Wednesday, November 30, 2011

DOA MEMOHON PERBAIKKAN DALAM PELBAGAI URUSAN




DOA MEMOHON PERBAIKKAN DALAM PELBAGAI URUSAN

"Ya Allah, perbaikilah agamaku kerana ianya merupakan pegangan urusanku, perbaikilah urusan duniaku kerana ianya merupakan tempat hidupku dan perbaikilah urusan akhiratku kerana merupakan tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku ini untuk menambah kebaikan kepada diriku dalam semua hal, dan jadikanlah matiku sebagai kebebasanku dari semua keburukan"
-(Riwayat Imam Muslim melalui Abu Hurairah ra.)

==DOA AGAR TIDAK PATAH HATI ==


==DOA AGAR TIDAK PATAH HATI ==

Ya Allah ya Tuhanku..
Peliharalah aku dari kekecewaan,
Ya Allah ya Tuhanku yg Maha Mengerti
... Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh kedada langit
Hilang bersama senja nan merah..
Agar ku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya ALLAH ..
Gantikanlah yg telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yg telah patah
Walaupun tidak sama dg dirinya..

Ya Allah ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dg Takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yg TERBAIK buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui sgala yg terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah,
cukuplah Engkau saja yg Menjadi pemeliharaku
didunia dan diakhirat
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yg daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Didunia ini maupun diakhirat..

Jauhkan aku dari hal2..
yg menjurus kearah kemaksiatan & kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman,
Supaya Aku dan dia dpt membina kesejahteraan hidup kejalan yg Engkau Ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh/sholehah...Aamiin ....

A - U - R - A - T


Melihatnya Bertudung, menutup dgn Sempurna Aurat, tak ketat, sendat, jarang, singkat & seumpamanya. Hatiku benar² tertarik, suka. Sudah pastinya akanKu bersangka dia seorang yg Baik, krn dia menyahut seruan Allah & Rasul, dia tlh menutup Pintu² Fitnah, dia tlh menghalang dari terbentuknya bermacam² Fitnah lain. Walau kadang hakikatnya mmg ada kekurangan, kesilapannya yg lain yg dilakukan.. itu prkara, dosa yg lain pula… mudahan Silap yg tak diketahui itu, cukup dia dgn Allah.. mudahan diUbahi... mudahan walau masih lagi tak diikhlas menutup dgn Sempurna Aurat, kerana dipaksa & sbgainya, masih lagi diteruskannya dan Akhirnya disedari Hikmah Suruhan itu.

" Kita sedar itu Dosa, Kita ada usaha, ingin Berubah pd yg Baik, kita mohon pd Allah, secara beransur², i’allah diPermudahkan "

Hakikatnya Wanita² yg benar² memahami masaalah Aurat. Maruah, Fitnah. Memelihara, Menjaga sebaik² nya. Prkara ini akan menjadi bnteng buat mrk, ia mngawal tiap prbuatan, kelakuan, bicara mrk. Pakaian Syara', Muslimah itu mampu mengawal, ia tak diingin untuk Orang mengganggu, ia tak merangsang penglihatan Lelaki, bahkan merasa gerun, selamat, tiada masaalah, walau dimana & apa pekerjaan mrk, mrk dipandang Hebat, Gah, dinilai Tinggi, cukup Bermaruah. Syariat, Ketetapan Islam, tiap Suruhan, Larangannya tlh jelas Hikmah Baik Buruknya. Amat² Sempurna, Selamat.

--------------------------------------------------------------------------

Melihat bila kau mendedahkan Aurat, pakai ketat, sendat, jarang, trbelah & seumpamanya. Hatiku benar² sedih, kecewa. Sudah pasti akanKu bersangka dia bukanlah seorang yg Baik, kerana dia telah mengabaikan perintah Allah & Rasul. Dia telah membiarkan berbagai² ruang Fitnah, Maksiat lain terhasil. Kesedihan seorang memikirkan Hal ini, antara masih jahil atau sdh Tahu. Mrk tak merasa bimbangkah akan Sabda Nabi saw: (Antara Golongan yg tak dpt Cium bau Syurga, dan Golongan penghuni Neraka) Mohon dijauhkan...

