Wednesday, June 1, 2011

*** RENUNGAN***

Hari ini kekuatan iman dan hatiku benar-benar teruji. Sehingga lemah rasanya kedua lutut menyokong tubuh badan nan satu. Tiada apa yang mampu ku lakukan selain menangis dan terus menangis sambil bibirku tegar menyebut Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Allah.

Jiwa ini terus mencari dahan berpaut agar tidak terus rebah terguling. Kekuatan yang dib...ina selama ini dengan amalan yang tak seberapa dan tak seistiqamah mana dengan izin Allah mampu berpaut pada tali Allah walaupun dengan genggaman lemah sebelah tangan. Kerana adanya tali Allah yang kukuh memaut kembali tangan ini.

Jiwa yang hancur lumat ini Allah tidak biarkan lama bersendirian dengan menghantarkan tiupan semangat dihembuskan dengan nasihat-nasihat dan harapan-harapan yang dihantar melalui jiwa-jiwa yang murni dan benar-benar ikhlas dengan ukhuwwah. Berbisik lembut dan indah di telinga. Ibarat ucapan-ucapan salam dari ahli syurga.

Ya Allah hambaMu ini masih rapuh ya Allah. Kuatkanlah hati ini dengan kekuatanMu dan ke Mahaan Mu ya Allah dengan teguhnya jamaah ini dengan simpulan ukhuwwah ini. Dakwah ini terlalu mahal untuk digadaikan... lebih mahal daripada jiwa nan satu ini.

Ya Allah berikanlah iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain dari Engkau sendiri. Jangan ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah).See More

No comments: