Perkara yang utama yang patut diketahui oleh setiap Muslim ialah 'Siapakah yang digelar Muslim dan apakah erti seorang yang mengaku Muslim?'. Jika seseorang manusia itu tidak mengetahui apa erti kemanusiaan dan tidak dapat membezakan di antara manusia dan binatang, maka dengan mudah ia akan melakukan perbuatan- perbuatan yang bersifat kebinatangan dan ia tidak tahu untuk menghayati sifat kemanusiaannya. Begitu juga halnya jika seorang Muslim yang tidak mengenali pendiriannya sebagai seorang Islam dan tidak mengetahui perbezaan antara dia dan kafir, maka dia akan bertindak sebagai orang kafir dan juga tidak akan merasakan keagungannya sebagai seorang Muslim. Oleh yang demikian setiap Muslim dan kanak-kanak Muslim harus diajar dan dididik serta diasuh tentang pendirian dan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka perlu tahu akan perubahan kedudukan mereka setelah mereka menjadi Muslim. Mereka perlu tahu akan tanggungjawab yang dikenakan terhadap mereka berikutan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka patut
kenal akan batas-batasan yang akan menjamin dan mengekalkan diri mereka sebagai Muslim agar mereka tidak melewatinya. Mereka patut tahu bahawa dengan melewati batas-batas tersebut, mereka akan bersara dari menjadi seorang Muslim walaupun mulut mereka berlagak sebagai seorang Muslim.
Erti Islam
Erti Islamialah ketaatan dan rasa tanggungjawab terhadap Allah
s.w.t. Menyerah diri mereka kepada Allah s.w.t Mengorbankan kebebasan diri
untuk Allah s.w.t. Islam ialah menyerah diri kita kepada Pemerintahan dan Kerajaan serta Kekuasaan Allah s.w.t. Seseorang yang menyerah semua urusan kehidupannya kepada peraturan Allah s.w.t, dia adalah seorang Muslim. Seseorang yang
mengatur urusan hidupnya mengikut kehendak sendiri atau mengikut
kehendak orang lain, dia adalah bukan Muslim. Penyerahan urusan hidup kita
mengikut peraturan Allah s.w.t bererti menerima panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t, melalui kitabNya dan RasulNya dan tiada langsung secebis sikap penentangan terhadap panduan ini. Adalah penting sekali bagi kita untuk menyelesaikan segala masalah hidup kita ini dengan berpandukan kitab suci al Quran dan as Sunnah an Nabawiyyah.
Seseorang yang mengutamakan nasihat-nasihat dari Allah s.w.t dan membelakangkan pendapat-pendapat dari pemikirannya sendiri, maka dia adalah Muslim. Seseorang yang merujuk semua perkara atau hal kepada Kitab
Allah dan Hadith Rasulullah s.a.w dan menegah dirinya dari melakukan sesuatu yang
dilarang oleh Kitab Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w , dia adalah Muslim.
No comments:
Post a Comment