Thursday, March 15, 2012

Jangan Pernah PENAT.





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


JANGAN PENAT mengajak ke arah KEBAIKAN,
kerana SYAITAN tidak pernah penat mengajak ke arah KEJAHATAN :(
MALAIKAT tidak pernah cuti/jemu utk catatkan KEBAIKAN dan KEBURUKAN kita setiap saat :) . Namun jangan pernah kita memberikan cuti secara terhormat kepasda pencatat KEBAIKKAN kita iaitu malaikat yang sering mencatatkan kebaikkan yang kita lakukan setiap saat dan ketika, dan sewenang2nya kita memberika Malaikat sebelah kiri kita sering tak putus2 untuk mencatat segala KAJAHATAN yang kita lakukan setiap waktu. Mahu kita sering dicatatkan segala KEBURUKKAN kita???... Tanya diri anda sendiri.

Jangan pernah mengeluh dengan apa yang telah berlaku dengan kita sepanjang kehidupan kita di dunia ini, lakukan sesuatu yang Allah suka dan anda juga suka bukan.. INSYA'ALLAH bantuan Allah akan ada dengan rahmatnya. Allah maha tahu apa yang kita inginkan selama ini tp (JGN MENGELUH).

Sahabat, selagi kita HIDUP di dunia..
selagi masih memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH ALLAH..
selagi itulah menjadi KEWAJIPAN kita BERPESAN-PESAN,
dan saling membantu ke arah KEBAIKAN...Sebenarnya kita tidaka rugi sesen dengan melakukan kebaikkan kepada orang lain. DO IT LILLAHITAALA. Knp ada masih manusia yang bergelar HAMBA sering tidak mahu mengerjakan atau melakukan kebaikkan di muka bumi Allah ini tp senang sahaja melakukan KEJAHATAN d bumi Allah ini. Namun, kita perluh berkata apa2 tp teruskan doakan mereka + Maafkan mereka + lakukan kebaikkan dgn mereka xkira mereka di mana. Selagi nyawa masih Allah beri pinjam lagi dan umur ini still dia cop di IMGRESEN AKHIRAT utk diteruskan berkhidmat di dunia ini selagi itu la kita masih lagi bekerja dengan Allah sebenarnya. Syukran Allah atas NIkmat dan Nyawa ini. :(.

Jom Update segala kebaikkan yang kita lakukan hari ini. Jgn lupe doakan saudara seislam kita di SYRIA + PALESTINE + BUMI AMBIA yang lain ok.

LUV ALLAH.
AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR (^_^).

Dibawah Lembayung Rahmatnya





Sahabatku Ya Dikasihi Allah..

"Jangan Ada Benci, Tak Kiralah Sama Ada Pada Keluarga, Kawan-Kawan, Bos Mahupun Guru Dan Pensyarah. Perasaan Benci Itu Merosakkan Niat Dan Keikhlasan Anda. Ibarat 'Api Dalam Sekam', Yang Akan Membangkitkan Pergaduhan." (Jauhkan sifat dan sikap mazmumah yg ada dalam hidupa dan juga diri kita ini, jgn sampei ia menguasai diri kita dari melakaukan segala kebaikkan yg kita lakukan di dunia ini utk bekalan nanti di AKHIRAT nnt INSYA ALLAH).

"Jangan Terlalu Bimbang. Kebimbangan Tanpa Sebab Akan Membuatkan Kamu Sentiasa Berada Dalam Keadaan Serba Salah, Cemas Dan Tidak Tenteram. Buang Pera...saan Demikian. Don't Worry Be Happy!!" (Bimbang adalah salah satu yg disukai oleh syaitan, so apa2 sahaja yang berkaitan dengan kesukaan syaitan jgn lakukan ok..)

"Hidup Secara Sederhana Adalah Tuntutan Agama Islam. Kesederhanaan Adalah Kunci Kesempurnaan. Biarpun Hidup Kamu Tidak Kaya, Tidak Mewah, Tidak Sempurna, Dan Tidak Popular Tetapi Sekurang-Kurangnya Kamu Mempunyai Ketenangan Di Hati." (Hidup sederhana adalah amat indah sekali :).)

"Jangan Terlalu Mengharap. Kadang-Kadang Pengharapan Itu Akan Mengecewakan Anda. Belajarlah Menerima Kenyataan, Biarpun Kecil Tapi Bermakna Dan Jangan Terlalu Mengharap Yang Besar Dan Yang Tak Mungkin Akan Menjadi Milik Kamu." (Dan Letakkan segala harapanmu hanya kepada Allah Taala, kerana DIA sahaja yang tahu apa yang baik untuk kita selama ini dari mula hingga akhir nnt Insya Allah).

"Sentiasa Bersabar Dengan Apa Jua Kerenah Dan Kelakuan Orang Di Sekeliling Kita. Sikap Sabar Dapat Menenangkan Jiwa Dan Hati Kita. Sabar Juga Dapat Mendidik Kita Untuk Terus Tekun Menjalani Hari-Hari Dalam Kehidupan Yang Kita Lalui." (Sabar sentiasa letakkan ia di depan dalam apa hal dan perkara pun yang berlaku dalam kehidupan kita di dunia yg sementara ini :)..)

InsyaAllah semoga hidup akan tenang di bawah lembayung rahmat dan ihsanNya..amin Allahuma Amin..^_^. LUV ALLAH. Audra