" Kita sedar itu Dosa, Kita tiada usaha, tapi ingin Berubah pd yg Baik, kita mohon pd Allah, tapi kita masih suka, biasa melakukannya, Dosa, tiap² hari "

Hakikatnya bila Aurat tak ditutup sempurna. Keadaan bila didedahkan Aurat, pakat ketat, jarang & seumpamanya. Akan mencenderungkan lagi kearah Dosa, Maksiat lain, Dosa² kecil diremehkan.

Masaalah Zahir, Fitnah itu sdh satu prkara yg Besar. Ada yg mengatakan walau tak tutup, tapi baik Orangnya, Baik yg lainnya, tunai Solat, taat ibuBapa, tak berzina, mengumpat & sbgainya.

Dia taat ibubapa, tak suka mengumpat, walau tak berzina, dia baik dari segi ini, kerana dia Nampak kesan buruknya. Dan dia rasa secara " Fitrah" perlu diTunaikannya. Jika dikata tunai Solat, gambaran dilihat Solatnya cukup amat lemah, jika difahami Pelaksanaannya.. pasti dirasa amat Berat untuk mendedahkan Aurat, kerana ia berkait Besar dgn perintah, ketetapan Allah. Wajib, Dosa, Pahala.

Ada prkra dlm Hukum², Ketetapan².. Dpt kita persoalkan, dan ada yg tak dpt kita Persoalkan.. Kesan, Hasilnya ada yg jelas Nampak, dan ada yg masih Belum.. Tiap² ketetapan dari Zaman dahulu lagi, tlhpun sabit sempurna dijelaskan melalui Kitab Mukjizat al-Quran, dan Peringatan, Hadis Nabi saw. (Segala Panduan, Peringatan, Nasihat, Ancaman, Balasan & segala² nya tlh Jelas dlm 2 Rujukan ini) Ia petunjuk hgga Kiamat, perlu diIkut, diPegang untuk Selamat.

Jgnlah siapa² yg masih memberi, mncari Alasan, untuk tak mewajibkan. Yang kata walau tak ditutup, tapi yg lain amat Sempurna, Baik, sudah memadai. Padahal Hakikatnya ia tetap dinilai Buruk, krn pendedahan Aurat adlh Fitnah yg amat Besar. Dgn sebab itu Nabi saw tlh jlskan dlm riwayat yg Sahih, (Mudah syarat untuk Wanita masuk Syurga, antaranya jaga Maruah) dan Hadis (Jika diAbaikannya, Ahli Neraka). Marilah kita semua, Wanita² Islam yg dicintai, menitikberatkanNya.

Ikut Syariat
Selamat Masyarakat—


Ingat Kalimah Ini


ingatlah kalimat ini....

Haadzaa min fadhli Rabbii, liyabluwani a-asykuru am afkuru.
(QS. An Naml [27] : 40).
Ini termasuk karunia Tuhanku, untuk mengujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmat-Ny
...
"Laa yukalifullahu nafasan illa wus’ahaa."
(QS. Al Baqarah [2] : 286).

Allah tidak akan membebani seseorang, kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Pasti semua yang menimpa sudah diukur oleh-Nya.

BAHWA HATI YG BERSIH ANGGAP SGALA UJIAN ADALH TANDA KSH SAYANG ALLAH UTKNYA...QOLBUN SHAHIH...YAKINLAH HUJANPASTI BERHENTI..BADAI PASTI BERLALU..SIANG BERGANTI MALAM..BAGAI INTAN KEMILAU DIHANTAM OMBAK TETAPLAH KILAUANYA...SUBHANALAHU..NIKMAT TAK ALPA BERSYUKUR..MALANG TAK LUPA BRSYUKUR...

Hari ini dan Kemudian... ???


*Hari ini ..bila kita mahu mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yang kita suka.
*Hari ini.. kita ke almari dan pilih baju apa yang kita nak pakai dan apa warna yang kita suka.
*Hari ini.. Kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yang kita kita mahu.
*Hari ini..apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..
*Hari ini.... .selepas sembahyang kita boleh pergi ke mana sahaja kita hendak pergi pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang ke rumah...

●●TETAPI... Suatu hari nanti...

●●Hari itu..Kita tidak mampu mandi dan kita akan DIMANDIKAN..
●●Hari itu..Kita tidak boleh pakai pakaian yang kita suka KECUALI kain kapan yang berwarna putih...
●●Hari itu..tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...
●●Waktu itu.. bukan kita sendiri hendak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...
●●Hari itu..selepas disembahyangkan, kita sudah tidak boleh pergi kemana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yang kekal abadi untuk kita semua iaituTANAH PERKUBURAN...

