Wednesday, June 1, 2011

*** Maaf Saya tidak Bersalam dengan Lelaki ***

Hadis Yang berkaitan dengan berjabat tangan.

Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berp...isah.”
(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: ”Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.”
(HR Bukhari)
Anjuran berjabat dan mencium tangan

Yang Boleh (dianjurkan)

Mencium tangan berkaitan dengan agama

■Islam menganjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.
Yang Tidak Boleh (Makruh)

Mencium Tangan Sebab Keduniaan

■Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.
Membongkokkan badan

■Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang. Dari Anas r.a., katanya:
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?” Baginda menjawa: “Ya.” (HR al-Tarmizi)
Bersalaman Dengan Mahram

Definisi Mahram : Mahram bermaksud yang diharamkan. Definisi 'yang diharamkan' didalam istilah ini ialah wanita yang diharamkan berkahwin dengan seorang lelaki.

Terdapat dua (2) bahagian mahram :
1. Haram Muaabad (Haram kekal)
2. Haram Muaqat (Haram Sementara).

Haram Muaabad

■Golongan yang dikategorikan di dalam golongan Haram Muabbad (kekal) ini telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam surah Nisa' ayat 22-23.■Haram Muaabad pula terbahagi kepada tiga (3)Pertalian Darah
1.Ibu
2.Anak
3.Adik Beradik
4.Ibu saudara sebelah bapa
5.Ibu saudara sebelah ibu
6.Anak saudara Lelaki
7.Anak saudara Perempuan
Susuan
1.Ibu & Ayah susuan
2.Saudara saudara perempuan susuan
Mushaharah
1.Ibu Mertua
2.Isteri Bapa (Ibu tiri)
3.Menantu
4.Anak perempuan daripada suami yang lain
Hukum yang berkaitan dengan Mahram Muaabad

Yang Boleh
■Boleh berjabat tangan atau bersentuhan tangan
■Boleh bermusafir dengan mahramnya
■Aurat bagi mahram ini ialah ;
■Bagi lelaki ; Antara pusat ke lutut (lelaki)
■Bagi Wanita ; Sesuatu yang zahir seperti rambut, tangan, leher, kaki dsb.
Haram Muaqqat (haram sementara)

■Adik atau Abang Ipar
■Isteri Bapa Saudara
Hukum yang berkaitan dengan haram muaaqat

Sama seperti wanita ajnabi (wanita yang boleh dikahwini*) iaitu :

Yang Tidak boleh

■Tidak boleh melihat aurat.
■Haram berjabat tangan atau bersentuhan.
■Tidak boleh bermusafir tanpa ditemani.
■*Tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan masih wujud.
Wallahu'alam.

No comments: