Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi aku tanya balik, apa maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..
Aku nak tegur sikit, syukur bukan setakat berterima kasih kepada Allah, contohnya andai kata korang tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap: saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu korang simpan dalam bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, korang nampak macam bersyukur, tapi syukur korang tu hanya di bibir kerana korang sebenarnya kedekut.
Syukur jika merujuk kepada orang kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya.
Atau nak bagi mudah faham: Maksud syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.
Itu contoh syukur merujuk kepada orang kaya, sekarang aku nak tanya, apa maksud syukur bagi orang beriman?
Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur atas nikmat iman melalui jalan dakwah...
Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat iman, lalu syok beribadat sehingga lupa nak dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..
Tak paham paham lagi..
Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..
Iatulah maksud syukur yang mana bila orang kaya bersedekah, Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..
Firman Allah:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih. "( Ibrahim : 7 )
Jadi maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.
Faham tak?
Jika tak faham, bagi contoh moden, dalam dunia Facebook, bila kita suka satu artikel, maka kita klik button “like” yang mana ‘like’ di sini bermaksud macam korang berterima kasih kepada penulis tu sebab tulis sesuatu yang bagus, atau dalam anologi syukur, korang ucap “Alhamdulillah” tu kira macam korang “like” dengan nikmat Allah.
Tapi jika korang setakat ‘like’ sahaja, belum mencapai hakikat syukur, kerana maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain, maka dalam dunia Facebook, korang akan “Share” pula artike tu.., Ha! Bila korang Share, kat sinilah sempurnanya maksud Syukur yang cuba aku sampaikan di atas, iaitu korang bukan setakat ucapa Alhamdulillah, tapi korang akan kongsikan nikmat itu pada insan lain..,
Bermakna, bila Allah dah beri kita nikmat iman, kitapun “like” dan “share” pada jiran serta kawan, sama ada mereka nak “like” atau “share” terpulanglah, kerja kita.“like” dan “share” sampai jadi mayat-