Friday, March 9, 2012

Kamu Berkahwin Kerana Apa?





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.Sharing is Caring.

MANUSIA spt BUKU ..





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


MANUSIA seperti SEBUAH BUKU . MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR dan MUKA BELAKANG adalah TARIKH KEMATIAN serta TIAP – TIAP LEMBARAN adalah TIAP – TIAP HARI DALAM KEHIDUPAN YANG KITA LAKUKAN .

SEKALI TERTULIS , TIDAK AKAN BOLEH DI UBAH SEMULA , tetapi , SEBURUK MANA PUN HALAMAN SEBELUMNYA , MASIH TERSEDIA HALAMAN SELANJUTNYA yang PUTIH dan BERSIH .

SAMA DENGAN KEHIDUPAN KITA . SEBURUK MANAPUN KISAH KITA DAHULU , ALLAH SWT MASIH MENYEDIAKAN HARI – HARI YANG BARU UNTUK KITA . KITA SELALU DI BERI KESEMPATAN BARU UNTUK MELAKAR SEJARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA . maka , dengan itu , BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT KEHIDUPAN telah DIBERI oleh- NYA . =)

Aneh Kan? ...





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


Aneh kan?
Wang RM2000 kelihatan begitu besar nilainya bila dibawa ke kotak amal masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket..

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton perlawanan bola..

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati wayang bersama kekasih..

Susahnya merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa,
tapi betapa mudahnya cari bahan gosip bila berjumpa teman..

Betapa soraknya berpanjangan sewaktu mnonton perlawanan bola kesukaan kita,
tapi betapa bosannya bila bacaan imam panjang sewaktu solat Tarawih..

Betapa susah nak baca Al-Quran 1 juzuk je,
tapi bila baca novel 1000 halaman pon habis sekejap je(siap khatam g)..

Orang2 pakat berebut nak duduk paling depan untuk mnonton bola atau konsert,
tapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat agar dapat cepat keluar..

Susahnya turut serta bila diajak berkumpul untuk berdakwah,
tapi mudahnya bila diajak berkumpul untuk bergosip..

Kita begitu senang percaya pada yang dikatakan infotainment,
tapi kita sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran..

Kita sanggup kunci jam untuk menonton world cup,
tapi nak kunci jam semata2 nak bermunajat di sepertiga malam tak sanggup lak..

Kita sanggup berhabis wang smata2 ingin mencuba pakaian trend terkini,
tapi kain telekung dah 10 tahun tak bertukar ganti tak amek tahu pon..

Kita sanggup download subtitle semata2 nak paham tengok movie,
tapi tak berusaha pon untuk mencari tafsir2 untuk memahami ayat2 Al-Quran..

Kita begitu mudah membazir airmata kerana putus cinta atau layan movie,
tapi begitu susah untuk mengalirkan airmata kerana Allah..

Kita sering berusaha untuk mendapatkan 'bekal' yang terbaik untuk masa depan kita,
tapi kita terlupa untuk menyediakan 'bekal' untuk menghadapi masa akhirat kita kelak..


Yakinlah bahwa ALLAH swt itu Maha Pengampun,
Sujud lah MengadapNYA,mohonlah Keampunan,
rayulah dan munajat lah kepadaNYA..
kerna susungguhnya DIA maha Mendengar doa hamba2NYA...

~Semoga ALLAH swt Merahmatimu~

Karena Hati bicara ( andi arsyil feat Oki setiana dewi )