Saturday, February 19, 2011

Persahabatan.... :)

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan memenatkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering di uji dengan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya…
Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.


Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang di perlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerani dikhianati sahabatnya.
Ingatlah bila kali terakhir kamu berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping kamu ?? Siapa yang mengasihi kamu saat kamu merasa tidak dicintai ?? Siapa yang ingin bersama kamu saat kamu tak boleh memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABATMU

Fadhilat Sabar


Allah s.w.t. telah menyebut kalimah berkaitan sabar di dalam al-Quran lebih kurang dalam 90 tempat.Dalam tiap-tiap tempat Allah menceritakan mengenai kelebihan dan kebaikan yang banyak bakal diperolehi oleh orang-orang yang sabar.Semua ini menunjukkan bahawa sabar merupakan satu perkara yang besar dan dituntut dalam Isla...m.

“Sesungguhnya (Allah) menyempurnakan bagi orang-orang yang sabar pahala mereka tanpa sebarang batasan“(surah az-Zumar,ayat 10)

Dalam ayat di atas,Allah mengatakan bahawa pahala bagi orang-orang yang sabar tidak ada had dan sempadan.Boleh jadi sedikit dan boleh jadi banyak.Ia bergantung kepada sejauh mana tahap kesabaran kita.Semakin tinggi tahap kesabaran kita,semakin berganda pahala yang bakal kita perolehi.Hal ini diperkuat lagi dengan hadis qudsi yang menceritakan mengenai pahala bagi orang-orang yang berpuasa.Sebagaimana yang kita tahu bahawa,ibadah puasa secara zatnya menunjukkan kepada kesabaran.Ibadah puasa antara ibadah terbaik untuk meningkatkan tahap kesabaran dalam diri kita.

Wednesday, February 16, 2011

IBU - Haddad Alwi feat. Farhan (GADIZ88)





Lagu yang sangat bermakna utk seorg ibu yang bergelar mama2, ibu2, ummie2, mummy2 dan apa sahaja kita panggil mereka , mereka tetap di hati kita. Masya Allah sesungguhnya mengingati merka juga satu kerinduan yg semakinterasa di sanubari kita yg mempunyai seorang ibu di dunia ni. Sape pun mereka, pe yg mereka telah lakukan utk kita, dan apa yang telah mereka laksanakan sebagai seorang ibu adalah untuk kita iaitu anak2 mereka yang tercinta. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak2 kesayangan mereka juga... Marah + geram + sakit hati + dan pelbagai lagi perasaan mereka semua itu adalah buat sementara sahaja. Dan sebagai anak juga harus fhm dan sentiasa mengalah atas segala2nya Masya Allah , Subahanallah. Sesungguhnya Mereka adalah segala2nya bagi kita di dunia ni. Tanpa mereka adakah kita lahir di dunia yang penuh dengan dugaan dan cubaan ni. Tp mereka ada bersama kita di saat kita suka dan duga. Mereka Ibarat Malaikat bagi kita di dunia ni.. Xada sape2 pun dapat ganti tempat mereka di hati kita ni betul x?..tanya hati kita ok. Lagu ni khas untuk ibu saya Hjh Sophia. Love Mummy..

Khas utk Ibu ku tersayang.

http://www.youtube.com/watch?v=Dj3snGHOt_8&NR=1

Sebuah lagu yg dikhaskan kepada ibu2, mama2, ummie2, mummy2 apa sahaja yg kita panggilkan mereka. Dia tetap berharga buat kita semua. Dgr lagu ni je terus mendayu2 semua jiwa sanubari sape je yg mendengarnya... Memang best giler lagu ni. Dan lagu ni juga saya Khaskan buat ibu tersayang saya iaitu Puan Hjh Sophia, yg telah banyak memberikan dorongan, sokongan, semangat dan yang paling adaladh doanya kepada semua anak2nya agar sentiasa direhdai olehALLAH TAALA. Masya Allah...

Sunday, June 13, 2010

Renungan Bersama

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Ikatan satu Persahabatan



Persahabatan???...Persahabatan adalah satu hubungan yg manusia lain ada dalam setiap kehidupan mereka..dan begitu juga dgn saya dan sahabat2, kawan2, teman2 dan org yg peting dalam hidup saya satu hari nnt..amin. Namun kita harus menjaga hubungan persahabatan itu dgn sebaik yg mungkin dalam mengukuhkan lagi Silaturrahim kita sesama islam...hehehe..dan Saya Harap Juga semoga persahabatan saya bersama sahabat, kawan, teman2 dan juga insan yg penting dalam hidup saya nnt ....

