Sunday, July 8, 2012

19 SYA'BAN 1433H VS 3 JULY 2012M




ASSALAMMUALAIKUM WBT...

Ahlan Wasahlan. Alhamdulilah to day  dah 19 SYA'BAN  1433 H. ^_^. Tak lama lagi Bulan Ramadhan akan muncul kembali. Rasa syukur kepada Allah kerana atas limpah kurniaanya dapat lagi berjumpa dengan bulannya yang penuh dengan barakah ini kan.. Syukur Allah :) . Tingkatkan segala amal ibadah kita di bulan ramadhan nnt. INSYA ALLAH.

19 SYA'BAN 1433H   Vs  3 JULY 2012.

July And Sya'ban datang lagi, kali ini bagi tahun 2012 dan 1433H.
Ini bermakna buat aku, ini telah menghampiri fasa suku abad berada di dunia yang fana. Lafaz kesyukuran yang amat bererti buat Khaliq pencipta segala, kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas dan merasai limpahan rahmat dan nikmat sepanjang hidup di bumi ini.

Banyak liku hidup dan jauh perjalanan yang telah dilalui serta dipelajari.
Hidup ini penuh makna, bagi yang tahu mencari maknanya.
Hidup ini tiada erti, bagi yang tidak tahu menilai ertinya.

Apa pun, Allah swt amat pengasih dan penyayang, selagi kita berada di dalam limpahan kasih sayangNya, percayalah, kita tetap selamat.Semoga Allah swt redha dan berkati selamanya, amin.

Selamat ulang tahun buat diri sendiri, syukur alhamdulillah.


Alhamdulilah.. umur ku da cukup lagi sempena 19 SYA'BAN 1433H  Vs 3 JULY 2012M ini... Terima kasih atas segala ucapan daripada rakan-rakan, guru-guru, para pelajar dan saudara mara.... Terima kasih atas segala ingatan tak kira melalui Facebook, Sms dan ucapan lisan... Syukur dan terharu tak terkata.. Pabila tiba ulangtahun, perkara penting yang ingin ku kutip adalah Keberkatan sepanjang hidup ku, Doa dari semua yang mendoakan ku....Moga aku tabah menghadapi hidup akan datang...AMEN.

Doa ku...

Ya Allah..
Panjangkan usiaku..
Agar lebih lama dapat ku mentaati-Mu..
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang..
Moga di akhirat kelak dapat ku mengutip hasilnya..

Ya Allah..
Tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku ini..
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku..
Rehatku adalah rantaian zikir..
Rantai yang ku kalungkan pada leher ku..
Sebagai tanda cinta ku padaMu

Ya Allah..
Engkau tidak mensia-siakan segala usaha ku..
Mencari haruman Syurga ciptaanMu..
Tempat rehat dan nikmat yang abadi...
amin..


Dulu kecil, sekarang dah besar, sekarang aku hidup dan lepas ni aku dan makhluk yang hidup tetap akan mati, yang kekal hanyalah Allah s.w.t. Oleh itu, sambutan ulang tahun kelahiran sepatutnya dijadikan kayu pengukur samaada nikmat usia dikurniakan benar-benar kita hargai. Masa tetap akan berjalan tanpa menunggu kita. Masa boleh diibaratkan ais. Kenapa ais bukannya emas? Jika seketul ais diambil dan diletakkan di atas meja dibiarkan begitu sahaja, maka sedikit demi sedikit ais itu akan cair tanpa sebarang manfaat. Sebaliknya jika kita mengambil seketul ais dan diletakkan di dalam secawan air maka ais itu kita boleh minum samaada teh o beng, milo beng, nescefe beng yang mana insyaAllah sedap di waktu kita kepanasan. Begitulah masa yang mana masa tetap akan berjalan dan perlu kita tanya pada diri samaada masa yang berjalan itu kita gunakan untuk perkara manfaat atau sebaliknya. Selagi jantung masih berdegup, adakah kita terus menjadi hamba yang taat atau ingkar, adakah kita menjaga hubungan sesama insan dengan baik atau kita selalu menyusahkan orang lain, adakah nikmat yang diberikan Allah s.w.t kita gunakan dengan cara yang betul?

Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya, seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Rasulullah s.a.w bersabda: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan”. (hadith riwayat al-Tirmizi)

Usia yang panjang adalah nikmat tidak ternilai, dengannya kita dpat terus beribadat, berdakwah, merasai nikmat, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia diambil semula pemilikNya, maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.Sebab itulah jika kita ingat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan yang sangat bermakna. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan” (Surah al-Araaf, ayat 34).

Kita perlu sedar dari awal dan tahu bahawa kematian adalah pengakhirnya. Setiap kita tidak ada yang tidak mempunyai dosa tetapi kita harus sedar dosa yang kita lakukan dan kita bertaubat pada Allah s.w.t. InsyaAllah semoga aku dan anda dapat amalkan dan sampaikan.




SANAH HELWAH YA AUDRALAILIEY @ AUDRA. ^_^. 19 Sya'ban  1433h.



Thursday, July 5, 2012

penghujung cintaku - Pasha ft Adelia





berakhir sudah pencarian cintaku


jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki

tiba diriku di penghujung mencari cinta

diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri



aku akan menikahimu, aku akan menjagamu

ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu

ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu



tiba diriku di penghujung mencari cinta

hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri



aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)

ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu

ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu



nananana nananana nananana nananana

ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Wednesday, July 4, 2012

ILMU MENJADIKAN KITA TAKUT KEPADA ALLAH






  1. Ilmu Menjadikan Kita Takut Kepada Allah

    Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

    Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengada...kan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.
    Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

    Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya:
    Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.
    (al-Faatir: 28)

    Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

    Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
    Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.

    Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.
    Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.
    Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata,
    "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

    Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.
    Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.
    Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata:
    "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".
    Abu Muhammad r.a pernah ditanya:
    "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".
    Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan:
    "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".
    Al Wasiti r.a berkata:
    "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".
    Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".
    Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

    Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.
    Sebahagian Salaf berkata:
    "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".
    Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a:
    "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".
    Beliau berkata lagi:
    "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-
    kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
    "Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

    Allah SWT berfirman (maksudnya):
    Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
    (al-Rum: 7)

    Rasulullah SAW bersabda:
    "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)".
    (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)
    Fudhail ibn 'Iyadh berkata:
    "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

    Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.
    Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.
    Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.

    Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.
    Berkata sebahagian ulama:
    "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

BICARA LAMBANG PERIBADI KITA


  1. Setiap Bicara Lambang Peribadi Kita

    Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya menggunakan duan tangan sebagai syarat. Firman Allah swt dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serat melimpah-limpah rahmatNya, Dialah yang menciptakan manusia, Dialah yang mebolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.”

    Juster...u, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa merungkaikan kalimah agar setiap bicara mencadapat keredhaan Allah.

    Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mampunyai tatacara dan adab tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yan g ada dalam fikirannya serta perangainya.

    Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yuang tidak berfaedah adalah ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah saw mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang yang tidak bermakna baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

    Perkara yang paling utama apabila kita berbicara, hindarkan berbicara sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan kita daripada dosa.

    Malah mungkin kita dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan mengata sesuatu yang tida pasti tanpa bukti yang menyokong. Abu Drada menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya oang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertomlongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)

    Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan pula berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana, kerana orang yang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dan mengaplikasikan pengetahuan dalam berbicara. Jangan pula berdebat dengan orang yang berperangai buruk kerana mereka akan menyakitkan hati saja.

    Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu dan beradab sopan. Tutur kata seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya.

    Oleh itu, setiap inasn harus berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mengenai apa saja sama ada dalam percakapan, penulisan atau perdebatan.

    Bagaimanapun, ia mestilah tidak menyakitkan hati kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa marah, benci dan permusuhan dan jika keterlaluan mungkin mnimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Tuesday, July 3, 2012

SIAPAKAH MUSLIMAH???


  1. Siapakah MUSLIMAH?

    “Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhn...ya yang mempersona itu.

    Siapakah MUSLIMAH?

    "Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran".

    Siapakah MUSLIMAH?

    “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

    Siapakah MUSLIMAH?

    "Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi. Dan ingatlah temanku, muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

    "Ya Allah,Kau berikanlah peluang kepada ku menjadi seorang wanita yang solehah.biarlah diriku tidak cantik di mata manusia, tetapi biarlah cantik di sisi mu Ya Allah"

Monday, July 2, 2012

LARANGAN BAGI WANITA








  • Wanita ialah makhluk ciptaan Allah dengan segala keistimewaan. Diberi kelebihan dari segi lahiriah dan batiniah. Diberi sembilan emosi yang dapat diseimbangkan dalam menjalani kehidupan seharian. Allah meletakkan martabat wanita di tempat yang tinggi kerana kelebihan yang ada padanya. Allah meletakkan juga syarat yang perlu diikuti kerana wanita merupakan fitnah terbesar. Seorang wanita yang mentaati Allah, Rasul, suami dan menjaga auratnya maka syurgalah tempatnya. Di antara larangan bagi wanita ialah:

    1- Rasulullah SAW melaknat wanita yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan buku kening.- Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathul Baari.


    2- Memakai gelang kaki berloceng- Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. -Petikan dari Surah An-Nur ayat 31.


    * menampakkan kaki dan melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya kepada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama seperti pelacur di zaman Jahiliyah.


    3- Memakai wangi-wangian- Wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya.


    4- Melabuhkan tudung. Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. Surah An-Nur ayat 31.


    5- Gigi. Rasulullah SAW melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya- Petikan dari hadis riwayat At-Thabrani.*Dilaknat wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


    6- Muka dan leher- Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang Jahiliyah yang dahulu (bersolek) dan membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.


    7- Muka dan tangan. Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja".- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


    8- Tangan. "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".-Hadis riwayat at-Thabrani dan Baihaqi.


    9- Mata. "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya".- Surah an-Nur: 31.* Nabi Muhammad SAW menyatakan dalam sebuah hadis :"Jangan sampai pandangan yang satu menjadi pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram". - Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud. dan Turmudzi.


    10- Suara. "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik". - Surah al-Ahzaab ayat 32.* Sabda Baginda lagi : " Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilahirkan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi". Hadis riwayat Ibnu Majah.


    11- Kemaluan. " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka". - Surah An-Nur: 31.*Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah- Hadis riwayat Turmudzi, Abu Daud, dan Ibnu Majah.


    12- Pakaian. Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberinya pakaian kehinaan di akhirat nanti". - Hadis riwayat Ahmad, AN-Nasaii, dan Ibnu Majah.Surah Al-Ahzaab ayat 59 menghuraikan: " Hai Nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.""Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


    13- Rambut. "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. .

Sunday, July 1, 2012

WASIAT RASULULLAH KPD SAIDINA ALI.


  1. Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali
    Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":

    "Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara'... yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."

    "Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."

    "Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."

    "Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."

    "Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."

    "Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."

    "Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"

    "Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.

    "Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."

    Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?

    "Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."

    "Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."

    Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":

    "Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."

    "Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."

    "Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."

    "Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."

    "Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."

    "Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."

    "Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"

    "Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.

    "Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."

    Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?

    "Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."

    "Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."

    "Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."

    "Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."

    " Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;

    1. Ia akan cepat memusnahkan harta.

    2. Ia akan melenyapkan kekayaan

    3. Ia akan menghapuskan rezeki.

    Adapun yang tiga di akhirat ;

    1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).

    2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.

    3. Kekal di dalam neraka."

    "Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."

    "Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."

    "Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."

    "Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."

    "Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.

    "Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."

    "Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".

    (Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i).

Tuesday, June 26, 2012

APA KATA HARI ESOK


  1. Apa kata Hari Esok

    ♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥♫♥

    Apa kata hari esok
    Jika anak – anak kita hanya pegang komputer
    Ke hulu hilir kesana sini
    Tidak perlu buku lagi
    Banyak yang bagus
    Atau
    ... Banyak yang tak bagus

    Apa kata hari esok
    Jika lilin ditiup untuk menyambut hari lahir
    Majlis kenduri bertukar jadi majlis tari menari
    Kalah program “Sehati Berdansa”
    Doa bertukar jadi nyanyian
    Nak Ikut trend terkini
    Atau
    Ikut tradisi budaya Islam

    Apa kata hari esok
    Jika semua orang berebut-rebut nak pergi tengok konsert
    Ceramah agama buat-buat sibuk
    Kitab agama dan buku motivasi hanya dipandang sahaja
    Majalah berunsur gosip laris dijual
    Kerana takut dikatakan
    Tak “Up-To-Date”
    Dengan keadaan persekitaran
    Tapi tak malu bila ditanya tentang sejarah Nabi-nabi yang terdahulu
    Nak “Up-To-Date” dimata Allah
    Atau
    Nak “Up-To-Date” dimata manusia

    Apa kata hari esok
    Jika pulang ke kampung halaman
    Panggilan untuk ayahanda dan ibunda sudah bertukar
    “Hello mummy”
    “Hello daddy”
    Sudah lupa dengan panggilan ayah dan mak
    Malu kot
    Entah
    Yang lelakinya pakai subang
    Yang perempuan dah macam beruang
    Nak kelihatan cantik dimata Allah
    Atau
    Cantik dipandangan Allah

    Apa kata hari esok
    Bahasa melayu sudah dicemari
    Populasi, meditasi, motivasi
    Evolusi dan mungkin seksi

    Pada kita semuanya
    Apa agaknya yang cuba disampaikan
    Cuba kita pandang kembali ketempat asal
    Jaga budaya dan akhlak
    Kesatuan diterapkan
    Dan agama diutamakan.

    Sesungguhnya yang baik dan mulia itu adalah hak Allah jua dan yang serba kekurangan serta daif itu dari diri saya yang berdosa ini. Amin.
    Muhasabah diri saya sendiri.
    Semoga dapat membawa manfaat untuk kita semua..

10 AMALAN 'TERBALIK' YANG TIDAK DISEDARI


  • ‎10 AMALAN "TERBALIK" YG TIDAK DISEDARI ♥

    Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

    1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

    “Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
    (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

    2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

    3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

    4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

    5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

    6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

    7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

    8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

    9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

    10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

    ** Nnt ada penambahan ok..... 

Monday, June 25, 2012

CARA BERDEPAN DENGAN UJIAN


  • Imam al-Ghazali menyatakan, jika ditimpa musibah, ada lima cara bagaimana seseorang itu perlu berdepan ujian supaya tidak kecundang.

    Pertama:
    Jika menerima musibah atau ujian yang terlalu besar dan berat bagi dirinya, seseorang itu perlu bayangkan bahawa ada ujian lebih besar dan lebih teruk menimpa orang lain berbanding apa dialaminya. Sedarilah bahawa setiap sesuatu itu dalam kekuasaan Allah. Jadi, bayangkan bagaimana jika bencana atau sakitnya dilipatgandakan Allah SWT, dan adakah kita akan dapat menolak atau menghalangnya. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak menguji kita dengan ujian lebih berat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini. Jika semuanya ditangani dengan kesabaran, pahalanya akan berlipat ganda, sedangkan keburukannya dapat dikurangkan berkat kesabaran ketika menerima ujian.

    Kedua:
    Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama.
    Dalam beberapa hadis, dinyatakan doa diajar Nabi Isa AS bermaksud: “Ya Allah, jangan menjadikan musibah kami ini disebabkan oleh kelalaian kami dalam mengerjakan agama.” Jadi, doa ini boleh ambil dan kita amalkan dalam kehidupan kita.

    Ketiga:
    Takutilah jika musibah itu menimpa secara berterusan di dunia hingga akhirat. Oleh itu, terimalah ujian itu dengan sabar kerana lebih baik diseksa di dunia saja dengan harapan semoga Allah tidak melanjutkan ujian itu hingga semua makhluk dihidupkan semula di akhirat. Ujian diberi Allah SWT masih dapat diringankan dengan melakukan hal lain berbanding perihal sewaktu akhirat. Jika Allah memberikan azabnya di akhirat, pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan pekerjaan lain kerana azab yang diberikan oleh-Nya pasti secara berterusan. Oleh itu, bersabar dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat. Bersyukurlah kerana musibah dan azab yang kita terima menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat.
    Keempat: 
    Setiap bencana atau musibah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada kuasa mampu mengubahnya selain Allah SWT. Ketentuan dan catatan itu ada sejak azali di Ummul-kitab (buku amalan) yang ada di sisi Allah SWT dan tetap perlu ditempuh oleh seseorang itu. Jika seseorang itu menghadapi ujian yang ditetapkan Allah, bersyukurlah dengan berdoa tanpa jemu kepada Allah SWT. Ingatkan diri bahawa apabila ujian itu berakhir, dia terlepas juga daripada bencana.
    Kelima: 
    Ketahuilah bahawa pahala diterima seseorang lebih besar sewaktu mereka ditimpa musibah. Ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat. Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan.
    Wallahualam

MALU ?????


  • MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??


    ♥ Malu kerana berbaju kurung,bertudung & berpakaian muslimah,
    ♥ Atau malu berpakaian skirt pendek,dress seksi & tidak menutup aurat?


    ♥ Malu kerana tiada kekasih,
    ♥ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

    ♥ Malu kerana dikatakan alim,
    ♥ Atau malu kerana dikatakan teruk?

    ♥ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
    ♥ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

    ♥ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
    ♥ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

    ♥ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
    ♥ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

    P/S: MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
    Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
    Jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
    InsyaAllah..♥ (^_^).

KEJADIAN ADA HIKMAHNYA ^_^




  1. Setiap yg berlaku ada hikmahnya.. Setiap persoalan yang timbul apabila kita menghadapi masalah dugaan cabaran kegagalan mahupun halangan telah pun Allah memberikan jawapan kepada kita dalam al-Quran. Percaya pada kuasa Allah.. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    1. Mengapa kita diuji ?
    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedang...kan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
    (Surah al-Ankabut , ayat 2-3).

    Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
    (Surah Muhammad ayat 47)

    2. Mengapa ujian ini begitu berat buat aku ?
    ‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
    (Surah al-Baqarah, ayat 286).

    3. Aku tak mampu menahan ujian ini lagi ...
    ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
    (Surah Ali Imran , ayat 139).

    4. Mengapa aku tak pernah dapat kesenangan ? Selalu ditimpa kesusahan ...
    ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
    (Surah al-Baqarah , ayat 216).

    5. Apa yang harus aku lakukan ?
    ” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
    (Surah al-Baqarah ayat 45).

    6. Siapakah yang aku harus meminta pertolongan ?
    ” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .”
    (Surah at-Taubah, ayat 129).

    7. Apakah manfaat yang dapat atas kesusahan yg kita lalui ?
    ” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
    (Surah at-Taubah , ayat 111).

    Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.
    (Surah An-Najm ayat 31)

    8. Aku tak mampu menanggung semuanya ...
    ,”....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
    (Surah Yusuf , ayat 12).

    9. Adakah aku sentiasa dilanda malang ?
    ” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ Surah al-Insyirah, ayat 5-6.
    Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
    (Surah AR-Ra’d ayat 26)

    10. Kenapa aku ?? Bukan orang lain ??
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
    (Surah Al-anfal, ayat 2)

    Setiap halangan cubaan dan dugaan itu menjadikan kita hamba Allah yang setiasa bersyukur dan mengingati Allah disaat senang mahupun susah. Ingatlah, dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali..
    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
    (Surat Al-Baqarah 2:30)
    sesungguhnya , ALLAH MAHA MENGETAHUI segala hikmah atas setiap yang berlaku ...

