Assalamualaikum...
Siapa Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang
Wanita?
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan
maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret
puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita
ini berkata:
‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku
menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang
tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab
mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka
ialah:
(1) Suaminya.
(2) Ayahnya.
(3) Saudara lelakinya.
(4)
Anak lelakinya.
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab
memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak
menyusahkan?
Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah
orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang
‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat
kerana dosa seorang wanita:
::Sahabat::
Sahabat yang menyuruh,
mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu
menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.
Sahabat yang
tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari
Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam
peringkat:
(1) Tegur dengan tangan jika terdaya.
(2) Tegur dengan
mulut jika terdaya.
(3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah
iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di
dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
::Orang yang
melihat::
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan
menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun
hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali
ganda.
::Jurufoto::
Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan
mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah
apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan
seumpamanya.
::Penerbit surat khabar, majalah, blog dan
sebagainya.::
Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah
berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya.
Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua
orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup
aurat.
::Penjual/ penyebar::
Orang yang menjual majalah, gambar-gambar
dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam
FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam
Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan
disebarkan.
::Pembeli/ pembaca::
Orang yang membeli dan membaca turut
menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan
mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing.
Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini
semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.
Inilah antara orang yang akan
menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah
senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan
menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan
ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut,
memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak
lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita
yang tidak menutup aurat.
Nauzubillah…
Setelah membaca, mari kita
renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan?
Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
Sebarkan artikel ini,
semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….
SUMBER :: PEN PATAH.
Sekadar kongsi bersama anda semua ^_^ .