Friday, October 21, 2011
~ MALAIKAT TIDAK MASUK KE RUMAH ~
22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda....
1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.
2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
...
3-Rumah yang memelihara anjing.
4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6- Rumah yang sering meninggikan suara.
7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.
8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13- Rumah pemakan riba,intres.
14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15- Rumah yang memiliki patung-patung.
16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17- Rumah yang didiami peminum arak.
18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
~ 11 GOLONGAN AHLI NERAKA ~
11 GOLONGAN AHLI NERAKA
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
...
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Kita renungkan .... :)
Ramai insan punya pandangan,
Perlu bercinta untuk kenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta berbunga,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian terbina.
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada TA'ARUF dalam tempoh merisik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram, bukan berdua-duaan,
Ta'aruf itulah pengukur keserasian.
Cuma erti 'taaruf' dan 'serasi' telah disalah ertikan oleh insan,
Islam mengajar taaruf yang punya sempadan,
Agar terjaga dan terpelihara dari kemaksiatan,
Bukan ta'aruf melalui bercinta sakan!
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta Ar-Rahman menjana kebahagiaan,
Kerna itulah,batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.
YA ALLAH
maafkanlah aku Ya Allah....
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. kuatkan la jiwa ini
walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku atau yg bakal menimpa aku kelak
aku tahu Engkau masih sayangkan diriku ini..
... Ya Allah Kau Ampunkan la Dosa-dosa hambamu ini..
Sesungguhnya aku insan yg hina, yang buruk itu sbnrnya dari hambamu ini sendiri dan yg baik itu adalah dari Mu Ya Allah...
Tabahkan lah hatiku yg terkdang hampir tewas dengan ujianmu ini....
aku bermohon padaMu Ya Allah..
Ya Allah Ya Tuhan ku... JIka benar dia adalah untuk diriku, dekatkan lah hati nya dengan hatiku... agar hati ini bersatu untuk menjalani kehidupan yg kau peruntukan buat kami dibumi Mu ini...
namun jika dia bukan untuk ku... aku bermohon kepadamu dengan kesungguhan yg lahir dari hati ini , kau jahuilah dia dariku jika engkau tidak memperuntukan dirinya buat diriku kerana aku sedaya upaya cuba untuk mengelak kan diri ini agar terus melalui saat2 yg sukar dan dipenuhi dengan kelukaan..
Kau tetapkan lah Iman kami Ya Allah... amin amin amin..
~ PERNAHKAH ?..~
Pernahkah perasaan cinta itu hadir tanpa kamu dapat menolaknya?
Soalan ini ialah untuk kita membaca akan mengapa terjadi, bila, dan bolehkan kita terus memilikinya ia supaya menjadi kenyataan yang hakiki?
Bila kita tahu kita mencintai seseorang?
Merasai dan menjiwai akan suatu rasa yang amat-amat tersendiri.
...
Pernahkah dalam diri manusia sering kita mahu tahu akan hadir cinta itu?
Kadang kala cinta itu hadir tanpa kita tahu akan bila ianya hadir, kita samada telah terlewat untuknya atau kita hanya mampu meratap akan hilangnya.
Pernahkah kita merasakan, dalam kejauhan kita sebenarnya amat-amat menyintai seseorang insan?
Pernah rasa mahu dunia tahu kita amat-amat menyintainya dalam irama ombak yang sangat halus dan dalam. Tetapi kita tidak mampu untuk bersuara, tidak mampu meluahkan dan rasa diri amat tersisih bagaikan melukut di tepi gantang?
Kadang kala sebagai manusia kita sering merasakan betapa diri kita amat miskin akan cinta. Mengapa orang lain amat disayangi dan boleh dimiliki tetapi tidak akan kita? Pernahkah kamu merasakan itu?
Kadang kala...kita hanya memandang dari jauh dan berkata-kata dalam diri: Alangkah indahnya hidup sekiranya anugerah ini kamu dapat aku miliki.
Dalam samar malam menjelang apabila kita mendengar irama suara gemersik perlahan sambil menyanyikan lagu hampa dan tidak kesampaian... kita akan menangis dan jiwa terbuai akan rendahnya darjat cinta kita dalam kehidupan. Rasa ingin di dakap pada suatu pengakhiran rindu dan dahi dikucup dan dibisikkan akan syukur yang satu. Pernahkah kamu merasakan itu?
Pernahkan kamu apabila memandang wajah sayu cinta bisu kamu, membaca catatan diari penuh ranjau dan duri, melihat akan bulan terang disuluh mentari, membaca akan semua karya pemilik sajak dan puisi, memandang akan luasnya akan huluran lukisan seni... kamu mahu berkata padanya, dialah pemilik semua mimpi.
Kalau benar ianya debarkan kamu, kamu harus akur pada suara yang satu... sebenarnya dalam diam kamu amat cinta akan jasad itu.
Kamu akan menangis, tangisan dalam hati. Kerana kamu tidak mahu siapa tahu apa dalam hatimu, kerana sesungguhnya kamu pernah rasa akan kehadiran cinta itu.
~ KALAU LAGI ??? ~
Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...
... Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...
Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...
Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...
Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!
Kenape nak beza2kan antara yg si cantik dengan si kurang cantik..cinta kaum adam ni tulin ker???
* Adakalanya ada betulnya juga yg pernah berlaku... MAsya Allah ... Cintailah dia Kerana Allah bukan kerana apa yg ada dgnnya . Apa yg ada dgnnya tu adalah bersifat sementara sahaja dalam dunia yg kekal adalah agamanya yg ada dalam dirinya... :) .... Semoga Allah berikan kepada Audra sorg hamba yg terima audra seadanya kerana Allah ... :) AMin .. Hanya Allah yg tahu .. Sekadar renungan kita dan peringatan kepada diri audra dan juga Sahabat2 yg lain .. :)
~ Kalau Ingin ~
Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita. Benarkah, Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah ??? Benarkah berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil???
DOA
“Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu”
“Mengingati Allah s.w.t merupakan sumber ketenangan, taman syurgaNya semasa di dunia lagi.Sesiapa yang gagal memasukinya akan gagal juga untuk memasukinya di akhirat kelak.Mengingati Allah mampu menjadikan hati itu selamat dari kegelisahannya dan keluh kesah.Cubalah mengingati Allah, untuk memperolehi penawar bagi problem hati”.
~ Bersangka Baik ~
Bersangka Baik
Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
... Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.See More
Subscribe to:
Posts (Atom)