Di waktu itu.. barulah kita TAHU dan SEDAR bahawa apa yang ada selama ni adalah bersifat SeMenTARA dan kita baru sedar yang kita selama ini terpadaya dengan keindahan DUNIA.


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan-pesan pada kebenaran
(4) dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr~


ADAKAH ANDA CELIK HATI?





KISAH 1: Seorang kanak-kanak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Lalu khalifah Harun ar-Rasyid bertanya, "Mengapa menangis?" Kanak-kanak itu menjawab,"Aku takutkan api neraka". Khalifah yang adil itu memujuk, "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dlm api neraka." Kanak-kanak itu menjawab,"Aku lihat ketika org menyalakan api, mereka akan memasukkan rantin...g-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil itu terbakar, barulah dimasukkan kayu-Kayu yg besar. Aku takut hal yg sama berlaku di neraka kelak. Adakah aku umpama kayu kecil itu?" Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis.


KISAH 2: Seseorang murid duduk termenung ditepi laut. Datang guru sufinya bertanya,"Adakah sesuatu yg kau fikirkkan apabila melihat laut?" Guru sufi itu mengharapkan jawapan yg mendalam drp muridnya hasil pengajarannya selama ini. Murid itu lalu merenung gurunya lantas berkata,"Ya, wahai tuan guru. Ketika laut bergelombang seperti ini tentunya harga ikan akan semakin mahal!" Guru sufi itu menggeleng-geleng, rupanya sebatas itu saja jangkauan anak muridnya.

Itulah kemampuan 'fikir' & 'zikir' seseorang, adakah kita ini celik hati untuk melihat sesuatu yang tersurat itu dgn lebih tersirat dan hakikat?

single muslimah


beautiful dua for every single muslimah

O Allah! Please grant me the one Who will be the garment for my soul Who will satisfy half of my deen And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path In all he'll do and say And sprinkle water on me at Fajr Reminding me to pray

May he earn from halal sources And spend within his means May he seek Allah's guidance always To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an and the Sunnah as his moral guide May he thank and appreciate Allah For the woman at his side

May he be conscious of his anger And often fast and pray Be charitable and sensitive In every possible way

May he honor and protect me And guide me in this life And please Allah! Make me worthy to be his loving wife

And finally, O Allah! Make him abundant in love and laughter In taqwa and sincerity In striving for the hereafter!

Ameen!!!

Tuesday, November 29, 2011

M - A - L - A - S


malas adalah suatu keadaan dimana seseorang akan enggan melakukan sesuatu, karena sebelumnya sudah berpikiran/berpenilaian negatif tentang sesuatu ataupun memang tidak ada inisiatif untuk melakukan sesuatu. Walaupun sebenarnya hal tersebut mudah untuk dikerjakannya.

Malas biasanya akan menjadi suatu hal yang akan menghalangi kesuksesan seseorang. Karena malas itu biangnya penyakit, biang kebodoha...n, biang kemiskinan, biang kemunduran, biang minder, biang kekalahan, dan biang penderitaan. Orang yang malas berolahraga atau beraktivitas akan mudah diserang penyakit, jika seseorang malas belajar pasti dia akan bodoh dan seterusnya.

Malas dapat mengacaukan hidup anda, dapat mengacaukan pekerjaan anda. Dengan menunda-nunda pekerjaan anda akan lebih terbebani. Pekejaan yang ditunda-tunda lama kelamaan pasti akan menumpuk dan tetap anda juga yang harus mengerjakannya. Dan hal itu akan membuat anda menjadi stres. Hindari malas dan jadilah anda seorang pekerja keras serta pantang menyerah.

Malas sebenarnya dapat anda hindari dengan mempunyai pola pikir yang maju. Anda dapat menciptakan impian-impian yang indah untuk masa depan anda. Sehingga anda lebih terpacu untuk selalu berusaha semaksimal mungkin agar cita-cita atau impian anda bisa tercapai. Dengan impian anda tersebut, motivasi bekerja dan bekerja akan semakin meningkat. Pasti rasa malaspun akan hilang dengan sendirinya. Beda sekali dengan orang yang tidak punya impian, pasti hidupnya akan begitu-begitu saja, karena pada dasarnya orang malas itu mudah menyerah.

*dan obati sifat malas dgn tekad dan niat yg kuat diiringi "BASMALAH" tetap smangat and JURUS TANDUR (maju terus pantang mundur) karena roda kehidupan takan pernah berhenti menunggu langkah kalian.

Kiriman sahabat "IS" Eka Mutiara & Deny Slank.

Redhamu Yg di cari


redhamu yg di cari~
Ya allah,,,
engkau hiasilah diri kami dgn sifat yg terpuji….
Sifat yg mana diter...ima olehmu dan juga manusia….
Sifat yg mana engkau anugerahkan kepada para nabi-nabi dan para solihin….
Ya allah,,,
Engkau takdirkan semua manusia akan tergerak hati untuk bersabar….
Engkau juga takdirkan sedikit sahaja yg mampu untuk bersabar dgn ujianmu…
Wahai sahabatku….
Bersabarlah engkau….
Sesuatu yg indah sedang menantimu dihadapan kelak….
Jgn sesekali engkau menyerah kalah dgn perasaanmu yg lemah….
Kelak engkau pasti akan menjadi selemah dari yg lemah….
Ya allah…
Engkau kurniakan lah kemuliaan dan kesabaran kepadanya…
Sesuatu kemuliaan dan kesabaran yg engkau anugerahkan kepada hambamu…
Ya allah…
Engkau jadikan lah sahabatku makhluk mu yg berduka dan berusha kerana mu….amin..^_^…
Ya allah..
Engkau muliakanlah hatinya…
Kerana mulianya seseorang disebabkan hatinya yg mulia…..^_^….
Amin,,,,,
Wahabai sahabatku…bersabarlah engkau mengharunginya….
Aku tahu amat susah bg mu untuk bersabar….
Tp engkau akan merasakan kemanisan yg x terhinga manisnya sesudah di uji…^_^…
Untuk seorang sahabatku yg sedang di uji tentang hati dan perasaannya….^_^….
(….Aku memohon mf atas segala cacat cela nukilan di atas…aku hanyalah hamba yg x terlepas dr silap dan salah…..)

Aku Mampukah???


mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
agung cintanya pada ALLAH dan RASULULLAH
hartanya diperjuangkan kejalan fisabilillah
penawar hati kekasih ALLAH
susah dan senang rela bersama......
... dapatkah kudidik jiwa seperti siti aisyah?
isteri rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan.....
mengalir air mataku melihat pengorbanan
puteri solehah siti fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghuni syurga....
ketika aku marah
ingin ku intip serpihan sabar
dari catatan siti sarah.....
tabah jiwaku setabah ummi nabi ismail
mengendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga......
diterik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada ALLAH
itulah wanita siti hajar........
mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah harum tersebar
bagai wanginya pusara masyitah...

Sahabat Nabi


‘Sahabat Nabi’ adalah:

“Orang yang melihat Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dalam keadaan Islam, yang meriwayatkan sabda Nabi. Meskipun ia bertemu Rasulullah tidak dalam tempo yang lama, atau Rasulullah belum pernah melihat ia sama sekali” [Al Ba’its Al Hatsits Fikhtishari ‘Ulumil Hadits, Ibnu Katsir (1/24)]

Empat sahabat Nabi yang paling utama adalah Abu Bakar Ash Shiddiq, Umar bin Khatta...b, Utsman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu’ahum ajma’in. Tentang jumlah orang yang tergolong sahabat Nabi, Abu Zur’ah Ar Razi menjelaskan:

“Empat puluh ribu orang sahabat Nabi ikut berhaji wada bersama Rasulullah. Pada masa sebelumnya 70.000 orang sahabat Nabi ikut bersama Nabi dalam perang Tabuk. Dan ketika Rasulullah wafat, ada sejumlah 114.000 orang sahabat Nabi”[Al Ba’its Al Hatsits (1/25)]

Para sahabat Nabi adalah manusia-manusia mulia, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah yang ada pada zamanku, kemudian setelah mereka, kemudian setelah mereka”[HR. Bukhari no.3651, Muslim no.2533]

Jangan mencela sahabat Nabi, Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Jangan engkau cela sahabatku, andai ada diantara kalian yang berinfaq emas sebesar gunung Uhud, tetap tidak akan bisa menyamai pahala infaq sahabatku yang hanya satu mud (satu genggam), bahkan tidak menyamai setengahnya”[HR. Bukhari no. 3673, Muslim no. 2540]