Friday, June 11, 2010

Hanya berserah kepadanya..



Walau pe pun masalah kita yg kita hadapi seharian atau pun setahun...namuh kita hanya mampu mengadu dgn yg maha esa sahaje amin...semoga saya tidak leka dalam segala hal dan perkara atau pun masalah yg dihadapai dalam seharian2 sya amin...minta perlindungannya yg berterusan....

Hanya Dia je yg tahu...

Wasiat Imam Hassan Al-Banna

i miss this place..




Satu ketika dulu pernah menjejaki kaki ke tempat yg penuh dgn barakahnya yg tersendiri...Rasa rindu di dada terasa sangat. rasa nak terbang ej ke sana dan xakan kembali lagi huhuhuhuh....Rindu sangat ini terasa betul...FUUUHHHHHH...sabar je yg dapat mengatasinya dari sgala2 kekusutan di dada dan minda kita sebagai manusia biasa di muka buminya ini.....

Wanita Solehah...

Hanya Allah tempat mengadu...amin



Sebaik-baik tempat adalah hanya dgn allah taala sahaja yg hanya memahami dalam segala perkara dan juga keadian yg berlaku...so dgn itu kita jgn la lupa akan dirinya yg maha besar dan penyayang lagi maha mengasihani....amin

Maher Zain - For the rest of my life.flv

always be there with lyric by maher zain [HQ]

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله




I like this song...

Ahlan Wasahlan ... :)



Salam Ahlan Wasahlan...

Assalammualaikum wbt.

Audra??? Seperti anda sedia maklum makna nama ini dalam profile saya saya sendiri. Makna dia amat bermakna buat diri saya yang kerdil ini. Ye Amanah??... Amanah ini la yang buatkan kita jadi terus kukuh dalam mengerjakan segala amal ibdah kita di dunia ini. Kerana Allah ada DIA sedang perhatikan kita setiap SAAT dan KETIKA. LOVE ALLAH n KEKASIH ALLAH ( Nabi Muhammad). :( . Kita dimanahkan untuk sentiasa berhadapan dengannya dan sujud hanya kepadaNYA.

Saya hanya sekadar kongsi ilmu dan sebarkan ilmu walau hanya sepotong ayat sahaja. Saya cuba untuk menulis dalam diari sahaja namun orang dan hamba Allah yang lain tidak akan megetahuinya, Makanya saya gunakan blog saya dalam perkongsian kepada para sahabat yang amat disayangi kerana ALLAH. Namun saya tidak tahu untuk mencantikkan lagi blog ini, Namun saya bersyulkur dengan apa yang ada dan gunakan apa yang saya tahua sahaja. Lebih2 pula lain plak jadinya kan hehehe. So kepada para sahabat if nak kongsi ilmu or nak komen ke atau pun kita tukar2 pendapat sangat2 dialu2kan SILAKAN. :)

Blog ???.. Erm satu medium media yg dapat kita hasil sesuatu yang boleh kita dapat berkongsi bersama. Namun setiap kata dan ayat yang akan keluar dari mulut iaitu hasil dari catatan kita ini dipanggil ( dakwah dan juga Doa).. Ermmmm baru teringat sebab setiap kata kita dan di hasilkan melalui blog secara terus dan boleh di baca oleh sape sahaja. Makanya kita harus jaga setiap pe yg akan terkeluar dari bibir kita ini.

Hasil dari blog ni...Pe yg dapat kita berkongsi bersama kita akan kongsi, walaupun ilmu saya ini setakat sekecil zahra sahaja, namun kita akan lakukan yg terbaik amin..Blog ini juga akan merangkumi pelbagai maklumat xkira pe sekali pun... Agama + Kemanusia + Falsafah + Kehidupan dan ext..



Terlebih dahulu saya ucapkan Salam Ukhwah dari AUDRA utk semua blogger sekalian... SAYANG ANDA KERANA ALLAH.


Salam Teramat Sayang :

Dari

Audralailiey @ Audra.