Wednesday, October 19, 2011
~ LIDAH ~
Lidah adalah salah satu kenikmatan yang besar yang dianugerahkan ALLAH kepada manusia, padanya terdapat kebaikan yang banyak dan kemanfaatan yang luas bagi siapa yang menjaganya dengan baik dan bahaya yang besar bagi siapa yang meremehkannya (membiarkannya) lalu digunakannya pada jalan atau tempat yang tidak semestinya.
Ketajaman lidah mengalahkan ketajaman pedang yang mampu membelah besi dan da...ya penghancur nya sangat kuat mengalahkan cuka dalam merosakkan madu yang manis, Cara menyelamatkan diri dari bahaya lidah adalah DIAM, Diam Itu EMAS Dalam upaya mendewasakan diri kita.
” Maka sekali-selai DIAM dan renungkanlah “
Diam itu BIJAK, namun sedikit sekali orang yang melakukannya.. . mungkin termasuk saya jugak.... :)Tp Audra suka diam.... :(
~ Amalan Manusia Ke tingkat Org Yg Baik ~
Abu Laits berkata :
” Sepuluh jenis amalan yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat orang-orang yang baik dan darjat yang tinggi :
1- Banyak bersedekah.
2- Banyak membaca Al-Quran.
3- Duduk bersama orang-orang yang selalu mengingatkan kepada Akhirat.
... 4- Menghubung silatul rahim bersama kaum kerabat.
5- Menjenguk orang yang sakit.
6- Kurang bergaul dengan orang-orang kaya yang lupa kepada Akhirat.
7- Banyak berfikir tentang bagaimana keadaannya kelak.
8- Kurang angan-angannya dan banyak ingat kepada mati.
9- Banyak diam dan sedikit bercakap.
10- Bertawadhuk, memakai pakaian yang sederhana, cinta kepada orang miskin, mendekati anak-anak yatim dan mngusap kepala mereka ” .
Umar R.A Berkata
Umar R.A. berkata :
1- Aku telah memperhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada memelihara lisan.
2- Aku telah memperhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara warak.
3- Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada sifat Qanaah ( bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan) .
4- Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat yang lebih utama daripada ikhlas dalam beramal.
5- Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat daripada sabar.
1- Aku telah memperhatikan semua teman, namun tidak ada teman yang lebih utama daripada memelihara lisan.
2- Aku telah memperhatikan semua pakaian, namun tidak ada pakaian yang lebih utama daripada memelihara warak.
3- Aku telah lihat semua harta, namun tidak ada harta yang lebih utama daripada sifat Qanaah ( bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan) .
4- Aku telah melihat semua kebaikan, namun aku tidak melihat yang lebih utama daripada ikhlas dalam beramal.
5- Aku telah melihat semua makanan, namun aku tidak melihat yang lebih nikmat daripada sabar.
~~ Siapa Kita ????
Sedarilah bahwa semua yang ada dalam diri saya terjadi kerana ALLAH dan maka kesedaran selanjutnya adalah semua yang ada dalam tubuh kita bekerja kerana izin ALLAH, mata tak dapat melihat tanpa redha ALLAH. telinga kita tak dapat mendenger jika ALLAH tak redha, jantung kita tak berdetik ketika ALLAH menghendaki tak berdetik, dan berdetik hanya jika ALLAH izinkan, paru paru kita mampu menampung ok...sigen kerana ALLAH redha sang paru paru bekerja tanpa redha atau izin ALLAH mustahil paru paru kita mahu bekerja.
Demikian juga dengan jiwa, semua rasa atas kehendak ALLAH, patah hati atas izin ALLAH. ALLAH juga yang akan beri pengganti, diberi penyakit juga atas redha dan izin ALLAH kan hanya ALLAH yang mampu mengangkat penyakit ini, jika semua diatas terjadi kerana izin ALLAH maka dibolehkan kesedaran bahwa ALLAH tidak pernah mendzalimi hambaNYA, DIA hanya memberikan yang terbaik.
Ertinya siapa kita? Kita adalah milik ALLAH yang tiada daya dan upaya tanpa kehendak ALLAH jua…
~~ BILA PEREMPUAN MENANGIS ~~
BILA PEREMPUAN MENANGIS
Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.
Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.
Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...
By: Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia..
** Sekadar kita berkongsi bersama ... Tp?? Jika audra ... Audra akn mendiamkan diri dan tidak akan berkata apa2 walau sepatah pun sbb audra tidak mahu meyakitkan hati mana2 hamba Allah yg ada di dunia yang bersifat sementara ini ... Audra akan tetap Doakan mereka :) .. kan bagus mcm tu kan heheheh :) ... Cry?... Just for Allah ... :) .. Smile always ok ..
Subscribe to:
Posts (Atom)