Saturday, April 2, 2011

***APA ITU TAUBAT***

Taubat adalah suatu perkara yang berkait rapat dengan dosa, samada dosa kecil mahupun dosa besar, dan sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dari Sunan Tirmizi, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:





كل إبن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون





Maksudnya: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan (dosa), dan sebaik-baik kesilapan adalah disertai dengan taubat kepada Allah." Bahkan Allah s.w.t. sendiri memerintahkan kita selaku orang yang beriman agar bertaubat kepada Allah, sebagaimana yang dirakamkan dalam Al-Quran di dalam surah An-Nur ayat 31:





{وتوبوا إلى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون}





Maksudnya: "Bertaubatlah kepada Allah semuanya, wahai orang2 yang beriman, moga2 kamu beroleh kemenangan (di akhirat yaitu pelepasan daripada api neraka)." Telah menyebut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya yang masyhur "Riadhus Solehin", di antara syarat taubat ada 3, sekiranya ia tidak bersangkut paut dengan manusia, cuma dengan Allah sahaja:-





1) Hendaklah dia meninggalkan maksiat tersebut

2) Menyesali apa yang telah dia lakukan dahulu

3) Berazam untuk tidak mengerjakannya lagi buat selama-lamanya

*Sekiranya gugur salah satu daripada ketiga syarat tersebut, taubatnya tidak sah dan tidak diterima Allah.





Namun, sekiranya dosa dia itu bersangkut-paut dengan manusia, seperti ambil barang atau hak orang lain, maka wajib dia mengembalikannya atau memohon maaf kepada orang tersebut, sekiranya telah mati, hendaklah memohon maaf kepada keluarganya yang terdekat. Dan inilah syarat ke-4 yang disebut oleh Imam Nawawi.





Oleh itu, apa yang penting dalam bab taubat adalah keazaman untuk berubah dan meninggalkan maksiat, ketahuilah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat Hamba2Nya. Yang penting keazaman itu ada dalam diri kita, tataplah sirah seorang hamba Allah yang telah membunuh 100 jiwa, sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadith bukhari dalam kitab Ahadith Anbiya' dan juga hadith Muslim dalam kitab At-Taubat.





Di sana mungkin timbul persoalan, apakah Allah akan menerima taubat saya sedangkan dosa saya terlalu banyak? Jawapan yang mudah, lihatlah peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Musa a.s. Suatu hari, baginda didatangi oleh seorang hamba yang menanyakan soalan seperti di atas, apa jawab Musa, apakah dosa kamu lebih besar atau keampunan Allah itu lebih besar? Ya, ternyata keampunan Allah itu lebih besar. Buktinya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi daripada Anas bin Malik:

لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم إستغفرتني غفرت لك

Maksudnya: "Sekiranya dosa2 kamu bertimbun sampai ke puncak lagit (kerana banyaknya), kemudian kamu memohon keampunan kepadaku (sebelum mati atau kiamat), nescaya aku akan mengampunimu." Ya Salam, Wa Subhanallah, Maha Pegampun Allah lagi Maha Menyayangi Hamba2Nya. Satu lagi persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita, apakah pantas kita melakukan taubat, padahal setelah itu kita kembali kepada maksiat (kerana lemahnya iman), sepertinya bermain-main dengan taubat, lebih baik tak perlu taubat?





Jawapan yang mudah kata para alim ulama', kalau tak taubat lagi bahaya, macam mana kalau mati sebelum sempat bertaubat, satu lagi, bertaubat setelah itu buat dosa, setelah taubat lagi setelah buat dosa, bukankah dikira main2, apakah perlu diteruskan juga taubat? Sudah tentu, teruskan bertaubat, meskipun kita buat lagi dosa itu setelah taubat, kemudian kita sedar, taubatlah lagi, kerna kita tidak tahu bila kita akan mati.





Kata Ulama' moga2 dengan perbuatan tersebut, kita mati dalam keadaan kita bertaubat dan bukan ketika kita buat maksiat, oleh itu, teruskanlah taubat, bahkan Nabi sendiri pernah ditanya, soalan yang sama seperti tadi, jawab Nabi teruskanlah bertaubat, moga2 roh kamu diambil saat kamu taubat.

No comments: