Saturday, October 15, 2011
~ SURAT DARI HAWA UNTUK HAWA ~ :)
Assalamualaikum..
Ada surat untuk kaum hawa dari seorang hawa ,
dulu waktu zaman jahiliah , hak kita di cerobohi , antara kita sudah di tanam hidup - hidup , dulu kita hanya sampah di mata lelaki .. tiada nilai , sedih ! kadang - kadang jadi hamba nafsu sahaja ..tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam darjat kita di angkat , kita kian di hargai dan seakan dunia ini hanya tempat untuk wanit...a solehah ..
kaum hawa ,
kenapa seringkali kita tidak menghargai islam yg menghargai kita , kenapa kita masih kaku untuk ikuti ikutanNYA , kenapa kita masih segan mengamalkan isi kandunganNYA , kenapa hawa ~ kenapa masih was-was dalam mematuhi peraturanNYA..
kaum hawa yang di sayangi ,
jangan kau goncang keimanan lelaki dengan lembut pertuturanmu , dengan alunan gerak tubuhmu , dengan keayuan wajahmu .. jangan kau hentak-hentak kakimu untuk menarik perhatian kaum adam , jangan kaum hawa ~ jangan kau buat begitu kerna aku takut ia mengundang kebencian Allah s.w.t
kaum hawa ....
andai kau masih remaja jadi lah anak solehah kepada kedua orang tua
andai kau sudah bersuami jadilah insan yg meringankan beban suami mu
andai engkau seorang ibu didiklan anak mu agar tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah
hawa ...
andai kau masih belum bertemu jodoh , jangan pernah risau , ingatlah hawa akan janji2 Allah wanita yg baik hanya untuk lelaki yg baik ,, jangan gadaikan maruahmu hanya untuk seorang lelaki , jangan memakai pakaian yg menjolok mata hanya kerana ingin perhatian dari kaum adam , kerna kamu bukan memikat hatinya tapi kamu merangsang nafsunya ..
kaum hawa ,
lelaki yang baik tidak melihat rupamu , lelaki yg soleh tidak melihat keseksian mu , lelaki yg warak tidak menilai melalui keayuan wajahmu .. tetapi hawa , lelaki yg baik melihat akhlakmu ,peribadimu , ad-din mu . ingat hawa ..lelaki yg baik tidak menginginkan pertemuan dari kamu kerna takut syaitan menggodanya , lelaki yg warak tidak bermain cinta kerna dia tahu matlamat dlm antara lelaki dan perempuan .
hati berbicara :
duhai hawa ..
andai kata tiada cinta dari Adam untuk mu cukup lah cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu ,cukuplah cinta ke dua ibu bapa mu memberi kehangatan bahagia , cukuplah cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu .Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment