ADAB-ADAB KETIKA BERDATING... ^_^
Adab-adab ketika berdating
Bismillahi as-solatu
was salamu a'la rasoulillah..
Orang kata, kita kena dating dulu untuk
kenal pasangan hidup kita. Baru membuak-buak rasa cinta. Somehow saya sangatlah
tidak bersetuju dengan statement ini. Tapi saya setuju sangat kalau istilah
dating itu kita gunakan bagi mereka-mereka yang sudah berkahwin. Tak salah lagi
dapat pahala.
Maka kali ini, saya akan berkongsi adab-adab berdating tapi
berdating dengan Pencipta.
Susah sebenarnya nak jaga solat ni. Bukan
mudah, sebab perlukan mujahadah. Jadi apa yang boleh kita buat? Ok, cuba kita
bayangkan waktu solat itu sebagai waktu kita berdating.
Apa? Tak pernah
ada pengalaman berdating?.
Cuba bayangkan anda akan bertemu
kekasih-jantung-buah-hati ataupun ahli keluarga tersayang. Berdebar-debar, pakai
baju cantik-cantik, bersiap awal-awal dan lain-lain.
Tak boleh
juga?
Jangan risau. Mereka-mereka yang tak pernah berdating di luar sana
macam saya, cuba kita bayangkan solat itu sebagai sebuah meeting. Saya pasti
ramai yang pernah hadiri apa-apa bentuk mesyuarat kan? Mesyuarat Agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa program dan lain-lain lagi.
Perasan tak, kita
boleh menjaga adab-adab berdating dan bermeeting dengan manusia lebih baik
daripada adab dengan Pencipta? Mari saya senaraikan
kesilapan-kesilapannya..
(sebab saya pun sama juga) -.-''
1- Tampil
bersih, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang cantik.
Cuba keluar rumah
tak gosok gigi, tahi mata air liur basi menghiasi muka, agak-agak ada tak orang
nak tengok kita? Maka, perkara yang sama apabila kita menghadap Tuhan. Kalau
kita takut orang bau nafas mulut kita yang tak sedap itu, cuba kita amalkan
gosok gigi setiap kali sebelum solat juga.
Kalau nak keluar tu, wajib
colet minyak wangi, sembur perfume sebotol, tudung wajib bergosok ok. Kalau
menghadap Allah kita macam mana pula?
2- Hadir di awal waktu.
Kita
selalu tepati waktu meeting, dating sebab kita tak nak buat orang lain
tertunggu-tunggu. Mungkin orang tu akan marah dan kecewa. hmm.. cuba bayangkan,
betapa sabarnya Allah dengan kita selama ini. Berapa kali kita solat awal waktu?
Solat di akhir waktu memang selalu lah kan..
3- Tumpukan
perhatian.
"Alaa, you ni kenapa? I ada depan mata you, tapi fikiran you kat
tempat lain.. Ish, bencilah I!"
sambil Si Amoi tergedik-gedik mencebik.
Kalau fikiran kita melayang sewaktu berdating dengan makhluk bernama
manusia pun akan dimarahi. Bayangkan kalau fikiran kita melayang sewaktu
berdating dengan Pencipta. Dah lah tak sampai 5 minit waktu yang diluangkan
untuk solat, fikiran pun entah ke mana tak tumpu pada bacaan. hmm.. yok cek
sama-sama..kita cuba fahamkan bacaan dalam solat ya..
4- Tenang dan
tidak tergesa-gesa.
Kalau dalam meeting, ada tak kita tergaru-garu, bergerak
lebih-lebih depan orang ramai sekalipun ada semut gigit, mesti kita cuba tahan
bukan? Kalau kita boleh luangkan masa yang lama dalam meeting sampai dua tiga
jam tidak tergesa-gesa, mari cuba tidak laju-laju dalam sempurnakan solat. Tak
akan ke mana urusan dunia, tambahan pula kalau kita tergesa-gesa untuk hiburan
semata. Sama-sama kita cek balik ok?
5- Banyakkan komunikasi.
Salah
satu tips untuk kita lebih dekat dengan seseorang adalah dengan meluangkan masa
yang banyak dengan mereka. Barulah kita dapat kenal hati budi, perangai,
citarasa mereka. Sama juga halnya, kalau kita nak lebih rapat dengan Tuhan
kita.
6- Banyakkanlah solat sunat dan membaca Al-Quran. Sebenarnya
semakin banyak masa yang kita luangkan, semakin kuat kebergantungan kita
kepadaNya. Adulah semua perkara kepada Allah. Bisikkan kata-kata pujian
kepadaNya. Semua ini akan kembali kepada kita, Allah takkan pernah rugi apa-apa
pun sekiranya kita beriman atau tidak. Kitalah yang akan rugi sebenarnya kalau
kita sia-siakan masa kita dengan perkara-perkara lagha.
7- Baca surat
Cinta.
Kalau kita jatuh hati pada seseorang, admire somebody, mesti kita akan
selalu terfikir pasal dia kan? Baca mesej ulang-ulang kali, stalk fb, semua
perkara kita nak update. Macam mana kita nak aplikasikan dengan
Allah?
Bacalah Al Quran beserta maknanya. Bayangkan Dia sedang bercakap
dengan kita. Macam-macam sangat nasihat, peringatan serta janji Allah dalam
Al-Quran. Itulah sms atau surat cinta yang wajib kita baca selalu. Bukan stalk
fb atau blog atau twitter orang ok? :)
Tips-tips ini saya kongsikan untuk
kita sama-sama kita kuat mujahadah kejar cinta Allah. Setiap manusia akan alami
satu fatrah yang membuatkan kita rasa jauhhh sangat, lalai mengingati Allah.
Biasa. Sangat biasa sebab iman kita selalu turun dan susah naik. Anda ada
adab-adab lain yang boleh dikongsi?
Moga dapat istifadah bersama. Yok
mujahadah! Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment