Wanita ialah makhluk ciptaan Allah
dengan segala keistimewaan. Diberi kelebihan dari segi lahiriah dan batiniah.
Diberi sembilan emosi yang dapat diseimbangkan dalam menjalani kehidupan
seharian. Allah meletakkan martabat wanita di tempat yang tinggi kerana
kelebihan yang ada padanya. Allah meletakkan juga syarat yang perlu diikuti
kerana wanita merupakan fitnah terbesar. Seorang wanita yang mentaati Allah,
Rasul, suami dan menjaga auratnya maka syurgalah tempatnya. Di antara larangan
bagi wanita ialah:
1- Rasulullah SAW melaknat wanita yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan buku kening.- Hadis
Riwayat Abu Daud Fi Fathul Baari.
2- Memakai gelang kaki berloceng- Dan
janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. -Petikan dari Surah An-Nur ayat
31.
* menampakkan kaki dan melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
terutamanya kepada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama seperti pelacur di
zaman Jahiliyah.
3- Memakai wangi-wangian- Wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada
zinanya.
4- Melabuhkan tudung. Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan
kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. Surah An-Nur ayat
31.
5- Gigi. Rasulullah SAW melaknat wanita yang mengikir gigi atau
meminta supaya dikikirkan giginya- Petikan dari hadis riwayat
At-Thabrani.*Dilaknat wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah.-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
6-
Muka dan leher- Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasanmu seperti orang Jahiliyah yang dahulu (bersolek) dan
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahiliyah.
7- Muka dan tangan. Asma binti Abu Bakar telah menemui
Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja".- Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
8- Tangan. "Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak
halal baginya".-Hadis riwayat at-Thabrani dan Baihaqi.
9- Mata. "Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pandangannya".- Surah an-Nur: 31.* Nabi Muhammad SAW menyatakan dalam
sebuah hadis :"Jangan sampai pandangan yang satu menjadi pandangan lainnya. Kamu
hanya boleh pandang yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan, hukumnya haram". - Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud. dan
Turmudzi.
10- Suara. "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik". - Surah al-Ahzaab
ayat 32.* Sabda Baginda lagi : " Sesungguhnya akan ada umatku yang minum
arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilahirkan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi". Hadis riwayat Ibnu Majah.
11- Kemaluan. " Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka". - Surah An-Nur:
31.*Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah- Hadis
riwayat Turmudzi, Abu Daud, dan Ibnu Majah.
12- Pakaian. Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah
akan memberinya pakaian kehinaan di akhirat nanti". - Hadis riwayat Ahmad,
AN-Nasaii, dan Ibnu Majah.Surah Al-Ahzaab ayat 59 menghuraikan: " Hai
Nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.""Sesungguhnya sebilangan ahli
neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong
pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan
masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."- Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim.
13- Rambut. "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. .