Thursday, January 5, 2012

Apabila Diri Diuji, Dimana Kesabaran???



Apabila Diri Diuji, Dimana Kesabaran

Penat berjalan melalui rutin dan hidup hari demi hari. Terasa sakit dan pening kepala memikir semua benda yang perlu dilangsaikan. Itu hanya sakit lahiriah, bukan pada batinnya pulak! Memikirkan diri sendiri dan Ummah lebih membimbangkan. Apakah kesudahan.

Ha. Begitulah hidup kita dalam dunia ini. ALLAh sering sapa diri kita dengan ujian. Tidak dinamakan seseorang itu hamba ALLAh jika tidak menerima ujian yang ALLAh berikan. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar. Dan tiadalah dikatakan seseorang itu SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya.

Kadang-kadang, kita cepat sangat untuk mengeluh dan merasa lelah atas semua apa yang telah menimpa dan apa yang telah kita lakukan. Lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir, dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalam diri seseorang.

Ujian Allah = Kasih-Sayang Nya

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah SWT, perlu kita ingat.. Ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah SWT itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Saya yakin deh! Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah SWT turunkan, ada kebaikan akhirnya.. Cuma, mahu tidak mahu saja untuk kita berfikir.

Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga.. suatu penyakit yang Allah SWT turunkan. Itu semua adalah kasih-sayang Allah SWT.. Allah sebenarnya nak mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah nak bagitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.

Apabila ujian datang menimpa.. Kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu. Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia.. Seringkali terlupa. Rasanya ungkapan Tun Mahathir yang berbunyi ‘Melayu Mudah Lupa’ patut digantikan dengan ungkapan ‘Hamba Allah Mudah Lupa’.

Sabar : Orang-orang Yang Hebat

Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepada sahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatan sabar itu adalah KUAT. Ada orang, yang sudah lali dengan perkataan sabar yang diungkapkan oleh orang lain.. Ada orang, akan mendapat semangat dari perkataan sabar yang disebut oleh orang lain. Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri saya untuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya gambarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.

Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati.. Sifat SABAR itu adalah salah satu sifat yang paling tertinggi di sisi Allah SWT. Bukan semua orang boleh bersabar dengan dugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Tiada sifat seorang Muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifat sabar. Sabar adalah kekuatan. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diri seseorang itu.

Pesanan buat diri saya sendiri.. Saya seringkali memujuk diri. Saya yakin dengan janji Allah.

Allah SWT tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih-sayang melalui pandangan rahmatNya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, inshaAllah. Percaya dan yakinlah dengan Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihampas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.

Apabila sebarang musibah datang melanda, cepat-cepat bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia. Mengadulah.. Menangislah.. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Pujuk jugalah hatimu untuk melunturkan ego agar dirimu lembut untuk menitiskan airmata dihadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hambaNya. Syaratnya adalah dengan BERSABAR.

Kita Semua Adalah Pejuang

Kita semua adalah askar! Kita semua adalah pejuang! Dan seorang pejuang itu ada perjuangan yang wajib untuk dia selesaikan hingga ke akhir hayat. Hamba Allah…. Perjuangan kita sebagai hamba Allah adalah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi sepertimana perjuangan Rasulullah SAW dahulu. Dan dengan perjuangan inilah kita akan mendapat keredhaan Allah SWT.

Ingatlah, dalam barisan perjuangan kita ini memerlukan semangat yang tinggi, pengorbanan yang banyak.. Dan semua itu tidak akan dapat kita selesaikan seandainya kita tiada sifat sabar dalam diri. Maka dengan itu, suburkanlah sifat sabar dalam jiwa. Buangkan sejauh-jauhnya sifat amarah, jauhilah dendam jika dikhianat orang, dan maafkanlah kesalahan orang walaupun perbuatan itu sesuatu yang tidak dapat kita lupakan. Sesungguhnya, Allah juga sangat kasih kepada hamba yang pemurah dengan memaafkan kesalahan orang lain.

Pejuang Hidup Kerana Berjuang!

Seorang pejuang tetap wajib tegar di jalan perjuang. Seorang pejuang tidak boleh berputus-asa dengan perjalanan hidup yang masih panjang walaupun umur kita hanya Tuan Punya Dunia yang Maha Mengetahui. Apabila seorang pejuang itu rebah kerana berputus – asa, bermakna kita memberi peluang kepada iblis dan syaitan untuk bersorak kegembiraan kerana ada Anak Adam yang lemah padahal syurga telah Allah janjikan bagi mereka yang penyabar.

Rebah seorang pejuang itu, memang keinginan syaitan laknatullah. Ketahuilah wahai diriku, seisi alam ini ; haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan para Malaikat turut mendoakan kesejahteraan manusia yang baik-baik, yang tetap teguh seperti seteguh karang dijalan perjuangan ini.

Moga qalam ini dapat membuat diri saya berfikir kerana ku menulisnya untuk peringatan diriku sendiri. Aku perlu untuk tetap berdiri di jalan yang penuh duri yang berbisa. Aku perlu.. Aku wajib! Kerna, aku hanya mendambakan redha Allah.. Dan untuk mendapatkan redha Allah, aku perlu bersabar seiring melalui rintangan perjuangan yang tidak terduga. Allah~

Aku sayang Allah~ Aku sayang Rasulullah.

Wednesday, January 4, 2012

~~~ Hadiah Teristimewa ~~~


~~~HADIAH TERISTIMEWA~~~

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah 'kejayaan' .
Hadiah terbaik untuk murid adalah 'tauladan' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' .
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' .
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' .
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat' .
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'.

*** P/S - hargai setiap hadiah yg anda terima dari ssorg yg Ikhlas. :)

Heartsong - Talib Al Habib WITH LYRICS




Hear now my heartsong

My heart calls to You
that You guide me, My Lord
through my soul's long dark night

I send my heartsong
accross the empty silences
to You, may You fill me
with peace and with light

Subhanallahi Walhamdulillahi Wa Laa Ilaha Ilallahi Wa Allahu Akbar

The Best Song .... LIKEEEE..... :)

Ke arah lebih baik ..


Suka saya ingatkan diri saya sendiri; kita tidak memanjakan diri untuk berusaha memperbaiki diri bukanlah bererti diri kita lebih baik daripada orang-orang yang ada di sekeliling kita. Kerana hakikatnya, tiada yang lebih baik di antara kita. Sebab sebenarnya ktia sama-sama sedang berjuang.

Begitu juga dengan maksud berlumba-lumba untuk melakukan perkara kebaikan. Itu bukanlah bererti ia boleh me...njadi tiket untuk syaitan meniupkan penyakit halus; riak, ujub, takabbur ke dalam hati seseorang Muslim.

Kita berjuang, siapa diantara kita yang mampu terus berjalan dalam proses hijrah menuju ALLAh. Kita berlumba-lumba, siapa di antara kita yang mampu untuk meniti jalan yang penuh lik dan duri sehingga suatu saat nanti akan bertemu dengan ALLAh Ta’ala. Subhanallah!

Pssst, sahabat! Kita memang boleh selalu memiliki niat yang baik. Dan untuk niat yang baik itu, ALLAh Ta’ala sudah berikan pahala sebagai ganjaran. Whoa! Hebat kan ALLAh Ta’ala? Tapi, tidak semua niat yang baik itu kita mampu tuangkan dalam perbuatan.

Maka, jom menghargai detik waktu yang singkat ini untuk niat yang terlintas dihati.
Anda orang yang disayangi ALLAh Ta’ala. Buktinya, anda masih punya niat yang baik.

Memberi nasihat dan mengajak orang lain ke arah kebaikan tidak sesekali bererti diri kita lebih baik. Sebenarnya, apabila kita mengajak orang lain, kita sedang mengajak dan memperingati diri kita terutamanya!

SELAGI ADA RUANG KESEMPATAN, BERGERAKLAH.


Selagi Ada Ruang Kesempatan, Bergeraklah

Bila ditanya,

“Siapa mahu ke neraka?” Pasti ramai yang enggan ke sana.
“Siapa mahu ke syurga?” Dan pastilah ramai yang mengangguk tanda mahu.

Tapi kan, mana ada yang percuma begitu-begitu sahaja. Apatah lagi untuk memasuki syurga. Juga untuk mendekat kepada ALLAh Ta’ala. Mana boleh kita hanya berniat mahu menjadi orang yang sentiasa dekat kepada ALLAh tanpa melakukan sebarang usaha, dan tiba-tiba kita terus menjadi orang yang jiwanya dekat dengan Dia.

Di ruang kesempatan waktu yang kita ada pada waktu sekarang ini, cukup memberi kita faham bahawa kita hanya mempunyai waktu yang singkat untuk mengumpul bekalan. Jika ditanya pada diri, adakah setiap perbuatan yang kita lakukan itu kita niatkan kerana ALLAh? Adakah kita melakukan sebarang bentuk kebaikan hanya mengharap redha ALLAh? Adakah apa yang kita cita-citakan itu menjurus kepada mardhotillah?

Maka, kerana ruang waktu yang singkat inilah manusia mesti berusaha untuk berebut-rebut melakukan kebaikan hatta sekecil-kecil perkara, dalam setiap sudut kehidupan dan perbuatan. Hei, itu adalah salah satu jalan untuk menuju ALLAh Ta’ala.

ALLAh Ta’ala pernah berfirman,

“Dan untuk (memperolehi kenikmatan syurga) yang demikian itu, hendak berlumba-lumba orang-orang yang berlumba.” – al Muthaffifin : 26

Untuk setiap perkara kebaikan, jika jiwa kita masih hidup, kita sepatutnya akan merasa cemburu kepada orang yang tegar melakukan kebaikan. Cemburu yang baik; yang dapat mendorong diri kita melakukan kebaikan yang sama mahu pun yang lebih. Di dalam masa yang sama, kita menumpang gembira melihat ada manusia yang masih berbudi dan berhati air.

Jangan sesekali kita merasa cemburu dan terdorong untuk ikut melakukan akan perkara kejahatan. Memang. Dalam diri setiap manusia itu punya keburukan tersendiri. Tapi saya yakin satu perkara; Manusia tiada yang jahat 100%, kerana yang jahat seperti itu adalah Iblis. Dan manusia tiada yang baik 100%, kerana manusia yang baik seperti itu adalah malaikat. Dan kita.. Kita hanyalah manusia.

Hanyalah manusia yang berusaha mengikis karat jahiliyyah dalam diri. Dan yang mahu berusaha untuk menanam benih kebaikan dalam diri. Agar benih kebaikan itu nanti akan tumbuh mekar dan menjalar sehingga ke keturunan yang akan datang, yang hakikatnya adalah kebaikan buat diri kita di akhirat sana.

*** Perjalanan menuju ALLAh ta’ala itu adalah sebuah hijrah. Hijrah perubahan dalam diri. Perpindahan dari apapun selain ALLAh, kepada ALLAh Ta’ala.

Hijrah jiwa. Peralihan dari apa sahaja perkara yang tidak diredhai oleh ALLAh Ta’ala, kepada perkara yang diredhai-Nya. Perubahan dari segala perkara yang mengundang murka ALLAh, kepada hal-hal yang dicintai-Nya dan kita juga turut dicintai ALLAh.

Kembalikan Hati Kepada Allah


Kembalikan Hati Kepada ALLAH

Bismillah.

Pernah tak hati merasa gelisah sepanjang hari? Pernah tak merasa tidak senang duduk, seperti ada yang tidak kena atau pun belum lunas. Tapi masih, tetap kita tidak tahu kenapa kita boleh merasa begitu?

Atau kadang-kadang, kita tahu kenapa kita rasa resah begitu. Dan kita sendiri membuat andaian, itu mungkin teguran daripada ALLAh atas apa yang telah kita perbuatkan. Sama ada yang kita sengaja dan menyembunyikannnya dari keramaian, atau yang kita terlepas pandang lalu ALLAh bukakan hijab hati kita?

Saya pasti. Mesti pernah, kan. Saya pun pernah juga.

Kadang-kadang rasa resah itu sehingga menimbulkan rasa debar dihati. Memang suatu rasa yang langsung tidak menenangkan. Kemuncaknya adalah apabila kita mahu merebahkan diri di pembaringan, dan debaran resah itu kita dapat rasai dengan jelas.



Hati Resah Itu Tanda Isyarat

Selalunya dan kadang-kadang hati itu resah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan.

Bersyukur jika hati kita masih merasa gelisah sejurus selepas melakukan dosa dan kemaksiatan yang terzahir dan tersembunyi. Sebab itu adalah tanda bahawa hati kita ini masih hidup dan masih memiliki rasa seorang Muslim yang takutkan azab ALLAh dan memang merasa tidak senang akan kemaksiatan.

Itu salah satu isyarat. Isyarat bahawa hati itu masih cenderung pada fitrahnya yang bersih dan sedaya tidak menerima kekotoran, lalu menjadi gelisah; kerana mahu memohon ampun dari-Nya!

Kemaksiatan itu boleh terjadi dengan banyak cara. Hatta duduk di hadapan laptop saja sudah boleh mengundang banyak dosa dari pahala. Akhirnya nanti, mahukah kita menjadi orang yang tercelah? Maka, tanya diri sendiri.

Pasti hati itu akan menjawab dengan jujur atas setiap perbuatan.

ALLAh Yang Maha Berkuasa, punya banyak cara untuk menegur para hamba-Nya yang melakukan kesalahan besar dan kecil. Salah satunya, melalui resah hati.

Tapi, tidak semua manusia yang mengalami keresahan hati itu, cukup membuatkan dirinya meninggalkan apa yang dilakukannya; yakni yang mengundang dosa, resah dan gelisah. Maka jangan hairan jika ada manusia yang tetap bertahan dengan hati yang sentiasa resah. Yang akhirnya, hati yang resah itu memberikan kesan dalam hidupnya sehingga kehidupan sebenarnya menjadi serabut.

Manusia memang kebanyakannya degil kan? Hatta kepada ALLAh Ta’ala sendiri.
*tertunduksendiri*

Teguran Yang Menundukkan Manusia

Ada waktu, ALLAh akan berikan teguran yang agak keras. Percaya?

Kadang-kadang ALLAh Ta’ala menegur para hamba-Nya dengan suatu teguran yang menyakitkan. Dan dengan teguran itu kita terhenyak, terjelepok dan sedar. Mungkin dengan cara ALLAh Ta’ala memberikan dugaan dengan sesama manusia yang membuka mata hati. Atau boleh jadi, mungkin ALLAh Ta’ala membuat manusia gagal dalam sesuatu perkara yang dilakukan. MashaAllah!

Pun begitu, bersyukurlah kepada-Nya, bila hati kecil yang dinodai ini masih dapat merasakan peringatan dari ALLAh Ta’ala dengan sesuatu keadaan yang sangat memukul hati. Dan dengan cara itu, kita menjadi seorang hamba yang tertunduk pada keagungan ALLAh Ta’ala. Lalu rasa kerdil menyerap dalam hati di hadapan ALLAh.

Jiwa Yang Mahu Dekat Kepada Rabbnya

Kawan-kawan.. Pernah merasa begini?

Merasa sedih tanpa alasan yang kita sendiri kabur mengenainya, kurang pasti kenapakah kesedihan yang bertandang dihati lalu sangat menyengat itu terjadi tanpa asbab yang kita kurang tahu atau pun tidak tahu. Atau pun merasa asing di tengah keramaian, ketika bersama keluarga dan rakan-rakan? Atau merasa bosan walhal hidup dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada?

Kadang-kadang semua itu terjadi kerana jauhnya jiwa kita dari ALLAh.
Sungguh.

Kita ini, kadang-kadang terlepas pandang dan menyandarkan jiwa kita pada kebendaan yang wujud di hadapan. Menyandarkan rasa kebahagiaan kita kepada manusia tanpa mengembalikan rasa bahagia itu kepada ALLAh untuk memautkan jiwa yang kerdil ini kepada-Nya. Sebab itu, jiwa sering kali merasa kosong, gelisah, sedih yang kita sendiri tidak tahu asbabnya. Padahal, sebenarnya tautan jiwa kita dengan ALLAh Ta’ala makin goyah kerana lalai dengan nikmat dunia.

Apa yang mahu diketengahkan di sini adalah, ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa itu akan ada jika manusia itu berusaha untuk sentiasa memperbaiki hubungannya dengan ALLAh Ta’ala. Dengan itu, inshaAllah jiwa menjadi tenang. Sebab, sumber ketenangan itu datangnya dari Dia.

Maka, mana mungkin Dia Yang Maha Pengasih tidak mengurniakan ketenangan dan kebahagiaan kepada hamba-Nya yang berusaha di atas nama-Nya, aite?

Pssst! Sahabat, kadang-kadang kita megah dengan perbuatan kita.
Tapi yang sebenarnya, hati kita sedang menangis sengsara, kan.

Kita mungkin boleh menipu manusia dengan topeng ceria dan kegembiraan kita yang terpapar di wajah. Tapi kita sesekali tidak akan dapat menipu diri sendiri. Sebab, diri sendirilah yang merasa sakit dan nikmatnya keadaan yang ALLAh Ta’ala berikan.

Hati itu ALLAh Ta’ala yang ciptakan,
jika hati itu semakin jauh dari Dia,
apakah kamu akan menyangka ia akan tenang seadanya,
sedangkan sumber ketenangannya berada jauh darinya.

Bawalah diri menunduk kepada kebesaran Tuhan,
bawalah hati untuk diserahkan kepada Tuhan.

Semoga ALLAh merahmati.

Friday, December 30, 2011

Quran Explorer

Quran Explorer

4 Sifat Penghuni Syurga


‎4 Sifat Penghuni Surga

1) awwab (hamba yang kembali pada Allah), (2) hafiizh (selalu memelihara aturan Allah), (3) takut pada Allah, dan (4) datang dengan hati yang muniib (bertaubat).

Sifat Pertama: Awwab
...
Yang dimaksud dengan awwab adalah kembali pada Allah dari maksiat kepada ketaatan pada-Nya, dari hati yang lalai mengingat-Nya kepada hati yang selalu mengingat-Nya.

‘Ubaid bin ‘Umair rahimahullah mengatakan, “Awwab adalah ia mengingat akan dosa yang ia lakukan kemudian ia memohon ampun pada Allah atas dosa tersebut.”

Sa’id bin Al Musayyib[2] rahimahullah berkata, “Yang dimaksud awwab adalah orang yang berbuat dosa lalu ia bertaubat, kemudian ia terjerumus lagi dalam dosa, lalu ia bertaubat.”

Sifat Kedua: Hafiizh

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengatakan, “Ia menjaga amanat yang Allah janjikan untuknya dan ia pun menjalankannya.”

Qotadah rahimahullah mengatakan, “Ia menjaga kewajiban dan nikmat yang Allah janjikan untuknya.”

Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan, “Perlu diketahui nafsu itu ada dua kekuatan yaitu kekuatan offensive (menyerang) dan kekuatan defensive (bertahan). Yang dimaksud dengan awwab adalah kuatnya offensive dengan kembali pada Allah, mengharapkan ridho-Nya dan taat pada-Nya. Sedangkan hafiizh adalah kuatnya defensive yaitu menahan diri dari maksiat dan hal yang terlarang. Jadi hafiizh adalah menahan diri dari larangan Allah, sedangkan awwab adalah menghadap pada Allah dengan melakukan ketaatan pada-Nya.”

Sifat Ketiga: Takut pada Allah

Dalam firman Allah (yang artinya), “Orang yang takut kepada Rabb yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya)”, terkandung makna pengakuan akan adanya Allah, akan rububiyah-Nya, akan ketentuan-Nya, akan ilmu dan pengetahuan Allah yang mendetail pada setiap keadaan hamba. Juga di dalamnya terkandung keimanan pada kitab, rasul, perintah dan larangan Allah. Begitu pula di dalamnya terkandung keimanan pada janji baik Allah, ancaman-Nya, dan perjumpaan dengan-Nya. Begitu pula di dalamnya terkandung keimanan pada janji baik Allah, ancaman-Nya, dan perjumpaan dengan-Nya. Seseorang dikatakan takut pada Allah (Ar Rahman) haruslah dengan memenuhi hal-hal yang telah disebutkan tadi.

Sifat Keempat: Datang dengan hati yang muniib

Yang dimaksudkan dengan datang dengan hati yang muniib dijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Kembali (dengan bertaubat) dari bermaksiat pada Allah, melakukan ketaatan, mencintai ketataan tersebut dan menerimanya.”

Intinya yang dimaksud dengan sifat penghuni surga yang keempat adalah kembali kepada Allah dengan hati yang selamat, bertaubat pada-Nya, dan tunduk pada-Nya.

Semoga dengan mengetahui empat sifat penghuni surga ini membuat kita semakin dekat pada Allah, bertaubat, menjauhi maksiat dan kembali taat pada-Nya. Sehingga kita dapat berjumpa dengan Allah dengan hati yang selamat. Aamiin Yaa Mujibas Saailin...

Tuesday, December 27, 2011

Sepuluh Perkara


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."
...
1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah..

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Ruj : Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman.

PETUA IMAM SYAFIE


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata :
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Taubat & Doa

Monday, December 26, 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: [Renungan Bersama]

hubungan... ???


Sudah Direndahkan, Baru Mahu Merendah

Hubungan dengan manusia sesama manusia sendiri pun, ada waktunya hilang perlahan-lahan. Hilang yang sangat halus pada pandangan mata, sehingga hati itu tidak dapat merasa. Apabila seseorang sudah meninggalkan kita kerana kita asyik dengan diri sendiri dan apa-apa sajalah, maka baru kita akan tersedar tercari-cari manusia itu.

Apatah lagi hubungan manusia dengan ALLAh Ta’ala. Tika ALLAh berikan nikmat kebahagiaan berupa harta dan kesenangan hati, manusia ada yang mudah alpa, lalai dan akhirnya tenggelam dalam kenikmatan itu sehinggalah ALLAh Ta’ala tarik perlahan demi perlahan nikmat yang diberikan.

Bila sudah lemas dalam kesusahan, rendah dalam kepayahan, barulah manusia akan merendahkan diri dihadapan ALLAh Ta’ala. Merintih semahu-mahunya!

Eh, itu bukan penghinaan. Syukur sebab kita masih dipandang oleh ALLAh Ta’ala. Disedarkan manusia dengan sesuatu yang melalaikannya.

Renungkan..


Kehidupan di dunia ini adalah bukan milik mutlak manusia dan bukan satu bentuk ciptaan manusia yang boleh menentukan sendiri matlamat dan arah tujuannya sesuka hati. Sudah semestinya, panduan untuk manusia itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah, kerana disitulah terbina hidup yang baik. Manusia tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membuat itu dan ini dan membuang prinsip zikrullah dalam hidupnya.

Tetapi, hidup ini sebenarnya adalah satu bentuk ciptaan ALLAh yang telah ditentukan segala ketetapan-Nya dan Dialah yang berhak menentukan fungsi, matlamat dan tujuan hidup seseorang manusia.

Iaitu, sebagai HAMBA. Ya, HAMBA!

Dan hamba itu, wajib patuh dan taat kepada perintah Tuannya. Jika tidak, tentu sahaja ada peringatan. Dan apabila masih tidak patuh, sudah tentu ada hukumannya. Makanya, segala perintah dan larangan-Nya, sedaya upaya kita patuhi.

Anda semua mungkin tahu, dan lebih tahu dari saya. Tujuan utama ALLAh menjadikan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada ALLAh SWT dengan cara melakukan ibadah, melakukan amar ma’aruf dan nahi mungkar. Kalau dipelajari, sangat banyak rahsia alam yang tidak terungkap. MashaALLAh..tujuan dan matlamat yang kedua untuk manusia pula ada menjadi khalifah. Ya, khalifah. Pemimpin.
Khalifah untuk menguruskan, mentadbir dan memakmurkan alam ini. ALLAh hebat kan? ALLAh tidak menjadikan manusia secara suka-suka tanpa tujuan. Mustahil dengan sifat ALLAh yang Maha Sempurna boleh menjadikan sesuatu kejadian tanpa tujuan..

HAMBA


Manusia Sangat Dimuliakan Oleh ALLAh

Manusia dimuliakan oleh ALLAh? Tidak percaya?

Pasti ada yang akan berkata, “manusia itu penuh dengan dosa. mana mungkin.”
...
Hei Sahabat! Kita terlupa mungkin, ketika mana manusia pertama telah dimuliakan oleh ALLAH SWT. Maka, jom tadabburi lagi kalamullah ini.

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam!’ Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri dan ia termasuk golongan yang kafir.” al Baqarah : 34

Manusia itu dimuliakan. Namun jangan dilupa, musuh yang selama-lamanya musuh manusia. Iblis dan syaitan sentiasa ada untuk memesongkan hamba-hamba ALLAh. Hatta dalam sekecil-kecil perkara pun seperti di dunia maya ini.

Apa yang penting, bentengkan diri!

Manusia, apabila tahu dirinya sememangnya dimuliakan, tidakkah terdetik dihati manusia untuk tunduk dan sujud lebih lama kepada Tuan Punya Dunia? Tidakkah teringin untuk membalas kemuliaan itu dengan pengabdian? MashaALLAh. Indahnya perasaan sentiasa dalam rahmat ALLAh.

Tidakkah kita sebagai manusia terasa seperti ingin mengalirkan airmata?

Hidup ini, masih tidak terlambat untuk segalanya selagi pintu taubat masih terbuka. Buangkan ego jauh-jauh kerana manusia tidak akan sampai ke mana dengan egonya yang tinggi menggunung.

Hei sahabat. Kita semua hamba. Malah, kita patut merasa lebih kerdil dari sebesar zarah.

Tidakkah manusia ingin dicintai ALLAh? Dimana ketika pada akhirat nanti, manusia melihat wajah ALLAH SWT yang sentiasa dirindukan? Oh, mungkin kita merasa tidak layak. Tetapi jangan lupa, kita masih ada kudrat untuk berusaha.

Pssst! Boleh saya berpimpin tangan dengan kamu berjalan menuju-Nya? Mari, letakkan tangan kamu di atas tangan saya. Biar kita melangkah bersama. Moga berjiran di dalam syurga. MashaALLAh. Subhanallah!

Peringatan yang lebih untuk saya terutamanya.

Semoga ALLAh merahmati

Friday, December 23, 2011

Tahu Tak?... Xtahu kan... Baca ok :( ..


Tahu tak?

Nabi banyk mnangis krana risau pda ummat, sdangkan kita bnyak ktawa/mnangis dngar & tngok rancangan kelakar & sedih.

Nabi solat tahajjud smpai bengkak kaki, tpi kita main futsal sampai patah kaki.
... ...
Nabi slalu beriktikaf di masjid, krana duduk dlm suasana iman & amal di masjid, maka hati & akhlak akan terbentuk. tpi kita? kita bnyak duduk depan komputer atau TV kat rumah, x kurang jgak yg lepak kdai kopi.

Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bgi salam di rumah Nabi, maka Nabi tlah keluar dlm keadaan lengan bersingsing & debu tepung memutih di tangan baginda. tp skrng, isteri memasak kat dapur, suami terlentang kat sofa.

Tahu tak, andai kata stiap langkah Nabi brjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah & Madinah akan dipenuhi rumput krana Nabi slalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi. subhanallah.. :'(

Senyum .. :)


‎^_Sedekah Melalui Senyuman_^

Senyum adalah sarana pengikat hati, pertautan jiwa.
Ia mampu memberi kesan lebih daripada apa yang boleh dilahirkan oleh nilai kebendaan. Harta saja tidak mampu menjadi sarana pengikat hati.

Dari Abu Dzar radiallahu anhu., :
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah ? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan uang ! Tapi, benarkah senyum itu mudah? Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan ciri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.

Sebaliknya, tanpa senyum, orang akan menjauhkan diri dari kita. Manusia cenderung untuk tidak menyukai sikap sombong, angkuh, kasar dan bengis…
dan semuanya wujud tanpa senyuman. Firman Allah Azza Wa Jalla.,

"Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159) ..Semoga Bermanfaat ..

WANITA


Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan.... Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.


Thursday, December 22, 2011

CINTA & DOA


Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”


“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”


ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.


Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.


Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

Tuesday, December 20, 2011

Unic-Hijrah.flv




Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasih-Mu ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
HIjrah satu kemenangan
Musafir perjuangan


* Sebuah lagu nasyid yg bagus dan penuh penghayatan dalam erti HIJRAH itu sendiri. iaitu Hijrah utk diri kita juga.. INSYA ALLAH 7X... :)