BAGI seorang manusia, tiada yang lebih
bernilai kecuali keperibadian terpuji. Al-Quran menerangkan banyak peribadi dan
ciri mulia yang boleh dicontohi, antaranya:
# Takut hanya kepada
Allah.
...
“Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan
tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan
tanganku kepadamu untuk membunuhmu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah,
Tuhan pentadbir sekalian alam.” (al-Maidah:28)
# Melaksanakan kewajipan
dan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
“Maka Musa pun memberi minum
kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu
berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada
sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (al-Qasas:24)
#
Menyembunyikan perasaan marah dan sentiasa bersikap pemaaf.
“Dan orang
yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan
(ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Ali-Imran:134)
# Memberi makan anak yatim yang dalam kelaparan dan kaum
kerabat yang miskin.
“Atau memberi makan pada hari kelaparan. Kepada anak
yatim dari kaum kerabat. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.”
(al-Balad:14-16)
# Suka bersedekah dengan harta yang disukainya kepada
orang yang amat memerlukan bantuan.
“Dan seseorang itu suka mendermakan
harta bendanya yang dia amat sukai kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan
orang yang miskin.” (al-Baqarah:177)
# Cenderung dan suka kepada
perdamaian dan keharmonian.
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung
kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya.”
(al-Anfal:61)
# Tidak meminta-minta.
“Mereka disangka sebagai
orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri
daripada meminta-minta.
# Bersabar dalam menempuh dugaan, baik ketika
senang mahupun susah.
“Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa
kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam
perjuangan perang sabil.” (al-Baqarah: 177)
# Menunaikan amanah kepada
yang berhak menerimanya.
“Maka hendaklah orang (yang berhutang) yang
dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya dan
hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” (al-Baqarah:283)
# Tidak
bersifat bakhil dan sanggup membelanjakan harta kepada golongan yang
memerlukan.
“Sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.”
(at-Taghabuun: 16)
# Bersederhana dalam semua perkara. Tidak terlalu
boros ketika berbelanja dan tidak kedekut.
“Dan juga mereka (yang diredai
Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan
tiada bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di
antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (al-Furqaan:67)
No comments:
Post a Comment