Tuesday, December 16, 2014

DOA, DOA DAN DOA LAGI

Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, pelbagai masalah dan musibah datang menerjah hati dan jiwa kita. terutama kita kaum hawa yang sentiasa bermain dengan emosi dan khalayan minda yang panjang dengan pelbagai sangkaan bertimpa-timpa.
Situasi ini tidak dapat tidak akan menyulitkan keadaan dan sentiasa menimbulkan keresahan hati dan jiwa yang sengsara.
makin banyak difikir, disangka dan dikenang, makin sulit kehidupan.
apa yang kita sangka, itulah kenyataan yang akan kita hadapi.
kerana Firman Allah swt,’ AKU adalah sebagaimana sangka hambaKU’.
bila sangka datang sekali dengan emosi, sangkaan itu cepat sekali jadi hakikat kerana sangkaan itu melibatkan hati.
sesuatu yang datang dari hati, cepat sungguh dimakbulkan ALLAH swt.
kerana itu doa yang datang dari hati dengan kekuatan rohani yang tinggi adalah doa yang sangat maqbul.
dan inilah hakikat rawatan kerohanian.
malangnya, apabila sangka beserta rasa dari hati membuatkan masalah menjadi semakin rumit dan hati menjadi buntu.
kebuntuan hati memaksa kita merasa seolah tiada jalan keluar, dunia sangat tidak adil dan bagai.
hati akan penuh zulmat dan kita tidak nampak ALLAH swt.
bagaimana mahu nampak ALLAH sedangkan hati kita gelap tanpa cahaya.
kerana itu kita perlu jalan keluar, perlukan cahaya.
cahaya yang paling terang bersinar adalah cahaya dari ALLAH swt sendiri.
kita mesti mencari ALLAH. cari dengan ilmu.
doalah dengan ALLAH swt. doa dari hati.
doa dengan yaqin.
doa dengan merayu-rayu.
doa berulang kali, lagi dan lagi.
andai telah disoa, telah diikhtiar, keadaan masih tidka berubah, maka itulah kehendak ALLAH, lalu kita redha dari hati.
hati yang yaqin, walau kita nampak keadaan diri kita buruk , tidak adil, menjadi mangsa, teraniaya, tetapi ini kehendak ALLAH swt.
lalu kita yaqin, inilah yang terbaik untuk kita kerana ALLAH swt adalah Yang Maha mengetahui, Maha Adil, Maha Bijaksana mengatur urusan hambaNYA.
mana mungkin taqdirNYA buruk. mana mungkin taqdir NYA zalim.
inilah yang terbaik untuk kita. maka kita sabar.
dan sabar itulah yang terbaik untuk kita.
carilah damai dengan ilmu.
Wallahualam....

From: My Friend facehawa....

ITULAH DUNIA

Saat mana hati kita tersentap. tika mana jiwa kita terluka dengan luka yang sangat dalam, bila mana hati kita jatuh berderai bak kaca terhempas ke batu,…
saat itulah kasih Allah sangat besar pada kita.
itulah saat pembuka jalan , saat penentuan jalan yang mana akan kita bawa diri kita.
sama ada kita terus hanyut dalam fatamorgana dunia yang fana ini atau kita mampu membawa kaki kita melangkah ke jalanNYA yang lurus dan diredhoi.
hati nan sekeping, bila sentiasa dibuai bahagia, hanya sekali sekala disengat sendu, tidak akan mampu memecahkan tembok kepalsuan dunia.
hanya apabila hati itu tersentap hebat, jatuh berkecai dan tidak mampu disambung kembali baru hati tercari2 jalan keluar.
baru diri tertatih2 mencariNYA.
baru nampak betapa dunia ini tidak adil.
kita sentiasa kejar dunia, kejar isinya, kasih dan cinta insan pelakon di dalamnya, berkorban jiwa dan raga mencari dan mengumpul harta dan bagai, tetapi dia , dunia itu, sewenang2nya meninggalkan kita, sewenang2nya menghancurkan hati kita, dengan mudahnya beralih arah. dengan cepatnya melupakan segala jasa dan penat lelah yang telah kita korbankan. senang sekali meletakkan kasih dan sayangnya kepada yang lain.
itulah dunia.

USAH BERSEDIH , TERSENYUMLAH :)

USAH BERSEDIH
1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..
 Khairul Azhar