Sunday, June 24, 2012

KHUTBAH RASULULLAH SAW DALAM MENYAMBUT RAMADHAN


  1. Khutbah Rasulullah s.a.w Dalam Menyambut Ramadhan

    Imam Ali ibn Musa al-Ridha AS meriwayatkan berdasarkan rangkaian perawi dari kakek-kakeknya dari Imam Ali AS bahwa Rasulullah SAW menyampaikan khutbah berikut ketika datangnya bulan Ramadhan

    Wahai manusia !

    Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah
    dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
    Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
    Hari-hariny...a adalah hari-hari yang paling utama.
    Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
    Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
    Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi
    tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
    Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,
    tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.
    Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu
    dengan niat yang tulus dan hati yang suci
    agar Allah membimbingmu untuk
    melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
    Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah
    di bulan yang agung ini.

    Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,
    kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
    Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
    Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda,
    sambungkanlah tali persaudaraanmu,
    jaga lidahmu, tahan pandanganmu
    dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu
    dari apa yang tidak halal kamu
    mendengarnya.

    Kasihilah anak yatim
    niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
    Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
    Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa
    pada waktu-waktu shalatmu
    karena itulah saat-saat yang paling utama
    ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang
    hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.
    Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya,
    menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya
    dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

    Wahai manusia !
    Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu
    maka bebaskanlah dengan istighfar.
    Punggung-punggungmu berat
    karena beban (dosa)mu maka ringankanlah
    dengan memperpanjang sujudmu.

    Ketahuilah
    Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya
    bahwa Dia tidak akan mengazab
    orang-orang yang shalat dan sujud,
    dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka
    pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al 'alamin.

    Wahai manusia !

    Barangsiapa diantaramu memberi buka
    kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini
    maka di sisi Allah nilainya sama dengan
    membebaskan seorang budak
    dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

    (Sahabat-sahabat bertanya, "Ya, Rasulullah! Tidaklah kami
    semua mampu berbuat demikian".

    Rasulullah meneruskan:

    Jagalah dirimu dari api neraka
    walaupun hanya dengan sebiji kurma.
    Jagalah dirimu dari api neraka
    walaupun hanya dengan seteguk air.

    Wahai manusia

    Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini
    ia akan berhasil melewati shirath
    pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
    siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang
    yang dimiliki tangan kanannya
    (pegawai atau pembantu) di bulan ini,
    Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.
    Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini,
    Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan- Nya.

    Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,
    Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

    Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini,
    Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
    Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini,
    Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

    Barangsiapa melakukan shalat fardlu
    baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardlu di bulan yang lain.

    Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini,
    Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

    Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain.

    Wahai manusia !
    Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.
    Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah d dibukakan bagimu.

    Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
    Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,

    "Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?"

    Jawab Nabi' "Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..

    Alhamdulillaahi rabbal 'aalamiin.

Friday, June 22, 2012

CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI

  • CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI

    Berikut ciri-ciri suami yang betul-betul menjadi dambaan para istri. Memang sekilas kelihatan sempurna, namun anda para pria pasti bisa melakukannya tahap demi tahap..

    1. Setia Mendengar..

    Punya telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mau mendengar cerita atau keluhan sang isteri. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh sang isteri hanyalah perkataan dia di dengar dan difahami saja.

    2. Menghargai..

    Semua manusia tentu ingin dihargai, termasuk juga isteri. Seorang suami yang selalu menghargai isteri baik dalam sikap maupun perkataan tentu akan selalu dirindukan oleh seorang isteri. Penghargaan yang diharapkan oleh isteri bukanlah mahal atau besar, awali dengan perbuatan-perbuatan kecil atau sepele seperti memberikan pujian jika sang istri memasak atau memberi ciuman selamat pagi.

    3. Tidak Suka Menyalahkan..

    Seorang isteri juga manusia yang tak luput dari kesalahan, ketika sang isteri berbuat kesalahan, sang suami sebaiknya menegur dengan sikap yang cerdas, tidak dengan kasar atau menyalahkan hingga keluar emosi yang berlebihan. Daripada marah-marah kepada isteri sebaiknya menanyakan/meminta penjelasan dari sang isteri kenapa berbuat itu dan memberi nasihat agar tidak terulang lagi.

    4. Boleh menerima pendapat isteri..

    Suami sebagai kepala keluarga, sebaiknya tidak bersikap setia mendengar tetapi sebaliknya suami dapat mendengar dan menerima pendapat dari isteri jika pendapat itu memang merupakan keputusan yang terbaik. Suami isteri perlu memutuskan suatu keputusan secara bersama-sama tidak sepihak dan sang isteri harus memahami apa-apa yang diputuskan oleh suami.

    5. Sayang diri sendiri..

    Kalau suami menyayangi isteri dan keluarga, tentu isteri juga ingin agar sang suami juga menyayangi diri sendiri. Seperti menjaga kesehatan, pola makan, tidur yang cukup, dan tidak merokok.

    6. Pulang dengan senyuman..

    Tekanan di tempat kerja tidak membuat sang suami membawa perasaan itu didalam rumah, kerja yang membuat stress atau meletihkan tetapi ketika sampai di rumah semuanya dihiasi dengan senyuman, sehingga isteri tidak menjadi sedih atau salah bersikap.Jika ada masalah di tempat kerja, suami bisa berbagi cerita kepada isteri dan isteri pun bisa menjadi motivasi atau memberi sokongan kepada suami yang sedang menghadapi masalah.

    7. Romantis..

    Isteri mana yang tidak bahagia memiliki suami yang penuh kasih sayang , perhatian dan romatis. Memang agak susah mengharapkan suami menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada isteri setiap hari. Tetapi suami bisa melakukannya pada saat tertentu, misal ulangtahun pernikahan, atau hari ulang tahun isteri. Sesekali suami mengajak isteri untuk keluar berduaan.

    8. Membantu urusan rumah tangga dan anak.

    Inilah suami idaman yang dinantikan oleh para isteri, iaitu suami yang mau membantu dan melakukan kerja rumah tangga. Disela-sela kesibukan mencari nafkah, suami masih ‘sempat’ meluangkan waktu untuk membantu isteri dan anak.

    9. Senantiasa menambah ilmu rumah tangga.

    Biasanya sang isteri yang mencari informasi berkenaan dengan rumah tangga, tetapi alangkah baiknya kalau sang suami juga mencari informasi dan ilmu mengenai rumah tangga..

Wednesday, June 20, 2012

BULAN KELAHIRANKU ... ^_^ WELCOME SYA'BAN


  • Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

    Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-...bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

    Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

    Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


    *** 19 SYA'BAN KELAHIRANKU DI DUNIA. 

DOAKU LUAHAN HATIKU




  1. "Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

    Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.

    Ya Allah kurniakalah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari se...gala mara bahaya dan petaka.

    Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah , iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.

    Jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.

    Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, kabulkanlah doa kami”.

WAHAI MUJAHID!!!!!!


  1. Wahai Mujahid!!!

    Wahai Mujahid,
    Janganlah menghinakan dirimu dengan hubbuddunia-mu
    Janganlah melemahkan iman dengan kedha'ifan-mu
    Dan janganlah lari dari tanggung jawab dengan kesibukan dan
    kekhawatiran-mu

    Wahai Mujahid,
    Inilah Islam-mu yang akan menyelamatkanmu
    ... Inilah sumpahmu yang akan memeliharamu
    Inilah jihad sebagai qodrat jalan hidupmu
    Dan inilah da'wah sebagai amanah dan kesibukanmu

    Wahai Mujahid,
    Jika dirimu lemah, maka bukankah ada ALLAH, maka bermohonlah
    Jika dirimu susah, bukankah ada ikhwan, maka mintalah nasihat
    Jika terhambat, bukankah ada akal, renungkan, berfikir dan majulah
    Dan jika berhasil, bukankah perjalanan masih panjang, maka tingkatkanlah

    Wahai Mujahid,
    Jika ingin berbakti, maka beribadahlah
    Jika ingin ikhlas, maka bertauhidlah
    Jika ingin lurus, maka ikutilah Qur'an dan Sunnah
    Jika ingin bahagia, maka berserah-dirilah
    Jika ingin selamat, maka tepatilah sumpah
    Jika ingin terpelihara, maka ta'atlah
    Jika ingin berhasil, maka berjihadlah
    Jika ingin membersihkan diri, maka bertaubatlah
    Jika ingin bersih hati, maka berinfaqlah
    Jika ingin penyelesaian, maka bermusyawarahlah
    Dan jika ingin khusyu', maka ingatlah ALLAH dan kematian.

    MuHaSaBaH dIrI =) =) =)•*❤ CINTA ALLAH.

7 RAMUAN


  • Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

    Sahabat yang dirahmati Allah,
    Diceritakan pada suatu ketika yang lalu, terdapat seorang lelaki beriman yang soleh. Dia tidak disenangi oleh raja yang zalim kerana ketegasan dan keberaniannya menyuarakan kebenaran. Dia ditangkap dan disumbatkan dalam penjara dengan cara yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    Beberapa hari kemudian dia dilawati seorang pesuruh raja untuk meninjau keadaannya dalam penjara. Alangkah terkejutnya pesuruh tersebut apabila dia mendapati lelaki mukmin itu berada dalam keadaan tenang, riang dan gembira. Dia bertanya penuh kehairanan. Apakah rahsia kebahagiaannya sedangkan dia terkurung di dalam bilik sempit. Dikelilingnya dinding serta tembok yang sepi?

    Mukmin yang soleh pun menjawab :
    “Setiap hari aku mengambil ubat yang terdiri daripada tujuh ramuan. Ubat itulahyang menjadikan aku seperti yang awak lihat.”

    Pesuruh itu bertanya dengan penuh kehairanan ingin mengetahuinya. “Apakah ubat yang awak ambil dan apakah ramuannya?”

    Mukmin soleh itu pun menjawab :
    Ramuan Pertama : Aku yakin kepada Allah. Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa saja ketentuan Allah keatas diriku. Aku yakin apa yang ditentukan-Nya itu yang lebih baik untukku. Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik.

    Ramuan Kedua : Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana. Tiada siapa dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapan-Nya. Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya.

    Ramuan Ketiga: Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah.Kejayaan didalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik samaada di dunia dan akhirat. Dengan itu aku tidak di himpit kerisauan dan keluh kesah.

    Ramuan Keempat : Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedehan, kerisawan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena, makan tak selera dan ibadah tak bahagia.

    Ramuan Kelima : Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang. Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini Bukankah pepatah ada menyebut ‘sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya’.

    Ramuan Keenam : Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku. Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah s.a.w. berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami”

    Ramuan Ketujuh : Dan yang akhir, sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil.

    Firman Allah SWT. yang bermaksud “…Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia…” (Surah Ali- Imran ayat 140)

    Sahabat yang dikasihi,
    Demikian besarnya erti keyakinan kepada Allah SWT. Sesungguhnya apa yang dianggap oleh mukmin yang soleh itu merupakan menifestasi rahmat keyakinan yang dianugrahkan Allah kepadanya.

    Firman Allah SWT yang bermaksud : “Apa-apa rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia, maka tidak ada yang akan dapat menahannya. Dan apa-apa yang ditahan-Nya, maka tidak ada yang akan dapat memberikannya selepas itu. Dia maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

    Oleh itu untuk mendapat ciri-ciri mukmin sejati kalian perlulah yakin kepada Allah, beriman sepenuhnya kepada Allah, pegangan yang mantap, kepercayaan yang utuh serta ketenangan hati yang padu terhadap ke Esaan Allah, yakin sepenuhnya terhadap kekuasaan-Nya, kekuatan-Nya, keagongan-Nya dan kebijaksanaan-Nya.

    Hidaya-Nya sahajalah yang sebenar-benar petunjuk.Tidak ada lagi selain daripada petunjuk-Nya kecuali kesesatan. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah, Allah akan memeliharanya. Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya, sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba. Setiap apa yang ditakdirkan oleh-Nya itulah yang terbaik. Semua kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa tiada permusuhan kecuali keatas orang-orang yang zalim.