Monday, March 26, 2012

Senyumlah ... ^_^

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم

^_^ mulakan hidup anda dengan senyuman yang paling indah dalam hidup anda semua. Senyum?...jangan biarkan senyummu pudar pagi ini jangan biarkan gelisah mewarnai hati mu jangan biarkan keegoisan menguasai diri mu tetaplah tunjukkan indahnya senyuman mu tu bua mereka yang anda sayangi kerana ALLAH.

Dengan senyuman juga kita dapat merawat mereka yang sakit untuk cepat sembuh, juga kita dapat meredahkan hati yang resah dan gelisah dengan senyuman dan zikir2. Xpercaya cuba buat sendiri.:)

Senyumanmu bagaikan mentari yang terbit di pagi hari...
Senyumanmu bagaikan pelangi yang muncul setelah hujan...
Senyumanmu bagaikan bunga yang sedang berkembang...
Senyumanmu bagaikan merpati yang sedang terbang di langit biru yang indah...
Senyumanmu menawan di hatiku...
Senyumanmu membuat hariku menjadi ceria...
Aku tak dapat melupakan senyumanmu...
Kerana senyumanmu adalah sumber inspirasimu...
Tetaplah kau tersenyum di hari-harimu...♥


Bila hari ini adalah hari yang paling indah untukmu..
Maka aku pinjamkan 4 kunci padamu (SAHABATKU):

♥ SENYUM
♥ SYUKUR
♥ KASIH
♥ CINTA

Gunakan SENYUM untuk mereka yang terluka...
Gunakan SYUKUR untuk apapun yang ada padamu...
Gunakan KASIH untuk sesama...
Gunakan CINTA untuk menjalani hidup ini CINTA UTK ALLAH..

P/S - Tu adalah gambar anak buah kesayangan audra sekarang dah nak masuk 1 tahun ummurnya Nur Aisyah Fatehah.

♥ Salam ukhuwah bt semua ^_* .

Barakallahufikum...

Audra.

Sunday, March 25, 2012

HATI KAU KENA KUAT.

HATI, KAU KENA KUAT.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم



HATI...kau kena kuat, jangan cepat mengalah..jangan cepat melatah, kalau kau kuat, insyALLAH..tidak ada apa-apa yang boleh buat kau goyah.. Kerana Allah akan sentiasa bersamamu jika kau selau ingat (Zikir) dengannya. Hati kau kena tahu Allah akan bersama-samamu dalam apa keadaan sekalian pun yang berlaku.



HATI..jangan kau taksub dengan cinta dunia..cinta itu sementara, mungkin kau tidak boleh dapat cinta sesama manusia, tapi penuhkanlah cinta itu hanya untuk Penciptanya. Hati Cinta adalah miliknya yang abadi dan kekal. Namun Hati Cinta juga tidak boleh dipaksa begitu sahaja kan. Hati kau kena tahu jika ada cinta manusia untukmu DIA sendiri akan datang mengambilmu sebagai suri di HATINYA juga, Namun hati kau kena SABAR+TABAH+YAKIN+KUAT. Hati kau jangan risau jika xada cinta buatmu di dunia lagi maka YAKINLAH dengan ALLAH bahawa CINTAMU hanya untuknya sahaja dan ALLAH akan temukan kau denganya di atas sana nanti yang ALLAH telah tentukan khas buat mu HATI :) . HATI kita doakan mereka yang lain juga agar HATI mereka turut juga mencintai PENCIPTANYA. Ameen.



 HATI..jangan kecewa..manusia lain mungkin tidak tahu apa yang kau rasa tapi Allah sentiasa ada..sentiasa bersedia untuk kau kembali kepadaNya.  Hati tidak seorang pun yang tahu apa ada dalam HATI sekarang melainkan Allah Ta'ala. Hati kau kena tahu bahawa Allah MAHA MELIHAT + MENDENGAR + MENGETAHUI. Hati kecewalah jika Cinta kita Allah tidak pandang lagi. Kecewalah jika apa yang kita lakukan tidak Allah hiraukan. Maka Hati kau kena YAKIN ALLAH, kerana Allah sentiasa berada di HATI MU.



HATI..Allah tidak akan uji kau kalau Dia tahu kau tidak mampu untuk menghadapinya...Allah tahu kau kuat, setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia, bangunlah kau menghadapNya..DIA uji kau kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milikNya.  Hati kau pasti tahu bukan ALLAH maha mengetahui apa yg ada di hatimu. Hati jangan pernah rasa kecewa dengan dunia yang penuh dengan tipudayanya yang tersendiri. :)  Hati kau kena tahu dunia adalah untk kita kumpul segala bekalan kita untuk bekalan di kahirat nanti bukan. MakaNya Hati bangun walau apa2 pun yang terjadi dan sentiasa dan semoga dalam lindungan dan Rahmat Allah Taala AMin. Hati ALLAH akan sentaisa membantumu sekiranya Hati tidak melupakannya walau sekelip pun. Kerana CINTA MU tu milikNYA.



 HATI..kau jangan menangis..kau jangan sedih..Allahkan ada. Hati kau kena kuat untk menghadapi setiap apa yang akan berlaku sebelum dan selepas ok. Hati kau kena yakin Allah akan bersama kita selalu. Hati kau kena tabah ok YAKIN ALLAH ada bukan. Hati cukup air mata itu hanya untk mengenal segala DOSA yang telah dilakukan selama ini di dunia yang semntara ini. HATI banyakkan berishtigfarh. Hati kita maafkan mereka semua kerana ALLAH.



p/s : Hati yang KUAT akan memandang segala-galanya secara positif, menTAFSIRkannya secara positif dan BERTINDAK secara positif..ya ALLAH, berikanlah aku hati itu untuk meneruskan PERJALANAN ini..amin..❤ Istiqomah dlam setipa amal ibadah yang dilakukan setiap ketika bersama Allah. Jaga Solat dan juga Qiamulai Insya Allah. :)

BARAKALLAHUFIKUM
Jom Muhasabah Diri   +  Dakwah Hati   +   Tarbiyah Diri . :)  Audra. :)


Monday, March 19, 2012

Al Quran Ibarat OKSIGEN.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


Hidup tanpa Al-Quran ibarat hidup TANPA OKSIGEN untuk BERNAFAS..

"Sesungguhnya hati-hati BERKARAT seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat
bertanya bagaimana untuk MENYUCIKANNYA, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan MEMBACA AL-QURAN dan mengingati mati.." (HR Ibnu Umar r.a)


Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.

Katakanlah:

"Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.

Al Israa' : 82 - 84.

p/s : Kadangkala kita menjadikan ALASAN SIBUK hingga mengabaikan al-Quran..sedangkan al-Quran itulah yang akan jadi SAKSI kita di akhirat kelak, Al-Quran yang akan membantu MELEBARKAN KUBUR kita, MENERANGKANNYA, menjauhkan dari api neraka..tapi semakin hari, kita seakan-akan semakin meminggirkannya..hati semakin sakit kerana MELUPAKANNYA, adakah kita SEDAR akan semua itu? Seperti mana kamu memerlukan oksigen untuk bernafas, kamu juga memerlukan AL-QURAN untuk memahami rahsia sebenar untuk mencapai KEJAYAAN dalam hidup kamu..♥♥

♥ ALLAH. (AUDRA)

Maher Zain - Number One For Me | Official Music Video



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم

In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم



Buat semua Sohabat Fiilah :).

Bersua kembali dalam blog kesayanganku ini, Ok 1 st saya ucapkan semoga anda semua dalam keadaan baik dan dilindungi oleh Allah Ta'ala AMin.

Mengupas mengenai Video ini, sangat suka tengok dan juga dengar setiap lirik lagu yg di sampeikan oleh Maher Zain kali ini. Melihat video mengungkap kisah masa kita kecil2 dahulu bukan, 1 st tengok je teringat masa kecil dulu but xla sama dgn kisah dalam video ini bukan hehehehehe....

Ya My Mummy is NUmber For Me. LUV Mummy. Syukron juga buat Sahabat2 ku yang disayangi kerana Allah yang sering mengingati agar sentiasa LUV MUM, JGN SAKITI MEREKA BIAR KITA YANG SAKIT JGN MEREKA, JANGAN SUSAHKAN MEREKA BIAR KITA YG SUSAH, JIKA MEREKA MARAH DIAM JE. Tulah saya , sape yang xpernah kena marah kan heheh ialah masa kecil2 dahulu... Saya juga pernah marah xla teruk pun tp satu sahaja yang saya lakukan DIAM and ZIKIR. :)... 

Mummy this video only for U. Jika Mummy dgr mesti suka sangat.

LUV MY MUMMY coz ALLAH. LUV ALLAH.



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you


For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


Now I finally understand
That famous line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine


Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted


I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you


Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me

Friday, March 16, 2012

Cerita huruf 'P'.


Cerita Huruf 'P'...

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. ...Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat. :D. hehehehe.

Doa buat ku dan SAHABATKU.







بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


Tuhanku,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-MU yang luas
Aku hanyalah setetes embun di lautanMU yang meluap hingga ke seluruh samudra
Aku hanya sepotong rumput di padangMU yang memenuhi bumi
Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU yang menjulang menyapa langit
Aku hanya seonggok bintang kecil yang reduo di samudra langit Mu yang tanpa batas

Tuhanku
Hamba yang hina ini menyadari tiada artinya diri ini di hadapanMU
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi …
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU

Tuhanku..baktiku tiada arti, ibadahku hanya sepercik air
Mana boleh sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU
Betapa sedar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini…
Hati yang telah terkotori oleh noda ini…memiliki keninginana setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???

Tuhan…Kami semua fakir di hadapan MU tapi juga kikir dalam mengabdi kepada MU
Semua makhlukMU meminta kepada MU dan pintaku….
Ampunilah aku dan sudara-saudaraku yang telah memberi arti dalam hidupku
Sukseskanlah mereka mudahkanlah urusannya

Mungkin tanpa kami sadari , kamu pernah melanggar aturanMU
Melanggar aturtan qiyadah kami,bahkan terlena dan tak mau tahu akan amanah
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami…Ampunilah kami

Pertemukan kami dalam syurga MU dalam bingkai kecintaan kepadaMU
Tuhanku….Siangku tak selalu dalam iman yang teguh
Malamku tak senantiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh dzikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu
Atau….dalam maksiat kepadaMU “Ya Tuhanku Tutuplah untuk kamu dengan sebaik-baiknya
penutupan !!”

Dari saudara untuk saudara “Perbaiki diri Serulah Orang Lain”

LUV ALLAH .. AUDRA

CINTA ALLAH CINTA ABADI





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


CINTA ALLAH CINTA ABADI

TAHUKAH KITA bahawa segala hal yang terjadi adalah saling berkaitan dan saling bergantungan di antara satu satu lain? Di bawah ini hanyalah contoh pengalaman hidup dan penghayatan saya sendiri. Insyaallah kita semua boleh buat yang terbaik!

Tanpa DUGAAN mungkin kita tidak akan berusaha, tanpa HIKMAH mungkin kita tidak akan mahu belajar. Dengan BERUSAHA dan BELAJAR, kita akan mendapat NIKMAT, deng...an nikmat kita dapat merasakan apa itu ertinya RAHMAT.

Apabila kita semakin suka berusaha dan belajar, kita akan semakin MUDAH menghadapi setiap DUGAAN, dan juga HATI kita akan semakin mudah merasa IKHLAS dan REDHA.

Apabila ikhlas dan redha menyeliputi hati, kita dapat mengelakkan diri daripada MENGELUH dan MERUNGUT. Tanpa mengeluh dan merungut, HATI kita akan mudah untuk mendapat KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN.

Apabila hati tenang dan bahagia, kita akan mudah TERSENYUM kepada sesiapa sahaja. Apabila kita menghadiahkan senyum kepada orang lain, maka semua orang akan berjangkit untuk tersenyum. Apabila semua orang berbuat begitu, PERHUBUNGAN kita dengan mereka akan bertambah BAIK. Apabila kita mendapatkan yang BAIK-BAIK, kita akan lebih banyak berfikir dengan CAS-CAS POSITIF.

Apabila kita berfikir POSITIF, kita dapat meningkatkan NILAI-NILAI MURNI di dalam diri kita dan sesama mereka dan menjadikan SILATURAHEEM bertambah ERAT, RAPAT dan MESRA. Apabila jalinan kita erat, rapat dan mesra, pasti kita mendapat pelbagai jenis NIKMAT serta REZEKI terdapat di dalamnya.

Maka bermulalah di dalam diri kita untuk mensyukuri di atas setiap segala NIKMAT dan DUGAAN yang diberikan dan yang telah ditentukan Allah s.w.t.

Alhamdulillah Syukriya. LUV ALLAH :) .

Thursday, March 15, 2012

Jangan Pernah PENAT.





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


JANGAN PENAT mengajak ke arah KEBAIKAN,
kerana SYAITAN tidak pernah penat mengajak ke arah KEJAHATAN :(
MALAIKAT tidak pernah cuti/jemu utk catatkan KEBAIKAN dan KEBURUKAN kita setiap saat :) . Namun jangan pernah kita memberikan cuti secara terhormat kepasda pencatat KEBAIKKAN kita iaitu malaikat yang sering mencatatkan kebaikkan yang kita lakukan setiap saat dan ketika, dan sewenang2nya kita memberika Malaikat sebelah kiri kita sering tak putus2 untuk mencatat segala KAJAHATAN yang kita lakukan setiap waktu. Mahu kita sering dicatatkan segala KEBURUKKAN kita???... Tanya diri anda sendiri.

Jangan pernah mengeluh dengan apa yang telah berlaku dengan kita sepanjang kehidupan kita di dunia ini, lakukan sesuatu yang Allah suka dan anda juga suka bukan.. INSYA'ALLAH bantuan Allah akan ada dengan rahmatnya. Allah maha tahu apa yang kita inginkan selama ini tp (JGN MENGELUH).

Sahabat, selagi kita HIDUP di dunia..
selagi masih memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH ALLAH..
selagi itulah menjadi KEWAJIPAN kita BERPESAN-PESAN,
dan saling membantu ke arah KEBAIKAN...Sebenarnya kita tidaka rugi sesen dengan melakukan kebaikkan kepada orang lain. DO IT LILLAHITAALA. Knp ada masih manusia yang bergelar HAMBA sering tidak mahu mengerjakan atau melakukan kebaikkan di muka bumi Allah ini tp senang sahaja melakukan KEJAHATAN d bumi Allah ini. Namun, kita perluh berkata apa2 tp teruskan doakan mereka + Maafkan mereka + lakukan kebaikkan dgn mereka xkira mereka di mana. Selagi nyawa masih Allah beri pinjam lagi dan umur ini still dia cop di IMGRESEN AKHIRAT utk diteruskan berkhidmat di dunia ini selagi itu la kita masih lagi bekerja dengan Allah sebenarnya. Syukran Allah atas NIkmat dan Nyawa ini. :(.

Jom Update segala kebaikkan yang kita lakukan hari ini. Jgn lupe doakan saudara seislam kita di SYRIA + PALESTINE + BUMI AMBIA yang lain ok.

LUV ALLAH.
AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR (^_^).

Dibawah Lembayung Rahmatnya





Sahabatku Ya Dikasihi Allah..

"Jangan Ada Benci, Tak Kiralah Sama Ada Pada Keluarga, Kawan-Kawan, Bos Mahupun Guru Dan Pensyarah. Perasaan Benci Itu Merosakkan Niat Dan Keikhlasan Anda. Ibarat 'Api Dalam Sekam', Yang Akan Membangkitkan Pergaduhan." (Jauhkan sifat dan sikap mazmumah yg ada dalam hidupa dan juga diri kita ini, jgn sampei ia menguasai diri kita dari melakaukan segala kebaikkan yg kita lakukan di dunia ini utk bekalan nanti di AKHIRAT nnt INSYA ALLAH).

"Jangan Terlalu Bimbang. Kebimbangan Tanpa Sebab Akan Membuatkan Kamu Sentiasa Berada Dalam Keadaan Serba Salah, Cemas Dan Tidak Tenteram. Buang Pera...saan Demikian. Don't Worry Be Happy!!" (Bimbang adalah salah satu yg disukai oleh syaitan, so apa2 sahaja yang berkaitan dengan kesukaan syaitan jgn lakukan ok..)

"Hidup Secara Sederhana Adalah Tuntutan Agama Islam. Kesederhanaan Adalah Kunci Kesempurnaan. Biarpun Hidup Kamu Tidak Kaya, Tidak Mewah, Tidak Sempurna, Dan Tidak Popular Tetapi Sekurang-Kurangnya Kamu Mempunyai Ketenangan Di Hati." (Hidup sederhana adalah amat indah sekali :).)

"Jangan Terlalu Mengharap. Kadang-Kadang Pengharapan Itu Akan Mengecewakan Anda. Belajarlah Menerima Kenyataan, Biarpun Kecil Tapi Bermakna Dan Jangan Terlalu Mengharap Yang Besar Dan Yang Tak Mungkin Akan Menjadi Milik Kamu." (Dan Letakkan segala harapanmu hanya kepada Allah Taala, kerana DIA sahaja yang tahu apa yang baik untuk kita selama ini dari mula hingga akhir nnt Insya Allah).

"Sentiasa Bersabar Dengan Apa Jua Kerenah Dan Kelakuan Orang Di Sekeliling Kita. Sikap Sabar Dapat Menenangkan Jiwa Dan Hati Kita. Sabar Juga Dapat Mendidik Kita Untuk Terus Tekun Menjalani Hari-Hari Dalam Kehidupan Yang Kita Lalui." (Sabar sentiasa letakkan ia di depan dalam apa hal dan perkara pun yang berlaku dalam kehidupan kita di dunia yg sementara ini :)..)

InsyaAllah semoga hidup akan tenang di bawah lembayung rahmat dan ihsanNya..amin Allahuma Amin..^_^. LUV ALLAH. Audra

Sunday, March 11, 2012

Bicara Selebriti - Kapten Hafiz, Sharifah Khasif, Oki Setiana Dewi [ Full]





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم





Assalalmualaikum buat para shbtku d blog ini... Kita kongsikan ceramah agama ini... sangat bagus mgenai DAKWAH...  Kita semua wajib berdakwah bukan hnya org2 yg ada agama je dalam hdupnya. Selagi kita beragama islam kita wajib berdakwah kepada mereka2 d luar sana.

Friday, March 9, 2012

Kamu Berkahwin Kerana Apa?





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.Sharing is Caring.

MANUSIA spt BUKU ..





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


MANUSIA seperti SEBUAH BUKU . MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR dan MUKA BELAKANG adalah TARIKH KEMATIAN serta TIAP – TIAP LEMBARAN adalah TIAP – TIAP HARI DALAM KEHIDUPAN YANG KITA LAKUKAN .

SEKALI TERTULIS , TIDAK AKAN BOLEH DI UBAH SEMULA , tetapi , SEBURUK MANA PUN HALAMAN SEBELUMNYA , MASIH TERSEDIA HALAMAN SELANJUTNYA yang PUTIH dan BERSIH .

SAMA DENGAN KEHIDUPAN KITA . SEBURUK MANAPUN KISAH KITA DAHULU , ALLAH SWT MASIH MENYEDIAKAN HARI – HARI YANG BARU UNTUK KITA . KITA SELALU DI BERI KESEMPATAN BARU UNTUK MELAKAR SEJARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA . maka , dengan itu , BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT KEHIDUPAN telah DIBERI oleh- NYA . =)

Aneh Kan? ...





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.


السلام عليكم


Aneh kan?
Wang RM2000 kelihatan begitu besar nilainya bila dibawa ke kotak amal masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket..

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton perlawanan bola..

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati wayang bersama kekasih..

Susahnya merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa,
tapi betapa mudahnya cari bahan gosip bila berjumpa teman..

Betapa soraknya berpanjangan sewaktu mnonton perlawanan bola kesukaan kita,
tapi betapa bosannya bila bacaan imam panjang sewaktu solat Tarawih..

Betapa susah nak baca Al-Quran 1 juzuk je,
tapi bila baca novel 1000 halaman pon habis sekejap je(siap khatam g)..

Orang2 pakat berebut nak duduk paling depan untuk mnonton bola atau konsert,
tapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat agar dapat cepat keluar..

Susahnya turut serta bila diajak berkumpul untuk berdakwah,
tapi mudahnya bila diajak berkumpul untuk bergosip..

Kita begitu senang percaya pada yang dikatakan infotainment,
tapi kita sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran..

Kita sanggup kunci jam untuk menonton world cup,
tapi nak kunci jam semata2 nak bermunajat di sepertiga malam tak sanggup lak..

Kita sanggup berhabis wang smata2 ingin mencuba pakaian trend terkini,
tapi kain telekung dah 10 tahun tak bertukar ganti tak amek tahu pon..

Kita sanggup download subtitle semata2 nak paham tengok movie,
tapi tak berusaha pon untuk mencari tafsir2 untuk memahami ayat2 Al-Quran..

Kita begitu mudah membazir airmata kerana putus cinta atau layan movie,
tapi begitu susah untuk mengalirkan airmata kerana Allah..

Kita sering berusaha untuk mendapatkan 'bekal' yang terbaik untuk masa depan kita,
tapi kita terlupa untuk menyediakan 'bekal' untuk menghadapi masa akhirat kita kelak..


Yakinlah bahwa ALLAH swt itu Maha Pengampun,
Sujud lah MengadapNYA,mohonlah Keampunan,
rayulah dan munajat lah kepadaNYA..
kerna susungguhnya DIA maha Mendengar doa hamba2NYA...

~Semoga ALLAH swt Merahmatimu~

Karena Hati bicara ( andi arsyil feat Oki setiana dewi )