Monday, March 19, 2012
Al Quran Ibarat OKSIGEN.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
السلام عليكم
Hidup tanpa Al-Quran ibarat hidup TANPA OKSIGEN untuk BERNAFAS..
"Sesungguhnya hati-hati BERKARAT seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat
bertanya bagaimana untuk MENYUCIKANNYA, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan MEMBACA AL-QURAN dan mengingati mati.." (HR Ibnu Umar r.a)
Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.
Katakanlah:
"Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing." Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.
Al Israa' : 82 - 84.
p/s : Kadangkala kita menjadikan ALASAN SIBUK hingga mengabaikan al-Quran..sedangkan al-Quran itulah yang akan jadi SAKSI kita di akhirat kelak, Al-Quran yang akan membantu MELEBARKAN KUBUR kita, MENERANGKANNYA, menjauhkan dari api neraka..tapi semakin hari, kita seakan-akan semakin meminggirkannya..hati semakin sakit kerana MELUPAKANNYA, adakah kita SEDAR akan semua itu? Seperti mana kamu memerlukan oksigen untuk bernafas, kamu juga memerlukan AL-QURAN untuk memahami rahsia sebenar untuk mencapai KEJAYAAN dalam hidup kamu..♥♥
♥ ALLAH. (AUDRA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment