Thursday, December 8, 2011
Renungan kita bersama.
Renungan Kita Bersama. .
Kisah dua malaikat dan sayangnya Allah pada hambanya. .
Rasulullah s.a.w ada bersabda, katanya,'Setiap anak Adam akan di jaga oleh dua malaikat, Rakib dan Atid. Malaikat yg di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri. Sekiranya seorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yg di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat disebelah kanan katanya 'Apakah yg harus aku ...catit?'
Kata malaikat di sebelah kanan, 'Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. malaikat yg di kiri bertanya lagi, 'Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yg harus aku catitkan?'
Jawab malaikat kanan 'Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah di beritahu oleh Allah s.w.t bahawa 1kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuslah kesalahannya yg lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.'
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata 'Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.'
Demikianlah rahmat Allah pada hambaNya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambaNya saja yg lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment