1- Sebaik-baik cara atau jalan untuk mendekati Allah SWT.
2- Apabila telah sempurna akhlak sesama manusia, maka Allah SWT amat menCintainya.
3- Berakhlak mulia, seseorang itu akan peramah sesama manusia dan manusia akan peramah bersamanya.
4- Manusia tidak akan memuliakan mereka yang tidak berakhlak mulia sebagaimana dia tidak memuliakan dirinya dengan akhlak mulia.
5- Berakhlak mulia adalah punca mencapai ketinggian dan kemuliaan pada seseorang.
6- Berakhlak mulia menyebabkan Rasulullah SAW menCintainya dan Rasulullah SAW sanggup bersahabat dengannya pada hari Kiamat nanti.
7- Berakhlak mulia adalah tanda kemuliaan diri dan tanda fitrah dirinya yang dijadikan dengan penuh kemuliaan.
8- Berakhlak mulia boleh mengubah musuh menjadi sahabat.
9- Berakhlak mulia akan menarik perhatian Allah SWT dan pasti mendapat keampunan Allah SWT.
10- Berakhlak mulia menyebabkan Allah SWT menghapuskan dosanya yang lalu.
11- Mereka yang berakhlak mulia sepanjang hari seolah-olah dia berpuasa sepanjang hari ( sepanjang hari mendapat pahala dan keampunan daripada Allah SWT.
12- Hanya mereka yang berakhlak sahaja yang layak memasuki Syurga Allah SWT.
13- Hanya yang memiliki Akhlak Mulia sahaja yang akan mendapat membuat Mizan Allah SWT lebih berat di hari Kiamat nanti.
14- Jasad yang memiliki Akhlak Mulia tidak akan disentuh oleh Api Neraka.
15- Hanya dengan akhlak mulia sahaja yang mampu menyelesaikan segala permasalahan manusia.
16- BerAkhlak Mulia pasti sahabat akan bertambah dan musuh akan berkurangan.
من فوائد حسن الخلق :
1- حسن الخلق من أفضل ما يقرب العبد إلى الله تعالى.
2- إذا أحسن العبد خلقه مع الناس أحبه الله والناس .
3- حسن الخلق يألف الناس ويألفه الناس.
4- لا يكرم العبد نفسه بمثل حسن الخلق ولا يهينها بمثل سوئه .
5- حسن الخلق سبب في رفع الدرجات وعلو الهمم.
6- حسن الخلق سبب في حب رسول الله صلى الله عليه وسلم والقرب منه يوم القيامة.
7- حسن الخلق يدل على سماحة النفس وكرم الطبع .
8- حسن الخلق يحول العدو إلى الصديق.
9- حسن الخلق سبب لعفو الله وجالب لغفرانه.
10- يمحو الله بحسن الخلق السيئات.
11- يدرك المرء بحسن خلقه درجة الصائم القائم.
12- حسن الخلق من أكثر ما يدخل الناس الجنة.
13- حسن الخلق يجعل صاحبه ممن ثقلت موازينه يوم القيامة .
14- حسن الخلق يحرم جسد صاحبه على النار.
15- حسن الخلق يصلح ما بين الإنسان وبين الناس.
16- وبالخلق الحسن يكثر المصافون ويقل المعادون.
Rujukan :
http://www.alrbanyon.com/vb/showthread.php?t=2209
Dikirim dalam Taman Syurga
Friday, July 29, 2011
*** Keyakinan Adalah Anugerah Allah Kepada Hambanya Yang dikasihi ***
Setiap perjalanan akan selalu memerlukan kekuatan. Sebuah kenderaan tidak akan berjalan jika tidak memiliki kekuatan untuk membawa beban dirinya. Begitu juga dengan manusia, agar boleh menjalani hidupnya memerlukan sebuah kekuatan.
Seberapa besarkah kekuatan yang diperlukan oleh manusia agar sanggup menjalani hidupnya dengan baik? Kita tidak pernah tahu, namun yang jelas adalah potensi yang sudah kita miliki plus pertolongan dan bantuan Allah, kita dijamin akan sanggup menjalani hidup dengan beban sebesar apa pun.
Allah sudah menjamin hal ini, meski kekuatan manusia memang terbatas, tetapi semua beban yang kita hadapi masih berada dibawah kemampuan manusia itu.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (QS. Al Baqarah: 286)
Saat Kekuatan Dirasa Kurang
Mungkin Anda pernah merasakan bahawa kekuatan yang kita miliki itu kurang. Merasakan beban terlalu berat seolah kekuatan kita tidak cukup untuk menghadapinya. Jika kita yakin dengan firman Allah diatas, jelas kekurangan yang kita rasakan hanyalah prasangka sahaja.
Saat Anda merasa lemah, maka ingatlah ayat diatas. Yakinlah, bangunlah keyakinan pada diri Anda bahawa potensi yang Allah SWT berikan kepada Anda sesungguhnya cukup untuk menghadapi beban yang kita pikul. Kita masih mampu meminta bantuan dan pertolongan Allah Subhaanahu wa Ta’ala.
Keyakinan Adalah Kekuatan Semulajadi
Mungkin, banyak orang yang mengatakan bahawa dia tahu dan beriman dengan ayat diatas. Dia mengatakan bahawa dia pasti sanggup menghadapi semua beban sebesar apa pun. Dia mengatakan bahawa potensi manusia itu adalah dahsyat. Dia mengatakan bahawa dia yakin dengan pertolongan Allah SWT.
Namun betulkah? Ini yang patut kita renungkan. Betulkah kita sudah yakin atau hanya dalam mulut semata?
Mari kita periksa, apakah diri kita sudah mencerminkan pribadi yang memiliki keyakinan yang mantap akan kekuatan yang dimilikinya?
Masihkah kita mengeluh atas kesulitan dan beratnya hidup? Jika Anda memang yakin dengan kekuatan yang Anda miliki, kenapa harus mengeluh? Sebuah keluhan adalah pengakuan akan beratnya beban yang dihadapi. Keluhan adalah sebuah pengakuan bahawa kita merasa lemah tidak berdaya. Jika kita merasa kuat, kenapa harus mengeluh? teruskan sahaja, hapuskan semua halangan dan rintangan. Semua itu akan diwujudkan dengan tindakan, bukan dengan kata-kata keluhan.
Tidak memiliki cita-cita yang tinggi. Orang yang merasa lemah, dia tidak akan berani memiliki cita-cita yang tinggi. Hidupnya hanya untuk sekedar boleh berjalan sahaja, sebab apa yang ada dalam fikiran bawah sedarnya hanya sekedar bertahan. Bertahan sahaja susah, kenapa harus memikirkan yang besar? Sudahlah tidak perlu bersungguh-sungguh, boleh makan sahaja sudah cukup. Dan sebagainya. Semua itu adalah gambaran bahawa Anda merasa lemah.
Melepaskan diri dari beban yang berat, seperti tugas dakwah dan jihad. Dia akan membayangkan bagaimana beratnya tugas dakwah dan jihad. Maka dia melepaskan diri dengan berbagai dalih bahawa dia tidak sanggup, dia sibuk dan sebagainya. Kalau pun dia berdakwah, dia hanya memilih yang ringan sahaja, yang tidak keluar dari zon selesa dia. Ini adalah bagian saya, katanya. Saya hanya boleh melakukan hal ini. Sementara, dia menganggap tugas-tugas berat itu adalah tugas orang lain, bukan tugas dia. Saat dia yakin bahawa dakwah dan jihad adalah sebuah kewajiban, kenapa harus memilih yang ringan-ringan sahaja? Dia akan mengatakan, yang sesuai dengan kesanggupannya. Terbukti bahawa dia mengakui dirinya lemah. Kesanggupannya hanya sampai setakat ini sahaja.
Tergantung atau menggantungkan diri pada keadaan. Dia takut akan perubahan yang mungkin terjadi. Bagaimana jika perubahan akan merosak bisnesnya? Bagaimana jika perubahan akan mengancam kariernya? Itu mungkin saja, perubahan akan selalu terjadi. Boleh jadi, bisnes Anda akan bangkrap akibat perubahan. Boleh jadi karier Anda tamat kerana perubahan teknologi. Benar? Tidak. Bukan, bukan perubahan yang mengakibatkan bisnes hancur dan karier yang terancam, tetapi kerana diri Andalah yang tidak menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Saat Anda takut, ertinya Anda mengakui kelemahan diri.
Tergantung pada pekerjaan saat ini. Termasuk, saat Anda merasa takut kehilangan pekerjaan saat ini. Kalau saya berhenti, bagaimana dengan makan anak isteri saya? Padahal, siapa yang bolrh menjamin Anda akan terus memiliki pekerjaan? Jika Anda seseorang yang yakin dengan kekuatan yang dimilikinya, maka dia yakin akan sanggup mengatasi masalah ekonomi seandainya dia kehilangan pekerjaan. Takut akan kehilangan pekerjaan, adalah sebuah pengakuan bahawa diri anda lemah dan kurang meyakini potensi diri dan pertolongan Allah SWT.
Anda boleh berdebat, Anda boleh berdalih atas apa yang ditulis diatas. Namun semua itu tidak akan ada gunanya, hanya mempertegas diri baahwa Anda kurang yakin akan kekuatan diri dan kekuatan pertolongan Allah SWT. Akan lebih bermanfaat, jika Anda meningkatkan keyakinan diri bahawa Anda sudah memiliki kekuatan yang cukup untuk mengatasi semua beban hidup dengan pertolongan Allah SWT.
Rujukan:
http://www.motivasi-islami.com/
Dikirim dalam Taman Syurga, TANDA KEBESARAN ALLAH
« Allah SWT adalah sumber tenaga kita dalam menjalani kehidupan iniBagaimana anda mengetahui Allah SWT telah menCintai anda ?
*** Akidah Seorang Islam ***
AKIDAH MUSLIM Dalam Susana dunia yang semakin mencabar, ramai manusia berebut-rebut mengejar kekayaan, kemewahan dan kesenangan duniawi tanpa memperdulikan lunas-lunas ajaran agama. Apa yang penting bagi mereka, kekayaan, kemewahan dan kesenangan mesti diperolehi semaksimum yang boleh.
Akibatnya sesebuah institusi keluarga itu telah leka dari menjaga kebajikan pendidikan anak-anak dari segi keagamaan. Maka apa yang kita lihat sekarang, ramai golongan remaja yang telah terpesong akidah dan agamanya. Kini, saban hari kita didengarkan dengan pelbagai isu seperti ajaran sesat, pelacuran, rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat.
Jika keadaan ini terus berlaku, maka keruntuhan akidah dikalangan umat Islam akan menjadi berleluasa. Sebelum diulas dengan lebih mendalam akan peranan keluarga dalam pendidikan agama, kita perlu tahu akan apa yang dimaksudkan dengan akidah dan agama. Perkataan akidah itu menurut maksudnya adalah merujuk kepada kepercayaan atau keyakinan. Agama pula adalah kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaannya.
Antara akidah dan agama itu adalah satu perkaitan yang seiringan. Semakin kuat pegangan agama seseorang semakin teguh akidahnya. Langkah-Langkah Mengukuhkan Akidah Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan akidah, salah satu pendekatan yang penting adalah memberikan didikan agama kepada anak-anak pada peringkat awal. Sebenarnya pendidikan awal adalah bermula dari rumah, bukan dari sekolah. Keluarga mestilah mendidik anak-anak dengan ajaran agama yang betul. Aspek yang mesti diajar kepada anak-anak adalah berkaitan dengan kepercayaan.
Rukun iman dan Rukun Islam yang menjadi asas akidah Islam itu adalah perkara asas yang wajib diajarkan kepada anak-anak. Dengan adanya asas yang kukuh dalam diri seseorang itu, ini akan dapat menghindari dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah. Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah.
Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya. Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.
Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal.
Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT. Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah.
Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri. &n bsp; ; Peranandan Tanggungjawab Keluarga Terhadap Pendidikan Agama Pendidikan awal adalah bermula dari rumah, tidak kira apa jua bentuk pendidikan yang diberikan, semuanya adalah bermula dari rumah. Kerana semestinya anak-anak itu dibesarkan di rumah, bukan di sekolah.
Perana keluarga untuk mendidik anak-anak amat besar dan kesilapan dalam mendidik akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kehidupan anak-anak itu sendiri. Dalam konteks ini, kita akan bincangkan tentang perana keluarga dalam pendidikan agama. Apabila kita membicarakan tentang pendidikan keagamaan, sudah pastilah kita akan menjurus kepad soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan keimanan anak-anak itu. Antara perkara yang telah ditekankan oleh para ulama pendidikan dan akhlak, bahawa anak-anak yang dilahirkan adalah atas kefitrahan tauhid serta aqidah keimanan terhadap Allah s.w.t. dilahirkan bersih dan suci.
Lantaran itu apabila dibekalkan dan dilengkapkan dengan pendidikan yang betul dari rumah, kemudiannya dibiarkan anak-anak itu bergaul dengan golongan yang baik-baik, orang mukmin yang terpelajar, kelak apabila ia dewasa, anak-anak ini akan menjadi insan yang berguna dan mempunyai keimanan yang kukuh, akhlak yang terpuji serta pendidikan yang baik.
*** Lidah Tentukan Manusia Ke Syurga Atau Neraka ***
KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.
Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.
Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”
*** Aqidah Islam Dasar Kehidupan ***
Semenjak kewujudan Adam dan Hawa di muka bumi ini, sudah ternyata bahawa manusia memerlukan peraturan hidup yang sesuai dengan fitrah mereka. Manusia memerlukan peraturan hidup yang boleh memberikan keadilan sejajar dengan sifatnya sebagai insan, boleh mendisiplinkan tingkah laku serta memandu mereka mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Sudah tentu peraturan yang diperlukan itu bukanlah sebarang peraturan. Sebaliknya manusia memerlukan peraturan yang boleh meninggalkan kesan kepada jiwanya lalu menyuburkannya sehingga mampu mengawal segala tingkah laku serta cetusan perasaan dan pemikirannya.
Peraturan itu ialah peraturan rabbani (tasyri’ samawi). Hanya peraturan rabbani sahaja yang mempunyai kemampuan demikian dan tidak mungkin dapat dicapai menerusi peraturan yang dihasilkan oleh tangan manusia.
Manusia tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan menjadi insan kamil selagi mereka sendiri yang menentukan peraturan, ideologi dan jalan hidup mereka. Mereka tidak akan menikmati kesejahteraan sejagat yang sebenarnya walaupun di sekeliling mereka penuh dengan kebaikan dan beraneka rupa kenikmatan.
Sebenarnya manusia tidak boleh menolak hakikat bahawa mereka memerlukan sistem yang unggul iaitu Islam. Bahkan akal yang bersih juga akan mengakui bahawa tiada syariat yang layak dijunjung selain syariat Allah SWT.
Islam adalah din yang menjamin keunggulan fitrah manusia. Oleh itu, Islam tidak menentang pembangunan selagi pembangunan itu berpaksikan kepada aqidah Islam. Malah itulah kekuatan yang sebenarnya. Dengan perkataan lain, keimanan kepada Allah SWT adalah pasak kekuatan bagi sebarang bentuk pembangunan.
Sejarah sendiri membuktikan kedatangan Islam membawa pembangunan kepada umat manusia dan dunia. Sebaliknya keruntuhan tamadun yang berlaku kemudiannya kerana keimanan kepada Allah tidak lagi menjadi dasar kepada pembangunan manusia dan dunia. Akibatnya, sewaktu pemikiran manusia dibangun dan dikembangkan, pada masa yang sama keruntuhan akhlak terus bermahara-jalela. Krisis nilai terus berlaku dan manusia diperhambakan di mana-mana. Inilah natijah yang berlaku apabila manusia tidak mengambil din Allah SWT sepenuhnya sebagai sistem hidup.
Begitu juga dengan potensi semula jadi serta ilmu yang dimiliki manusia sama sekali tidak bertentangan dengan Islam jika diasas, dikembang serta digunakan berdasarkan aqidah kepada Allah SWT. Potensi semula jadi manusia sangat berguna untuk mempelajari ilmu bagi meningkatkan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Begitu juga dengan ilmu yang diasaskan di atas dasar yang betul akan berkembang membawa manusia mengenal penciptanya dan menggerakkannya menenuhi tuntutan perhambaan kepada Allah SWT.
Manusia wajar menyedari hakikat fitrah kejadiannya yang sangat berhajat kepada taufik dan hidayah Allah SWT. Oleh itu, manusia dituntut untuk mengenal penciptanya, Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah....” (Muhammad: 19)
Ada dakwaan yang mengatakan manusia boleh bergantung kepada akal semata-mata untuk menempa kesejahteraan global. Sebenarnya dakwaan itu hanyalah satu andaian yang mempunyai muslihat.
Sejarah menunjukkan tamadun manusia yang tidak dihubungkan dengan wahyu Ilahi atau aqidah Islam membangunkan satu bahagian dan pada masa yang sama meruntuhkan banyak bahagian lain. Yang lebih buruk ialah keruntuhan kemanusiaan insan serta mewarisi kesesatan dalam kepercayaan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah teguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh seksa yang dahulu selalu mereka perolok-olokkan.” (Al-Ahqaf: 26)
Kekuatan akal sahaja tidak akan membolehkan manusia mengenal pasti semua perkara yang bermanfaat dan mudarat kepada kehidupan mereka kecuali orang yang diselamatkan dengan panduan dan suluhan aqidah.
Daya penerokaan akal sebenarnya terhad kepada kekuatan dan ruang lingkup yang dapat dicapai menerusi penglihatan. Mata semata-mata sebenarnya tidak akan berfungsi tanpa bantuan cahaya sekalipun mata itu berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Begitulah juga dengan akal manusia. Sekalipun waras, akal akan menjadi lemah dan tergelincir dari landasannya jika tiada bantuan syara’ serta bimbingan para nabi dan rasul. Kelurusan akal fikiran dan kesuburannya yang berterusan hanya terjamin apabila pemikiran itu sentiasa berada di atas hidayah dan petunjuk Allah SWT.
*** Rahsia kasih Sayang Allah ***
Begitu tidak terhingga kasih sayang Allah kepada manusia. Allah ciptakan bumi tempat berdiam. Allah ciptakan langit sebagai atapnya. Dari langit ini Allah kirimkan hujan untuk menghidupkan bumi, dan menumbukan pohonan. Lalu dari pohonan itu Allah keluarkan buah-buahan yang aneka ragam ( QS Al Baqarah : 21-22 ). Tidak hanya itu, Allah juga menciptakan laut untuk berlayar, didalamnya terdapat aneka ragam ikan yang Allah halalkan untuk manusia. Di daratan juga Allah ciptakan binatang-binatang yang dihalakan. Tanpa ini semua manusia tentu tidak bisa bertahan. Penghidupan di atas dunia pasti kurang sempurna.
Imam Ar Razi ketika menafsirkan " arrahmanurrahiem " ( Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ) dalam surat Al-Fatihah, mengungkap betapa kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya sungguh demikian tak terhingga. Ada dua kisah – kata Imam Ar Razi – dalam hal ini yang sangat menarik : Pertama kisah pengalaman Ibrahin bin Adham. Ibrahim menceritakan bahwa suatu hari ia pernah disuguhi makanan oleh suatu kaum yang ia kunjungi. Ketika hendak menyuapnya, tiba-tiba dating seekor gagak mengambil makanan itu. Ibrahim segera mengintai kemana gagak itu pergi. Tidak beberapa jauh gagak itu tiba-tiba menjatuhkan makanan yang diambilnya itu ke sebuah tempat. Ibrahim segera pergi ke tempat itu. Sesampainya di sana Ibrahim tahu, bahwa ternyata makanan tersebut dijatuhkan ke mulut seorang yang sedang terbaring dalam keadaan terikat. Maha suci Allah yang telah menggerakkan gagak ini untuk membantu hambanya yang tidak bisa berbuat apa-apa.
Kisah kedua – kata Imam Ar Razi terjadi pada Dzin Nun. Dzin Nun bercerita "Suatu hari saya merasa tidak enak di dalam rumah. Saya segera keluar. Saya ikuti langkah saya yang tidak pasti. Sampai kemudian saya tiba di tepi sungai Niel. Di sana saya tiba-tiba melihat seekor kalajengking yang begitu kekar, berjalan menuju sungai Niel. Saya ikuti arah jalannya. Dan ternyata di tepi sungai itu sudah ada seekor kodok yang nampak sedang menunggunya. Kalajengking itu langsung melompat ke kodok tersebut. Kodok segera berangkat, berenang menggendong si kalajengking ke tepi sungai Neil yang lain. Saya segera mengikutinya dengan mengendari sebuah perahu kecil. Di sana saya menyaksikan kejadian yang sungguh mengagumkan. Saya melihat seorang anak muda yang sedang tidur di bawah rindang sebuah pohon. Di sampingnya ada seekor ular yang hendak menyerangnya. Namun ternyata kemudian Kalajengking itu melompat ke ular tersebut. Lalu terjadilah pertarungan yang seru antara kedua mahluk itu. Sampai keduanya sama-sama mati. Dan si anak muda tetap tidur nyenyak ". ( Mafaatihul Gahib : karya Ar Razi : jilid : 1, hal. : 237 ) Maha suci Allah yang telah mengutus seekor Kalajengking dan seekor kodok untuk menyelamatkan seorang hambanya yang sedang tidur nyenyak itu.
Bukti lainnya kita saksikan di dalam diri kita. Allah ciptakan jantung yang sangat menentukan bagi hidup dan tidaknya tubuh yang kita miliki. Allah ciptakan mata untuk melihat. Allah ciptakan tangan, kaki, pendengaran. Allah ciptakan akal. Tanpa itu semua kita akan mati. Kemanusiaan kita tidak akan berfungsi. Allah tahu bahwa akal kita sangat terbatas. Ia butuh bimbingan wahyu untuk bagaimana menjalani hidup kemanusiannya di muka bumi. Karena itu - agar tidak bingung - Allah utus nabi-nabi. Tugas mereka adalah membimbing manusia bagaimana cara hidup. Dan kepada nabi terakhir Muhammad SAW, Allah turunkan syariat yang lengkap yaitu " Al-Qur'an ".
Dengarkan Al-Qur'an memulai suratnya " Al-baqarah " dengan ayatnya " alif laam miem, dzaalikal kitabu laa raiba fieh hudan lil muttaqien " (alif laam miem, inilah kitab yang tidak ada keraguan di dalamnya. Sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa). Masih ragukah manusia dengan penegasan ini? Tapi mengapa masih banyak di antara manusia yang sombong. Ia tidak mau bimbingan Allah. Ia lupakan semua nikmat-nikmat dan kasih sayang Allah yang tak terhingga itu. Ia lantas mengaku independent. Akal yang dimilikinya dituhankan. Ia merasa tidak butuh lagi bimbingan wahyu. Padahal ia sangat tergantung terhadapNya. Ia tidak bisa hidup tanpaNya.
Amir Faishol Fath
*** Kasih Sayang Dalam Islam ***
Kasih Sayang
Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang enak-enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.
Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.
Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan mejadi miskin, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.
Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.
Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada ALLAH.
Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH.
Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.
Sebaliknya kalau seseorang yang direzeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya.
Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.
Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik.
Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH.
Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)