10 AMALAN 'TERBALIK' YANG TIDAK DISEDARI
10 AMALAN "TERBALIK" YG TIDAK
DISEDARI ♥
Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan
asal:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana
Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga
simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah
ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang
datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau
harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita
terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu
menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang
menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh
al-Hakim)
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang
kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit
nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan
untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara
kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah
maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di
rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang
dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan
makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak
membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di
rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan
yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah
yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa
yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan
haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan
apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam
antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan
kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau
kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau
anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun
banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang
pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari
Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar
pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus
periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam,
pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki
Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri
kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias.
Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri
itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan
yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
** Nnt ada penambahan ok.....
No comments:
Post a Comment