Imam Abu Hanifah berkata:

“Manusia yang terbaik setelah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam adalah Abu Bakar, lalu Umar, lalu Utsman lalu Ali. Kemudian, kita wajib menahan lisan kita dari celaan terhadap seluruh sahabat Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, kita tidak boleh menyebut mereka kecuali dengan sebutan-sebutan yang indah”[Nur Al Laami’ (199), dinukil dari kitab I’tiqad A’immatil Arba’ah, Dr. Muhammad bin Abdurrahman Al Khumais, (1/7)]

Jika kita telah memahami betapa mulia kedudukan para sahabat Nabi, dan kita juga tentu paham bahwa tidak mungkin ada orang yang lebih memahami perkataan dan perilaku Nabi selain para sahabat Nabi, maka tentu pemahaman yang paling benar terhadap agama Islam ada para mereka. Karena merekalah yang mendakwahkan Islam serta menyampaikan sabda-sabda Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam hingga akhirnya sampai kepada kita, walhamdulillah. Merekalah ‘penghubung’ antara umat Islam dengan Nabinya. JIKA ADA YG MENCELAH SAHABAT NABI, SESUNGGUHNYA MEREKA MENCELA & MENOLAK NABI DAN AGAMA YG HAQ INI...


Monday, November 28, 2011

Rindu :) .. :(



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
hari ni artikel ni mnyentuh berkenaan rindu,
kita pasti akan merindu seseorang tidak kiralah seseorang itu keluarga kita, pasangan kita, atau kawan2 kita. Kita juga pasti akan rindu akan Allah SWT dan Kekasih Allah iaitu Muhammad SAW.

Kesinambungan daripada cinta maka akan terbit perasaan rindu pada yang dicintai. Para pejuang Allah taala yang mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan. Begitulah seterusnya.

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an, seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

hadoiii..bsambung..Jangan terlalu membenci cinta. Sudah banyak saya perhatikan orang yang menentang cinta yang hadir dalam dirinya dengan tentangan yang padu, akhirnya dia sendiri tersungkur dan menjadi orang yang lebih teruk daripada orang yang tidak membenci cinta sepertinya.

Saya menulis sebegini bukan untuk mengalakkan pasangan untuk bercinta. Bukan itu tujuan saya. Tujuan saya biarlah orang benar-benar faham apa itu cinta yang dimaksudkan oleh syarak. Apa itu rindu yang sebenar. Cinta dan rindu bukan hanya tertumpu pada lelaki dan wanita. Jika difahami sedemikian maka terlalu sempit pemahamannya. Cinta dan rindu itu umum.

Tanpa cinta maka kita akan berbalah tanpa meletakkan sedikit kecintaan pada sahabat seagama kita. Tanpa cinta maka kita tidak akan memandang seseorang yang berbeza pendapat dengan kita dengan pandangan yang mulia. Tanpa cinta semua akan jadi pincang. Ini hikmahnya Allah Taala ciptakan cinta. Bukan untuk disalah gunakan. Tapi untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Sekadar renungan kita bersama... Rinduilah meeka Kerana Allah Taala ... Dan biar kita rindukan mereka secara diam dalam diri kita... :)

Ramadhan Vlog ke - 10




Didik anak dgn mencari REDHA ALLAH BUKAN PENGHARGAAN MANUSIA SEMATA2.... Insya Allah jika Allah izinkan audra ... Audra akan lakukan kerama Allah semata2..

Ramadhan Vlog ke-8

Ramadhan Vlog ke - 7

S - A - B - A - R


Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah AlMulk : Ayat 2)

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat ...30)

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang-orang yang sabar menghadapi ujianNya. FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Surah Aali Imran : Ayat 146).

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka i...tulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thabrani)

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” (Hadith riwayat Bukhari)

Prof Dr Muhaya_Wanita Muslimah Alternatif Terkini

Celik Mata, Reset Minda & Jiwa bersama Prof Dr Muhaya






Program Prof Dr Muahay 5 minit sehari .... Like!!! :)

Mutiara Pergorbanan.


‎~~ Mutiara Pengorbanan ~~

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.
...
Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Sejernih Sinar Matamu - Prof Dr Muhaya