Thursday, March 15, 2012
Dibawah Lembayung Rahmatnya
Sahabatku Ya Dikasihi Allah..
"Jangan Ada Benci, Tak Kiralah Sama Ada Pada Keluarga, Kawan-Kawan, Bos Mahupun Guru Dan Pensyarah. Perasaan Benci Itu Merosakkan Niat Dan Keikhlasan Anda. Ibarat 'Api Dalam Sekam', Yang Akan Membangkitkan Pergaduhan." (Jauhkan sifat dan sikap mazmumah yg ada dalam hidupa dan juga diri kita ini, jgn sampei ia menguasai diri kita dari melakaukan segala kebaikkan yg kita lakukan di dunia ini utk bekalan nanti di AKHIRAT nnt INSYA ALLAH).
"Jangan Terlalu Bimbang. Kebimbangan Tanpa Sebab Akan Membuatkan Kamu Sentiasa Berada Dalam Keadaan Serba Salah, Cemas Dan Tidak Tenteram. Buang Pera...saan Demikian. Don't Worry Be Happy!!" (Bimbang adalah salah satu yg disukai oleh syaitan, so apa2 sahaja yang berkaitan dengan kesukaan syaitan jgn lakukan ok..)
"Hidup Secara Sederhana Adalah Tuntutan Agama Islam. Kesederhanaan Adalah Kunci Kesempurnaan. Biarpun Hidup Kamu Tidak Kaya, Tidak Mewah, Tidak Sempurna, Dan Tidak Popular Tetapi Sekurang-Kurangnya Kamu Mempunyai Ketenangan Di Hati." (Hidup sederhana adalah amat indah sekali :).)
"Jangan Terlalu Mengharap. Kadang-Kadang Pengharapan Itu Akan Mengecewakan Anda. Belajarlah Menerima Kenyataan, Biarpun Kecil Tapi Bermakna Dan Jangan Terlalu Mengharap Yang Besar Dan Yang Tak Mungkin Akan Menjadi Milik Kamu." (Dan Letakkan segala harapanmu hanya kepada Allah Taala, kerana DIA sahaja yang tahu apa yang baik untuk kita selama ini dari mula hingga akhir nnt Insya Allah).
"Sentiasa Bersabar Dengan Apa Jua Kerenah Dan Kelakuan Orang Di Sekeliling Kita. Sikap Sabar Dapat Menenangkan Jiwa Dan Hati Kita. Sabar Juga Dapat Mendidik Kita Untuk Terus Tekun Menjalani Hari-Hari Dalam Kehidupan Yang Kita Lalui." (Sabar sentiasa letakkan ia di depan dalam apa hal dan perkara pun yang berlaku dalam kehidupan kita di dunia yg sementara ini :)..)
InsyaAllah semoga hidup akan tenang di bawah lembayung rahmat dan ihsanNya..amin Allahuma Amin..^_^. LUV ALLAH. Audra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment