015

ALLAH BAGI SMART PHONE

Allah bagi smart phone.
Tapi kita kufur.
Mudah-mudahan Allah memaafkan kita kerana;
● Kita lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah.
● Kita lebih banyak pegang phone daripada pegang tasbih.
● Kita lebih banyak lihat phone dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak-anak.
● Kita lebih banyak baca messages dari membaca Al-Quran.
● Kita lebih suka menelefon dari bertemu bersilaturrahmi.
Kata orang alim,
● Jika phone tersebut menyebabkan kita lalai hingga apabila Bilal azan kita masih dengan phone hingga kita tidak memperdulikan seruan tadi.
● Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan guru.
● Hingga kita tergamak melewatkan solat kerananya.
● Hingga kita kurang berzikrullah kerananya.
● Hingga Al-Quran tidak lagi kita pandang dan baca kerana asyik dengannya.
● Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk menjauhkan kita dari Tuhan.
● Kerana ia telah menjadi salah satu alat supaya kita lal
ai dari Tuhan.
● Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaan kita pada Tuhan.
Realitinya begitulah. Lepas solat, selesai salam, tangan terus raba cari phone, padahal tak ada perkara penting pun. Lupa nak zikrullah. Lupa nak istighfar.
Biarlah dengan phone canggih-canggih ni menambah ketaatan kita kepada Allah, bukan mengheret kita lalai kepadaNya. Gunakan ia sebagai ibadah untuk lebih taqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah.
Maafkanlah kami ya Rabb.