Wednesday, November 9, 2011

Untukmu Adam dan Hawa







Untukmu Adam dan Hawa..

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawa...n,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.


MALAIKAT MAUT


BERAPA KALI MALAIKAT MAUT MEMERHATI ?... ..
WAHAI DIRI SEDARLAH..... INSAFLAH......

ALLAHU AKHBAR BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali... Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati...

Air Mata


Kadang-kadang, tanpa kita sedar.. kita melakukan dosa..mata yang memandang..telinga yang mendengar..lidah yang berkata..kaki yang melangkah..tangan yang memegang..sukar betul untuk menjaga nikmat –nikmat Allah ini..kerana itu..kita perlu sentiasa bermuhasabah diri akan dosa dan kesilapan kita..ambillah sedikit waktu..sebelum mata terlelap..untuk kita muhasabah diri kita semula..apakah dosa yang kita lakukan hari itu..dan berazamlah agar kita tidak mengulangi dosa itu lagi..setidak2nya andai malaikat maut mengambil nyawa kita tika itu..kita pergi dlm keadaan diri yang sempat menyesali dosa yang kita lakukan..bukankah kita biasa mendengar… mereka yang menangis kerana takutkan Allah..diharamkan dirinya masuk ke dalam neraka..

tapi,apa yang menyedihkan..air mata kita kadang kala lebih banyak menangisi hal dunia dari hal akhirat…apakah pernah kita meluang waktu menghitung dosa?banyak dari kita...lebih sibuk melihat dan mencari kesalahan orang lain dari memandang kesilapan diri..banyak dari kita hari ini begitu sibuk menghitung harta dan kekayaan dunia..dari menghitung dosa yang kita lakukan dalam sehari..dan lebih buruk dari itu.. bilamana kita tidak pernah ada rasa kesal terhadap dosa yang dilakukan..maka termasuklah kita dalam golongan yang rugi..

Aku Menyintaimu Kerana


Aku Menyintaimu Kerana..


(Rupa) - Kau Sentiasa BerWudhu & Berpaling Dari Kebendaan.

(Mata) - Kau Sentiasa Menunduk & Hanya Lihat Keagungan Ciptaan-Nya.

(Mulut) - Kau Sentiasa Diam Tersenyum & Bicara Mu Tentang Yang Makruf.

(Telinga) - Kau Setia Mendengar & Pekak Bila Mendengar Keburukan Seseorang.

(Tangan) - Kau Sentiasa Menadah Tangan Mendoakan Kebahagian Insan Tercinta.

(Kaki) - Kau Sentiasa Berjalan Ke Arah Keredhaan Allah Mencari Kebaikan.

(Badan) - Kau Menutup Segalanya & Hanya Pada Allah Kau Minta Pertolongan.

(Hati) - Kau Luhur Peribadi & Ikhlas Mencari Cinta Di Dalam Redha-Nya.

SEMOGA ENGKAU DI LINDUNGI ALLAH DALAM MAHABBAH & TAAT KEPADA-NYA.

KENA RAJIN SOLAT


.... ' saya tak kata saya nie Cantik ! Saya tak kisah orang kata saya nie Cantik ! ataupun Tak Cantik ! Ada Ana kisah !!!'..... HANYA TUHAN YANG TAHU

Tapi Ingat ! RAJIN SOLAT WAJAH CANTIK hidup berjaya, rezeki melimpah, anak-anak Cerdik !

'' Orang yang khusyuk solat juga hidupnya berjaya dan tidurnya nyenyak tanpa gangguan, 5 perkara merupakan khasiat solat dalam sabda Rasulullah yang bermaks...ud :

♥ ¤ '' Siapa tinggalkan solat Subuh tiadalah NUR di wajahnya, siapa tinggalkan solat Zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat, barang siapa tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan Badan ''..

♥ ¤ '' Siapa tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barang siapa tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak''.

♥ ¤ '' Rasulullah s.a.w bersabda : 'Apabila seseorang itu meninggal dunia,perkara pertama ditanya Allah mengenai SOLATNYA '.

♥ ¤ '' Jika solatnya Baik maka amalan lainnya juga turut sempurna, tetapi jika tidak bersolat dan rosak solatnya maka Allah tidak akan pandang pada amalannya yang lain ''.

♥ ¤ '' Sesiapa yang memelihara solat,nescaya solatnya menjadi NUR untuknya, ketandaan (IMAN) dan kelepasan (dari NERAKA) pada hari kiamat''

~~~ BERSOLAT LEBIH BAIK DARI SEGALA ISI DUNIA ~~~
Kita sering teruja melihat seseorang yg berpenampilan menarik dan mempunyai fizikal yg menawan. Tetapi fizikal yg menawan belum tentu menjamin kesempurnaan seseorang. Walaupun Allah menyatakan manusia adalah sebaik-baik kejadian tetapi yg menjadikan manusia lebih lengkap adalah hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa kamu, tidak kepad...a keturunan atau harta kekayaanmu. Sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yg memiliki hati yg suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak adam, bahawa orang yg dicintai Allah adalah orang yg paling bertakwa dalam kalangan kamu." (Hadis Riwayat Muslim & Tabrani)


Hati manusia bertindak sebagai raja, yg mengawal baik buruk, sejahtera atau sengsara, sihat dan sakit dan sebagainya. Sekiranya hati baik maka baiklah seluruh diri.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud "Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, bahawa itu adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hati mencerminkan keperibadian seseorang; agen penentu dan tapak iman tempat berkumpulnya segala sifat baik atau tercela manusia.
Maka disebabkan itu juga, Rasulullah s.a.w selalu berdoa, "Ya Allah, ya Tuhanku, yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas landasan agama-Mu"

REDHA


Redha itu sememangnya mudah untuk dilafazkan, namun bukan semudah ianya menjadi kenyataan, seandainya hati masih juga mengeluh, jiwa tetap juga gelisah dan resah. Untuk mencapai kebahagiaan jiwa, sebenarnya bukanlah dgn kedudukan dan harta atau kecantikan fizikal dan rupa mahupun kerana perkara dunia, namun ia wujud hasil dari sifat redhanya hati dan berlapang dadanya jiwa dalam menghadapi setiap ketentuanNya.

"..Didiklah hati untuk redha dan latihlah jiwa untuk berlapang dada serta bimbinglah minda untuk berfikiran terbuka, insyaAllah pasti bahagia itu dimiliki sentiasa.."


Selidiklah hatimu, periksalah jiwamu... Adakah dirimu sudah dihinggapi penyakit Al-Wahn iaitu CINTAKAN DUNIA dan TAKUTKAN MATI.. Sudah ramai yang berpenyakit ini, namun mereka tidak mengetahui...

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil untuk mendermakan harta di jalan Allah Ta'ala. Manakala "takut mati" pula bererti leka dgn kehidupan dan kesenangan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dgn diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah Ta'ala.

~ Mengapa ~


Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,

Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?

Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jatidirinya,
...
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?

Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,

Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?

Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,

Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?

Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,

Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?

Disaat ramainya manusia merobohkan agama,

Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?

Mengapa aku?

Aku banyak dosa...

Aku banyak maksiat...

Aku banyak ingkar...

Aku bukan orang yang layak!

Tapi mengapa aku dipilih?

Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?

Seingatku... aku tak pernah pun meminta...

Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?

Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik.

Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!

Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?

Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!
Tapi Tuhan... aku tak kuat!

Aku lemah...

Dikala ujian dariMu datang...
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.

Aku malu Allah..Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.

Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...

Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...

Tuhan, jawablah... mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?

Tuhan..
aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...
Tapi ketahuilah...Aku merayu...
Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...
Agar diriku, bisa mencintaiMu.

Terima kasih Tuhan...kerana memilih aku...Terima kasih Ya Rabbi.

KEMAAFAN.. SUATU KETENANGAN


KEMAAFAN.. SUATU KETENANGAN

Tanyalah diri sendiri..adakah kita benar benar
bahagia?! benar benar merasakan ketenangan?! jika benar, bersungguhkah?!!

...
tanyalah sama hati, bersungguhkah kita
mencintai..tanyalah pada jiwa, bersungguh
bertemu bahagia?!

tak perlu terlalu dihuraikan...

kita mampu membohongi semua...kecuali TIGA :

1. Tuhan
2. Hati kita
3. Hati mereka yg terlalu menyayangi kita sepenuh
jiwanya... (seorg ibu, ayah, adik bradik, teman baik,
juga seorang kekasih)

KEMAAFAN adalah umpama air dingin yang
menyejukkan hati yang 'kering'.memaafkan dan
dimaafkan adalah JAWAPAN bagi salah satu
KETENANGAN TERPENTING yang diperlukan.

bagaimana rasanya bila kita melalui hidup seharian
kita dengan rasa bersalah? tanpa dimaafkan? atas
satu, sedikit kesilapan? mampukah kita tenang,
wahai sahabatku?

bagaimana pula kita meneruskan hari kita dengan
penuh rasa amarah dengan tidak memaafkan
kesalahan insan lain terhadap kita? mampukah kita
juga dapat merasakan ketenangan, biarpun kita
punya kekayaan, ijazah, rupa dan apa jua yang
terhebat? tidak, sahabatku...hmm..

Ketenangan HANYA dapat dirasakan bilamana kita
telah dimaafkan, juga pabila kita telah memaafkan
insan lain.

Jikapun kita tidak mampu berjalan/menjalani hidup
kita di dunia dengan tenang, lalu bagaimakah kita
mampu berjalan masuk terus ke haluan syurga bila
saja ada yang tidak memaafkan dosa kita
kepadanya di masa hayatnya? lalu bagaimana?
tenangkah kita?

Kekayaan harta, rupa, status, ijazah atau apa jua
BELUM TENTU dapat membeli atau membayar
harga sebuah ketenangan.ketenangan datang dari
jiwa yang merendah diri, memaafkan insan lain,
dan dimaafkan..

" Ingatlah Allah, nescaya hati mu akan tenang.."

kerana di situ kita berisgtifar, memohon maaf dalam
mengingatiNya, merasakan betapa kecilnya diri kita
di sisiNya.yang tak pernah lepas dari kesunyian dan
melakukan kesilapan..

kita hanya manusia yang sunyi..dan kita tak akan
dan tak pernah pun termampu untuk membohongi
hati kita.

sebelum tidur, maafkanlah diri sendiri, seterusnya
memaafkan semua orang..lihat lah sama ada hati
dan tidur kalian akan tenang atau tidak..hanya
selepas kita memaafkan..juga bila dimaafkan.

Benar, kemaafan adalah DENDAM yang terindah,
sahabatku.sesuatu yang amat amat payah
diucapkan, dilakukan, namun itu jualah
KETENANGAN yang AMAT INDAH yang akan kita
terima, sebaik saja kita memaafkan, juga pabila
dimaafkan..

InsyaAllah..

NO MATTER WHAT


No matter what they tell us
No matter what they do
No matter what they teach us
What we believe is true

No matter what they call us
However they attack
No matter where they take us
We'll find our own way back

I can't deny what I believe
I can't be what I'm not
I know our love forever
I know, no matter what





* Hasil dari nukilan 2 sahabat audra ... ada cerita disebaliknya :) ..

J - I - K - A



Jika cintaku pada mu adalah cinta buta, tinggalkan aku dengan nada kecewa yang terdaya kau ucapkan.
Jika cintaku pada mu menyebabkan aku lebih jauh dari Allah, maka hinakan aku dengan hinaan yang paling hina yang terdaya kau lontarkan.
Jika cintaku pada mu tidak berkeupayaan membawamu ke arah yang lebih baik, maka tutuplah hati mu serapat mungkin untuk ku.
Jika cinta ku pada mu menghuru-harakan ...seluruh keluarga mu, maka jauhi lah aku dengan kadar segera.

Namun,

Jika cinta ku kerana pengabdianku pada Allah.
Jika cinta ku kerana ingin membawamu lebih mendekati Allah.
Jika cinta ku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai imam ku di dunia dan Syurga kelak.
Jangan kau palingkan wajah mu,
Jangan kau tutup hati mu,
Jangan kau tinggalkan diri ku,
Kerana walaupun cinta ku belum sempurna, namun hasrat menyempurnakan cinta bersama mu senantiasa ada.......