Wednesday, November 30, 2011

Hari ini dan Kemudian... ???


*Hari ini ..bila kita mahu mandi, kita boleh mandi sendiri dimana sahaja yang kita suka.
*Hari ini.. kita ke almari dan pilih baju apa yang kita nak pakai dan apa warna yang kita suka.
*Hari ini.. Kita ke almari solek kita boleh pilih apa wangian yang kita kita mahu.
*Hari ini..apabila sampai waktu sembahyang, kita ke surau atau ke masjid samada berjalan kaki mahupun berkenderaan..
*Hari ini.... .selepas sembahyang kita boleh pergi ke mana sahaja kita hendak pergi pergi, kedai kopi, shoping ataupun terus pulang ke rumah...

●●TETAPI... Suatu hari nanti...

●●Hari itu..Kita tidak mampu mandi dan kita akan DIMANDIKAN..
●●Hari itu..Kita tidak boleh pakai pakaian yang kita suka KECUALI kain kapan yang berwarna putih...
●●Hari itu..tiada wangi-wangian KECUALI kapur barus...
●●Waktu itu.. bukan kita sendiri hendak ke surau atau pun masjid TETAPI kita di usung...
●●Hari itu..selepas disembahyangkan, kita sudah tidak boleh pergi kemana-mana KECUALI kita akan diusung ke rumah yang kekal abadi untuk kita semua iaituTANAH PERKUBURAN...

Di waktu itu.. barulah kita TAHU dan SEDAR bahawa apa yang ada selama ni adalah bersifat SeMenTARA dan kita baru sedar yang kita selama ini terpadaya dengan keindahan DUNIA.


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan-pesan pada kebenaran
(4) dan yang berpesan-pesan pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr~


No comments: