Wednesday, July 4, 2012

BICARA LAMBANG PERIBADI KITA


  1. Setiap Bicara Lambang Peribadi Kita

    Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya menggunakan duan tangan sebagai syarat. Firman Allah swt dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serat melimpah-limpah rahmatNya, Dialah yang menciptakan manusia, Dialah yang mebolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.”

    Juster...u, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk menggunakan lidah yang sentiasa merungkaikan kalimah agar setiap bicara mencadapat keredhaan Allah.

    Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mampunyai tatacara dan adab tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yan g ada dalam fikirannya serta perangainya.

    Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yuang tidak berfaedah adalah ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah saw mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang yang tidak bermakna baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

    Perkara yang paling utama apabila kita berbicara, hindarkan berbicara sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan kita daripada dosa.

    Malah mungkin kita dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan mengata sesuatu yang tida pasti tanpa bukti yang menyokong. Abu Drada menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya oang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertomlongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)

    Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan pula berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana, kerana orang yang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dan mengaplikasikan pengetahuan dalam berbicara. Jangan pula berdebat dengan orang yang berperangai buruk kerana mereka akan menyakitkan hati saja.

    Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu dan beradab sopan. Tutur kata seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya.

    Oleh itu, setiap inasn harus berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mengenai apa saja sama ada dalam percakapan, penulisan atau perdebatan.

    Bagaimanapun, ia mestilah tidak menyakitkan hati kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa marah, benci dan permusuhan dan jika keterlaluan mungkin mnimbulkan kekacauan dan perbalahan.

No comments: