ASSALAMMUALAIKUM WBT...
Ahlan Wasahlan. Alhamdulilah to day dah 19 SYA'BAN 1433 H. ^_^. Tak lama lagi Bulan Ramadhan akan muncul kembali. Rasa syukur kepada Allah kerana atas limpah kurniaanya dapat lagi berjumpa dengan bulannya yang penuh dengan barakah ini kan.. Syukur Allah :) . Tingkatkan segala amal ibadah kita di bulan ramadhan nnt. INSYA ALLAH.
19 SYA'BAN 1433H Vs 3 JULY 2012.
July And Sya'ban datang lagi, kali ini bagi tahun 2012 dan 1433H.
Ini bermakna buat aku, ini telah menghampiri fasa suku abad berada di dunia yang fana. Lafaz kesyukuran yang amat bererti buat Khaliq pencipta segala, kerana masih mengizinkan aku untuk terus bernafas dan merasai limpahan rahmat dan nikmat sepanjang hidup di bumi ini.
Banyak liku hidup dan jauh perjalanan yang telah dilalui serta dipelajari.
Hidup ini penuh makna, bagi yang tahu mencari maknanya.
Hidup ini tiada erti, bagi yang tidak tahu menilai ertinya.
Apa pun, Allah swt amat pengasih dan penyayang, selagi kita berada di dalam limpahan kasih sayangNya, percayalah, kita tetap selamat.Semoga Allah swt redha dan berkati selamanya, amin.
Selamat ulang tahun buat diri sendiri, syukur alhamdulillah.
Alhamdulilah.. umur ku da cukup lagi sempena 19 SYA'BAN 1433H Vs 3 JULY 2012M ini... Terima kasih atas segala ucapan daripada rakan-rakan, guru-guru, para pelajar dan saudara mara.... Terima kasih atas segala ingatan tak kira melalui Facebook, Sms dan ucapan lisan... Syukur dan terharu tak terkata.. Pabila tiba ulangtahun, perkara penting yang ingin ku kutip adalah Keberkatan sepanjang hidup ku, Doa dari semua yang mendoakan ku....Moga aku tabah menghadapi hidup akan datang...AMEN.
Doa ku...
Ya Allah..
Panjangkan usiaku..
Agar lebih lama dapat ku mentaati-Mu..
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang..
Moga di akhirat kelak dapat ku mengutip hasilnya..
Ya Allah..
Tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku ini..
Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku..
Rehatku adalah rantaian zikir..
Rantai yang ku kalungkan pada leher ku..
Sebagai tanda cinta ku padaMu
Ya Allah..
Engkau tidak mensia-siakan segala usaha ku..
Mencari haruman Syurga ciptaanMu..
Tempat rehat dan nikmat yang abadi...
amin..
Dulu kecil, sekarang dah besar, sekarang aku hidup dan lepas ni aku dan makhluk yang hidup tetap akan mati, yang kekal hanyalah Allah s.w.t. Oleh itu, sambutan ulang tahun kelahiran sepatutnya dijadikan kayu pengukur samaada nikmat usia dikurniakan benar-benar kita hargai. Masa tetap akan berjalan tanpa menunggu kita. Masa boleh diibaratkan ais. Kenapa ais bukannya emas? Jika seketul ais diambil dan diletakkan di atas meja dibiarkan begitu sahaja, maka sedikit demi sedikit ais itu akan cair tanpa sebarang manfaat. Sebaliknya jika kita mengambil seketul ais dan diletakkan di dalam secawan air maka ais itu kita boleh minum samaada teh o beng, milo beng, nescefe beng yang mana insyaAllah sedap di waktu kita kepanasan. Begitulah masa yang mana masa tetap akan berjalan dan perlu kita tanya pada diri samaada masa yang berjalan itu kita gunakan untuk perkara manfaat atau sebaliknya. Selagi jantung masih berdegup, adakah kita terus menjadi hamba yang taat atau ingkar, adakah kita menjaga hubungan sesama insan dengan baik atau kita selalu menyusahkan orang lain, adakah nikmat yang diberikan Allah s.w.t kita gunakan dengan cara yang betul?
Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya, seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Rasulullah s.a.w bersabda: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan”. (hadith riwayat al-Tirmizi)
Usia yang panjang adalah nikmat tidak ternilai, dengannya kita dpat terus beribadat, berdakwah, merasai nikmat, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia diambil semula pemilikNya, maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.Sebab itulah jika kita ingat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan yang sangat bermakna. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan” (Surah al-Araaf, ayat 34).
Kita perlu sedar dari awal dan tahu bahawa kematian adalah pengakhirnya. Setiap kita tidak ada yang tidak mempunyai dosa tetapi kita harus sedar dosa yang kita lakukan dan kita bertaubat pada Allah s.w.t. InsyaAllah semoga aku dan anda dapat amalkan dan sampaikan.
SANAH HELWAH YA AUDRALAILIEY @ AUDRA. ^_^. 19 Sya'ban 1433h.
SANAH HELWAH YA AUDRALAILIEY @ AUDRA. ^_^. 19 Sya'ban 1433h.
No comments:
Post a Comment