Wednesday, June 20, 2012

BULAN KELAHIRANKU ... ^_^ WELCOME SYA'BAN


  • Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

    Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-...bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

    Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

    Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


    *** 19 SYA'BAN KELAHIRANKU DI DUNIA. 

DOAKU LUAHAN HATIKU




  1. "Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

    Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.

    Ya Allah kurniakalah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari se...gala mara bahaya dan petaka.

    Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah , iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.

    Jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.

    Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, kabulkanlah doa kami”.

WAHAI MUJAHID!!!!!!


  1. Wahai Mujahid!!!

    Wahai Mujahid,
    Janganlah menghinakan dirimu dengan hubbuddunia-mu
    Janganlah melemahkan iman dengan kedha'ifan-mu
    Dan janganlah lari dari tanggung jawab dengan kesibukan dan
    kekhawatiran-mu

    Wahai Mujahid,
    Inilah Islam-mu yang akan menyelamatkanmu
    ... Inilah sumpahmu yang akan memeliharamu
    Inilah jihad sebagai qodrat jalan hidupmu
    Dan inilah da'wah sebagai amanah dan kesibukanmu

    Wahai Mujahid,
    Jika dirimu lemah, maka bukankah ada ALLAH, maka bermohonlah
    Jika dirimu susah, bukankah ada ikhwan, maka mintalah nasihat
    Jika terhambat, bukankah ada akal, renungkan, berfikir dan majulah
    Dan jika berhasil, bukankah perjalanan masih panjang, maka tingkatkanlah

    Wahai Mujahid,
    Jika ingin berbakti, maka beribadahlah
    Jika ingin ikhlas, maka bertauhidlah
    Jika ingin lurus, maka ikutilah Qur'an dan Sunnah
    Jika ingin bahagia, maka berserah-dirilah
    Jika ingin selamat, maka tepatilah sumpah
    Jika ingin terpelihara, maka ta'atlah
    Jika ingin berhasil, maka berjihadlah
    Jika ingin membersihkan diri, maka bertaubatlah
    Jika ingin bersih hati, maka berinfaqlah
    Jika ingin penyelesaian, maka bermusyawarahlah
    Dan jika ingin khusyu', maka ingatlah ALLAH dan kematian.

    MuHaSaBaH dIrI =) =) =)•*❤ CINTA ALLAH.

7 RAMUAN


  • Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

    Sahabat yang dirahmati Allah,
    Diceritakan pada suatu ketika yang lalu, terdapat seorang lelaki beriman yang soleh. Dia tidak disenangi oleh raja yang zalim kerana ketegasan dan keberaniannya menyuarakan kebenaran. Dia ditangkap dan disumbatkan dalam penjara dengan cara yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    Beberapa hari kemudian dia dilawati seorang pesuruh raja untuk meninjau keadaannya dalam penjara. Alangkah terkejutnya pesuruh tersebut apabila dia mendapati lelaki mukmin itu berada dalam keadaan tenang, riang dan gembira. Dia bertanya penuh kehairanan. Apakah rahsia kebahagiaannya sedangkan dia terkurung di dalam bilik sempit. Dikelilingnya dinding serta tembok yang sepi?

    Mukmin yang soleh pun menjawab :
    “Setiap hari aku mengambil ubat yang terdiri daripada tujuh ramuan. Ubat itulahyang menjadikan aku seperti yang awak lihat.”

    Pesuruh itu bertanya dengan penuh kehairanan ingin mengetahuinya. “Apakah ubat yang awak ambil dan apakah ramuannya?”

    Mukmin soleh itu pun menjawab :
    Ramuan Pertama : Aku yakin kepada Allah. Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa saja ketentuan Allah keatas diriku. Aku yakin apa yang ditentukan-Nya itu yang lebih baik untukku. Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik.

    Ramuan Kedua : Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana. Tiada siapa dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapan-Nya. Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya.

    Ramuan Ketiga: Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah.Kejayaan didalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik samaada di dunia dan akhirat. Dengan itu aku tidak di himpit kerisauan dan keluh kesah.

    Ramuan Keempat : Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedehan, kerisawan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena, makan tak selera dan ibadah tak bahagia.

    Ramuan Kelima : Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang. Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini Bukankah pepatah ada menyebut ‘sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya’.

    Ramuan Keenam : Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku. Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah s.a.w. berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami”

    Ramuan Ketujuh : Dan yang akhir, sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil.

    Firman Allah SWT. yang bermaksud “…Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia…” (Surah Ali- Imran ayat 140)

    Sahabat yang dikasihi,
    Demikian besarnya erti keyakinan kepada Allah SWT. Sesungguhnya apa yang dianggap oleh mukmin yang soleh itu merupakan menifestasi rahmat keyakinan yang dianugrahkan Allah kepadanya.

    Firman Allah SWT yang bermaksud : “Apa-apa rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia, maka tidak ada yang akan dapat menahannya. Dan apa-apa yang ditahan-Nya, maka tidak ada yang akan dapat memberikannya selepas itu. Dia maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

    Oleh itu untuk mendapat ciri-ciri mukmin sejati kalian perlulah yakin kepada Allah, beriman sepenuhnya kepada Allah, pegangan yang mantap, kepercayaan yang utuh serta ketenangan hati yang padu terhadap ke Esaan Allah, yakin sepenuhnya terhadap kekuasaan-Nya, kekuatan-Nya, keagongan-Nya dan kebijaksanaan-Nya.

    Hidaya-Nya sahajalah yang sebenar-benar petunjuk.Tidak ada lagi selain daripada petunjuk-Nya kecuali kesesatan. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah, Allah akan memeliharanya. Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba. Setiap apa yang ditakdirkan oleh-Nya itulah yang terbaik. Semua kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa tiada permusuhan kecuali keatas orang-orang yang zalim.